Assalamualaikum. Ini kisah kedua yang akan aku sampaikan kepada korang semua. Sebelum tu terima kasihlah kepada sesiapa yang ada baca kisah pertama aku ,SURAU HOSPITAL. (Terasa diri ini amat dihargaii…ceewaah..,,😚)
Baiklah, masih berdasarkan pengalaman ibu aku. Ibu aku jadi start dalam cerita nie. Kisah berlaku ketika ibu aku bekerja di sebuah salon. Ini kerja ibu ketika aku tunggu keputusan SPM. Owner salon tu adalah orang cina. Nak jadikan cerita, ibu aku seorang sahaja yang berbangsa melayu kerja di salon tu. Macam mana ibu aku dapat kerja di salon tu, aku tak tahu.
Owner salon tu suka sangat dengan ibu aku. Sampaikan dia selalu ajar ibu aku banyak skill untuk rambut. Jadi bila ibu aku pandai, ramai mak datin suka ibu aku. Lagi lagi ibu aku ketika tu sabar ajelah dengan perangai mak datin. Oh, lupa nak bagitau, ibu aku kerja dekat salon yang berprestij tinggi. Orang orang kaya punya salon lah katakan .
Suatu hari, ibu aku punya shif untuk tutup pintu salon. Senang cerita jadi orang terakhir yang tinggalkan salon tu. Diorang habis kerja jam 5.30 petang. Tengah ibu aku kunci pejabat owner salon tu, tiba tiba terdengar bunyi loceng pintu. Menandakan ada orang datang. Ibu aku cepat cepat pergi bahagian depan. Terlihat seorang gadis Cina memakai ceongsam merah hitam. Ibu aku tegurlah dia.
“Maaf cik, salon nie dah tutup. Kalau cik nak esok boleh datang. Saya bagi cik diskaun.”
Perempuan tu balas…
“Tak ada apa”. Lepas tu senyap. Perempuan tu tak bercakap lagi, tetapi meleretkan senyumannya sambil melihat ibu. Pandangan yang amat dingin.
” Cik kalau cik nak juga hari nie boleh saya buatkan tapi cik kena bayar lebihlah sebab diluar waktu bekerja .”
Ibu aku segera berpaling untuk menarik kerusi supaya perempuan tadi duduk. Seperti yang sudah sedia maklum, salon mesti ada cermin. Cermin salon ibu aku tu besar maha dewa…(berabiskan…😊). Ibu aku pun menyediakan peralatan sambil bertanyakan kepada pelanggan senjanya itu. Ibu aku khusyuk memasang peralatan. Tiba tiba aura dingin mencengkam tubuh ibu aku. Ibu aku perlahan Lahan angkat kepalanya untuk lihat ke cermin di hadapannya. Perempuan tu masih tersenyum,
cuma yang membezakannya, perempuan itu senyum dengan bibir yang terkoyak . Tanpa diundang, peraasan seram dan takut terus menyelubungi ibuku. Terkaku ibu aku. Ibu aku segera membaca surah surah pendinding dengan harapan dapat menghalau makhluk yang sedang dilihatnya. Ibu aku hanya mampu melihat apa yang bakal berlaku kerana anggota tubuhnya tak dapat bergerak walaupun hanya untuk mengerdipkan mata. Pelanggan senjanya semakin lama semakin hampir dengan ibu. Ibu aku kuatkan semangatnya. Terasa sentuhan tangannya yang runcing dan berkuku panjang itu di muka ibuku.
Kringg…. Loceng pintu tiba-tiba berbunyi lagi. Ibu aku segera menoleh. Terlihat abangnya yang kedua datang.
“Dik, kau ok kh? Apa benda tadi tu.” Tanya abng ibuku.
Abg ibu seorang ini boleh nampak makluk ghaib sama seperti ibu . Ibu hanya mampu menggelengkan kepala. Ibu segera mengambil beg sandangnya dan keluar dari salon. Mujur lah abang ibu datang tepat pada masanya. Kalau tak, tak tau la macam mana lah nasib ibu. Abang ibu yang sorang nie datang sebab ambil ibu dari kerja. Pejabat abang ibu tak jauh dari salon tempat ibu kerja.
Pintu salon ibu kunci. Ketika ibu berjalan menuju ke kereta, ibu toleh ke arah cermin salon yang lut sinar menampakkan bahagian dalam. Ibu dapat lihat dengan jelas pelanggan senjanya sedang tersenyum di cermin itu. Senyum yang amat menyeramkan. Ibu segera mengejar langkah abangnya .
Tanpa ibu sedar masih ada mata yang terus memerhatikannya.
Sekian ,
One_neez
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
seram
simple but perfect… tulis laa lagi cerita
Apa ni?? Berapa kali nak siar cerita yg sama?