Penangan Barongan

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Nama aku ain (bukan nama sebenar). ape yang aku nak share ni adalah daripada pengalaman sebenar aku. Maaflah, kalau kisah ni xseseram penulis yang lain. aku cume coretkan sebagai kenangan je. harap-harap admin approvekan untuk cerita ni dipublishkan.

kes ni jadi lepas kenduri pakcik aku. aku panggil dia pak cu je lah eh. pak cu aku ni kahwin dgn anak orang yang ada kumpulan barongan dengan kuda kepang. korang bolehlah google sendiri caner bentuk barongan tu. org jawa well known la dengan benda ni.

masa kenduri belah pengantin perempuan (isteri pak cu aku), yang ni aku tak follow sebab ayah tak benarkan kami sekeluarga pergi. aku sendiri pun tak tahu sebab apa. Tapi masa tu ayah aku gila-gila punye marah bile kami semua ajak ayah balik kampung. padahal sebelum ni ayah aku ok je bab kenduri-kendara ni. sebab ayah aku antara orang kuat yang akan tolong time rewang.

Ini cerita dari makcik-makcik aku. katanya sebelum pergi kenduri dorang mimpi pakcu aku dalam keadaan yang tak berbaju, seluar cume pakai seluar dalam je dan seluar dalam tu pulak buruk gila dan koyak-koyak. Yang peliknya dua orang makcik aku dapat mimpi yang sama. so sebelum pergi kenduri tu memang diorang gila-gila suruh pakcu aku ni batalkan perkahwinan. sebab masing-masing tak sedap hati, tapi dah jodohkan, pakcu aku still pergi jugak. At the end 3 kali lafaz baru sah. Itu pon yang kali ketiga ada pakcik aku sorang lagi yang cam berilmu sikit bab perubatan tradisional baca-baca sikit kat pak cu aku. barulah boleh lafaz dengan sah dan tenang.

Ini kejadian masa kenduri menyambut menantu (which is belah aku). sepanjang kenduri tu berlangsung, aku tengok macam ramai gile orang yang datang. tapi orang yang datang tu semua macam suram je mukanye. aku tak tau nak desribe macam mana. cuaca panas terik, tapi bagi aku, cuaca masa tu macam kelam. aku ignorekan je.

aku cume cerita kat mak aku yang aku rasa kenduri ini tak macam kenduri biase. kenduri ini lain sangat. aku rasa macam ada benda buruk nak jadi.

Aku : mak, kenduri ni cam lain la mak. macam ada benda buruk je yang nak jadi.

Mak : ngarutlah ko ni long. pergi solat tu. jangan fikir bukan-bukan.

Aku : tengah cutilah mak. hehehe..sambil aku tersengih2.
pas tu aku pon blah. pergi layan pakcik-pakcik aku yang tengah melalak dengan band diorang kat depan.

Aku perasan masa tu muka ayah aku dengan arwah atok aku lain sangat masa tu. Tapi diorang senyap je. masa tu aku bajet may be dorang letih sebab kenduri kot. walaupon aku tahu masa tu atok aku dengan ayah aku ni ada 6th sense. tapi dorang bukan jenis yang suka cerita pada orang lain ape yang diorang nampak. so aku plak bertabah jelah. time ni aku tak tau yang sebenarnye hijab aku dah terbukak.

lepas setel kenduri, aku pun naik atas rumah nak rehat-rehatkan diri. maklumlah letih kot sebab aku tukang bagi goodies pada tetamu. jemputan beribu. time ni lepak kat dapur atas. rumah nenek aku ni ada 2 dapur. dapur atas 1, dapur bawah 1. so kat dapur atas ni masa tu ada mak long aku, anak pak ngah aku (baby tgh tdo dlm buai) dengan sepupu sepapat aku yang lain. time ni dekat nak maghrib. tetamu sume dah balik. aku take over jaga anak pak ngah aku sebab mak ngah dengan pak ngah aku keluar. time ni mak long aku tengah tidur sebab letih sangat. aku lepak dengan adik aku. tiba-tiba aku dengar mak long aku jerit-jerit. macam orang mengigau tu. tapi tak kuat.

