Pelesit Dikala Maghrib

Assalamu’alaikum kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Aku ni dulu hanyalah seorang yang gemar membaca cerita-cerita seram yang dipaparkan didalam laman ini. Tapi kali ni rasa terpanggil pula untuk aku kongsikan pengalaman seram aku dari zaman berzaman. Oh ya, nama aku Kay (nama pena).

Aku mulakan kisah ini dengan pengalaman pertama aku yang ketika itu aku masih lagi budak hingusan yang berumur 6 tahun ketika itu. Pada tahun 1994 kami sekeluarga telah berpindah ke utara tanah air atas urusan kerja ayah aku. Dahulunya ayah aku berkhidmat sebagai seorang askar dan telah dipindahkan ke kem tentera yang terletak di Sungai Layar, Kedah untuk memudahkan proses penamatan jawatan beliau dalam bahasa mudah pencen.

Pada ketika itu pula terdapat satu kawasan perumahan yang sedang giat dibangunkan dan berdekatan dengan sekolah dan pelbagai kemudahan lain. Maka, ayah aku pun tanpa berlengah lagi terus memeterai perjanjian dengan pihak bank dan membeli sebuah rumah dikawasan tersebut. Hari berganti hari, tahun berganti tahun semuanya nampak biasa, tenang dan damai.

Pada tahun 1996, masa ni kebanyakan tanah-tanah lapang depan rumah ayah aku nih dipenuhi dengan lalang yang tinggi-tinggi separa pinggang orang dewasa. Kalau budak kecik masuk dalam tuh memang nampak dua bijik mata ja. Disebabkan banyaknya dan panjangnya rumput, maka ramailah umat ‘masked rider’ a.k.a belalang yang menginap dan mendiami kawasan tersebut. Kalau pemandangan tu ada lagi zaman ‘millennial’ memang bersepah gambar-gambar dimedan I.G. So hobi aku dan adik aku time tuh membanting tulang menangkap belalang untuk disimpan dalam botol sebagai sumber hiburan.

Nak dijadikan cerita, aku terjumpa spot belalang yang besaq nalaa punya belakang rumah aku. (Belakang rumah aku tu ada lagi rumah tapi tak dak orang duduk). Rumah ‘pesyen’ lama memang laman dia jenis besaq2! Cuma yang pelik, bila belah siang memang susah nak jumpa yang besaq, jenis yang kecil ja. Bila saat matahari terbenam, maghrib menjelma kat belakang rumah aku tuh akan ada belalang yang besaq,sebesaq tapak tangan budak tapi tak banyak selalunya ada dua sahaja. So pada sebelah pagi aku dan adik aku deal baik punya untuk menerjah kawasan belakang rumah aku tuh untuk memulakan operasi kami di sebelah maghrib. Kira seorang sekoq laa kononnya.

Petang pun mula berlabuh menyusul pula maghrib yang hening sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kami berdua pun dah bersiap sedia dengan botol Sprite 2.5 liter yang digenggam erat oleh aku. “OOOOOiiiiiiiiiiiiii, masuk oiiii!Maghrib-maghrib keluaq p cari menatang apa haa?”, ibuku bertempik dari dalam rumah. Ayah aku pula time tuh dah keluar untuk ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah. “Sat ja mak, nak p tangkap belalang kunyit kat belakang rumah”, balas adik aku. “Alamak spoil betoilah Chot (adik aku) nih, buleh pulak habaq (bagitau) plan dengan jujur pulak tuh!” getus aku dalam hati. “Hangpa tak masuk satgi hangpa kena dengan aku! Tak puaih-puaih lagi ka main haa? Dengan hangpa sekali belalang tuh aku taboh satgi!”, tempik ibuku dari dalam rumah.

Adik aku pun dengan hampa berjalan sambil bahu kebawah kepala tertunduk berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Sesekali dia toleh kepada ku yang masih lagi belum berniat untuk menyerah kalah. “Hang masuk dulu Chot, satgi lepaih aku tangkap aku bagi kat hang satu!”, kataku kepada adikku. Dia pun mengangguk perlahan. Aku pun meneruskan ekspedisi aku dengan selamba, tapi entah kenapa hati aku berdegup dengan kencang, sama ada takut kerana hari makin gelap atau mengenangkan amarah ibuku bila aku masuk ke dalam rumah nanti.

