LUBANG LANTAI DIBILIK AIR.
========================
Assalamualaikum. Apa khabar semua peminat setia halaman seram FIKSYEN SHASHA (FS) ini? Harapan aku agar kalian semua tidak selalu diselubungi keseraman yang melampau. Makin hari. Makin seram cerita yang dipersembahkan di halaman ini. Terima kasih juga aku hendak ucapkan pada pengikut setia penulisan aku.Terima kasih juga kepada yang memberi teguran. Kalian memang best.
Kisah yang aku hendak berkongsi dengan kalian kali ini ialah kisah seorang teman. Kisah ini berlaku 20 tahun dahulu. Aku panggil teman aku ini. Kubang. Sebab apa panggil dia Kubang? Ramai orang tanya kenapa panggil Kubang? Dia sendiri pun bila ditanya kenapa orang panggil Kubang? Dia geleng kepala.
Kubang ada perangai pelik. Memang dari usia kanak-kanak..Kubang pantang kalau ternampak lubang. Dia akan main-main dengan lubang tersebut. Dia akan jolok-jolokan lubang itu dengan kayu, besi, buluh atau apa sahaja yang boleh dia tahu apa yang ada didalam lubang tersebut. Teguran demi teguran tidak di pedulikannya. Rutin hidupnya dengan lubang makin tidak dapat dikawal lagi.
Makin hari makin melarat keadaan Kubang. Tambah pula perempuan yang dicintainya mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengannya. Kecewanya yang teramat sangat telah membawa Kubang ke satu daerah rasanya sendiri. Sebelumnya.. Kubang cuma bermain jolok-jolok dengan kayu, besi, buluh…atau apa sahaja yang sempat di tangannya ke dalam lubang yang dia jumpa.
Tapi dia semakin hilang dari dunia sebenar. Dia mula menyanyi-nyanyi disamping lubang yang dia jumpa…kadang-kadang dia seperti bercakap dengan seseorang. Kemana sahaja dia pergi..dia akan bawa cincin emas yang dipulangkan kembali oleh bekas kekasihnya.
Hari berganti hari…bulan sudah pun bersilih ganti. Kubang tidak peduli dengan dunia sebenar, siapa diri sendiri pun dia tidak kenal. Dia tidak lagi merayau-rayau mencari lubang seperti sebelum ini. Ramai orang kampung terasa pelik. Masa itu lah ramai bijak pandai dikampung aku itu muncul.
Masing-masing memberi ulasan dan pendapat. Kadang-kadang boleh menjadi satu perbalahan dikedai kopi. Tiap-tiap hari kisah Kubang menjadi bualan. Sudah ramai pengamal perubatan hebat dipanggil oleh mak dan ayah Kubang untuk memulihnya…tetapi semua mengecewakan.
Sudah hampir sebulan Kubang lebih suka duduk bercakap seorang diri di satu lubang busut..dibawah sepohon pokok kekabu. Makin lama perangai Kubang membuat orang kampung terasa seram. Boleh dikatakan tiap malam orang kampung ternampak Kubang bergelak ketawa di sisi lubang busut dibawah pokok kekabu itu.
Sesiapa yang berani menegurnya waktu itu, pasti kena kuat menahan telinga mendengar maki hamun darinya. Itu kira nasib baik. Kalau nasib tidak berapa baik dikejarnya dengan golok yang sentiasa terselit di pinggangnya.
Makndak Senah pernah mengintai si Kubang bercakap dgn lubang busut di bawah pokok kekabu satu petang. “Betul Maklang..dia macam dok sembang dengan seseorang. Aku nampak sendiri. Dia macam dok sembang dengan perempuan. Sambil tunjuk-tunjuk cincin kat lubang busut tu.
Eeeee..aku tengok tempat tu meremang bulu roma.” cerita makndak Senah dekat mak aku. Mak aku cuma mendengar dan menganguk-angguk kepala. Kisah makndak Senah petang tadi mak aku ceritakan dekat ayah aku. Masa itu dekat maghrib.
“Nanti la sembang dengan orang surau macam mana.” balas ayah aku sambil jalan kaki ke surau.
