Pekerja Jam 5:30

Assalammualaikum buat semua pembaca FS. Aku ni sebenarnya tak reti nak cerita secara bertulis, jadi korang nilailah sendiri sejauh mana tahap seram kisah aku ni. Kisah bermula semasa aku bekerja sebagai sales maketing di salah sebuah syarikat di Kedah. Aku ni jenis yang suka bekerja sampai lewat petang. Pada hari pertama aku bekerja, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang meragukan. Aku ditempatkan di bahagian pemasaran dan pengiklanan di tingkat 6 syarikat itu. Ruang kerja yang menyenangkan, staff pun hanya 3, 4 orang. Dapatlah aku fokus dengan kerja aku. Bagi aku, keadaan macam inilah yang aku harapkan dalam suasana bekerja.

Sehinggalah pada satu hari, aku tertinggal charger phone di pejabat dan kebetulan pada keesokan harinya adalah hari cuti. Jadi nak tak nak aku terpaksa naik semula ke office untuk ambil charger tu. Pada mulanya aku nak biar je, sebab jam pun dah pukul 5.40 petang… dah lewat. Tapi bila ingat balik esok cuti kan dan phone tu pun benda yang penting untuk berkomunikasi, jadi aku ambik keputusan untuk naik juga ke atas. Aku menekan lift untuk ke tingkat 6 dimana tempat aku berkerja. Jam menunjukan 5:45 petang dan keadaan office pada masa itu sangat sunyi disebabkan semua pekerja dah balik. Aku berjalan menuju ke meja aku. Entah kenapa tetiba aku rasa seram sejuk, macam setiap langkah aku diperhatikan je. Sampai je dekat meja, aku tengok plug dekat bawah, aku terus ambik charger. Bila aku nak bangun, aku terdengar henjutan kerusi macam ada orang tengah duduk sambil menghenjut kerusi tu. Allah! Terkejut. Tapi aku ni jenis yang tak suka nak fikir-fikir benda yang “wujud tapi tak nampak” tu. Entah kenapa masa tu otak ni ligat sangat dok fikir. Haihh. Nak sedap kan hati, aku fikir mungkin kerusi rosak. Mungkinlah.

Aku segera bukak langkah untuk keluar dan aku tengok sekeliling memang tak ada sesiapa dekat situ. Masa aku bukak pintu utama office nak ke lift, aku ternampak kelibat seseorang menghempas pintu surau yang berdekatan dengan lift. Allah! Sekali lagi jantung aku nak luruh. Yalah, korang bayangkanlah, tempat yang sunyi tiba-tiba ada bunyi-bunyi yang kuat. Tak reti nak tutup perlahan-lahan ke? hmm… aku bergegas masuk ke lift untuk turun, dalam masa yang sama boleh pulak hati terdetik “macam mana kalau lift ni stuck tetiba?“

Disebabkan bahana bisikan hati, bukan lift yang stuck tapi lift naik ke tingkat 8. Ya Allah! Dah kenapa ni? Dalam hati, aku baca ayat-ayat pelindung. Lagi cuak… sampai je tingkat 8, pintu lift terbuka, tapi orangnya tak ada. Korang rasa? Tingkat 8 tu dah gelap sebab semua staff dah balik. Hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku tutup pintu lift terus tekan parking dalam hati masih membaca ayat-ayat suci supaya lift ni tak buat hal lagi. Sampai je kat bawah terus aku lari kat kereta. Alhamdulilah selamat. Peristiwa tu masih terngiang-ngiang lagi namun aku anggap mungkin ada orang yang nak menakutkan aku sebab masa aku nak turun lift tu memang aku nampak kelibat seseorang tapi aku tak pasti siapa.

Aku menceritakan pada Salwa,Ain,dan Muhammad. Mereka staff yang 3, 4 orang yang aku cerita awal tadi tu. Muka mereka seaakan terkejut dan tidak percaya yang aku nekad naik ke office semula selepas jam 5.30 petang. Aku bukan berani sebenarnya, aku berani tu pun sebab aku tak tahu kisah-kisah yang jadi sebelum ni kat syarikat itu. Muhammad membuka cerita tentang kejadian-kejadian pelik yang berlaku sebelum ni. Antaranya kelibat orang tanpa kepala dan berpakaian formal. Selepas 5.30 kelibat manusia tanpa kepala akan muncul (Nasib la sapa yang dapat tengok tu). Menurut Muhammad lagi, selepas tamat waktu bekerja, giliran makhluk tersebut pula “bekerja”. Bunyi macam lawak tapi itu lah hakikatnya. Pernah sekali, Muhammad nak ambik wudhuk untuk solat asar di surau unit kami, pada mulanya dia ingatkan mungkin ada staff dari unit lain yang datang nak bersolat dekat surau tu. Yalah, surau kat unit kami tu memang kebanyakan staff dari unit lain yang datang untuk solat, sebab ia berdekatan dengan lift. Bila dia pergi tempat ambik wuduk, dia toleh ke arah susuk tubuh kaku itu, hanya tubuh badan menunduk tanpa kepala. Korang rasa? Kepala tak ada..boleh nampak lubang leher tu. Bau busuk yang amat..herrrr mintak simpang la. Sejak dari tu ramai staff lebih selesa solat awal bila masuk waktu, atau pun solat kat rumah je.

Selain Muhammad staff lain pun pernah kena, perkara biasa kalau kerusi pejabat berbunyi, bunyi tapak kasut dalam lift, lift terbuka di setiap aras tapi tak ada sesiapa(kalau yang hijab terbuka tu mungkin boleh nampak kot siapa), lift stuck, lepas tu kadang-kadang bila semua staff dah balik, office yang sunyi akan jadi meriah seolah ada ramai lagi yang tak balik(Ini selalu terjadi pada guard yang bertugas untuk memeriksa waktu malam). Pintu tandas terkunci dari luar, semua itu perkara biasa yang terjadi setelah jam 5.30 petang dan keatas. Setelah aku mendengar cerita Muhammad, aku bersyukur sebab aku cuma diganggu dengan ganguan biasa seperti yang aku cerita pada awal tadi. Mungkin, sebab aku tak tahu masa tu. Bila dah tahu, sharp pukul 5 aku dah berambus. Herrrrr.. tak sangup aku nak tengok manusia tak ada kepala dan busuk. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kak Yong
Street to the point no kiasan
rate (4.15 / 20)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

396 Comments on "Pekerja Jam 5:30"

avatar
kura2 hijau

seram!

Nadine

Even short je cite nie..agak seram jgk..time bce cite nie..dok tengok2 blkng jgk lah

wpDiscuz