(Gambar di atas sekadar hiasan)
RUMAH SEWA DI BUKIT MINYAK.
※※※※※※※※※※※※※※※※※
Hehehe…apa khabar sahabat semua? Harap-harap selalulah sihat dan semoga tidak akan pernah jemu dengan halaman FIKSYEN SHASHA (FS) ini. Cerita pun banyak yang hebat-hebat..serammmm. Kisah yang aku hendak berkongsi dengan kalian kali ini ialah tentang misteri sebuah rumah kampung di Bukit Minyak. Mungkin ramai yang tidak tahu di mana letaknya tempat yang bernama Bukit Minyak. Biar aku terangkan serba sedikit tentang kedudukan Bukit Minyak. Dia terletak di dalam daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Letaknya Bukit Minyak ini tidak jauh dari Juru, Bukit Tengah dan Alma.
Kisah misteri ini diceritakan oleh seorang kawan. Namanya Jan (nama gelaran). Kisah ini bukan hanya Jan seorang yang terkena gangguan di rumah tersebut, malah 5 orang lagi kawannya turut sama diganggu. Mulanya kisah ini apabila mereka berenam mendapat kerja kilang di kawasan perusahaan bebas cukai di Prai. Cari punya cari rumah sewa akhirnya dapat la sewa sebuah rumah kampung di Bukit Minyak. Masa itu tahun 1993. Dengan sedikit duit yang ada dapat la kongsi 6 orang untuk bayar sewa RM180 sebulan. Paip air tidak ada, cuma guna air perigi. Jamban pun di luar. Maklumlah rumah kampung.
Rumah memang cantik. Rumah kampung. Keliling rumah penuh pokok buah-buahan. Ciku, Rambutan, Langsat, Manggis, Cempedak, Pisang dan ini sangat memberi keadaan rumah tersebut sejuk. Biasalah rumah kampung lama. Dibawah rumah banyak kayu-kayu lama disusun rapi. Ada juga lesung penumbuk yang menggunakan kaki. Lesung ini dibuat daripada kayu. Nampak sudah lama tidak digunakan. Usang dan berhabuk. Lubang lesung pun penuh sawang. Ditengah-tengah kawasan bawah rumah itu ada sebatang kayu berwarna hitam, seperti tiang kecil menjolok keatas rumah melalui satu lubang dilantai rumah. Lubang seluas satu penumbuk itu cukup untuk tiang kecil itu dijolok kedalam rumah.
Diceritakan lagi oleh Jan. Bila naik ke rumah, jumpa satu ruang seluas 6 kaki x 14 kaki. Ada 3 tingkap disebelah kanan. Disebelah kiri hanya dinding papan, kemudian ada satu pintu disebelah kiri untuk masuk kedalam lagi. Jumpa satu ruang lagi yang seluas 16 kaki x 16 kaki. Terdapat 4 tingkap. Diruang ini lah terdapat lantai yang berlubang untuk tiang kecil dari bawah rumah dijolok naik ke dalam rumah. Yang menjadi tanda tanya, kenapa tiang kecil dari bawah rumah d******g sama dengan paras lantai.
Tiang kecil ini kah yang dipanggil tiang seri? Kenapa d******g? Kemudian ada satu pintu lagi disebelah kanan. Masuk ke satu ruang lagi yang seluas 6 kaki x 20 kaki. Terdapat satu pintu untuk turun ke tanah dan satu pintu lagi masuk ke dalam bilik yang seluas, cukup untuk tidur 3 orang sahaja. Didalam bilik tersebut ada satu lagi tingkap. Bersambung dengan ruang 6 kaki x 20 kaki ialah dapur dengan seluas 6 kaki x 10 kaki. Di dapur ada satu tangga lagi untuk turun ke belakang. Inilah serba sedikit selok belok tentang rumah misteri yang diceritakan oleh Jan.
