Pelaris

Salam semua pembaca FS. Kita bertemu lagi. Terima kasih admin sbb sudi share cerita kedua saya ni.

Dulu, Hubby saya selalu jadi driver Mak dan Abah dia bila diorang nak pegi jln tempat jauh2. Saya pun berpeluanglah menempek sekali. Biasanya, bila keluar jalan2, kami akan makan di kedai makan jer. Maka, bermulalah kisah bagaimana saya mengenal apa itu PELARIS..

Kisah 1

Kami dalam perjalanan nak pegi Padang Besar sbb Mak nak shopping. Memandangkan dah tengah hari, kami singgah makan di sebuah restoran nasi campur ni. Abah keluar dulu dan cari meja kosong. Restoran tu penuh mungkin sebab lunch time. Abah dapat tempat & kami pun duduk sambil pikir nak makan apa. Tiba2 Abah cakap kita minum dulu, nanti makan kat tempat lain. Heran jgk, kenapa taknak makan pulak. Perut dah lapar ni. Saya tengok Mak & Hubby diam je, saya tak beranilah nak bersuara. Dah habis minum & bayar, kami pun sambung perjalanan ke Padang Besar.Sepanjang perjalanan tu, perasaan ingin tahu saya membuak-buak. Ah, tanya je lah!

‘Abah, pasaipa kita tak makan kat restoran tu tadi?’

‘Ada beruk besaq, mata merah dok cangkung ataih peruik nasik depa. Patut la ramai betui org dok beratuq nak mkn. Puaih pelaris depa pakai’

Wow, Abah boleh nampak restoran yang pakai pelaris la. Saya tahu sikit2 je pasal pelaris ni. Taktau pulak ada mcm2 jenis dan rupa bentuk. Menarik ni! Haha!

At last, kami mkn KFC je kat Padang Besar. KFC takde pelaris kut…?

Kisah 2

Malam tu kami dalam perjalanan balik dari Kelantan. Kami pergi kenduri kawin anak kawan Abah. Agak lewat malam jgk la kami keluar dari kawasan Grik tu. Masing2 dah penat & lapar. Mak dah terlelap sebelah saya. Abah teman Hubby drive. Tiba di satu simpang ni, kami nampak sebuah restoran tomyam. Meriah betul dengan lampu warna warni. Hubby pun masuk parking. Saya keluar dulu dari kereta, sambil tunggu yg lain saya tgk2 la restoran tu. Betul2 tengah restoran tu ada sebatang pokok besar. Mmg cantik, mcm pokok tu deco restoran tu pulak.

Tiba2, Hubby panggil saya. Dia kata nak cari kedai lain. Saya ikut je, coz I think I know why. Masuk je kereta saya terus tanya Abah nampak apa. Abah kata ada makhluk hitam tinggi berdiri kat pokok besar tu. Bila waiter hidang makanan, makhluk tu akan lalu atas makanan tu & kaki makhluk tu akan cecah makanan yang terhidang atas meja.

Telan air liur dengar Abah cerita.Terasa loya tekak pun ada. Nasib baik tak makan kat restoran tu. Pandangan mata kasar memang nampak cantik dan meriah, tapi sebaliknya.. Nauzubillah!

Lepas tu Hubby terus drive sampai Alor Setar. Kami singgah makan di restoran nasi kandar je sebelum balik rumah. Alhamdulillah, takde makhluk pelik merayap di situ.

Kisah 3

‘B, saya lapaq kuey tiaw kungfu la’

‘Tadi mkn sikit sapa suruh, gatai control ayu sgt.. puii!’

Cuti weekend. Saya & Hubby akan balik kampung jenguk Abah dengan Mak. Malam tu walaupun jam dah menunjukkan pukul 9 mlm kami berdua siap2 nak keluar makan sebab saya lapar. Hubby ajak Abah dengan Mak join sekali tapi Mak taknak ikut. Jadi, kami bertiga je la keluar jalan2 cari makan.
Hubby kata malas nak pegi jauh2. Jadinya, mana kedai makan yg dia nampak dulu dia aci redah je la.

Ok, kami decide nak mkn kat sebuah kedai makan ni. Kedai ni tak besar mcm restoran, satu shop lot jer. Kami duduk kat meja luar jer, sejuk sikit kena angin mlm. Tengok ramai jugak org makan kat kedai ni. Kami tunggu dekat 5 minit masih takde waiter datang amik order. Diorang tak nampak ke kitorg dok kat situ. Alih2, Abah bangun & jalan masuk ke dalam kedai. Mungkin Abah nak panggil waiter kot. Dok sekejap, Abah keluar. Abah kata, takyah makan situ la.. tak berapa cantik. Kami paham dah. Tanpa berlengah, kami pun blah dari kedai tu.

End up, kami makan kat gerai kawan Abah jer. Biarlah jauh sikit, tapi selamat utk dimakan. Habis makan mee goreng, sambil2 habiskan minuman Abah bukak cerita. Abah cakap sampai je kat kedai tu, Abah dah terhidu bau yang sangat busuk. Mcm bau najis manusia pun ada, bau bangkai pun ada. Abah masuk kedai utuk scan kedai tu la. Abah kata, kat dlm kedai bau lagi kuat. Sampai Abah pun dah rasa meloya. Peliknya, kami tak bau apa pun. Bau masakan ada la! Masyaallah, ada yang sampai sanggup guna benda kotor sebagai pelaris. Kita yg mkn pulak, jadi apa..?
Wallahualam.

Itu lah sedikit sebanyak cerita yg ingin saya kongsikan bersama. Agak panjang & tak seram. Harap2 tak membosankan. Insyaallah, saya akan tulis next story dgn lebih baik lagi. Sekian, terima kasih.

p/s Abah ialah bapa mertua saya. Seorang ustaz yg suka menolong orang yang dalam kesusahan. Mahir dalam ilmu perubatan Islam. Peramah & merendah diri. Abah telah pulang ke rahmatullah 2 tahun lepas. Kehilangannya masih terasa. Alfatihah untuk Abah.

-Azura-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

8 thoughts on “Pelaris”

  1. Bnyk info… and xsume blh nmpk pelaris ni…

    Tapi kdg2 anak2 kecil blh nmpk..
    jujur ckp, masa ank saya belum blh ckp sgt, dia mcm kitaorg pnya sensor time nk pilih kdai makan…

    Ada satu kdai mamak tu pnyalah bnyk org, penuh sntiasa… dri pg smpi ke pagi… sbb 24 jam… roti canai dia mmg giler sdap… ank sya tiap kali g situ msty nk lari kluar n melalak spnjg kt kdai tu and dia takut nk juntai kaki kt bwah…

    Sblah kdai tu ada kdai steak, dia ok je g situ… n ada lg kdai mamak lain dkt2 situ and dia ok.. klu balik perak, mak mertua and abh mertua slalu xkn msuk kdai mkn y anak saya xnk msuk… diaorg mcm konfiden sbb ank2 kecil nmpk…

    Tp skrg.. ank saya dh pandai berckp… so kdai mamak tu pn dia da ok msuk.. tp kami still percya mamak tu msty ada letak 1 pelaris..

    Reply
  2. Kedai kat pdg besaq tu tang mana..kami ni jarang mkn luaq.tp teringin nak rasa kedai mana yg sedap.. Nauzubillah..pelaris memang ada..cuma x npak..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.