Assalamualaikum wbt kepada Tema FS dan pembaca sekalian. Semoga kita semua didalam lindungan, redha dan keberkatan ALLAH SWT sentiasa.
Terima kasih kepada Team FS kerana masih sudi mem’publish’kan kisah saya dan juga kepada pembaca yang sudi menghayati tulisan saya.
Kali ini saya hendak kongsikan tentang salah satu pelaris yang biasa digunakan oleh pengusaha kedai makan selalunya. Ini untuk pengajaran, tauladan dan mengukuhkan iman kita dari terjebak dengan amalan-amalan khurafat lagi mensyirikkan.
Asal-usul pelaris ladan kuda biasanya digunakan oleh pengusaha kedai makan dari kalangan berketurunan india dan india muslim. Ada juga yang diamalkan oleh kaum melayu juga namun bilangannya amatlah sedikit. Pelaris ini boleh dikategorikan dalam ilmu yang mudah dibuat kerana syarat yang tidak ketat dan amalan yang mudah. Saya akan kongsikan sedikit cara bagaimana hendak membuat pelaris dan mematahkannya.
Kebiasaannya ladam kuda yang telah siap dijampi akan ditanam di dalam tapak premis atau digantung. Disertai dengan wafak ayat dalam tulisan Sanskrit/Sanskrit Kuno/Hindu atau Rumi. Kesan kepada pelanggan pula akan menyebabkan mereka leka untuk menghabiskan masa di sesuatu kedai sehingga terlupa akan waktu walau hanya order air. Tujuan pelaris ladam kuda bukan untuk menjahanamkan pesaing bisnes tetapi untuk memikat dan mengikat hati pelanggan lepak di sesuatu premis. Bukan untuk megkhianat kepada pesaing bisnes yang lain
Bahan-bahannya :
1. Ladam kuda yang dah digunakan 1.
2. Kemenyan hindu
3. Bunga 7 warna
4. Najis kuda segenggam
5. Najis lembu segenggam
6. Najis manusia segenggam
7. Daun pandan 7 helai
Cara membuatnya : (telah ditapis dan censored)
1. Ladam kuda perlu dipuja selama 7 malam jumaat
2. Semua najis perlu disalut pada ladam kuda semasa proses puja
3. Daun pandan perlu diikat selapas ladam disalut dengan najis
4. Amalan mandi bunga kepada pemakai
5. Kemenyan digunakan semasa amalan memuja tanpa putus selama mana proses 7 hari
6. Mantera bacaan wajib diamalkan 10000 kali setiap hari selama proses pemujaan (mantera tak disediakan)
7. Kos mahar membuat pelaris biasanya RM7K ke atas. (bergantung besar mana bisnes)
Kesan kepada yang terbabit seperti gemar habiskan masa walau hanya order1 gelas air kosong.
Duit dibazirkan, masa Bersama keluarga diabaikan, amal ibadat ditinggalkan, resah jika tidak melepak walau sehari dan ini akan menjadi tabiat yang tidak sihat dalam komuniti dan keluarga.
Lama kelamaan ia akan menjadi pengaruh kepada disekililing terutamanya ahli keluarga dan sedikit sebanyak akan mengganggu keharmonian dalam sesebuah perhubungan
Cara mematahkannya kepada yang dah kena gejala pelaris ladam kuda wajiblah mendapatkan guru/ perawat yang mursyid betul aqidah dan tauhidnya. Jangan mencari yang jenis menurun, menyeru dan memuja apatah lagi menduakan ALLAH SWT. Carilah yang mengikut hukum dan syarak, tidak mementingkan upah dan kos2 yang tak logic dan boleh menyusahkan pihak pesakit. Kerana ramai diluar sana yang menjadi penunggang agama dan mengaut keuntung dalam kesempitan pesakit itu sendiri.
Kedua, marilah kita sama2 meningkat kan keimanan, keikhlasan dan keredhaan dalam menunaikan tuntutan agama pada ALLAH SWT. Supaya kita dapat menghindari segala perbuatan azab, khianat,jahat oleh jin, syaitan dan manusia serta menjauhi kemurkaan ALLAH SWT.
Mengubati diri sendiri lebih afdhol dari bergantung pada perawat dan makhluk lain. Kerana bukan perawat yang menyembuhkan tetapi ALLAH SWT akan lihat pada keimanan,keikhlasan, redha dan syukur hambaNya kepada Nya dalam meminta apa sekalipun.
Email: [email protected]
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
PS : Najis manusia mestilah yang lembik , seakan – akan najis kucing.Dau bau yang amat busuk seolah-olah tidak buang air seminggu amatlah mujarab.
PS : Najis manusia mestilah yang lembik , seakan – akan najis kucing.Dau bau yang amat busuk seolah-olah tidak buang air seminggu amatlah mujarab.