Rutin harian mereka pada mula tinggal di rumah tersebut macam biasa sahaja. Macam tinggal di rumah masing-masing sebelum ini. Pagi pergi kerja. Semua keluar rumah pukul 7 pagi. Pengalaman pertama kali kena mandi air perigi. Sejuknya, Allah sahaja yang tahu. Bayangkan 6 orang tinggal serumah. Kena la mula mandi awal. Pukul 6 pagi. Kalau semua hendak mandi pukul 6.30 pagi, jawabnya ada yang tertinggal dengan bas pekerja. Masa itu panggil bas kilang. Tahun 1993. Balik kerja sampai rumah dekat pukul 7 petang. Sebelum maghrib, melayan dulu sepakraga bulat. Main tuju-tuju. Sampailah azan maghrib berkumandang.
Lepas maghrib masing-masing buat hal sendiri. Ada yang jadi tukang pergi beli makan. Ada mendengar radio. Ada yang mendengar Walkman. Yang terlajak rajin, bawa pelita minyak tanah ke perigi, membasuh. Zam (nama gelaran) lah yang buat kerja gila tu. Masa itu mana ada telefon bimbit macam sekarang. Perigi agak jauh sedikit dari rumah. Lebih kurang 60 meter dari rumah. Bawah pokok manggis. Cerah lampu dari rumah tidak sampai untuk mencerahkan kawasan perigi. Kawasan perigi itu memang disimen. Tapi dindinginya cuma dikelilingi pokok bunga ati-ati yang setinggi lebih dari kepala. Ada juga rumpun buluh cina 3 rumpun dikeliling perigi tersebut. Siang memang teduh. Tapi malam.. bayangkan. Ada juga yang termenung ditangga sambil hisap rokok. Itulah yang diceritakan oleh Jan kepada aku rutin harian mereka.
Pejam celik, pejam celik sudah 3 bulan mereka berenam tinggal di rumah tersebut. Dari tidak ada televisyen, dapat beli televisyen. Tidak ada basikal, dapat beli sebuah basikal. Semuanya beli dengan hasil berkongsi duit. Dalam tempoh 3 bulan itu, rutin harian mereka tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Sehinggalah berlaku satu kejadian pelik. Berlaku di awal bulan keempat. Ini diceritakan oleh Jan tentang satu kejadian yang dialami oleh seorang daripada mereka. Kisah pelik yang dialami oleh Nan (nama gelaran) ini terjadi pada suatu petang sabtu. Bermula kisahnya begini.
Hari sabtu kami semua cuma bekerja separuh hari sahaja. Balik dari kilang kami semua berpakat hendak pergi rasa angin laut di Padang Kota Lama. Sambil itu boleh isi perut yang sudah berdendang lagu Jerangkung Dalam Almari. Pakat punya pakat, Nan tidak mahu ikut. Alasan dia hendak balik basuh pakaian kotor. Kami berlima pun tidak mahu memaksa Nan. Kami berlima ke Padang Kota Lama. Nan balik ke rumah. Ini yang diceritakan oleh Nan kepada mereka berlima.
Nan sampai dirumah pukul 3.30 petang. Macam biasa Nan akan berehat sekejap diatas tangga sebelum naik ke rumah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi nyanyian dari atas rumah. Bila dia dengar betul-betul nyanyian itu dari dalam radio. “Eh!?..Pian (nama gelaran) tak off radio ke pagi tadi?”, Nan dalam kebingungan sekejap. Cepat-cepat dia naik tangga, buka pintu. Suara nyanyian itu hilang dari pendengaran Nan. Dari atas rumah Nan terdengar pula bunyi orang mandi di perigi. “Pakcik belakang rumah ni kot mandi. Kacau betul, kat rumah ada paip pun datang nak mandi perigi. Dah la aku nak membasuh lagi”, rungut hati Nan masa itu.
Tiba-tiba dia dengar sesuatu yang pelik. Bunyi mandi yang luar biasa, jerusan air yang tidak henti-henti. Macam bukan mandi perigi. Makin lama makin laju bunyi air jerusan mandi pak cik itu. Perlahan-lahan rasa meremang mula singgah di tubuh badan Nan. Bunyi nyanyian suara Uji Rashid tadi masih menjadi tanda tanya. Nan terus diam di atas rumah. Jam didinding sudah pukul 5 petang. Pakaian kotor masih di dalam baldi. Bunyi jerusan air di perigi masih kedengaran tidak henti-henti. Nan nekad, perlahan-lahan dia buka sedikit tingkap yang menghala ke perigi. Nan betul-betul terperanjat bila diperigi tidak ada sesiapa pun yang mandi.
