Salam semua pembaca fiksyen sasha. Nama saya Azman. Mukadimah x panjang sebab cerita saya ni sebenarnya x de la best mana pon. Kalau disiarkan terima kasih sangat. Dan kepada yang sudi membaca pun terima kasih. Ok cerita dia start macam ni. Saya ni seorang yang sangat2 penakut.
Penakut mcm mana? Sejenis penakut yang memang x boleh keseorangan langsung. Saya ada rumah di Bukit Jalil. Tapi disebabkan takut yang terlampau, saya x duduk situ pun walaupun rumah sya lengkap serba serbi (ada view KLCC lagi ). Macam tu la nak gambarkan betapa penakutnya saya.
Nak dijadikan cerita, sekitar tahun lepas saya berkawan dengan seorang pemuda ni nama dia Z (bukan nama sebenar la juga saja nak tulis ). Z ni sya tak tau la nak gambarkan macam mana tapi dia ni memang tak ada perasaan takut langsung. Dia suka hantu. Dia suka suka aktiviti seram-seram ni. Kalau saya lepak dengan dia kalau malam malam tu dia memang suka buka radio yang ada cerita2 seram dari seberang tu. Saya? Takut tapi macam biasa la saya suka dengar(Saya ni sejenis penakut tapi kalau ada orang kat sebelah saya ok ).
So saya macam kagum tau dengan dia. Dalam hati terdetik nak jadi macam dia sebab saya da penat jadi seorang yang penakut. Jadi start situ la saya mula rapat dengan Z ni sebab sya nak tahu rahsia kenapa dia x ada perasaan takut. Jadi ini kesimpulan hidup Z yang saya dapat dari cerita-cerita Z dekat saya. Pertama dia ada ilmu. Dulu dia menuntut juga. Ada belajar silat dan ada tuntut ilmu-ilmu hitam ni (ni based dari apa yang dia cerita kat saya la).
Masa menuntut dulu dia pernah pergi gali kubur orang semua. Tapi saya macam biasa la. Cuma kagum je la. Nak percaya tu memang tak la kot. Z ni suka benda benda entiti. Dia suka cari cari hantu (macam reality tv show : seekers). Dia ada group juga yang selalu buat kerja gila dengan pergi dekat tempat tempat keras dan tunggu benda tu datang. Untuk apa? Entah. Dah dorg suka so biarkan je lah. Nak masuk rumah Z ni ada satu rumah yang da ditinggalkan tau. Rumah tu sangat usang. Dah terbiar lama.
Diceritakan pada saya yang dulu rumah ni didiami sekeluarga yang bahagia . Tapi ayah diaorang (seorang doctor) ada mengamalkan amalan- amalan syirik. Jadi mungkin sebab taksub dengan amalan-amalan tu suatu hari tu si ayah telah membunuh semua orang yang ada di rumah itu. Yang aku difahamkan ada seorang ibu dan 2 orang anak. Lepas dah bunuh semua family dia, si ayah bunuh diri sendiri pula. Kes tu dulu macam famous juga tapi aku x ingat kisah yang mana. Yang aku boleh bagi info : rumah tu dekat area taman zooview nak naik bukit sikit ada satu rumah sebelah kiri (rumah tu memang betul-betul usang).
Aku ni pulak selalu la hantar si Z ni balik lepas lepak- lepak mamak ke or main bowling ke sebab Z x ada kereta . So setiap kali lalu kawasan rumah usang tu aku mesti macam meremang bulu roma, mesti macam ada something yang tengah perhatikan aku. Tapi aku fikir positive je lah mungkin sebab aku terbawa bawa kisah rumah tu yang diceritakan dekat aku kan. So nak dijadikan cerita ada lah satu hari tu tiba2 aku macam terdetik nak masuk rumah tu since si Z ni kan mcam suka aktiviti seekers tu kan jadi aku cakap la kat dia yang aku macam nak masuk rumah tu. Dia setuju dan seronok lagi sebab dia nampak aku mula berubah kearah macam x takut sikit (korang rasa ? Hahahahaha).
Sebenarnya aku bukan x takut. Aku takut sangat tapi aku nak cuba. Sebab aku x tau apa rasa dia pergi tempat tempat macam tu. Jadi kitaorg stop kat depan rumah tu dan terus masuk ke dalam. Rumah ni dia macam pelik sikit (sesiapa yang duduk dekat area zooview mesti tahu jenis rumah mereka ni parking lot kat atas dan turun ke bawah baru ada ruang tamu dan dapur semua). Rumah ni besar dalam 3-4 tingkat kalau termasuk dengan parking garaj tu. Jadi kami masuk ikut parking garaj tu. Mula-mula masuk aku tiba-tiba jadi macam seronok pulak. X ada rasa takut pon walau sedikit(Aku pikir mungkin sebab aku tahu Z ada kat sebelah dan dia ada ilmu so aku x takut la sangat ).
Aku mula lompat dari satu kayu ke satu kayu (rumah ni da ditinggalkan lama so ada structure rumah ni yang da banyak tertanggal). Bila da lompat tu aku sampai la kat hujung, Z pulak kat belakang lagi. Aku perhati je dia macam tengok sesuatu kat dinding tapi sebelum dia tengok dinding tu dia ada la sound aku jangan lompat macam budak terencat sebab takut kayu tu x kuat nanti terjatuh. Bila dia tengok dinding tu dia boleh pula tengok aku dan senyum. Korang pernah tengok jocker senyum x? Macam tu la cara dia senyum kat aku.