Mak long: tolong! tolong! sakit!! sakit!! sakit lah!! sambil dia menendang-nendang.

Aku : ibu.. ibu.. (panggilan utk mak long).. ibu.. bangun buu..

Aku cuba untuk kejutkan ibu. tapi tak pepasal aku kena sepak. bapak sakit weyh.. masa ni aku perasan yang kaki mak long dah lebam-lebam. macam kena gigit dengan menatang tu le (bak kt M). aku tau lebam tu macam mana sbb aku pon selalu kena gigit.

Aku bangun lagi. Aku gagah kan lagi kejut mak long. sebab aku rasa mak long macam dah pergi jauh. aku terasa masa aku pegang badan dia. macam bayangan mak long tu jauh
sangat dah dari aku. macam jasad dia je yang ade kat situ. time ni aku terus panggil kakak sepupu aku (anak mak long) dgn wak long aku. (family belah mak aku ni jawa + cina).

Aku : kak diana , ibu meracau.

kak diana : jadi lagi la tu.. (muke dia cuak gile). ayaaahhhhh!! ibu meracau balik!! cepattt!!! masa ni kak diana ni lari laju gile sambil cari wak long aku. masa ini baru aku tahu, yang mak long ada saka tapi kak diana cerita dia tak terima saka
tu.tapi saka tu still mengganggu ibu jugak.

masa ini wak long aku sampai. dia picit ibu jari kanan mak long aku. sambil dia selawat. pas tu dia baca surah al fatihah, ayatul qursi, dan 3 qul lepas tu hembus kat ubun-ubun mak long. time ni tiba-tiba mak long aku bangun bersilat. Dalam hati aku, sejak bila pulak mak long aku ni pandai bersilat. time tu wak long aku pun bersilat gak.
hahah..yang ini memang lawak. aku pon sengih.

Masa bersilat tu, baru aku nampak yang bersilat ni bukan mak long aku lagi. benda lain. sebab muka mak long aku berubah. muka kasar, bengis. macam bayangan muka lelaki tua. tapi aku tak tahu siapa lelaki tu. gaya silat dia memang gagah. Macam pahlawan.

Dalam tengah syok tengok mak long dengan wak long ni bersilat bagai, makcik aku sorang lagi ni, aku panggil cik ani la ye. tiba-tiba dia berlari dalam bentuk bulatan sambil jerit-jerit. Owh, time ni cik ani aku dah pakai telekung dia nak get ready nak solat maghrib. so agak creepy sikit sebab dia macam joget kuda kepang dalam keadaan bertelekung.

Cik ani : abg jo..abg jo.. tolong ani abg jo.. tlg…ani sakit.. ani takut…

Wak jo : ko dah kenapa? pakcik aku yang sorang ni memang kaki rilek. orang da gelabah teruk, dia sempoi je senyum sambil pegang tasbih.

cik ani : tolong abg jo.. ani nampak orang hitam.. sambil mata dia dah merah menyala. pas tu dia gelak-gelak.. hahahhahahhahah

seram dowh gelak tu. aku penah tengok dia gelak cam tu masa dia kena rasuk kat rumah mak aku dulu.

Wak jo : ani, ko dah ambil wudhu. lawan ani.. lawan.. ko kena kuat

cik ani : tolong abg jo.. ani sakit.. dah tak kuat ni..

Tiba-tiba Cik ani jegilkan mata dia (time ni bukan muka dia dah yang aku nampak. muka cik ani berubah macam muka orang lelaki yang aku nampak kat muka mak long tadi). Aku tak sure orang lain nampak tak macam yang aku nampak.

cik ani : Dia dah tak ada! Manusia hina dan lemah! sekejap je aku tumbangkan! hahahhahahhaha!!!

Cik ani gelak kuat gile sambil joget kuda kepang. dah kenapa aku kata..makin kritikal time tu. bergegar-gegar rumah nenek aku. Joget kuda kepang pakai telekung?? mujurlah ni bukan zaman yang pakai smartphone. kalau tak, lama dah aku rekod.