Pukul 8.30 malam. Semua sudah berada di rumah. Macam biasa rutin harian mereka. Cuma perubahan pada Nan membuat semua satu rumah menjadi hairan. Tidak bergurau macam biasa. Pakaian yang hendak dibasuhnya masih didalam baldi. Tidak dibasuh. Tanya …Nan cuma cakap tidak ada apa-apa. Tapi satu rumah, masing-masing rasa sesuatu tidak kena dengan Nan. “Awat dengan hang Nan? Pelik ja kami tengok hang”, Pian bertanya lagi pada Nan. Perlahan Pian duduk dan menyandar ditepi tingkap. Perlahan terdengar suara Nan, “Aku ok..tak dak pa-pa lah”. “Kami kenai hang lama Nan..kami tau hang sorok sesuatu dari kami.” Pian yang bagai mewakili kawan yang lain cuba mencari masalah yang dialami oleh Nan. Kemudian Adi (nama gelaran) balik bawa makanan yang dibeli. “Hang kenapa Nan?” Adi bertanya. Nan masih terus berdiam diri. Tanya punya tanya akhirnya Nan mengalah. Lepas dengar cerita Nan kami semua terkelu seketika. Bulu roma masing-masing meremang.
Lepas seminggu Nan diganggu, Pian pula yang terkena gangguan. Ini yang diceritakan oleh Jan kepada aku. Malam kejadian itu, kami semua keluar makan diluar. Sampai dikedai makan, masa itu sudah pukul 9.30 malam. Lepas buat pesanan, Pian rasa perutnya meragam. “Wey!!! Aku balik sat. Perut buat hal ni.” Pian terus bergegas balik. Kedai makan dengan rumah kami tidak jauh. Jalan kaki sahaja. 10 minit sampai la. Pian berjalan kelam kabut malam tu menghala ke rumah. Sampai sahaja, Pian terus ke perigi mengambil air satu baldi. Walau gelap masa tu tanpa dibawa pelita minyak tanah, sebab terlalu sakit sangat perut Pian masa tu, dia tidak lagi berfikir yang bukan-bukan.
Niat dia cuma hendak buang benda yang hendak keluar sangat-sangat tu. Dia berlari ke jamban. Bayangkan keadaan masa tu. Belakang jamban ada pokok pisang dan sepohon pokok cikgu yang rendang. Dahan pokok cikgu yang berdaun lebat menutupi bumbung jamban. Ada sepohon pokok manggis lagi tidak jauh dibelakang jamban. Daun manggis yang kering banyak berselerak menutupi tanah disekitar jamban. Pian terus melepas hajatnya. Dia berasa lega sangat. Tiba-tiba Pian terbau haruman bunga. Bulu romanya mula meremang. Tapi Pian terus mencari bau bunga apa yang dia terhidu di dalam jamban yang gelap masa tu. Bunyi macam ada yang memijak daun kering berpusing pusing keliling jamban.
Tiba-tiba Pian dengar suara Zam. “Pian..lambat lagi ka? Aku nak melepas pulak ni..cepat la sikit.” Pian berasa lega kerana Zam ada untuk meneman disaat dia ketakutan. “Sat..sat..aku dah nak sudah. Depa dok dikedai lagi ka?”, Pian bertanya pada Zam. Tapi suara Zam tidak kedengaran. Siap semua hajatnya..Pian perlahan-lahan menolak pintu jamban untuk membuka dan keluar untuk bagi Zam pula melepas hajat. Bayangkan…lepas pintu jamban terbuka didepan jamban Pian nampak….serammmmm.
Tercungap-cungap Pian sampai dikedai semula. Kami berlima yang tengah menjamu selera masa tu terus berhenti. Semua pelanggan di kedai makan tersebut memandang pada kami. Muka Pian kami nampak pucat sangat. Bibir mulut terketar- ketar macam orang kesejukan. Kemudian Pian cerita semua apa yang dia alami tadi. “Hang nampak pa?”, Tanya Adi. Perlahan Pian bersuara dalam ketakutan..”Nenek Kebayan kot..berdiri terbongkok betul-betul depan pintu jamban. Sambil tersengeh kat aku. Aku tak jelas sangat sebab nampak samar-samar dari cahaya lampu rumah je. Lepas tu aku terus cabut ke sini. Eeeeeere…seram.”