Lebih kurang 5 minit mencari, akhirnya aku menjumpai belalang yang diperkatakan tadi. “Ngam, jumpa jugak! Kira sempoi dah nih…sekoq pun sekoq laa…esok-esok aku tangkap untuk hang pulak la nohh Chot”, detik hatiku. Azan Maghrib pun berkumandang menandakan telah masuk waktu Maghrib diseluruh kawasan taman perumahanku. Pappp!! Aku terus sambar belalang yang sebesar tapak tangan budak tu, masukkan kedalam botol dan berlari masuk ke dalam rumah. Bumm, pintu rumah aku, aku terhempas kerana terlalu ghairah dengan hasil yang aku dapat. Azan Maghrib pun telah berhenti, dan kejadian yang cukup pelik menimpa aku. Rumah yang aku masuk ni bukan rumah mak ayah aku, tapi bagai suatu rumah agam dengan mozek hitam dan putih tersusun rapi. Dinding dalam rumah berwarna merah pekat seperti warna darah,pelbagai jenis topeng yang pelik-pelik tergantung kemas dibahagian dinding. Belalang yang digenggam tadi pun entah kemana menghilang. Aku mula cuak, kat mana aku nih? Perasaan hairan, takut, gugup dan bermacam lagi mula datang.

Aku rasa seperti ada suatu lembaga dibahagian belakang badanku, besaq laa jugak. Besar sikit dari orang dewasa. Pabila aku tolehkan kepala aku ke lembaga tersebut alangkah terkejutnya aku. Badut! Badut dengan muka lagi dahsyat dari Pennywise dalam filem I.T! Bibir merekah berwarna merah pekat, gigi semuanya tajam bersiung berwarna kuning entah berapa lama dia tak gosok gigi, rambut merah kerinting lebat tapi kusut, pakaiannya aku ingat-ingat lupa, tapi riak wajahnya cukup buat aku trauma dan tak menggemari badut sampai sekarang. Badut mula mengorak langkahnya, menggenggam tangan kiriku sekuatnya! Sakit, pedih! Aku menepis dan terus berlari menuju ke satu sudut. Kedengaran hilai tawanya. Kuat dan seram. Tangisan lelaki sejati berusia 6 tahun mula terjurai dari mataku membasahi pipi. Banyak!

Dalam tersedu-sedu aku berlari sehingga terjumpa satu bilik, aku buka pintu dan masuk kedalamnya. Apa yang kulihat hanya putih. Putih yakmat! Semuanya putih. Dinding, siling, lantai. Pintu yang tertutup rapat mula diketuk dengan kuat. Cukup kuat bagai bukan seorang yang mengetuk macam ramai…sambil diiringi pekikan “Kay!!!!Buka pintu nih!!!!Hehehehehehe~Bukaaaaaakkkkk!!!! Aku meluru kesudut bilik dengan tangan menelekup kepalaku, menangis dan hanya mampu berharap ada seseorang yang mampu menolong. Lemah longlai, bagai tiada tenaga lagi. Bunyi pekikan berselang seli dengan hilai tawa, mata aku mula kuyu hanya mampu menyebut “mak…tolong” dalam nada yang cukup lemah. Mata aku mula kuyu, Bammm! Pintu yang aku tutup tadi bagai dirempuh, ada tangan mencapai tanganku. Akhirnya semuanya gelap.

Bila aku celik semula, apa yang aku lihat hanyalah orang ramai. Selain ahli keluarga aku (aku ada 3 abang dan 1 adik), ada yang berkopiah, serban, mak cik entah siapa aku pun tak kenal. Apa yang aku perasan lagi mereka semua melantunkan ayayt-ayat suci al-Qur’an. Aku toleh ke kanan, ibuku dan ayahku. Aku lega dan terus memeluk ibuku yang dalam tangisan. Ada seorang pak cik yang bagaikan ustaz senyum lembut kearahku, sambil mengusap kepalaku. “Haiihhh, buaih sungguh!” katanya sambil menggelengkan kepala dengan perlahan. “Semuanya dah selesai, Mat. Menatang tu dah keluaq dah, cuma anak hang nih masih lemah semangat. Nanti bagi dia minum aiq dalam botoi nih. InsyaAllah oke”, katanya kepada ayahku. Ayah aku mengangguk perlahan. Aku hanya memerhati tanpa paham apa-apa ketika itu. “Orang laqi dari hantu, anak hang pulak tangkap hantu bubuh dalam botoi. Lagi dahsyat dari bomoh tempatan. Kahaq jugak anak hang ni”, kata Ustaz tadi disambung dengan ketawa kecil dihujungnya. “ Cuma jaga-jaga la, ‘laluan’ dah dibuka. Nak tutup ‘laluan’ nih payah sikit, aku tak berapa pandai. Hang kena perbanyakkan selawat dan bacaan al-Qur’an kat dalam rumah ni. InsyaAllah ‘laluan’ tuh jadi la sempit sikit”, sambungnya lagi. Ayahku mengangguk perlahan.