Masa tu jugak la arwah nenek aku pengsan. badan dia keras gile. macam orang kena sawan tu. aku makin kalut jerit panggil mak aku .

Aku : maaaakkkkk!! mbah wedok pengsan!! (kan dah kata aku ni jawa..mbah wedok tu merujuk kepada nenek atau atok perempuan) .

Time ni mak aku datang macam wonder woman wooo.. dia berlari laju.. korang bayangkanlah umah kampung, bergegar weh..sebab mak aku berlari..

Mak aku : mak..mak.. bangun mak..(aku tak reti lak nak taip macam mana loghat orang jawa)

Mak aku dok goncang-goncang badan nenek aku yang kurus kering dan keras tu. Masa ni mata nenek aku warna putih sume. mata hitamnya dah tak nampak.

Aku : mak, mbah wedok tak de ni. badannya kena ikat. dia tak boleh gerak.

Lagilah mak aku meraung kuat gila. garu kepala aku kejap. aku tak tahu nak buat apa. sebab aku bukan reti benda-benda macam ni. Allah cuma bagi izin untuk aku nampak ape yang orang lain tak nampak.

cik ani dari tadi masih lagi menari ala-ala kuda kepang. mak long aku masih lagi bersilat dengan wak long aku. nenek aku? badannya keras kejung.

Cik Jo: mana yang boleh solat tu, pergi solat dulu. lepas tu berkumpul baca surah Yassin. Kita kena lawan ramai-ramai.

masa tengah kalut tu, tiba-tiba cik ani bersuara;

Cik ani : haaa.. ni sume ko punye pasal la (sambil jari dia tunjuk pada mak cu aku yang baru je kawen tu). ko nak kahwin, bapak ko kurung aku dan kawan-kawan aku ! dah la
kurung. tak bagi makan pulak tu. aku lapar tau tak! ni baru bagi bebas. tapi suruh pulak aku dengan kawan-kawan aku ni ikut ko. suruh jaga ko! menyusahkan betul!

Hui.. seram siot.. time tu berdiri tegak bulu roma aku. sebab mak cu kat sebelah aku je time tu weh. muka mak cu tak yah cite la. memang pucat lesi. ye lah, mesti la dia segan. sbb baru je kahwin kot. tiba-tiba hantu bapak dia buat perangai. masa tu aku tengok tangan wak jo pegang tasbih sambil berzikir bagai dan dia hembus kat muke cik ani.

Cik ani : eh, aku tak takut lah dgn ko. ko ingat ko besar sangat? ni..kawan-kawan aku ade di sekeliling rumah . sume tunggu arahan daripada aku untuk masuk rumah ni. hahahhahhaha.. ko nak tahu sebab ape?? sebab rumah ni ramai yang tengah datang bulan. badan kotor! hahahhahahha

Weyh.. time ni aku telan air liur gak sebab aku tengah ABC (Allah Bagi Cuti). kacau bilau time ni. sebab mostly makcik-makcik dengan sepupu perempuan aku tengah ABC.

aku still tunggu kat situ lagi. macam tengok drama pulak. tiba-tiba aku jadi seronok.

mak cu masa tu start menangis. dia capai handfon then aku dengar dia call bapak dia sambil angguk-angguk.

makcu : abg jo, nanti bapak hantar ustaz datang sini. ustaz ni selalu bapak panggil bile ade anak buah bapak kerasukan.

Wak jo pun menggangguk tanda setuju. sebab aku nampak muka wak jo memang dah letih. sekejap pegi kat maklong. sekejap dekat cik ani. sekejap kat nenek. Cik ani plak time dia sedar sekejap. dengar la dia menangis. merintih. mintak tolong dari wak jo. tapi wak jo buat dono je.

pas tu cik ani mengamok lagi.

Cik ani : woi!! aku lapar tau tak! aku lapar! aku nak makan!

Wak jo : setan bodoh! aku bukan tuan ko yang ko nak mintak makan! kalo ko nak makan, pergi balik! tinggalkan tuan punya badan kat sini ! ani.. abang tahu ko sedar, ko lawan ani.. lawan.. ingat Allah..

Cik ani : diam !!!!!! aku tak nak balik!!