“Lepas kejadian Nan dan Pian kena ganggu tu, kami teruskan rutin harian seperti biasa tanpa gangguan yang menyeramkan.” Jan berhenti bercerita..diambil sebatang rokok. Di bakar sedikit dihujung rokok. Kemudian dia sedut asap dalam-dalam..dihembus asap berkepul- berkepul. Nampak sedikit kepuasan di wajahnya. Kemudian dia sambung bercerita. “Dua bulan lebih kami tenteram sangat tinggal kat rumah tu lepas kejadian Nan dan Pian kena ganggu. Pian pun dah pindah sebab dapat kerja lain. Tinggal la kami berlima meneruskan perjalanan hidup dengan rutin harian seperti biasa. Sehinggalah satu malam tu..”
“Masa tu awal lagi. Baru pukul 8.40 malam. Syam (nama gelaran) baru lepas mandi. Dia naik ke atas rumah sambil ketawa. “Awat hang ni Sham? Tak ketahuan aku tengok..” Adi bertanya. “Aku tengah mandi tadi. Tali baldi terputus..baldi jatuh dalam perigi.” Sham jawab sambil ketawa. Zam dengan Adi kebetulan belum mandi lagi masa tu. Masing-masing marah dengan Sham. “Hang naik terus! Dah tau baldi jatuh dalam perigi. Ambil la bawa naik balik! Hang bagi jatuh!” Zam membebel. “Perangai apa la..! Buluh panjang dah ada kat tepi perigi tu..kait la baldi tu bawa naik..! ” marah betul Adi masa tu.
Syam terus ketawa sambil berjalan masuk ke dalam bilik. Didalam bilik Syam terus ketawa. Makin lama ketawa Syam meremangkan kami..kami memandang sesama sendiri. Zam dengan Adi terus senyap. Tiba-tiba dengar suara Syam di halaman rumah. “Zam..bawa pelita turun. Tolong suluh sat..aku nak kait baldi. Baldi jatuh dalam perigi. Dah puas aku nak kait..Tapi gelap.” Kami lari tengok didalam bilik. Tidak ada sesiapa pun didalam bilik.” Masing-masing tertelan air liur. Malam tu kami semua tidur dekat-dekat. Dalam ketakutan.”
Jan terus bercerita lagi. Bulu roma aku rasa meremang sangat. “Seminggu selepas kejadian penampakan menyerupai Syam..sepupu aku Zaid (nama gelaran) datang bercuti dirumah tersebut. Nak jumpa aku. Lama sangat tak jumpa dia. Tiga hari dia bercuti di rumah tersebut tidak ada apa yang berlaku. Masuk hari keempat, satu malam Zaid terkena gangguan. Begini kisahnya…”
“Hari itu selepas waktu kerja kami berlima tidak terus balik ke rumah. Kami berlima berhenti membeli barang di Bukit Mertajam. Masa tu sudah malam. Zaid seorang sahaja di rumah. Pusing punya pusing satu Bukit Mertajam..beli itu ini. Sedar…Sedar tengok jam dah pukul 10 lebih malam. Dekat pukul 11 malam kami sampai dirumah. Tengok rumah, lampu terang. Pintu rumah tertutup. Zaid tidak ada dirumah. Pelik. Puas kami cari Zaid. Tidak jumpa. Malam itu kami berlima risau dengan seribu persoalan. Macam-macam andaian yang kami buat malam tu. Malam itu kami berlima tidak boleh tidur. Semua fikir pasal kemana Zaid pergi. Pukul 1.30 pagi tiba-tiba dengar suara.
“Assalamualaikum..” kami semua terdiam. Masing-masing memandang sesama sendiri. Perlahan-lahan kami mengintai dicelah lubang tingkap. Tapi memang tidak ada sesiapa pun di halaman rumah. Kemudian dengar kayu lama dibawah rumah bergolek-golek. Kami berlima masa itu dalam ketakutan. Dinding rumah dicakar-cakar dari luar. Kemudian keadaan jadi sunyi sekejap. Kami semua dalam ketakutan masa tu. Masing-masing tidak berani bersuara. Diatas bumbung rumah dengar jelas bunyi benda lompat-lompat. Zam berbisik pada aku. “Pssss..bunyi lompat pocong.” “Psstt..diam!” Aku berbisik balik pada Zam.
