Aku bekerja di sebuah bangunan yang agak baru dibina iaitu pada tahun 2003. Biasanya bangunan yang berhantu adalah bangunan yang berusia puluhan tahun. Tapi pendapat itu boleh di sangkal. Dalam bangunan tempat aku bekerja ada tempat-tempat ‘panas’ antaranya, Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) atau perpustakaan. Kadang kala pelajar aku ‘request’ untuk buat kelas di PSP. Aku setuju. Sekali sekala tukar angin.
Petang tu kelas pukul 2.00 petang sampai pukul 4.00 petang. Sebelum masuk PSP, Rafie, rakan sejawat yang bertanggungjawab mentadbir PSP pesan pada aku, “ Ingat, jangan lebih pukul 4 dan pastikan budak kau cukup bila keluar nanti”. Aku angguk. Pesanan itu adalah undang-undang tak bertulis para pengguna PSP. Biasanya semua pegawai tahu. Selesai memesan, Rafie beredar, waktu kerjanya tamat awal pada hari itu.
Petang tu, kelas berjalan seperti biasa. Dalam PSP waktu tu, hanya aku dan 22 orang pelajar yang ada. Kami memilih untuk duduk di tengah-tengah PSP. PSP waktu itu ditutup untuk pengemaskinian stok buku dan hanya di buka untuk kelas sahaja. Pelajar-pelajar aku duduk menghadap aku, aku pula berdiri memandang mereka dan dari sudut pandangan aku, aku nampak 22 orang pelajar dan berbaris-baris rak buku yang terdapat di belakang mereka. Kawasan rak buku agak suram kerana lampu di ruangan itu dimatikan untuk penjimatan.
Sesang asyik mengajar, mata aku terganggu dengan pergerakan seorang pelajar asing yang berlegar-legar dari satu rak buku ke rak buku yang lain. Aku pasti dia bukan pelajar kelas aku. Mukanya tidak dikenali. Seorang pelajar perempuan, memakai seragam putih, bertocang dua dengan reben pink diikat pada rambut. Semasa mengajar, aku tetap mengawasi pergerakan pelajar itu Cuma aku minimumkannya kerana tidak mahu keadaan itu disedari oleh pelajar-pelajar lain.
Mana boleh masuk PSP waktu ini? Hati aku berbisik sendiri. Aku buat keputusan untuk bersemuka dengan pelajar misteri itu. Aku biarkan pelajar-pelajar kelas aku menyelesaikan satu soalan manakala aku pula beredar ke bahagian rak buku untuk menyiasat. Alasan aku beri pada mereka, “Kamu semua buat dulu, saya nak cari buku rujukan”. Aku tak nak mereka curiga sebab misteri PSP ni sememangnya sudah berada dalam pengetahuan umum.
Sampai di kawasan rak buku, aku mencari-cari pelajar misteri tadi. Aku bergerak laju di celah-celah rak buku. Waktu tu kedudukan aku dah agak jauh dari kawasan pelajar-pelajar aku membuat kerja. Kawasan rak-rak buku yang menempatkan jurnal-jurnal lama yang jarang dilawati pelajar. Di situ juga terdapat susunan naskah majalah Mastika keluaran lama sejak tahun 1980-an. Kiri kanan aku semua rak buku yang tingginya hampir mencecah siling PSP. Aku terlindung dek kegergasian rak-rak buku di sekeliling aku.
Pantang ada sedikit pergerakan yang ditangkap dari ekor mata, pantas juga aku berpaling mencari kelibat pelajar tadi. Sedang mata aku meliar melihat dari celah-celah buku pada rak, aku terkejut dek sepasang mata yang sedang mengintai aku dari celahan buku. Sepantas itu juga dia berkelip dan terus melarikan diri bersama satu ketawa halus yang mengejek. Serta merta bulu roma aku meremang. Tiba-tiba salah satu majalah Mastika yang tersusun rapi jatuh dari tempatnya tanpa ada penjelasan logik. Semanagt aku terus hilang. D***h aku berderau bila terpandang ‘cover’ majalah tersebut; ‘Misteri Terowong Casablanca’ dan imej seeokor pocong disisinya.
Serta merta mulut aku menyebut kalimah Allah Maha Besar berulang kali. Itu sahaja sumber kekuatan yang aku ada. Cepat-cepat aku berpaling dari ‘cover’ majalah yang cukup mengganggu dan terus melangkah keluar dari kawasan itu. Mulut tak berhenti berzikir. Setiap kali menyebut Maha Besar, semangat aku seakan-akan kembali pulih. Aku dah tak peduli kelibat pelajar tadi. Aku tahu tu bukan manusia. Aku dipermainkan.
Sampai sahaja di ruangan tempat kelas aku dijalankan. Semua pelajar memandang aku kehairanan. “ Miss pergi mana? Lagi 5 minit ni. Sempat ke nak bincang? Encik Rafie (pegawai PSP) minta kita keluar sebelum 4 petang”. Zaharul, ketua kelas bersuara. Lagi 5 minit? Aku menjeling jam tangan; 3.54 petang.
