Assalamualaikum kepada admin dan pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih saya ucapkan kepada admin kerana menyiarkan cerita saya sebelum ini. Bila aku baca komen ramai yang marah sebab cerita tergantung. Diharap dapat bersabar ye. Bukan aku malas tulis, tapi kalau dah cerita tu lebih 20 muka surat takkan la aku nak kena hantar terus 20 muka surat. Dah macam nak hantar thesis pulak dah. Aku dah berubat dengan lebih 10 orang ustaz rasanya, setiap kali berubat kisahnya lain-lain. Sebab tu la aku cuba cut bagi pendek.
Okay, kita sambung balik cerita yang sebelum ni tergantung. Lepas ustaz balik malam tu kakak ipar aku dan along aku datang sebab abang aku tak tahu nak buat macam mana dengan aku. Kejap aku okay kejap tak. Diorang datang masa tu dah lambat dalam pkul 1 pagi. Bila aku okay aku boleh gerakkan badan aku tapi bila kena balik badan aku jadi keras balik dan aku jadi senyap. Semua tingkat bilik dibuka sebab nak halau benda tu keluar. Aku terbaring je atas katil sambil diorang bacakan yaasin, tekan ibu jari kaki dan tarik keluar benda dalam badan aku. Diorang try je macam dalam cerita seram melayu tu, buka pintu, tingkap apa semua sebab diorang bukan reti pun nak merawat orang. Nasib pernah tengok cita seram-seram melayu boleh la try and error. Last-last aku tertidur juga dalam pkul 3 lebih.
Esoknya aku tak pi kerja. Abang aku stay dengan aku kat rumah. Kitorang keluar makan kat kedai makan Ikhwan, masa tu dah tengah hari. Tengah dok tunggu makanan tu abang aku tinggalkan aku sorang-sorang kat meja makan. Tiba-tiba ada la perempuan-perempuan tudung labuh masuk dalam kedai makan ni. Kalau tak silap aku diorang ni family yang kerja kat restoran Ikhwan tu jugak yela, diorang kan ada persatuan diorang sendiri. Masa diorang masuk dalam kedai makan tu, aku pandang je diorang dengan pandangan tajam dan rasa nak gi cekik je diorang. Tapi kebetulan masa tu aku terpandang ayat yang tergantung dalam makan Ikhwan tu (lupa ayat apa) aku terus tak jadi nak gi cekik diorang. Start dari situ aku rasa takut dengan diri sendiri sebab benda senang-senang je masuk keluar badan aku dan aku tahu benda ni masih tak selesai lagi.
Tak lama lepas tu, kakak aku dari kemaman datang sini weekend sebab husband dia outstation kat sini. Hari tu hari jumaat dan aku cuti. Aku keluar la dengan kakak aku pergi rumah mak sedara. Lupa nak bagitahu masa ni along dan kakak ipar aku pindah duduk sekali dengan aku dan abang aku. Diorang duduk sebelah dengan bilik aku which is kitorang berkongsi tandas. Kiranya tandas tu tengah-tengah antara bilik kitorang. Masa tu maghrib tiba-tiba kakak ipar aku wasap aku, dah balik ke? Aku cakap la aku kat Putrajaya lagi. Aku tanya kenapa? Lepas tu dia reply sebab tadi ada orang mandi dalam tandas. Dia bersangka baik jela mungkin abang aku yang balik kot. Aku cakap la, abang aku tu tak pernah-pernah mandi dalam bilik air kita tu. Aku suruh dia cek, rupanya memang takde orang pun kat rumah tu. ada dia sorang je. Jadi sapa yang mandi dalam bilik air tu?
Bila kat rumah tu, kalau aku duduk sorang-sorang mesti dengar pintu bilik tertutup la, dengar abang aku balik la. Aku ingat mungkin aku tak biasa lagi duduk rumah berjiran ni. Dengar rumah sebelah tutup pintu pun aku dengar macam rumah aku yang tutup pintu. Yela, rumah kat Kelantan kebanyakannya banglo. Jadi kalau ada bunyi tu means datang dari rumah sendiri je. Tapi setiap kali anak buah aku (Risya) datang rumah mesti dia takut-takut. Masa tu aku dalam bilik abang aku tengah borak dengan kakak aku apa semua. Lepas tu boleh pulak anak buah aku cakap “shhh, ada hantu” dan dia selalu tak nak tidur dalam bilik aku, dia akan nangis-nangis nak tidur kat luar.