Masa ni aku tengok mak long dah kena kunci dengan wak long. so dia duduk diam je tak bergerak-gerak. tapi mata nya merah melilau-lilau tengok tempat lain sambil mendengus marah. macam kerbau tengah mengamok tu. macam tu lah. tengok nafas dia turun naik laju sangat. sekali sekala pandangan matanya bertembung dengan mata aku. tapi bila bertembung dia segera alihkan pandangan dari mata aku. aku pun tak tahu sebab ape.

Cik ani : woi.. ko tau tak! . laki ko tu banyak perempuan lain kat luar. ko tu bodoh! hahahah.. percaya sangat dengan laki ko! ko nak tau sebab ape laki ko de perempuanlain?? sebab ko tu mandul !! masa ni cik ani tunjukkan jari kat mak ngah dengan wak ngah aku.

Dalam hati aku kata, matila weyh.. mak ngah ni garang.

Mak ngah : aku tampar ko karang ani. ko jangan nak meroyan kat sini.

Wak jo : kak..sabar.. ni bukan ani.. ni setan bapak mertua nya cu..

Mak ngah pun terdiam masa tu. lupe nk bagitau. mak ngah dengan pak ngah aku kan keluar tadi. tu yang diorang tak tahu.

cik ani start attack sume orang masa tu. kecuali aku, mak dengan adik-adik aku. aku pon tak sure kenapa . sebab bila aku lalu depan mata dia, dia tengok je aku tapi tak cakap apa-apa. agaknye sebab tu ayah tak bagi kitorang pergi kenduri belah perempuan hari tu. so aku lintas depan dia dengan penuh berdebar-debar dan aku pon pergi cari atok dengan ayah aku. rupenya atok dengan ayah aku tengah rilek je duduk kat pangkin luar rumah. tengah sembang-sembang. atok dengan ayah memang rapat. so aku pon menyelitlah duduk kat tengah-tengah antara ayah dengan atok. sebab aku takut duduk tepi. aku bajet hantu tu tak kacau le konon-kononnya kalo aku duduk kat tengah-tengah.

Atok : kenapa terjerit-jerit kat atas tu?

aku : cik ani, mak long dengan mbah wedok kena masuk hantu mbah. cik ani tengah joget kuda kepang. mbah wedok badannya keras. mak long baru berhenti bersilat. mbah dengan ayah pergi mana tadi?

atok : mbah dengan ayah baru balik dari masjid. (atok aku ni tok imam. so memang setiap kali solat dia akan ada kat masjid. kalo ayah aku balik lagi lah lama diorang duduk kat masjid)

atok : o..biarlah. nanti dah letih. senyap lah sume tu.

aku : mbah.. tadi hantu tu kata kawan-kawannya ade dekat keliling rumah. nak masuk rumah katanya. betul ke mbah?

Atok : ye tho?? (ye ke??) kok tak nampak setannya.. mbah dengan ayah duduk dekat sini dari tadi lagi. tak de yang datang jenguk pon. kalo ade..ye..mbah nak jumpe jugak.

Aku : buat ape mbah ?

Atok : nak tanye.. kenapa kacau rumah mbah? ni bukan tempat dia. dia tak sesuai kat sini. (sambil atok aku usap rambut aku).

Tak lama tu nampak ada kereta masuk kat perkarangan halaman rumah. ada sorang lelaki. 2 orang perempuan. aku bajet may be sorang lagi perempuan tu anaknya kot sebab
nampak muda. lelaki tu bersalaman dengan ayah dan atok dan mintak izin nak naik atas rumah nak ubatkan makcik-makcik dengan nenek aku. atok aku dengn ayah anggukkan je kepala. Aku ikut naik skali sebab nak tengok macam mana diorang ubatkan.

Yang lelaki tu aku tengok pegi kat cik ani dulu. may be sebab cik ani kritikal sangat masa tu sebab agresif. aku tak tau dia baca apa sbb aku duduk jauh. aku just tengok dia
pegang kepala cik ani dari atas (tempat ubun-ubun). masa ni nampak muka cik ani berkerut-kerut tahan sakit. sampai lah dia terduduk dan lelaki tu macam tarik benda keluar dari badan cik ani melalui ibu jari kaki kanan. nampak macam tak susah pun. Agaknya sebab dia tahu siapa punya dan mungkin dia datang untuk memujuk je.

