Pekerja Jam 5:30

Assalammualaikum buat semua pembaca FS. Aku ni sebenarnya tak reti nak cerita secara bertulis, jadi korang nilailah sendiri sejauh mana tahap seram kisah aku ni. Kisah bermula semasa aku bekerja sebagai sales maketing di salah sebuah syarikat di Kedah. Aku ni jenis yang suka bekerja sampai lewat petang. Pada hari pertama aku bekerja, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang meragukan. Aku ditempatkan di bahagian pemasaran dan pengiklanan di tingkat 6 syarikat itu. Ruang kerja yang menyenangkan, staff pun hanya 3, 4 orang. Dapatlah aku fokus dengan kerja aku. Bagi aku, keadaan macam inilah yang aku harapkan dalam suasana bekerja.

Sehinggalah pada satu hari, aku tertinggal charger phone di pejabat dan kebetulan pada keesokan harinya adalah hari cuti. Jadi nak tak nak aku terpaksa naik semula ke office untuk ambil charger tu. Pada mulanya aku nak biar je, sebab jam pun dah pukul 5.40 petang… dah lewat. Tapi bila ingat balik esok cuti kan dan phone tu pun benda yang penting untuk berkomunikasi, jadi aku ambik keputusan untuk naik juga ke atas. Aku menekan lift untuk ke tingkat 6 dimana tempat aku berkerja. Jam menunjukan 5:45 petang dan keadaan office pada masa itu sangat sunyi disebabkan semua pekerja dah balik. Aku berjalan menuju ke meja aku. Entah kenapa tetiba aku rasa seram sejuk, macam setiap langkah aku diperhatikan je. Sampai je dekat meja, aku tengok plug dekat bawah, aku terus ambik charger. Bila aku nak bangun, aku terdengar henjutan kerusi macam ada orang tengah duduk sambil menghenjut kerusi tu. Allah! Terkejut. Tapi aku ni jenis yang tak suka nak fikir-fikir benda yang “wujud tapi tak nampak” tu. Entah kenapa masa tu otak ni ligat sangat dok fikir. Haihh. Nak sedap kan hati, aku fikir mungkin kerusi rosak. Mungkinlah.

Aku segera bukak langkah untuk keluar dan aku tengok sekeliling memang tak ada sesiapa dekat situ. Masa aku bukak pintu utama office nak ke lift, aku ternampak kelibat seseorang menghempas pintu surau yang berdekatan dengan lift. Allah! Sekali lagi jantung aku nak luruh. Yalah, korang bayangkanlah, tempat yang sunyi tiba-tiba ada bunyi-bunyi yang kuat. Tak reti nak tutup perlahan-lahan ke? hmm… aku bergegas masuk ke lift untuk turun, dalam masa yang sama boleh pulak hati terdetik “macam mana kalau lift ni stuck tetiba?“

Disebabkan bahana bisikan hati, bukan lift yang stuck tapi lift naik ke tingkat 8. Ya Allah! Dah kenapa ni? Dalam hati, aku baca ayat-ayat pelindung. Lagi cuak… sampai je tingkat 8, pintu lift terbuka, tapi orangnya tak ada. Korang rasa? Tingkat 8 tu dah gelap sebab semua staff dah balik. Hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku tutup pintu lift terus tekan parking dalam hati masih membaca ayat-ayat suci supaya lift ni tak buat hal lagi. Sampai je kat bawah terus aku lari kat kereta. Alhamdulilah selamat. Peristiwa tu masih terngiang-ngiang lagi namun aku anggap mungkin ada orang yang nak menakutkan aku sebab masa aku nak turun lift tu memang aku nampak kelibat seseorang tapi aku tak pasti siapa.

Aku menceritakan pada Salwa,Ain,dan Muhammad. Mereka staff yang 3, 4 orang yang aku cerita awal tadi tu. Muka mereka seaakan terkejut dan tidak percaya yang aku nekad naik ke office semula selepas jam 5.30 petang. Aku bukan berani sebenarnya, aku berani tu pun sebab aku tak tahu kisah-kisah yang jadi sebelum ni kat syarikat itu. Muhammad membuka cerita tentang kejadian-kejadian pelik yang berlaku sebelum ni. Antaranya kelibat orang tanpa kepala dan berpakaian formal. Selepas 5.30 kelibat manusia tanpa kepala akan muncul (Nasib la sapa yang dapat tengok tu). Menurut Muhammad lagi, selepas tamat waktu bekerja, giliran makhluk tersebut pula “bekerja”. Bunyi macam lawak tapi itu lah hakikatnya. Pernah sekali, Muhammad nak ambik wudhuk untuk solat asar di surau unit kami, pada mulanya dia ingatkan mungkin ada staff dari unit lain yang datang nak bersolat dekat surau tu. Yalah, surau kat unit kami tu memang kebanyakan staff dari unit lain yang datang untuk solat, sebab ia berdekatan dengan lift. Bila dia pergi tempat ambik wuduk, dia toleh ke arah susuk tubuh kaku itu, hanya tubuh badan menunduk tanpa kepala. Korang rasa? Kepala tak ada..boleh nampak lubang leher tu. Bau busuk yang amat..herrrr mintak simpang la. Sejak dari tu ramai staff lebih selesa solat awal bila masuk waktu, atau pun solat kat rumah je.

