“Penambahan ahli” family day

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pertama kali aku berkongsi cerita tentang kejadian yang agak menyeramkan pada aku untuk korang semua yang sudi membaca.

Kejadian berlaku disalah satu hotel di LUMUT PERAK. Ketika itu arwah ayah aku masih ada lagi dan ketika itu aku juga masih bujang lagi. Aku bekerja di dalam base TLDM LUMUT. Keluarga aku akan melakukan aktiviti ‘family day’ setiap tahun. Masa tu je la kami adik beradik boleh berkumpul bersama-sama. Ikutkan hari-hari biasa semuanya sangat sibuk dengan urusan masing-masing.
Family day kami akan dibuat setiap tahun pada waktu cuti akhir tahun persekolahan. Almaklumla keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah tak perlu la nak pontengkan anak sekolah… heheeeeee.. macam aku yang bujang tak fikir semua tu yang penting dapat bersama-bersama dengan ibu, ayah dan semua adik beradik yang lain.

Nak pendekkan cerita kami 5 beradik berpakat dan bercadang aktiviti ‘family day’ akan dilakukan di Lumut Perak. Abang ipar aku siap booking hotel yang ada swimming pool sekali. Memandangkan aku berkerja di lumut. So aku tak perlu la balik ke kampung Cuma aku menunggu kedatangan adik beradik yang lain je. 2 jenis family room di booking. 1 bilik untuk kaum hawa dan 1 bilik lagi untuk kaum adam. Sesampai mereka dihotel dan check in dalam pukul 2 petang, aku pun turut serta dengan membawa beg pakaian dari rumah sewa ku. Aktiviti petang tersebut kami melepak di MarinaCove. Sambil bergambar ,makan dan sebagainya.

Pada jam 6 petang ayah aku mengajak kami semua pulang semula ke hotel. Bila sampai hotel semuanya kelihatan keletihan dan masing-masing berehat. Tapi dah berkumpul ramai-ramai ni mestilah riuh rendah di buatnya. Anak-anak buah aku terjerit-jerit seronok bermain agaknya bila dapat berkumpul ramai-ramai. Ada yang dah mula bersihkan diri mandi. Sementara menunggu giliran mandi aku dan yang lain berborak termasuk abang sulung ku dan ayah. Saja abang dan ayah aku melepak di bilik kami sementara menunggu masuk waktu magrib.

Dalam rancak berborak tiba-tiba aku ternampak bayang disebalik langsir sliding door bilik hotel tersebut. Bayang tersebut seperti kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun . Bayang tersebut betul-betul menghadap kearah aku. Seperti bayang seorang budak lelaki. Mula-mula aku ingatkan anak buah aku. Jadi aku takde la macam terkejut melampau. Dalam masa yang sama tiba-tiba anak-anak buah aku dalam 4 orang tu masuk bilik yang kami melepak dan rancak berborak tu. Aku agak terkedu ketika itu dan aku kira keempat-empat anak buah aku semuanya baru masuk dari bilik hotel sebelah.

Jadi siapakah disebalik langsir yang aku nampak tadi tu????. Aku dengan suara perlahan, memberitahu pada mak aku. Mak aku perasan muka aku ketika tu dah pucat/ cuak. Jadi mak aku pula memberitahu ayah dan abang aku. Abang aku dengan beraninya melangkah ke sliding door dan menyelak langsing, memang sah tidak ada sesiapa pun di sebalik langsing tersebut.

Ketika itu semua orang senyap membisu. Tiba-tiba abang aku pun bersuara memberitahu bahawa dia juga nampak seperti mana aku nampak. Fuhhh… lega rupanya bukan aku seorang je yang nampak. Ayah aku mengatakan ‘dia’ datang mungkin nampak dan dengar bising jadi datang mungkin nak berkawan atau bermain. Fuh! seram pula aku dengar bila ayah cakap macam tu. Tapi ayah pandai juga mententeramkan kami yang dah nampak cuak di wajah masing-masing. Ayah kata ‘dia’ pun makhluk Allah juga.

Selepas solat magrib berjemaah, ayah aku mula membaca ayat-ayat Quran dan menyediakan air pendinding, ayah minta aku minum dan ayah juga merenjis kedalam bilik hotel yang kami menginap itu. Pada malam tersebut kakak kembar aku ‘diusik’. Rantai kakinya seperti dimain oleh seseorang. Esok paginya baru lah dia bercerita pada kami semua. Rupa-rupanya dalam 1 malam tu 2 kali dia “diusik”.

Bukan itu sahaja malahan anak buah sulung abang aku pun katanya dia ternampak seakan kelibat seseorang dibelakang sepupu nya ketika mereka leka bermain tuju penutup botol, ketika itu katanya dia baru masuk dari luar ke dalam bilik hotel. Bila di pandang sekali lagi dah hilang katanya. Hajat nak bermalam lagi semalam tapi memandangkan dah diberi “signal”. Ayah pun kata percutian family day kami setakat 2 hari 1 malam je la. Jadi semua mengemas barang untuk pulang. Selepas makan tengah hari kami pun bergerak pulang masing-masing. Aku pun pulang semula ke rumah sewa ku.

Kini… hampir 10 tahun berlalu aku masih bekerja di Lumut dan tiap kali bila aku lalu di depan hotel tersebut mesti aku terkenang kejadian tersebut. Alhamdulillah walaupun peristiwa tersebut memang agak sukar untuk aku lupakan tapi itu satu pengalaman yang boleh aku ceritakan pada anak cucu cicit aku kelak….

Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Nor alyani Bt ibrahim

2 thoughts on ““Penambahan ahli” family day”

  1. Memang ni hotspot. Biasa x ramai yg berani sewa sorang sorang. Macam macam cerita member yg tinggal disini . Yg tak best saya pun kena ganggu bila tinggal sorang sorang dlm bilik . Kena tindih tu biasa dan rasa seram sejuk. Mana mana hotel yg bertingkat sure ada penghuni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.