Lepas tu baru nampak mata cik ani dah tak merah. dan muka dia cantik balik. owh, lupe nak cite makcik aku ni orang sabah kaum kadazan dusun . cantik tau orangnye! pas kahwin dengan pakcik aku dia duduk semenanjung.

aku tengok yang perempuan dua orang tu pergi dekat nenek aku. may be sebab nenek aku punye kes tak berat sangat kot. aku tengok yang perempuan muda tu letak tangan atas ubun-ubun nenek aku. tapi tak rapat la kedudukan tangannya tu, yang perempuan berumur sikit tu letak tangan kat perot nenek. tapi tak rapat sangat jugak. mulut mereka terkumat kamit. sama ada baca jampi serapah atau baca ayatul suci AlQuran, yang tu aku tak tahu. sebab tak dapat dengar, memandangkan kedudukan aku yang agak jauh sedikit. masa tu tengok tangan budak perempuan tu macam terketar-ketar. muka dia pon berkerut macam tahan sakit. tapi ape yang aku nampak macam ada asap nipis keluar dari ujung ibu jari kaki nenek. tp tak banyak la lepas tu hilang. lepas tu yang lelaki datang duduk kat ibu jari kaki kanan dan picit macam dia buat kat cik ani tadi. then nenek aku jerit kuat gile macam sakit. masa nenek jerit tu nampak badannye terangkat sikit pas tu baru rebah balik. masa ni mak aku dengan makcik-makcik aku yang lain dah teresak-esak nangis dah. bila nenek dah berhenti meraung. baru dia sedar. pas tu dia nangis. agaknye sebab sakit kot.

last skali turn mak long aku. mak long aku masa tu keadaannya tengah bersila. sambil mata dia tengok tajam ke arah 3 orang perubat tu.

maklong : keluar jelah. semak je!

lelaki perawat : boleh. tapi ko ikut aku balik. ini bukan rumah ko. rumah ko kat kampung sebelah.

maklong : diam la! bodoh!

lelaki perawat : Tuan ko ajak balik. dia hantar aku untuk ko ikut aku balik. apa yang ko marah dan tak puas hati kita cerita kemudian.

Perawat lelaki tu terus terkam kaki mak long. wak long pon pegang gak kaki mak long sebab masa tu mak long dah get ready nak lari. yang ni aku tak nmpk mcm mana cara dia ubatkan mak long sbb masa tu mak aku panggil mintak urutkan nenek aku. atas permintaan dari nenek aku.

owh, by the way, orang yang datang ubatkan makcik-makcik dan nenek aku dia tak buang benda tu pun, sebab benda-benda tu semua bertuan. dia cuma pujuk supaya benda tu keluar dan balik ke tempat asal dia je.

masa perawat- perawat tu bersalam dengan kami semua sebab dah nak balik aku nampak menatang-menatang tu kat belakang dia. dan menatang tu beransur terbang keluar dari rumah.

masa urut nenek aku tu aku tengok dia tengah nangis teresak-esak. pas tu tiba-tiba dia bangun menjerit.

nenek : cu..sampai hati ko buat macam ni kt mak.. sambil dia kesat air mata yang meleleh2 tu.

Pak cu : cu tak tahu mak. cu mintak maaf.

Nenek : mak dah cakap.. jangan kawen. ko degil. kawen jugak. sekarang ko nampak sendiri macam mana kan??

Time tu aku tengok muke mak cu cuak gile. aku tak tau nak cakap ape. speechless. sebab family mak cu aku ni memang jenis membela. sape yang penah tengok persembahan kuda kepang dengan barongan tahulah. yang dowang memang ade sesi pemujaan dan penyeruan. compare dengan family aku ni. Atok aku ni tok imam. pegangan agamanya agak kuat. sebab anak murid atok aku ni memang ramai. Atok aku antara orang yang disegani kat kampung ni.

masa tu aku tengok sume dah pulih kepada asal. Cik ani dengan mak long pon dah sedar. barulah suma boleh bersurai, pergi mandi, solat sume. aku papah nenek aku ke bilik air. temankan mak aku mandikan nenek aku. pakaikan baju sume. then aku baringkan nenek aku kat dalam biliknye. memang kebiasaannya kalau aku balik kampung, aku akan tidur dengan nenek aku. sebab nenek aku ni banyak cerita mitos-mitos yang dia suke share. so malam tu aku decide nak tanye experience dia time dia tak sedar tu.