Di surau, lepas isyak kisah si Kubang dibualkan. Ramai yang pening kepala. Macam-macam sudah dibuat..namun Kubang makin teruk. Tiba-tiba Mat 2000 bersuara..”hal kereta buruk di simpang tiga tu pun tak selesai lagi. Timbul hal si Kubang ni plak..” “tuuu..satu lagi. Titi gantung tu..makin menjadi-jadi gangguan disitu. Selalu sangat ada orang kena ganggu.” Majid bersuara. “tak pa..kita tolong Haji Saad dulu. Anak dia si Kubang tu kena diselamatkan dulu.” perlahan suara Imam Khalid.
Kubang terus hanyut didalam alam mistik yang dia sendiri tidak sedar. Lubang busut dibawah pokok kekabu menjadi tempat dia memadu kasih. Banyak bunga-bunga yang sudah kering dan layu boleh nampak di atas busut tersebut.
Ada sekali makndak Senah pernah bagitau dekat mak aku…masa dia tengah mengintai si Kubang tengah bergelak ketawa, ada perempuan cantik mencangkung atas busut tersebut. Masa tu makndak Senah bagitau, punya la meremang bulu roma dia bila perempuan itu seperti tahu dia dan Kubang diintai. Makndak Senah tiba-tiba terpandang perempuan itu membulatkan matanya sambil tersengeh pada makndak Senah.
Makndak Senah terus lari tinggalkan kawasan pokok kekabu tersebut. Memang cukup menyeramkan senyumannya masa itu, cerita makndak Senah.
Dimalam yang menyeramkan makndak Senah, hujan renyai-renyai diluar rumah. Bunyi rintik hujan malam itu bersama angin lembut menyusuk masuk dicelah-celah lubang tingkap cukup menyeramkan. Kebetulan pakndak Lias suami makndak Senah memancing, belum balik lagi kerumah. Jam sudah pukul 10 malam. Hati makndak Senah bercampur risau dan seram.
Anak-anaknya 3 beradik semua sudah lena. Kain satu baldi belum dicuci lagi. Masih terendam didalam bilik air. Hendak masuk kedalam bilik air pun terpacak bulu roma makndak Senah bila teringat mata bulat perempuan itu dan senyuman yang menyeramkan. Lampu bilik mandi di buka. Makndak Senah nampak baldi yang dipenuhi pakaian kotor berada dibalik guri tadahan air mandi. Dipenjuru bilik mandi.
Ada satu lubang di lantai bilik mandi. Lubang untuk salur air mandi ke longkang. Kenapa malam itu makndak Senah terasa seram bila nampak lubang air tersebut…terbayang muka perempuan tersenyum yang menyeramkan.
Mahu tidak mahu makndak Senah kena juga mengadap pakaian kotor dalam baldi itu seorang diri. Walau waktu itu perasaannya betul-betul terasa seram. Terasa seperti perempuan puaka itu tengah memandangnya dari dalam lubang salur air ke longkang itu. Tiba-tiba hati makndak Senah rasa tidak tenteram. Sesekali mata dia asyik memandang kepada lubang salur air tersebut yang sentiasa terbuka sebab penutupnya pecah.
Bayangkan, sehelai demi sehelai pakaian tersebut di gosok menggunakan tangan. Matanya melilau disetiap ceruk bilik mandinya. Matanya tiba-tiba ternampak gumpalan rambut hitam campur rambut putih ditepi lubang salur air tersebut. Hati makndak Senah makin tidak menentu.
Dia tidak lagi dapat meneruskan basuhan. Sesekali telinganya dapat mendengar suara dari dalam lubang air tersebut memanggil namanya..
“senahhh..senahhhh.. nak tengok aku??..senahhhh..”
Lepas peristiwa malam itu makndak Senah sudah tidak berani mengintai si Kubang lagi. Kubang terus dengan rutin hariannya di lubang busut di bawah pokok kekabu. Cerita makndak Senah tentang gangguan di lubang lantai di bilik air itu menjadi bualan. Ramai yang sudah tidak berani biarkan lubang lantai dibilik air mereka terbiar terbuka di waktu malam.