Setelah semua selesai mereka pun beredar. Aku pun bertanyakan kepada ibuku apa yang terjadi. Dia hanya menggelengkan kepala sambil berkata “Kay kecil lagi, lain kali dengaq cakap mak naa…jangan duk pi main kat belakang rumah dah tau?”, lembut percakapan ibuku lalu memelukku. Bagaikan tak percaya tu mak aku! Selalunya, dahsyat. Hahaha! Dah besaq sikit baru abang aku cerita, yang aku tangkap Maghrib tuh Pelesit! Rumah yang aku masuk tuh memang rumah mak ayah aku, tapi yang depa pelik aku pijak ja lantai rumah terus aku meracau, memekik dan menjerit. Abang aku kelam kabut panggil mak aku yang baru sudah sembahyang dibilik utama. Baru nak sampai kat aku, aku lari memanjat apa yang ada, kerusi, kusyen semua aku lempaq habih kat depa sambil gelak dengan senyuman menyeringai. Ayah aku kebetulan baru sampai di rumah selepas solat maghrib dimasjid terus tanpa lengah capai tangan aku, aku meronta dan jatuh la botol Sprite yang digenggam kuat. Dari situ ayah aku syak aku kena rasuk. Aku pula time tuh laqi masuk ke dalam toilet dan pintu aku kunci dari dalam. Depa apa lagi ligan laa, aku tengok pintu tuh lekang terus…(pintu jenis zink warna silver). Nasib laa kawan ayah aku Ustaz apa ntah nama dia ada kat kawasan berdekatan tengah mengopi, pakat semua rumun la nak menolong. Buat hal betoi aku dulu ni. Hahahaha!

Cuma yang best, ‘laluan’ yang ustaz tuh cakap adalah laluan untuk jin-jin, setan-setan lain datang bertandang untuk masuk membina penempatan dalam badan aku. Perghhhh, minta simpang laa bang nooonnnn….memang tak mau dah! Sakit satu hal, letih lain macam satu hal. Setelah kejadian aku kena rasuk ni, mata aku kadang-kadang boleh nampak makhluk halus, sometimes samar-samar, sometimes sipi-sipi, sometimes dekat hujung anak mata, sometimes bulu tengkuk meremang dengan bahu rasa berat lain macam. Cuma memang aku boleh rasa ‘depa’ ada kaa takdak kat satu2 kawasan tuh. Kalau ada kesempatan lain nanti aku akan menulis pulak kisah pasai adik aku punya versi kena rasuk. Nak percaya atau tidak itu terpulang, aku hanya menulis sedikit sebanyak apa yang masih lagi aku ingat dari pengalaman mistik aku dulu-dulu. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t, yang buruk mai dari aku. Terima kasih kerana sudi baca kisah yang tak seberapa ini.

Sekian dari saya,
Kay (Masked Rider Hunter…hahaha!)

15 thoughts on “Pelesit Dikala Maghrib”

  1. Dulu masa kecik ii pon saya suka tangkap belalang setiap pgi dn petg..haha nasib tk jdi cm hang huhu alhamdulillah btw semoga sentiasa dlm kebaikan ok🌸😋👌

    Reply
  2. kalaulah yg hang tangkap tu menatang kelawar, badut Bat-Man yg akan timbul nanti. Abislh.. Jadi mangsa tawanan Bat-Man forever

    Reply
  3. “Hangpa tak masuk satgi hangpa kena dengan aku! Tak puaih-puaih lagi ka main haa? Dengan hangpa sekali belalang tuh aku taboh satgi!”, tempik ibuku dari dalam rumah.

    hat yg tang nih aku xtahan nk gelak nih… hahahaha

    Reply

Leave a Comment