PELIK TAPI BENAR

Assalamualaikum semua, ini pertama kali aku tulis cerita kat sini selepas aku tertarik baca cerita dekat Fiksyen Shasha(FS). Asal aku mula tahu kewujudan FS ni daripada rakan sekerja aku, maklumlah aku ni memang suka baca dan dengar kisah seram walaupun realitinya aku ni seorang yang penakut.

Tengok cerita hantu pon tutup mata weh…Badan jer besar tapi hati kecik cam kuman. Apa-apa pon aku nak kongsi sikit beberapa pengalaman aku yang boleh tahan seram dan kelakar jugaklah sebenarnya sepanjang aku bergelar siswazah. Sebelum tu, aku perkenalkan diri aku dulu ye kawan-kawan…Nama aku Farah (bukan nama sebenar).

Okay jom mula! (Ni cerita yang terpilih saja tau, yang buat aku tak boleh lupa sampai sekarang)
Aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di sebuah IPTA di pantai timur. Kat sini aku lone ranger, tak ada member yang aku kenal. Aku dapat bilik tingkat atas sekali dan dalam bilik tu ada 4 orang termasuk aku. Roommate aku yang 3 orang ni memang dah berkawan dari awal sebab dorang dari IPTA yang sama sebelum ni. Ct, Tina dan Ara (bukan nama sebenar) tua setahun dari aku dan dorang ni sangat baik dan prihatin dengan aku, terharu der..

First time kita orang masuk bilik ni kita orang terus kemas-kemas bilik dan pakaian sambil borak, dorang ni boleh tahan masuk air jugak kepala. Tiba-tiba “ Eeeeee..  Apa ni?!!” Ct menunding jari ke arah laci almarinya yang sudah dicabut. Aku, Tina ngan Ara pon serentak tengok kat situ. Dibalik laci almari tu terdapat satu benda yang dibalut dengan kain kuning dan diikat atas dan bawah (macam pocong). “Macam mana ni?” Soal Ct cuak. “Buang je lah Ct. Macam pelik je menda tu” Jawab Ara. “ Ni mesti orang yang duduk bilik ni dulu yang punya..” Ujar Tina. Aku tengok Ct dah mula nak pegang benda alah tu. “Kejap Ct! Apa kata kalau Ct lapik dulu tangan tu..” Cadangku pada Ct. Ye lah.. Bukan apa, kita pon tak tahu benda tu apa kan.. so lebih baik berjaga-jaga. Ct pon ambil kertas buat lapik tangan dan ambil benda tu buang dalam tong sampah.

Lepas dari kejadian tu tak adalah kejadian pelik-pelik yang berlaku dalam bilik kita orang tu kecuali Ara yang hampir setiap malam bercakap dalam tidur, Tina ngan Ct cakap Ara memang macam tu. Tapi kadang-kadang tu seram jugak weh.. Dah lah aku ni ada insomnia (Susah untuk tidur malam) so setiap malam aku akan berjaga sampai pagi.. Kat kelas baru tido

Huhuhuhu..Nak jadikan cerita, satu malam tu..Macam biasalah aku tak boleh tidur dan aku ambil keputusan untuk tengok drama korea. (Aku ni memang gila korea). Malam tu pulak binatang kekatu tu tiba-tiba banyak gila( serius banyak weh) Walau bilik dah gelap kekatu tu still jugak boleh masuk bilik kita orang walau kitorang dah tutup semua lubang kat bilik tu. Jam pukul 3 pagi time tu, tak nak kacau dorang tidur aku tengok citer dalam selimut sambil pakai earfon supaya lampu laptop tak terkena dorang (yang penting supaya kekatu tak kacau).

Untuk pengetahuan, kita orang memang suka tidur kat bawah sama-sama sebab kalau tidur kat katil masing-masing panas(kipas kat tengah). Tengah syok dok layan korea tiba-tiba aku dengar orang berbisik panggil nama aku. “Farah…Farah…” Aku pause cerita jap and cabut earfon. “Farah….Farah..” Suara tu panggil lagi.. Akupon buka selimut dan bila aku toleh ke kiri.. “Ara.. Kenapa?” Soalku sambil menghela nafas lega apabila aku lihat Ara separa bangun sedang memerhati ke arah aku. Ish.. Tak habis-habis ngigau lah dia ni..

Tapi malam ni dia advance sikit sebab sampai bangun, selalunya dia bercakap je. “Tu..Tu..” Dia menunjuk ke arah penjuru bilik pada katil Tina yang kosong. “Apa? Benda apa?” Soalku buat-buat berani, padahal time tu dah meremang bulu roma aku. Ye lah, mahu tak nya…Tak ada apa-apa pon kat situ dan yang buat aku tambah seram tu bila aku perasan yang mata Ara tu bersinar pelik semacam. Dahlah mata dia memang besar, tambah pulak dengan rambut yang panjang mengurai tu.. Huishhh Seram der. “

Ara…Ara… Ngigau ke?” Soalku lagi sekali, cuba beranikan diri walau peluh sejuk dah mula tadi mengalir. Tiba-tiba Ara terus rebah dan tidur macam biasa. Tinggal lah aku sorang terkulat-kulat ketakutan tak boleh tido, mngharapkan matahari cepat naik.. Ish,  Dahlah insomnia.. tambah dengan seram pulak.. Esok dah lah ada test.. Hermmm Tuhan je tahu perasaan aku time tu.

Bila aku cerita dekat dia keesokan harinya, boleh pulak dia cakap dia tak ingat apa-apa atau mimpi apa-apa pun.. Dia cakap dia tidur lena je malam tadi. Selalunya bila dia mengigau and bila kita kejut dia, dia akan terjaga pastu dia akan ingat yang kita kejutkan dia sebab dia mengigau. Tapi dalam kes aku ni dia langsung tak sedar atau ingat apa-apa pon pasal aku kejut dia mengigau malam tu atau. Pelik tapi benar.

Okaylah sampai sini saja cerita aku yang seram tapi tak berapa seram ni.. Sebenarnya banyak lagi kejadian seram dan pelik yang aku alami, lebih seram dari yang ni lagi. Tapi cukuplah cerita ni saja yang aku kongsikan sebagai salam perkenalan..

Kalau ada yang sudi ingin tahu apa yang aku alami, insyaallah aku akan kongsikan yang lebih seram dan menarik lagi. Anggap ini sebagai pembuka selera ye kawan-kawan semua.  Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Gadis Pulau

9 thoughts on “PELIK TAPI BENAR”

  1. Kepala bana apa cerita camni..hotak kau la budak bodoh.. Takyahs cerita setakat member kau sleeptalk jer.. Admin pn bingai g lulus cerita bodo

    Reply
  2. thanks for sharing. seram cerita tu. tapi tidak seram kepada pemilik komen2 sampah di atas. mereka ni tak sesuai duduk di fiksyenshasha. patutnya mereka ni berada di page porno. buat semak saja kat sini puiii

    Reply
  3. Saya pun penah belajar kt U Pantai Timur.. dan saya pun memg penah menghidap insomnia dr sekolah menengah sampai ke U. I’m feel you.. setakat tgal hostel saya hanya dengar je cerita2 mistik syukur masa belajr tu xda apa masa kat hostel. Cuma ada jer sikit gangguan masa tgal dirumah sewa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.