Pemburu Malam

Assallamu’alaikum kepada pembaca setia FS

Alkisah bermula nya cerita yang aku ingin kongsi dekat semua pembaca setia FS.

Harap maklum dan tunjuk ajar kalau ada salah dan silap di atas cara penulisan saya.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1972, Ketika itu ada 3 orang sahabat yang minat sangat memburu pada waktu malam dan macam-macam lagi yang lasaklah. Senang cerita diorang bertiga ni kaki redah, bukan macam aku kaki membaca cerita seram.

Orite sambung cerita. Pada satu hari mereka bertiga berniat ingin memburu di gunung yang terletak di Johor. Gunung ini sebenarnya tidak ‘keras’ (misteri) mana
tetapi paling penting, jika seseorang itu ingin ke Gunung ini, pertama sekali jangan sesekali bercakap besar. Jika tidak,
dikhuatiri akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti tersesat atau cedera. (wallahualam)

Hari khamis 22/2/1972 tarikh kata sepakat yang mereka bertiga janjikan ingin meneruskan niat pemburuan mereka. Semua peralatan
berburu sudah pun di sediakan. Akhirnya pendakian bermula. Ali, Uthman, Kabil (bukan nama sebenar). Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang. Dah bersedia ke korang berdua ni? (kata ali kepada usman dan kabil). Dah bersedia dah,
masa tu muka kabil nampak pucat sedikit.

Dengan lafaz ‘BISSMILLAHIRROHMANIRROHIM’, langkah mereka pun bermula. Baru 10 minit perjalanan, kabil mengadu pening kepala dan rasa
nak muntah.

“Ko ok ke sahabat?” sapa usman.
“Aku ok man, mungkin aku tak cukup tidur,” jawab kabil sambil memandang muka ali.
“Betul ko larat ni kabil?” Tambah Ali.
“Betul Li, setakat muntah pening-pening sikit ni takde hallah,” kata kabil sambil memegang perutnya.
“Jom, terus kan perjalanan!”

Jam menunjukkan lebih kurang hampir pukul 6 petang. Perjalanan pun diteruskan. 2 jam memasuki hutan buat kali kedua, Kabil muntah dan kali ini agak teruk. Macam-macam yang keluar. Muka Kabil pun pucat macam takde darah dah.

“Kabil! aku dah cakap dah, kalau tak sihat, jangan teruskan perjalanan. Ko ni degil!” kata Uthman yang sebelum ini tak banyak bersuara.
“Macam ni jela Bil, apa kata kau tunggu sini biar aku (Uthman) dengan Ali je pergi berburu malam ni.”

Kabil dengan tak mampu bersuara mengaggukkan kepalanya tanda setuju. Dengan tidak membuang masa, Ali dan Man membersihkan kawasan tempat Kabil berehat serta menghidupkan unggun api.

“Baiklah sahabat. Aku dengan Man nak pergi memburu dulu. Kau jaga diri elok-elok,” kata Ali.
“Korang pun hati-hati. Tak sabar aku nak makan rusa panggang ni,” gurau Kabil sambil menahan sakit.

Pemburuan diteruskan oleh Ali dan Man. 2 jam perjalanan memasuki hutan barulah mereka jumpa sekawanan rusa yang sihat lagi berisi dengan cahaya lampu suluh yang agak malap. Peluru pun diisi oleh Ali (a.k.a sniper Malaya).

POOOMMMMMMMMM!!!

Berdesup peluru pergi ke arah sekawanan rusa liar.
“Alhamdulillah, rezki kita malam ni. Mari kita tengok!” kata Ali kepada Man.

Sampai di tempat kawanan rusa liar yang ditembak Ali, alangkah terkejutnya mereka bila tiada apa-apa yang mereka tembak dan tiada kesan kawanan rusa di kawasan itu. Baik jejak kaki, mahupun najis haiwan itu.
Ali dan Man kehairanan.

“Macam mana boleh tak kena?” kata Ali.
“Tidak mengapa Man, mungkin bukan rezki kita.”

Pemburuan diteruskan dengan diterangi cahaya bulan pada malam itu, memberi kelebihan kepada Ali dan Man untuk mendapat pandangan yang lebih baik. Kali ini mereka berdua jumpa sasaran yang boleh tahan sedap. Seekor kancil di tepi sebatang pokok yang besar. Peluru diisi. Tembakan dilepaskan kali ini, sasaran mengena.

“TERBAIKLAH Ali,” bisik Man yang senyumnya dah sampai ke dahi.

Satu jam berlalu lebih kurang masa tu pukul 12:15. Kali ini sekawanan rusa yang pertama kali mereka jumpa muncul kembali,
“Ali ko tengok bawah pokok tu! Ko nampak tak apa yang aku nampak??” Sambil tangan Man menunjuk di bawah pokok yang agak rimbun. “Nampak, Man.”
Dengan tak melengahkan masa, sekali lagi sniper Malaya beraksi. Kali ini tumpuan Ali 200%. Sasaran dah pun dituju. Peluru telah pun siap diisi. Dengan jarak sasaran lebih kurang 35m dan dibantu dengan cahaya bulan, memberi kelebihan kepada Ali.
“Apa lagi Ali? TEMBAKLAH,” bisik Man kepada Ali.