One day, ayah aku dan adik perempuan aku (melor) datang dari Kelantan. Aku cerita la bunyi pelik-pelik pasal rumah ni kat ayah aku. Ayah aku boleh pulak cakap bunyi angin tu tolak pintu. Aku pun okay la. Hari last diorang kat sini, masa tu nak maghrib. Ada aku, ayah, dan melor kat rumah. Abang aku, Dani keluar beli makanan. Kitorang semua kat tingkat atas masa tu. Tiba-tiba kitorang terdengar bunyi pintu rumah ditutup. Aku pun panggil la abang aku ni tapi takde sahutan. Melor pun join sekali panggil abang aku dari tingkat atas. Senyap je, takde sahutan. Ayah aku cakap angin tu. aku pun pergi la kat tingkap tengok pokok. Aku cakap kat ayah aku, angin apa pokok pun tak bergerak. Lepas tu ayah aku senyap tak tahu nak cakap apa dah.
Lepas peristiwa tu, abang aku ajak aku pergi berubat dengan sorang ustaz ni, muda lagi. Masa tu weekend dan kitorang janji nak jumpa lepas asar kat masjid shah alam. Bukan yang masjid besar tu, ni masjid kat seksyen berapa tah aku dah lupa. Kitorang solat asar kat situ. Habis je solat tinggal la kami je dalam masjid tu dan ustaz tu mulakan rawatan.
Ustaz tu pakai sarung tangan hitam bagi nak elakkan bersentuhan. Dia pegang kepala aku sambil baca-baca ayat. Lepas tu aku dah start rasa panas dan nak marah kat ustaz tu. masa tu kakak ipar dan along aku ikut sekali. Dia scan kakak ipar aku sekali. Dia cakap la aku ni banyak sangat benda luar. Dia suruh abang aku derma kat pusat tahfiz @ pondok mintak diorang bacakan satu al-quran niat atas nama aku.
Ustaz tu tanya la sejak bila lagi aku kena. Aku cakap la baru berapa bulan ni. Tapi ustaz tu cakap dari apa yang dia scan benda-benda ni dah lama dalam badan aku. Jadi kitorang pelik la kenapa sekarang baru nak jadi kalau dah lama benda ni ada dalam badan aku. Ustaz tu cakap, benda tu baru bertemu buku dengan ruas. Maksudnya, benda dalam rumah yang kitorang duduk tu trigger dengan benda yang ada dalam badan aku. Kakak ipar aku pun ada juga sikit-sikit benda ni. Tapi takde la kuat sangat.
Proses rawatan ni berakhir dengan ustaz ni tolong kawan dia jual pati bidara dan minyak bidara. Ustaz tu ada la suruh buat tu buat ni apa. So cita dia aku pun tak tahu la ustaz tu nak merawat ke nak meniaga sebab barang yang kitorang beli pun dekat rm300 jugak. Dah la yang sebelum ni pun rm300. Aku rasa kecewa berubat dengan ustaz-ustaz bandar ni, rasa serik dan ditipu tapi hasilnya takde.
So lepas tu aku decide la nak balik berubat kat Kelantan. Okay, sebelum tu guys aku nak cerita sedikit sebanyak apa yang menyebabkan aku rasa memang ada benda lain dalam badan aku. Sebelum ni benda lain akan masuk dalam badan aku bila ada ustaz baca ayat ruqyah. Kalau tak sampai sekarang aku pun tak tahu yang ada benda lain menumpang dalam badan aku. Benda tu hanya akan kawal badan aku kalau ada ustaz ruqyahkan, kalau tak aku akan menjalani hidup macam biasa seperti benda tu tak wujud pun dalam badan aku and yes benda ni sedikit sebanyak akan effect kita dalam kehidupan seharian kita. Kalau tak banyak sikit la. Meh aku cita sedikit sebanyak perubahan dalam diri aku disebabkan adanya benda ni.
Pertama, setiap kali nak azan aku mesti rasa nak dengar lagu dan aku akan pasang lagu dengan earphone kuat-kuat. Bukan sebab aku tak suka dengar azan tapi sebab benda tu dah buatkan aku bertindak seolah-olah kalau tak dengar azan @ jawab azan pun takpe. Sebelum ni aku bukan macam tu, setiap kali azan aku akan tutup phone aku dan jawab azan sebab itu yang ayah aku ajar dari kecik. Tiada yang lagi penting daripada seruan azan.