Perlahan-lahan Nan bangun menghala ketingkap. “Assalamualaikum..” dengar lagi suara perempuan memberi salam..tapi garau. Pintu rumah diketuk. Bunyi lompat-lompat macam naik tangga rumah. Langkah Nan terus berhenti. Nan terus terduduk. Tidak jadi ke tingkap. Suara perempuan yang garau dapat dengar dibawah rumah. “Bagi la aku masuk. Aku nak masuk..” lantai rumah di cakar-cakar. Tiang kecil yang di p****g paras dengan lantai digoyang-goyang sampai satu rumah bergegar. Kemudian bunyi mengilai suara perempuan berpusing-pusing keliling rumah. Malam tu kami tak boleh tidur sampai pagi.”
Jan berhenti bercerita sekejap. Dia menghirup teh ‘o’ panas dihadapannya. Aku masih menunggu cerita seterus darinya. Jan menghisap rokok lagi…dan terus bercerita. “Lepas kejadian malam tu kami selalu kena ganggu dengan nenek kebayan tu. Zam nampak dia mencangkung atas perigi. Nan tengah mandi, tiba-tiba dia menjenguk dari dalam perigi. Syam tengah lepaskan hajat didalam jamban, dengar suara dia menyanyi lagu makyong sambil ketawa kecil. Aku terjaga malam sebab haus, nampak dia mencangkung balik pintu sambil goyang-goyang kepala. Adi pulak, buka peti ais. Lepas minum…tutup sahaja pintu peti ais, nampak nenek tu menari tarian jawa. Lepas kejadian tu, tak lama aku dapat panggilan menghadiri latihan polis. Aku dah tak tahu kisah Zam, Adi, Nan dan Syam dengan rumah tu macam mana.”
“Zaid kemana?” Aku bertanya sambil menguap. Jam dah pukul 2 pagi. Jan sambung cerita. “Sebelum aku menghadiri latihan polis, aku balik ke kampung dulu. Dikampung kebetulan berjumpa dengan Zaid. Zaid bercerita semuanya mengapa dia lari dari rumah sewa tu dulu. Ini yang Zaid cerita kepada Jan. “Masa tu korang balik lambat. Jam dah pukul 9.15 malam. Perut aku lapar sangat-sangat. Aku bersiap-siap nak pergi beli makan. Tiba-tiba aku dengar orang bagi salam. Aku jawap salam dan terus berjalan ke pintu. Aku nampak sorang makcik tua berdiri depan tangga. Aku pun bersembang la dengan dia. Nampak makcik tu dah tak larat..”duduk la makcik.” Aku tengok dia berjalan terbongkok-bongkok terus duduk ditangga. “Makcik nak pergi mana?” “Rumah anak makcik.” “Rumah anak makcik dimana?” “Jauh..makcik lupa” “Selalu ke makcik datang sini.?” “Selalu jugak…seronok bergurau dengan kawan kamu.” “Diorang memang suka bergurau.” Kami ketawa. “Makcik haus..boleh ambilkan air untuk makcik tak?”.
Aku ke dapur ambil air. Lepas makcik tu minum air..dia bersuara. “Kamu boleh tolong makcik basuh kain ni tak? Kena tanah..” aku ambil kain ditangannya…aku bawa ke perigi. Dia ikut aku. Terbongkok-bongkok jalan dibelakang aku. “Kain makcik ni kena tanah kat mana?” tiba-tiba senyap..tiada suara yang menjawab. Bila aku pusing kebelakang…makcik tu dah hilang. Bayangkan malam yang gelap berada ditepi perigi..dengar mengilai. Terus aku terpandang ke atas pohon manggis yang gelap gelita. Nampak makcik tadi sudah mencangkung diatas dahan pohon manggis sambil mengilai dan bersuara..”kain tu kena tanah kubur.” Dia terus mengilai dan menyanyi…”
“Nenek..nenek sibongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Cari cucu di mana ada,
Nenek nak kahwin dengan anak raja.
Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak saksi,
Sekarang nenek mencari ganti,
Siapa kena dia yang jadi.”
