Assalam dan salam satu Malaysia. Kembali lagi bersama Ato dalam episod gangguan di jalan raya.
Selepas beberapa bukan bertugas di pulau, Aku kemudiannya membeli sebuah motor yamaha 100 tapi motor terpakai. Maklumkan gaji tidak seberapa besar. Aku membeli motor ni bagi memudahkan aku turun ke pekan untuk lepak-lepak dan membeli keperluan harian. Selepas Beberapa bulan di sana, aku berkawan rapat dgn sorang staff yang berasa dari Pulau Pinang dan telah berkahwin dgn org pulau Banggi. Dengan dia la aku selalu lepak malam-malam di pekan. Masa tiada motor, dia selalu pinjamkan aku motor jika aku ada keperluan.
Pada suatu malam yang kelam tanpa bulan dan tanpa bintang, aku turun ke pekan seperti biasa selepas solat Isyak. Kebetulan pulak minggu tu motor aku sakit mata. Hanya boleh berjalan malam dgn bantuan kecemasan dari aku(lampu rosak). Setiap kali turun malam ke pekan, aku akan menggunakan lampu suluh sebagai penerang jalan yg gelap gelita. Di pulau pula, lampu jalan tiada. Kenderaan pun jarang sekali kita nampak kalau waktu malam. “vrom vrom vroooom” aku hidupkan motor. Kena pulas2 minyaknya baru enjin hidup dan tabil. Kalau tak pulas, kompom enjin m**i. Perjalanan dr rumah aku ke pekan kira-kira dalam 10-15 minit bergantung kepada kelajuan. Tak boleh laju sangat sebb jalanrayanya banyak yg dah berlubang. Salah masuk lubang kompom kliniklah jawabnya. Perjalanan ke pekan pula, anda akan disajikan dgn pemandangan hutan kiri dan kanan. Sepanjang jalanraya dr rumah ke Pekan, ada satu simpang yang agak terkenal juga dgn cerita-cerita mistiknya. Aku ni penakut tapi keinginan aku untk lepak dgn kawan mengatasi rasa takutku. Biasanya aku akan pandu dalam 70km/j.
Sebelum sampai ke simpang yang dikatakan berpuaka tu, aku tersuluh sesuatu berwarna putih. Bentuknya Tinggi. Kedudukannya betul2 di sebelah simpang tu. Aku dah mula rasa seram dan mula berfikir sama ada meneruskan perjalanan atau patah balik. Tidak lama selepas tu, ada motor dtg dari arah depan. Motor tu juga terhenti. Mungkin dia juga terlihat apa yang aku lihat. Dia suluh ke arah benda tu dan begitu juga aku. Aku amati betul-betul apa kah benda tu. Rupa-rupanya ia hanyalah daun pisang muda yang baru mekar mengembang. Tanpa membuang masa, aku meneruskan perjalanan dan begitu juga dgn org depan. Kami sempat berhenti seketika bercerita sambil tertawa dgn apa yang kami lihat. Lega juga hati bila mengetahui benda tu hanya lah daun pisang.
Malam tu aku dan kawan lepak agak lama. Kawan ni tinggal area pekan sahaja. Dia lepak sampai lewat malam pun tak apa. Setelah puas lepak dan sembang-sembang, aku kemudiannya meminta izin untk balik kerana jam telah menunjukkan jam 12 lebih tengah malam. Untk pengetahuan pembaca, simpang yg dikatakan penuh mistik tu terletak di tengah-tengah antara tmpt kerja aku dan pekan. Aku mcm berat hati ja nak balik. Tapi kalau tak balik nak tidur mana pula. Aku gagahkan dan beranikan diri. Namun ketika ini, aku memang dah rasa seram. Rasa yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Semasa dalam perjalanan balik, aku kuatkan hati aku dgn zikir2 dan beberapa bacaan surah-surah lazim. Tiap kali aku terfikir tentang simpang mistik, pasti rasa seram bertambah.
Gangguan bermula Ketika aku baru sahaja melintasi simpang. Tiba-tiba, ada sesuatu terbang keluar dr simpang. Bentuknya bulat dan berapi serta berekor. Aku gelar benda tu ‘bola berapi’. Aku apa lagi, pulas habis motor tanpa menghiraukan keadaan jalan. Aku dah mcm pemandu motor yang professional elak lubang sana sini dalam keadaan motor yang hanya berlampukan lampu picit. Aku ingatkan benda tu berhenti begitu saja, rupanya benda tu terus mengejar aku. Kedudukannya betul2 di sebelah aku. Kejap dia laju kejap pelahan. Ya Allah, ketika itu perasaan aku memang terlalu takut. Rasa nak terkucil pun ada. mujurlah bola berapi tu tak berwajah. Kalaulah ia berwajah, pasti dia tersenyum riang melihat keadaan ketakutan aku.
Mau saja rasanya berhenti dan berlari tinggalkan motor. Agak lucu juga fikiran ku masa tu. Mujur tak berhenti betul-betul. Kalau berhenti dan lari, kompom m**i lari kepenatanlah aku. Benda tu seakan-akan bawa aku berlumba pula malam tu. Benda tu terus kejar aku dan hanya berhenti bila kira-kira 1/2km lagi ke tempat aku. Bola berapi tu sepertinya hanya memberikan aku salam perkenalan. Mungkin dia bagi mesej supaya jangan jalan lewat malam lagi.
Aku berhenti dan berehat sebentar di pintu Masuk, sekaligus sambil2 sembang dgn pak guard untk tenangkan diri aku. Pak guard ketawa bila aku ceritakan kejadian yang baru saja menimpa aku. Katanya tempat tu memang keras dan bola api tu pernah juga menyakat sorang guru yang nak balik ke pekan selepas buat kerja overtime. Kejadian tu berlaku sekitar jam 10 malam. Kejadian yang sama berlaku di tempat tu juga. Bola berapi tu mengejar gruru berkenaan sehinggalah ke kawasan yang ada rumah baru berhenti mengejar. Pak guard juga menceritakan bahawa dia selalu nampak bola berapi tu lalu depan tempat aku kerja dan menuju ke hutan.
Selepas aku dah rasa tenang, aku pun meminta izin untk balik. Malam tu aku agak susah tidur sebb masih ada rasa risau makhluk bola api tu mengikoriku ke rumah. Aku tertidur selepas melayan majalah kegemaran aku iaitu majalah JORAN.
Sekian untk cerita kali ini. Moga ketemua lagi di lain masa. Terima. Kasih kerana melayan kisah pengalaman seramku.
Seram yang amat. Share lagi cerita.
Dulu masa dikota belud aku jumpa dua bola api. Satu cahaya merah, satu lg kuning. Dia berdua tu seolah2 sedang berlumba disekeliling lapangan terbang lama kat tempat tu tp x ganggu pun.