Aku : mbah, macam mana mbah boleh pengsan tadi?

Nenek : mbah tak pengsan dik (atok dgn nenek aku panggil aku adik sbb aku kesayangan diorang).. mbah sedar.. tapi dia ikat tangan dengan kaki mbah. dia cekik mbah..mbah nampak dia. mbah lawan tapi mbah tak kuat.

aku teringat yang mula-mula aku nampak pada nenek aku. betullah maknanye aku nampak ikatan tu. tapi muka tu muka siapa?

Aku : mbah nampak dia?

Nenek : nampak dik. tinggi, hitam besar. berbulu. tangannya cekik leher mbah kuat sangat.sakit sumanya. mukanya macam muka bapaknya mak cu tu.

ok..terjawab persoalan aku! yes !

Masa ni aku urut badan nenek aku lagi. memang aku nampak badannya lebam-lebam.

sebelum mengurut tu aku selawat, dan ada ayat-ayat lain lagi yang aku baca. (aku belajar mengurut dari opah belah ayah aku). kesian tengok nenek aku masa tu. Malam tu mostly makcik-makcik aku beransur balik ke rumah masing-masing terutama sekali keluarga mak long dan cik ani. memandangkan makcik-makcik aku kebanyakkannya duduk di sekitar kawasan kampung sahaja.

Malam tu tak ada apa-apa yang pelik yang berlaku.

maaflah kalau kisah aku tak seseram penulis yag lain. kisah ni cuma lah berdasarkan kepada pengalaman sebenar aku.

Al-Fatihah untuk nenek, atok, wak long, kak diana. mereka semua telah pergi menghadap Ilahi.

nanti aku share lagi kisah-kisah yang lain.

Terima kasih. wassalam.

ina

Leave a Reply

8 Comments on "Penangan Barongan"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
msrh

Nape kakdiana waklong meninggal ?

paris jackson

nice.. wa jawa. terbyg dah camna slang jawa korang tu masa bual. hahaha
boleh share lagi ni kalau ada crita. pnulisan pon ok. truskan k. disokong 120%.

budak selat

saya setuju dgn ain. pengamal seni barongan dulu2 mmg ada membela utk sempurnakan seni tu. saya pernah tengok barongan sampai jadi punca sebuah kemalangan kenderaan.

Kak Yulie

Uissshhh…cemane tu????
Ceciter…ceciter…

Cja

Maca baca ‘ye tho’ , yg dari atuk tu, sy terbayang & terngiang arwah atuk dgn nenek sy ckp. Mereka juga jawa

Good job writer.

Hakunamatata

Best!teruskan berkarya

budakcomel

Best..

Kak Yulie

Mak…mak…bangun mak…

“Mak…mak…tangi mak…”

Heheheheh…sebok nk translate gak…
Ko ni org jawa johor ke dik??
Sbb akk jmpe barongan ni sejak dok Johor…
Pestaim jmpe mase g kdri kawen staff asben…
Mmg perasaan mase tu teruja tapi ade rase seram…
Mcm perasaan tgk org main kuda kepang…
Mcm takot nak layan rase teruja tu sesangat, sbb mcm satu perasaan luar kawalan…
Tengok yg main plak mcm dlm dunia diorg sendiri…
Mcm dh x peduli keselamatan sesama sendiri, tu yg buat ghase seram tu…

Tapi papepon, kesian makcu tu…
Jd mangda keadaan…
Dahlar malu dgn semua yg jd, pastu dipersalahkan plak atas perkahwinan tu…
Semoga Allah memelihara kamu semua dan jodoh makcu+pakcu…

wpDiscuz