Assalamualaikum dan salam sejahtera admin2 FS dan para pembaca. Terima kasih sudi post and sudi baca kisah ‘Rumah Mak’ aku tu. Tu hanyalah antara kisah kisah yang aku pernah alami. Aku ni nak kata hijab terbuka tu, tidaklah. Tapi ada masa masanya, aku seolah-olah boleh rasa dan nampak sepintas lalu makhluk-makhluk Allah yang berkongsi alam dengan kita ni. Sumpah aku tak suka sebab hidup rasa tak aman. Aku start boleh rasa dan nampak bayangan ni memang dari kecik lagi, dari zaman sekolah rendah. So sini, biar la aku cerita serba sedikit tentang pengalaman aku.
Masa Sekolah Rendah
Masa ni aku sekeluarga duduk rumah kuarters. Rumah ni memang rumah lama, biasalah, kem askar kan. Kat rumah ni memang aku selalu rasa ada benda lain duduk sekali. Kadang-kadang aku dengar pintu tutup buka, bunyi kunci yang bergantung tu macam ada orang sentuh, tengah mandi macam kena perhati, tv pernah terbukak sendiri waktu malam ( ni mak aku sendiri cerita). Tapi satu malam tu, aku terjaga sebab nak minum air.
Lepas minum, nak tidur semula, baru aku nak baring, ada satu bayangan manusia kat pintu bilik aku, tinggi dia mencecah siling rumah, tapi dia macam terbentuk dari kepulan asap. Dia masuk bilik aku, lalu depan aku sampai ke hujung bilik. Aku nak bangun tengok apa dia yang lalu, tapi macam ada benda tahan aku dari bangun. Masa tu macam perasaan ingin tahu tu lebih lagi dari perasaan takut. Hehehe. Mak aku kata dia nak tumpang lalu je tu, nasib tak kena kacau lebih-lebih.
Masa Sekolah Menengah
Time form 1, mak aku suruh aku duduk asrama. Aku pun dengan perasaan rela dalam terpaksa, duduk je la kat asrama. Katil aku menghadap tingkap. Memang tak best sebab selalu rasa orang perhati.
Hehe. One time tu, aku naik bilik kawan aku. Masa nak turun balik ke bilik aku, aku guna la tangga yang dekat dengan dorm member ni. Tangga dia ni kalau turun, kat floor aku tu dia akan menghadap pintu stor.
Ha, masa ni la aku nampak macam ada kakak rambut panjang tengah duduk mencangkung, membelakangkan aku. Tapi, dia macam boleh tau aku nampak dia, dia slow2 pusing kepala dia tengok aku. Seriously, memang aku tak tunggu dah. Acah-acah tak nampak la weh. Terus straight balik bilik. Haha. Kejap je duduk asrama, pastu pujuk mak nak duduk rumah je.
Pastu masa aku form 4, masa tu konon-konon dah ada boyfriend, so malam-malam tu on the phone la dengan dia kan. One night tu, tengah seronok bersembang, ada la dua kelip-kelip (aku je perasan macam kelip-kelip) masuk bilik aku. Tapi cahaya dia bukan macam kelip-kelip biasa. ‘Benda’ tu warna hijau macam hijau highlighter tu. Aku cabul sangat mulut, pergi tegur. Aku cakap kat boyfriend aku time tu, ” eh, kelip kelip ni, eksyen dating depan kita, mentang2 boyfriend kita jauh”.
Ha, cabul sangat mulut tegur kan. Few nights later, aku tengah tidur menghadap dinding. Tetiba aku rasa ada orang cuit bahu aku. Aku pun blur ayam, pusing pandang sebab ingat mak aku ke siapa ke kan. Sekali, amek kau, ada la besar budak, bulat2, warna hijau ‘kelip-kelip’ yang masuk bilik aku dulu tu. Dia siap senyum kat aku okeh! Terkedu aku, terus paling balik menghadap dinding. Nasib lepas tu dia blah. Hahaha. Gatal sangat mulut cakap boyfriend jauh, dah dia datang nak kawan.
Masa kat Matrikulasi
Aku kat matrik dulu suka bangun awal pukul 5 pagi nak basuh baju. Sebab malas nak berebut bilik dobi. Kadang-kadang aku dengan roommate aku, kadang-kadang aku sorang. Ada satu pagi tu, aku tengah memberus baju baju aku, seriously aku rasa ada orang duduk bertenggek kat tembok belakang aku, dok perhati aku basuh baju. Memang tak la aku pandang. Cepat2 habiskan kerja membasuh, tinggalkan baldi kat dobi, cabut masuk bilik. Hahaha. Selain dari tu, kerap la rasa ada benda perhati dalam bilik, kat lab sains dan sebagainya. Syukur takde penampakan yang jelas.
Masa kat universiti pulak, aku dapat asrama yang berdua je. Malam mula tidur, aku tak boleh nak tidur. Terjaga tengah malam. And guess what, pintu bergegar gegar pastu terbukak sendiri. Nak terkincit aku time tu. Terus la amek botol sabun basuh baju sendal pintu. Still bergegar tapi tak terbukak. Esoknya, jeng jeng jeng, terus engsel pintu tu tercabut. Memang satu sem aku tak aman duduk bilik tu. Aku banyak duduk bilik kawan je.
Kat Sabah pulak
Aku ada bagitaukan laki aku kerja kat Sabah. Dia duduk kuarters masa tu. Aku pun ada masa-masa amek la cuti lebih sikit pergi duduk sana. Sana lagi banyak aku kena. Memang selalu rasa orang perhati. Bila aku bukak stor nak simpan barang, weh, ada budak duduk dalam tu. Aku pun buat-buat tak nampak and letak je barang pastu blah.
Pastu dapur laki aku ni, dia tak pasang langsir kat tingkap. Tingkap pulak jenis sliding tu. Ada satu malam aku tengah masak, memang menghadap tingkap tu la. Dari mula masak aku rasa ada benda duduk depan tingkap perhati aku masak. Sampai aku rasa tak selesa, aku cakap kat laki aku, tak kira, malam ni jugak pasang langsir sebab tak selesa dia dok pandang. Start malam tu, bunyi guli bergolek and bunyi orang tarik perabut non stop ikut aku. Tak kira aku kat hall ke, kat dapur ke, kat toilet je. Itu je bunyi yang ikut aku. Stress aku seminggu kat sana.
Itulah antara kisah yang aku pernah kena. Terima kasih sudi baca
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kompem terang benderang blk naa klu udah besor bdk jd kelip2…
Huhuhuhuuu…
byk rasa je…hurmm