Hai Assalamualaikum w.b.t ruangan pembaca FS. nama aku Ash. Ni kisah kedua aku post kat sini.Tapi kali ni kisahnya kat rumah aku sendiri.Taktau nak kata seram ka dak.Tapi bagi aku seram la jugak.
Rumah aku ni tepi parit besar.Faham² la kan ‘benda’² macam tu memang ada la.Setakat berlari-lari kat atas bumbung,main pinggan kat dapur tu kira usik manja la bagi kitorang.Bilik aku kat tingkat atas belah hujung sekali.
Bilik paling luas la kira ada 6 tingkap.Hujung sudut bilik aku ada satu section kecik.Tempat main adik bongsu aku.Kat section dia tu ada satu almari lama yang ada cermin.Bila malam aku jadi seram nak usha section tu.Katil aku memang menghadap straight ke section tu.Banyak kali jugak aku perasan kadang² ada ‘sesuatu’ lalu menembusi cermin tapi aku buat taktau ja.
So ,cerita mula macamni.Aku ni jenis tidur lewat la jugak.Jadi malam tu aku pun macam biasa tengok movie semua.Tengah best tengok movie tetiba rasa lapar so aku pun turun bawah tengok apa ada.Ada fries.Aku goreng fries.Terus naik bilik sambung tengok movie.
Tengah khusyuk tengok movie.Aku terasa macam ada sesuatu memerhati ke arah aku.Mulanya aku abaikan ja.
Tapi makin lama aku rasa tak selesa ‘benda’ tu perhati aku.Aku pun gatal tangan p on brightness phone suluh kat benda tu.Benda tu ada dekat dengan section adik aku. Memang mendapat weh tengok rupa benda tu yang sungguh ayu menawan,wajahnya bagai ditoreh pisau dan berdarah.Dan hanya ada KEPALA.Seakan ada wayer² panjang berjuntai-juntai di bahagian tengkuknya.Dia main eye contact pulak dengan aku.Huhu berkocak jantung weh.
Dalam keseraman pagi buta tu.Aku masih pura² tengok phone dalam masa sama terus bukak mp3 cari surah ruqyah.Ha ada aku bukak full volume terus.Tapi benda tu ada lagi weh.Cuak aku. Nak jerit panggil parents suara tak boleh keluar pulak. Aaa sudah dengan jantung yang dah nak meletup ni. Aku beranikan diri berdiri p bukak lampu.
Lampu pulak berdekatan dengan section tu. Haha matilanak pasrah ja la aku. Sambil berjalan dalam kesuraman malam ke arah lampu tu aku pejam mata baca ayat kursi tunggang terbalik dalam hati.Tak jauh sangat pun actually jarak ke situ tapi entah kenapa pagi tu aku rasa macam jauh batu pulak.
Dah sampai terus aku bukak lampu cepat² Chakk, bukak mata hilang dah dia. Fuhh lega aku. Nasib la dia tak sergah aku or bukak suara dia. Mau pengsan aku kat situ.Haha.Aku tutup lampu balik biar mp3 terbukak terus lena sampai pagi.
The end. Sorry kalau tak seram.
LotsOfLoves,
Ash.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
wayer ke wire…penanggal de wire?..bukan organ dalaman ke