“Lepas saja lagu tu dia nyanyi, dia terus mengilai panjang dan terus terbang dari pohon manggis tu ke arah semak belakang jamban. Aku tak tahan sangat..terus aku tinggalkan rumah sewa seram tu. Aku pergi rumah kawan aku di Sungai Bakap.” “Itu la yang Zaid cerita kat aku.” Jan tersengeh bila habis bercerita. Tiba-tiba dari jauh nampak lampu motor menghala ke rumah aku. Bila motor tersebut berada betul-betul di halaman rumah, terdetik difikiran aku..”Jan?” aku paling kiri kanan tidak ada siapa pun dekat aku.
“Sorry Nizal..aku lambat. Tadi adik aku guna motor.” Jan kelam kabut naik duduk depan aku. “Aku nak kau tulis kisah pengalaman seram aku.. Hantar kat FS.” “Kisah rumah sewa di Bukit Minyak ke?” Jan melopong. “Macam mana kau tau?” Aku tersengeh. “Nanti la aku bagitau..”
#penatarihitam
#nizzalghazali
TAMAT.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
fuyoo
huwaaaaa!! sempat ‘jan’ tu abes cerita baru real jan sampai..
Errrkkkk…
Gilooorrrr weeeiii…
Menarik.. walaupun bkn kisah benar. Da bole buat movie. Tp kalau nk post lg jgn buat mcm novel ekk… org hisap rokok pn explain details hahah. Dan elakkan buat pemetaan rumah, ini cerita seram bkn belajar math dn buat rumah hehehe. Bkn negatif k.. tu teguran biar ceritanya nnt lbih sronok dbaca 🙂
Personally, kerana detail tu subkonsi kita akan dapat gambaran lebih jelas terhadap tempat tu, baru lah lebih seronok baca bila dapat immerse dalam penulisan.
Nice story tho
betul tu. kalau buat film baru best. sebab dapat sudut cerita drp pandangan orang lain sama.
aduh meremang aku baca !!
bab kira-kira keluasan tuu , aku skip sememangnya aku tak suke math.. hahaha , btw best cerita nie , aku dapat bayangkan macam mane situasi rumah dan perigi , dan semua.. haha
fuh!!!…seram
best, sempoi………… bukit minyak dengan rumah saya xjauh…..
dah yang cerita td tu sapa laaaaaa
keren… bisa dibuat film nih
part last tak berapa nak faham baca sekali lagi baru faham,yg cerita tu bukan jan kan?seram la cta awak,cpt2.lah smbong hehe
Detail. i like it! boleh letak kat mastika ni.
menipu untuk tujuan hiburan… layan je la…
Kau dah baca komen kat fb ke?kalau belum, baca dulu..penulis ni cakap ni kisah benar..cuma 30% ditokok tambah sebab nak bagi sedap cerita..kau taknak layan cerita rekaan, pergi rasa sendiri kat tanah kubur..kat situ memang cerita rekaan..semua benar belaka..hahaha..
Wooo woooooo gilaaaa laa citer ni!!
Tahap gila isim dia punya seram. Terbaik bro!
Best cter ko…
Tp tiba2 aku plk yg x phm..,?
Kalau Jan baru sampai, habis siapa yang bercerita dari mula tue? Jeng3…..
Meremang baca masa nenek nyanyi lagu nenek2 si bongkok 3 tu… trbyng2 wajah nenek tu…
tetibe ade pokok cikgu
fuhh gila paa romah kampong punya la besaq baq hiang…telaga pulak punya la jauh nak mampoih hahaha..hilang teruih rasa seram baca hg ponya ceghitaa kah..kah..kah..
nenek tua banyak sakti lah cu
woiiiii…. dah settle cita pstu bru jan yg real smpi… gila babas… the best one 1 aku pna baca kt FS ni
Bile aku baca bab keluasan la kaki persegi la aku dah naik bosan terus xbaca..
Tambah lahi cerita rekaan mmg xbaca la..
Puiia
Aku tengah survey umah sewa area bukit minyak/tengah/mertajam…ini yg aku jumpa….haduhhh…spoilllll….
Bukit minyak?Dekat mana rumah tu? ? Boleh bg tau detail lokasi rumah tersebut??