Kedua, aku tak suka dengar adik aku pasang ayat quran. Adik aku seorang bekas pelajar tahfiz. Jadi dia selalu murajaah ayat quran tu bagi tak lupa apa yang dia pernah hafal. Setiap kali dia murajaah tu la aku rasa serabut, rasa nak marah je kat dia, pasang la slow-slow. Tapi aku rasa bersalah dengan ayat suci al-quran tu sebab aku pun asal dari sekolah agama, tapi bukan dari sekolah tahfiz. Hari-hari aku baca al-quran takde tanda-tanda yang menunjukkan aku didatangi benda-benda ghaib ni. Sebab tu la aku tak sangka yang aku kena rasuk masa awal-awal tu. Masa bulan puasa, aku ada la tadarus al-quran dengan family aku. Time tu baru aku rasa lain macam. Rupa-rupanyan kalau baca sorang-sorang tu benda tu tak trigger, tapi bila dah baca ramai-ramai ni dia trigger sama jugak bila dibaca ayat ruqyah.
Ketiga, selepas solat aku akan berzikir. Setiap kali berzikir, biasanya orang akan gerakkan badan kekiri kekanan macam terbuai dengan zikir macam tu tapi lain pulak dengan hal aku. Badan aku bergerak kekiri kekanan juga tapi dengan sangat laju dan badan hampir mencecah lantai dan aku rasa tenaga tu bukan dari tenaga aku sendiri dan bila aku sedar, aku akan stop bergerak @ perlahan kan seperti orang biasa berzikir. Tapi bila aku cuba stop tu aku rasa macam nak gelak @ tersenyum sinis sendiri. Begitu juga jari aku bila berzikir. Jari aku akan berzikir sampai terkena tapak tangan. Selalunya orang akan gerakkan jari sikit je. Walaupun aku cuba, aku tak boleh nak kawal jari aku sendiri.
Keempat, aku tak boleh khusyuk dalam solat. Walaupun aku cuba khusyuk, sebelum baca al-fatehah lagi aku dah hanyut entah kemana. Kelima, aku selalu bermimpi benda-benda pelik dan mimpi tu aku selalu ingat selepas bangun dari tidur. Boleh katakan aku tak pernah tidur tanpa tak bermimpi. Aku jadi pelik bila kawan dan family aku cakap diorang jarang bermimpi, kalau mimpi pun bangun tidur dah tak ingat apa-apa. Tapi aku tak, aku ingat semuanya. Sebab tu la aku rasa benda ni berkait dengan ganggun-gangguan yang aku alami.
Oh ya, ada lagi satu benda yang aku takut dengan diri sendiri. Yang ni keenam, setiap kali aku borak dengan seseorang boleh jadi orang tu borang dengan aku @ dia borak dengan benda lain yang ada dalam badan aku. Contohnya, ada sekali tu umi aku dia cerita pasal anak murid dia kat aku (umi aku cikgu) cerita takde la kelakar pun tapi aku gelak dan cara aku gelak tu macam orang yang tengah bercinta gelak, macam gelak-gelak malu gitu. Aku sedar bukan aku yang gelak, aku terus bagitahu umi aku, umi bukan melati yang gelak tadi. Umi aku pun terus senyap, dia tahu dalam dia dok cerita kat aku benda tu suka dengar jugak kot.
Kadang-kadang benda tu siap tanya soalan lagi kat umi aku masa dia dok cerita tu. Macam mana aku tahu yang aku atau bukan aku yang tanya tu? Sebab soalan yang aku tanya tu sama ada aku tak kisah langsung untuk ambil tahu takpun aku dah tahu sebelum ni. Dan time ni aku selalu cakap kat umi aku, umi bukan cerita kat melati ni umi cerita kat benda lain walaupun masa ni aku boleh kawal jasad aku, tapi dalaman aku benda lain yang kawal.
Okay, back to the story sejak aku balik ke kelantan, aku selalu dengar bunyi almari rumah aku krek krek krek. Padahal sebelum ni takde pun bunyi. Bunyi ni sama dengan bunyi kat rumah abang aku kat selangor. Adik aku Melor cakap mungkin sejuk kot sebab tu almari berbunyi tapi macam pelik kenapa sebelum ni takde bunyi padahal almari tu dah lebih 10 tahun. Dari situ aku syak benda tu ikut aku balik kelantan. Lagi pun bahu aku masih lagi sakit.
Suatu hari tu adik aku hilang spek mata dia. Dah puas cari tapi masih tak jumpa. Mak aku marah adik aku melor sebab dia selalu cuai letak barang merata, tapi aku back up adik aku sebab adik aku kalau dia tak letak spek mata dia atas katil mesti dalam tandas. Tapi kat dua-dua tempat ni takde. Sebelum ni pun aku pernah hilang spek mata aku. Puas cari seminggu kemudian baru jumpa ada dalam beg aku. Aku cam pelik sebab aku dah cari dalam beg aku sebelum ni takde pulak. Ni tiba-tiba ada je elok kat depan depan.