Selain Muhammad staff lain pun pernah kena, perkara biasa kalau kerusi pejabat berbunyi, bunyi tapak kasut dalam lift, lift terbuka di setiap aras tapi tak ada sesiapa(kalau yang hijab terbuka tu mungkin boleh nampak kot siapa), lift stuck, lepas tu kadang-kadang bila semua staff dah balik, office yang sunyi akan jadi meriah seolah ada ramai lagi yang tak balik(Ini selalu terjadi pada guard yang bertugas untuk memeriksa waktu malam). Pintu tandas terkunci dari luar, semua itu perkara biasa yang terjadi setelah jam 5.30 petang dan keatas. Setelah aku mendengar cerita Muhammad, aku bersyukur sebab aku cuma diganggu dengan ganguan biasa seperti yang aku cerita pada awal tadi. Mungkin, sebab aku tak tahu masa tu. Bila dah tahu, sharp pukul 5 aku dah berambus. Herrrrr.. tak sangup aku nak tengok manusia tak ada kepala dan busuk. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kak Yong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

399 thoughts on “Pekerja Jam 5:30”

  1. Orang kedah memang kerja balik awal ke? Pukul 5.30 dah tak ada orang dalam ofis?
    haha untonglah…..

    cerita okay. seram tu ada la jugak.

    6/10

    Reply
  2. hahahahaha bacalah dalam keadaan kita sedang berimiginasi ,esti dapat feel apa yang writer rasa … ni kak yong kakak kepada dedek ke ahaks?

    Reply
  3. Mak aih awalnyer balik…..tu pn dah kena kacau…kita ni keje balik kul 545..kul 630 tu pn lom tentu kuar opis…..sib baik la x de kisah menyeramkan cam penulis ni huhu…

    Reply
  4. Sama la ofis ni lepas kul 5 semua chow..
    Kalau kena buat OT sorang2, dengar la partition lain orang selak kertas, tarik kerusi..
    Padahal sorang je kat ofis, mungkin dia pon cari rezeki kot

    Reply
  5. 8/10

    Maira intern dulu ofis memang pukul 5 dah kosong. Bila dah start kerja tiba-tiba kena stay back sampai pukul 9malam. seramlah jugak. Dahlah sorang2.

    Reply
  6. office aku habis kerja 530, tapi 530 tu encik2 budak2 ni mana reti nak balik lagi. benda tu kalau ada pun dah fed up nak tunggu budak2 ni balik. huhu

    Reply
  7. Dengan ini Tok Haji Singkong mengumumkan bahawasanya Kampung bunian d buka semula dan bakal d terajui dengan lebih berhemah oleh Haji Juri kita..

    Reply
  8. Zuri thank u karang panjang panjang tapi rasa macam tak berapa umph cerita kali ni. Ending seram, no doubt.. waiting for more stories! Please and thank you

    Btw geng sekampung kn boleh buat forum sendiri.. kenapa buat orang lain yang nak baca reviews marah dengan dialog korang. Penat oo scroll. Peace out

    Reply
  9. Dengan ini bermulalah huru hara di komen. Boleh x mengkome2 yg Attention Seeker ni kalau nk mengarut pergi mengarut di forum? Jangan buat semak kat sini. Menyakitkan mata baca komen2 tergedik2 lagi xberhemah korang. For your information, aku sikit pon xjeles, or teringin nak join Group Attention Seeker Forever Alone korang ni, aku cuma berharap korang matang sket ye. Jangan la terkinja2, tergedik2. Aritu da mintak maaf bagai, dah elok2 nk pencen dr mengarut di ruangan komen, ni buat perangai xbermoral tu balik. Cakap xserupa bikin. G balik kampung la……

    Reply
  10. nasibla kt ofis aku ramai staff and ada yg staff kje shift, tapi kalau yg kja shift tu sllu jgk kna kacau, sllu dgr org tkan keyboard tu, mcm tgh busy gila mnaip, padahal xde sapa pon dkt tmpt tu.. heheheh.. dia kacau cara halus je la,..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.