Nama aku Azmi. Aku kerja sebagai pemandu bas ekspres sejak tahun 2010. Route aku tak tetap, kadang Johor-Penang, kadang KL-Kelantan. Tapi aku lebih suka shift malam. Jalan lengang, udara sejuk, dan kurang tekanan.
Tapi sekarang aku tak bawa bas malam dah.Sebab satu kejadian yang sampai hari ini… aku tak boleh lupa.
Malam tu, aku dapat trip dari KL ke Kuala Terengganu. Bas bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pukul 11.45 malam. Penumpang cuma ada 12 orang. Semua dah duduk, aku semak satu-satu. Lengkap.
Lepas keluar Gombak, masuk lebuh raya Karak, hujan mula turun renyai-renyai. Aku pasang radio perlahan. Jalan gelap, cuma lampu dari bas je menerangi laluan. Di sinilah semuanya bermula.
Lepas Genting Sempah, aku nampak ada sorang perempuan berdiri di tepi jalan. Pakai baju kurung putih, tudung labuh. Dia lambai ke arah bas.
Aku terkejut. Siapa yang tunggu tepi highway waktu macam ni?
Aku terus pandu, tak berhenti. Tapi bila aku pandang cermin pandang belakang…
Dia dah dalam bas. Duduk di baris paling belakang.
Aku rasa jantung aku sejuk. Aku pasti aku tak buka pintu.
Aku cuba yakinkan diri, mungkin aku terlampau penat. Mungkin aku salah nampak. Tapi makin aku pandang cermin belakang, makin aku yakin ada seseorang yang tak sepatutnya ada.
Beberapa minit kemudian, penumpang baris tengah tekan loceng. Aku berhenti dekat kawasan rehat dan rawat (R&R) yang gelap dan dah lama ditinggalkan. Aku hairan, sebab tak ada R&R dekat situ mengikut GPS.
Lelaki tu bangun, turun… tapi tak masuk-masuk balik. Aku tunggu hampir 10 minit. Bila aku naik dan periksa, aku dapati tempat duduk dia masih panas… tapi dia tak ada.
Aku terus pandu. Cuba tenang.
Tapi keadaan dalam bas makin pelik. Suasana jadi sejuk beku. Cermin tingkap mula berwap. Bau hanyir memenuhi ruang. Radio berbunyi sendiri, siaran terganggu, keluar bunyi orang mengaji terbalik.
Dan kemudian aku dengar bunyi tapak kaki… di atas bumbung bas.
Laju. Berlari.
Diikuti dengan bunyi seret kuku di bumbung.
Aku tak tahan lagi. Aku tekan minyak kuat-kuat. Tapi semua penumpang….ya, semua mula berdiri dan pandang ke arah aku. Mata mereka hitam pekat. Muka kosong. Macam patung.
Aku hampir hilang kawalan. Aku berhenti di tepi jalan, keluar dari bas sambil baca apa-apa ayat yang aku ingat. Bila aku pandang ke arah bas semula…
Kosong.
Setiap tempat duduk kosong.
Tak ada penumpang. Tak ada beg. Tak ada tanda sesiapa pernah naik.
Keesokan pagi, aku ditemui orang awam. Bas aku berhenti di kawasan larangan masuk. Polis dan pihak syarikat datang. Bila mereka periksa CCTV dalam bas…
tak ada seorang pun penumpang direkodkan dalam rakaman.
Cuma aku seorang. Pandu bas kosong sepanjang malam.
Aku cuti sebulan lepas kejadian tu. Dan lepas tu, aku mohon tukar kerja. Sekarang aku cuma jadi pemandu shuttle office siang hari.
Sebelum mula perjalanan ada baca ayat qursi x ?baca lah alfatihah…ayat qursi solawat…doa..