Sedangkan, masa aku mula mencari kelibat tadi adalah sekitar pukul 3.00 petang. Lamanya aku di permainkan…. Aku mengeluh kesal. Habis terbuang sia-sia masa aku dengan pelajar. Sebelum berlaku sesuatu yang lebih teruk, aku arahkan pelajar-pelajar mengemas barang dan bersurai. nanti tak pasal-pasal ada pelajar aku yang kena usik dan histeria. Bukannya tak pernah berlaku. Zaharul aku arahkan menutup suis lampu dan penyaman udara.
Aku menuruti mereka keluar dari belakang.
Sampai di pintu utama pelajar yang berada di hadapan meminta kunci grill dari ku. Baru aku ingat, aku kunci grill dari dalam ketika kami baru sahaja memulakan kelas tadi.
Maknanya, tiada sesiapa yang boleh memasuki PSP semasa kelas sedang berjalan kerana itulah pesanan Rafie. Pantas juga aku terus mengira pelajar-pelajarku sebelum semuanya keluar dari PSP. ‘….. 19, 20, 21, 22,23…eh? Stop semua! Zaharul, kira semua rakan-rakan. Pastikan semua ada”. Zaharul mengira. Habis mengira dia pandang pada aku dan tunjuk isyarat ‘BAGUS’ . “cukup miss, 22…” Aku mengangguk dan mengarahkan mereka segera beredar…
Saat aku menutup pintu grill, aku terdengar bunyi ketawa-ketawa halus dari arah rak buku. Saat itu aku dah tak peduli dan ingin terus beredar. Pukul 4 adalah waktu mereka. Waktu untuk mereka pula belajar di PSP…
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
tibe2 teringat kt novel asrama… dalam sekolah tu ade due kehidupan. satu kehidupan nyata.. satu lagi kehidupan alam ghaib. bekas pelajar2 yang m**i di sebuah kebakaran di sekolah tu juga..
wow menarik,agak2 igt tak apa nama novel tu..boleh kongsikan?
Tajuk dia ASRAMA
buku FIXI
Buku tu ada sambungan ASRAMA 2
tp x penah baca yg sambungab tu
owh thnks so much! nk try tgk la nnt mcm menarik citer2 mcm ni..owh ada smbungan menarik hee..anyway thnks again!
Serius buku asrama best. Cuma ending sedih. Perempuan tu dh m**i.
really.,good bnyk feedback yg baik mesti best..awh sad ending :’) thnks sharing!
Yg Dahlia tuh kn…kesian die kwn dgn bdk2 hantu..Yg paling sedih bila tau yg ayh die tuh pengait
Kawan saya dah baca asrama 2 and dia kata hampeh! Dia peminat besar asrama 1. Mungkin sebab terlalu besar expectationnya kat buku tu jadi bila tak sampai, dia kecewa. Saya sendiri belum baca lagi
yeah mybe ada betul jgak tu..mostly buku or cerita2 ker yg 1st better dari yg 2nd sbb expect bila yg 1st power yg dua mesti lagi better but at the end mngecewakan..anyway pandangan masing2 rite hee 🙂
Not bad seram jugek. Kurang lebih sama dgn kisah kat sekolah geng sajat… petang je dia masuk shift.
Dah lama geng sajat bolayan FS. Now buka balik, ayoyo rindu kak yulie sado sesado julipin
meremang gak baca ni.
dulu penah viral satu video(rasanya awal tahun 2000 kot), kanak2 china main dalam hutan. dalam 10 orang.
dorang main2, lepastu last sekali dorang main pusing2 sambil masing2 pegang bahu orang depan.
video shoot dr depan, tiba2 last sekali bila dikira, kanak2 tu ada 11 orang. kanak2 yg last tu x menunjukkan mukanya, hanya nampak sebahagian rambut dan badannya.
katanya lepas kejadian tu, kanak2 yg ke 10 tu m**i.
ada cerita ke tentnag kisah ni..nak tahu juga.mcam best je.
nasib lah die bergurau mcam tue..tapi seram gak lah kalo dengar suara mcam tue.
Meremang bulu roma. Memang berani untuk pergi mencari begitu,kan? Tapi, biasa pula bila dipilih untuk dipermainkan oleh ‘mereka’ ini, kita tidak terfikir tentangnya hinggalah sudah terlambat.
Syabas, penceritaan yang baik.
boleh tahan kalau berada di situasi yang sebenar seram gak lau dah mula sakat2.,nasib tak sampai sergah tunjuk muka mau terus demam..anyway nice story keep it sharing!
Seram sebab boleh bayangkan.. Suka gaya penceritaan, mcm novelist.. Library selalu ada kisah2 seram, patutlah sejuk lain mcm.. Hahaha..
Btw, teringat anime “Another”.. Student yg dh m**i msuk blk kelas sbb x ingat dia dh m**i, student lain sorg pn x prasan.. Bila ada sorg lebih dlm kelas, akan ada yg m**i utk seimbangkan jumlah student.. Anime je, bukan betul 😅
a’ah.. anime tu mmg seram ah.. nsib baik dlm realiti xde, klu ada…?
Blh tahan gak citer kau nih
Nice experience….mesti ade banyak lagi kisah yg ada pasal blik psp tu kan…cerita laa lagi kalau ada…
Nice experience….kalau ada lagi kisah disebalik bilik psp tu cerita laa lagi yaa…