Siapa yang terlupa hendak tutup lubang saluran air itu.. nescaya seperti menjemput perempuan cantik berpuaka masuk bertandang kedalam rumah. Kadang-kadang ada juga yang dapat mendengar suara mengilai dari dalam lubang saluran air di bilik air mereka. Semenjak makndak Senah terkena gangguan tempohari, ramai yang cukup berhati-hati.
Tiap malam lubang saluran air tersebut hendaklah ditutup. Ditahan pula diatas dengan papan. Atas papan diletak pula 2, 3 biji ketul bata. Masing-masing tidak mahu diganggu dengan sang puaka tersebut.
Siapalah kita??? untuk menidakkan sesuatu yang sudah memang habuan kita. Kisah yang menyeramkan ini berlaku pada maksu aku. Sudah banyak kali tok dengan tok wan aku memberi peringatan pada maksu, balik jangan lewat malam..sebelum pukul 10 malam. Balik. Tapi maksu dengan kak ani suka tengok televisyen dan balik lewat. Pukul 12 malam baru hendak balik. Masa itu tidak semua rumah dikampung aku ada televisyen. Kalau ada cerita yang seronok dekat televisyen, terpaksa la menapak pergi tengok dekat rumah orang yang ada televisyen.
Jauh pun tidak peduli asal cerita yang diminati dapat di tonton. Kebetulan malam itu maksu dan kak Ani terpaksa balik melalui jalan lubang busut pokok kekabu. Tempat kesukaan si Kubang. Dari jauh kak Ani sudah nampak Kubang. Ketawa seorang diri dibawah pokok kekabu.
“Chu..nampak Kubang tu..dia gelak dengan siapa hahhh?” kak Ani rasa pelik.
“Biarkan saja..jangan peduli dia.” maksu terus lajukan langkahnya.
Kak Ani terus ikut kelajuan langkah maksu..sesekali kak Ani terpaksa berlari sedikit sebab langkah maksu makin laju.
“Cepat!..cepat!..jangan tengok! jangan tengok!” langkah maksu makin laju. Langkah kak Ani sedikit berlari.
Sampai sahaja dirumah..masing-masing termengah dalam ketakutan. Masing-masing terketar-ketar diatas tangga. Hendak naik kerumah takut Tok dengan Tokwan marah.
“Ani, teman Chu pi bilik ayaq sat. Chu nak terkencing.” “Jom..Ani pun nak terkencing jugak.”
Maksu dengan kak Ani sama-sama berjalan ke bilik air dibelakang rumah. Bilik air dibawah pokok durian balanda yang rendang.. Gelap. Dengan hanya guna satu lampu suluh, mereka berdua masuk kedalam bilik air. Masing-masing dalam ketakutan.
Kebetulan kak Ani tidak sengaja tersuluh pada lubang lantai saluran air yang tidak ditutup.
“Chu.. tengok tu..lubang tu tak tutup..” cepat-cepat maksu tutup mulut kak Ani. “Syyy..diammm” Tiba-tiba mereka nampak ada air naik melalui lubang tersebut.
Air itu hitam. Naik melimpah lantai bilik air. Makin lama nampak rambut mengerbang. Bunyi mengilai kuat dari dalam lubang tersebut. Maksu dan kak Ani terus terkencing dalam kain. Kerana terlampau takut dengan kain basah air kencing mereka lari naik keatas rumah. Sakan la kena marah dengan Tok dan Tokwan. Lepas tu mereka tidak berani balik lewat malam lagi.
Ingat. Lubang saluran tu kena selalu ditutup. Sebab sampai sekarang Kubang masih hidup. Masih bermain di lubang busut bawah pokok kekabu. Sesiapa terpilih, boleh dengar mengilai dalam lubang lantai didalam bilik air.
#penatarihitam
#nizzalghazali
TAMAT.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kre nk citer pasal lubang je la ni..? bkn pasl kubang o gf dy la ni..? tu je la ea..? ok.
Kan. Smngat baca, igt kubang ada sometg spesel -.-
Aku paham perasaan kau bro..haha
nsb kubang xjd nikah… kalau x jenuh bini di punya tut djolok dgn apa yg ada ditangan…???
Komen kau..memang jilake..haha
Tah apa2, kubang tu lubang..hihi
len kali korek lubang idung jek, sabo je aq ngan kubang ni…
Nice..moral value d sini..pilih lah lubang yang betul..