Lepas je raya haji tahun lepas, family aku bawak la aku pergi berubat dengan sorang ustaz ni. Ustaz ni famous kot kat kelantan. Ustaz tu simple je cara dia merawat,dia letak kain sapu tangan kat kaki aku, dia cucuk lidi pencungkil gigi kat kain tu, lepas tu dia baca ayat quran sikit lepas tu dan dia tekan jari kaki aku. Dia tanya soalan dan kalau betul, jari kaki yang ditekan tu akan rasa sakit. Dia cakap benda yang kacau aku ni datang dari rumah abang aku. 2 ekor hantu raya, sekor jantan sekor betina. Yang sekor ni tempat dia kat tingkat atas, yang sekor lagi kat bahagian belakang rumah. Yang sekor jantan ni yang dok kat bahu aku. Sebab tu la aku rasa sakit. Dia cakap hantu raya ni berbulu lebat dan benda ni suka kacau orang.
Ustaz tu tanya aku nak simpan dak, aku cakap taknak la. Sapa je nak simpan hantu raya dah la dok menumpang atas bahu orang tak mintak izin, ingat ringan ke. Sebelum ustaz tu tarik benda tu keluar, kitorang ada cerita kat ustaz tu yang adik aku Melor hilang spek mata dan ayah aku cakap tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni paip air dari tangki rumah ada orang tutup. Ayah aku ada jugak bising kat kitorang ni sapa la yang pi tutup sebab air tak masuk ke dalam tandas bila tutup paip air dari tangki tu. Dalam rumah tu ada aku, adik aku melor, adik lelaki aku darwan, umi dan ayah aku. Adik lelaki aku darwan cakap dia tak tutup, kami ni lagi la perempuan mana nak tahu pili mana yang menghubungkan tangki dengan bilik air. Ayah aku suruh ustaz tu tanyakan sekali kat hantu raya tu. Sekali ustaz tu tekan kaki aku sakit. Ustaz tu gelak je. Rupa-rupanya spek mata adik aku yang hilang tu pun kerja hantu raya tu jugak.
Last-last ustaz tu buang hantu raya tu sekali dengan yang tinggal kat rumah abang aku lagi satu. Yang ni tak ikut aku balik, yang sekor jantan ni je yang ikut balik. Aku pun tak tahu macam mana ustaz tu bawak yang dari rumah abang aku kat selangor tu. Benda 2 ekor tu masuk dalam lidi pencungkil gigi tadi. Lepas tu ustaz tu masukkan dalam bekas. Sebenarnya kami sedikit ragu-ragu dengan cara perubatan yang ustaz ni buat sebab dia boleh scan orang dari jauh sebab masa ustaz tu dok berubat aku, ada orang call ustaz tu cakap ayah dia tak sedarkan diri la, meracau apa semua tapi ustaz tu scan dan ubat orang yang call tu dari jauh je, tak yah jumpa depan-depan.
Ayah aku cakap kalau yang jenis boleh scan dari jauh ni dia pakai jin sebab tu dia boleh nampak apa yang dok kacau orang tu dari jauh je. Waallahua’lam. Lepas berubat dengan ustaz tu aku rasa bahu aku ringan sikit tapi malangnya, kita tak boleh percayakan tipu daya makhluk ghaib ni. Benda ni selalunya bila kita nak berubat dia akan buatkan kita rasa sihat je, macam gangguan tu dah takde. Sebab tu kalau kita nak pergi berubat walaupun rasa dah sihat pergi je dulu, sebab tu semua mainan jin nak perdayakan kita supaya tak pergi berubat. Okay, setakat ni sahaja dulu kisah yang aku boleh ceritakan. Kisah berubat aku masih tak selesai sampai disini je malah masih panjang lagi. Sehingga ketemu dilain coretan.
Sekian,
Melati.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
restoran ikhwan yg dekat mana,,mknn diorg sedap,,,restoran ikhwan sentiasa letak ayat2 yg boleh membuka minda ngn hati kita,,kalau aku pergi pon setiap sudut aku baca ayat diorg,,,jgnlah cekik diorg,,org2 nyer baik2 wlupun ad mulut jhat ngata diorg,,
Cuba Cari FB Pusat Rawatan Al-Idrus, insha Allah…
Kita ikhtiar, kesembuhan itu dari Allah….
Pati bidara minyak bidara mandian bidara segala mak nenek bidara tu btl2 ke blh halau hantu syaitan? Hangin aku kalau ustaz2 ambik kesempatan mengubat org dgn jual benda2 mcm ni. Over claim sgt lah dorg ni