Penangan Kisah di Fiksyen Shasha

11/10/2016
2.30pm-4.00pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca FS. Kisah ni terjadi betul-betul selepas baca kisah seram di fiksyen shasha ni. Lepas balik dari kuliah , aku terus baring di katil menghilangkan rasa penat. Jam menunjukkan hampir 2.30 pm. Memang rutin ku membaca kisah di Fiksyen shasha di waktu lapang.

Dari jam 2.30 pm sampai ke waktu asar aku leka membaca segala kisah seram di FS. Selepas menunaikan solat asar, aku kembali baring dan sambung membaca kisah di FS. Sampai la waktu jam 4 pm. Sambil aku membaca aku tiba-tiba terlelap.

Ketika aku tidur, aku sleep paralyse. Namun, sebelum itu, aku mimpi yang sangat buruk. Ada satu makhluk ghaib melalui telefonku. Dan energinya sedang mencekik ku. Aku tidak dapat bernafas. Mimpi itu sangat panjang namun tidak semua dapat aku ingat dengan terperinci.

Semasa energi hantu yg mengilai melalui telefon ku dalam mimpi itu, dia mencekik ku ketika aku ingin membaca surah-surah. Sukar untuk bernafas lalu aku terbangun secara tiba-tiba dan kesukaran bernafas terasa real. Aku tidak dapat bergerak. Aku sleep paralyse.

Mungkin ini lah akibatnya tidur petang selepas asar. Even sebelum ni semasa sedang membaca kisah di FS , selalu sahaja seperti ada yang memerhati. Terutama aku yang selalu membaca kisah FS sebelum tidur. Mungkin hanya perasaan sahaja kot. Apa-apa pun aku tidak akan berhenti membaca kisah-kisah di FS ni hahah.

P/S: Jangan tidur selepas asar, kalau x, nescaya korang kena macam aku gak. Assalam…

yuyu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

13 thoughts on “Penangan Kisah di Fiksyen Shasha”

  1. sbab tu la tidak digalakkan tidur slpas asar, sbab ti org tua selalu kata tidur slpas asar tu tidur dengan syaitan, masa tu la syaitan akan ganggu kita melalui mimpi.. (sekadar pandangan sahaja)

    Reply
  2. Dari jam 2.30 pm sampai ke waktu asar aku leka membaca segala kisah seram di FS. Selepas menunaikan solat asar, aku kembali baring dan sambung membaca kisah di FS. Sampai la waktu jam 4 pm. Sambil aku membaca aku tiba-tiba terlelap.

    Ko solat asar jam berapa dik hehehe….

    Reply
  3. Dr 2.30pm sampai solat asar…
    Lps solat asar smbg bace…
    Smbl bace dlm 4pm tertdo…

    Ekau ni dok mano…?
    Awalnye asar…
    Sabah sarawak ekk??

    Reply
  4. Rasul pn da bersabda,xelok tdo pas asar,klu kamu(umat aku) tdo pas asar slme 40 hari,nescaya kamu akn jd gila….
    #peacenowar

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.