2 saat sebelum tangan Ali melepaskan tembakan, mereka berdua terdengar suara Kabil, “ALLLIIIIII, MAANNNNNNNN!!!!”

“Eh, macam mana pulak kabil sampai sini?” kata Ali sambil memandang muka Man.
Alangkah terkejutnya mereka berdua bila Kabil keluar dengan tiba-tiba di celah pokok tempat kawanan rusa yang hendak Ali tembak tadi,
dengan muka pucat, baju koyak rabak dan bibir kebiruan.

“Ali… Man… sampai hati korang berdua tinggalkan aku lama-lama. Aku sejuk dekat bawah tu.”
“Errrrr… mintak maaf Bil, aku dengan Man terlalu kusyuk berburu sampai lupa kau,” sambil Ali memegang bahu Kabil.
“Tak mengapa Ali, lepas ni korang berdua jelah pergi memburu. Aku tak mahu ikut dah.”
Bermacam-macam soalan yang timbul dalam kepala Ali dan Man tapi dilupakan.
“Janganlah merajuk. Lagipun kau kan tak sihat tadi,” pujuk Man.
“Oklah, hari pun dah lewat. Jom kita balik,” tambah Ali.
“Terang betul bulan malam ni kan?” Kata si Man sambil menggalas hasil tangkapan mereka tadi.
“Biasa orang dulu-dulu kata kalau terang bulan mesti ada orang mati,” gurau Ali.
“Hehe…” Kabil cuma tersengih kecil.

Dalam perjalan turun dari puncak gunung itu,

“Ali, ko tengok atas pokok depan tu! Apa benda yang tergantung tu?” kata si Man (a.k.a kaki tegur). Ali pun menghalakan lampu suluh yang agak malap ke arah benda yang berada di atas pokok tu. ALLAHUAKBAR! Mereka ternampak sesosok tubuh yang berlumuran darah tanpa kepala tergatung di atas pokok tu, dengan badan dililit tumbuhan liar hutan
dan berlatar belakangkan cahaya bulan dari arah belakang pokok tu menambahkan lagi perasan ingin membuka langkah seribu mereka.
Dengan hati yang tenang, Ali mengarahkan Man dan Kabil untuk membaca apa yang patut. Kaki terasa kebas, peluh apatah lagi. Perjalanan tetap diteruskan. Lebih kurang selepas sejam setengah perjalanan. Ada baki dalam sejam lagi menuju tempat mereka tinggalkan Kabil.

“Bil! Makanan ada lagi tak dekat bawah? Aku lapar sangat dah ni,” sambil Ali dan Man menoleh ke belakang.
“ALLAHHH! Mana lagi si Kabil ni menghilang pulak? Dia ni dahlah tak sihat,” bebel Man.
Puas mereka berdua mencari, namun tiada sambutan dan sahutan dari Kabil.
“Takpe Man… mungkin dia tengah tunggu kita dekat bawah. Lagipun tak jauh kan tempat kita tinggalkan dia tadi?” Ali menenangkan Man yang kelihatan kebingungan dan
keresahan selepas apa yang mereka tempuh dan lalui malam ini.

Sesampainya mereka di tapak tempat mereka tinggalkan Kabil,
“Aikkkkk?! macam mana kau ni boleh elok je baring dekat sini? Aku dengan Ali punyalah risau pasal ko, cari bagai nak gila, ko elok je baring dekat sini!” Jerit Man dengan nada yang marah. Namun tiada pergerakan serta suara mahupun tindakbalas dari Kabil. Selepas melihat tiada pergerakan dari Kabil, Ali cuba menggerak-gerak mkan badan sahabat mereka yang bernama Kabil itu. Namun tetap tiada tindak balas. Barulah Ali dan Man sedar yang Kabir telah pergi buat selamanya. Rupanya Kabil sudah lama menghembuskan nafas yang terakhir.

Makhluk apakah yang bersama Ali dan Man masa mereka sedang berburu dan menuruni gunung?

Adakah ianya jin? Wallahualam.

“Setiap makhluk yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati” Dan “Akan kembali menghadap sang pencipta.”

Setelah kejadian itu, Ali dan Man tidak lagi pergi memburu, malah mereka telah berjaya membuka ladang ternakan rusa, kambing dan lembu.

Kabil disahkan meninggal dunia disebabkan “komplikasi keracunan makanan”.

Komplikasi Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

samhardyz
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. Buenos dias, os ha dicho alguien que vuestro blog puede ser adictivo ? estoy preocupada, desde que os recibo no puedo parar de mirar todas vuestras sugerencias y estoy muy feliz cuando recibo uno más, sois lo mejor en español, me encata vuestra presentación y el curre que hay detrás. Un beso y abrazos, MUCHAS GRACIAS POR VUESTRO TRABAJO, nos alegrais la vida.

    Saludos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.