Aku dah macam, arghhh sudah jangan dia buat hal kat sini rasuk masuk badan si Z sudah sebab aku memang x tahu menahu pasal benda benda ni. Aku pon harapkan si z je so kalau z kena rasuk sapa nak selamatkan diri? Aku da cuak. Lepas tu si z boleh plak cakap, ” dekat sini la diaorang semua kena bunuh”. Aaku dah macam, arghhhh sudah, matilah nak. Tapi tiba- tiba si z macam biasa balik. Dia cakap saja je nak tengok aku cuak ke tidak. Binawe betul. Lama juga kami kat dalam tu. Tapi ada sesuatu yang memusykilkan aku. Dari tingkat 3 nak trun ke tingkat 2 dan 1 tak ada tanda-tanda boleh turun ke bawah. Tak ada tangga. Tak ada jalan. Tak tahu macam mana nak turun dekat bawah tu.
Aku sampai rasa macam nak lompat je turun kat bawah tu sebab aku nak tengok macam mana keadaan rumah tu. BY the way aku ni dulu belajar akitek dekat uitm seri iskandar tapi x habis la. Aku lari tak nak belajar malas punya pasal. So aku ni sebenarnya minat juga tengok bagunan bangunan ni. Aku suka tengok struktur rumah dan mungkin sebab tak puas tengok semuanya aku macam berkobar kobar nak tengok macam mana bentuk rumah ni sebenarnya. Tapi nasib aku x lompat turun sebab aku terpikir habis kalau dah turun macam mana aku nak naik balik? Takkan aku nak panjat kot. Mana ada apa-apa untuk aku panjat so aku lupakan lah hajat aku nak lompat turun.
Masa tu aku pegang lampu suluh (dari hp aku) dan aku suluh-suluh lah tempat tu sebab aku nak tengok keadaan tingkat 2 dan 1 rumah tu. Mula-mula aku da x fikir hantu pun dah sebab aku macam duk fikir susun atur arkitek rumah tu. Mana dapur dia. Mana bilik dia. Mana tandas dia, dan masa ni tiba tiba aku rasa meremang semua jenis bulu yang aku ada. Tak silap aku masa aku tengah suluh-suluh tu (dan aku rasa aku da temui tandas dia dekat mana). Aku ternampak macam ada seorang budak perempuan tengah tunduk beb!!!!!! Rambut dia panjang dan lebat gila.
Dan panjang nya rambut dia tu sampai mencecah lantai tu. Terkejut aku. Terus aku lari keluar. Masa tu aku tengok z dok tengok budak tu. Dia siap senyum si z tu kat budak tu. Masa ni dalam hati aku x tau la ilmu apa dia pakai tapi dia nampak sangat rilek je. Aku da mula seram sejuk. Serius kalau korang boleh nampak apa aku nampak mest korang x percaya. Orang cakap tinggi tinggi rambut panjang mata merah semua tu kan aku x nampak. Yang aku nampak seorang budak kecil umur dalam 4-5 tahun macam tu. Tapi rambut dia panjang. Smpai jejak ke tanah. Kaki dia aku x perasan sebab rambut dia lebat sangat.
Z datang kat kereta dan kitaorg balik. Aku da mencungap2 sebab aku rasa x sedap hati. Dah sampai rumah z aku suruh dia tolong hantar aku ke bawah lepaskan rumah usang tu sebab aku takut nak jalan situ sorang. Z setuju dia naik motor dan follow belakang aku smpai ke area rumah tu. Depan rumah tu je aku boleh pula berani g tengok rumah tu sekali lagi. Damn !!! Boleh pula dia berdiri depan pagar!!!! Terus aku pecut. Z kat depan aku da gelak-gelak. Binawe punya member!!!!
Balik aku macam dok terpikir sampai ak tak boleh tidor. Ak takut dia ikut aku balik. Tapi alhamdulillah semua ok. Aku tidur juga akhirnya.
Lepas pada kes tu aku macam seronok juga ikut seekers ni. Apa yang aku tahu hantu ni x boleh sentuh kita. Dia boleh bermain dengan akal fikiran kita. Dia boleh bermain dengan emosi kita. Buat kita takut. Buat kita terpikir pikir tu sampai kita nak bunuh diri semua tu. Ada suara-suara lah apa la. So bila z cakap macam tu aku macam tak takut sedikit sebab apa yang aku tahu aku kena kuat semangat.
Dia x boleh sentuh kita . Tapi dia boleh manipulasi otak kita .
Start pada tu aku jadi rapat dengan Z.
Dan ada sambungan series pencarian entiti ke 2 pula. Penat da aku menaip pakai hp ni. Da la aku selalu guna shortform so bila kena tulis ejaaan betul-betul aku jadi stress hahaha nanti kalau rajin aku ceritakan series ke 2 pulak pencarian entiti aku dekat sebuah balai polis lama di GOMBAK. Thanks sudi baca.
Assalamualaikum .
Azman (bukan nama sebenar juga lah )
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
dia tidak boleh sentuh kita tapi dia boleh rasuk kita
dia tidak boleh cederakan kita tapi dia boleh boleh membuat kita sendiri yang mencederakan diri kita sendiri
nama sebenarnya azimah… hahaha…
dasyat..blh karang cerite guna hp…
kau ni lelaki lembut ker…ha ha ha..macam yer jer
Aku pon terpikir bnda yg sama..x psl2 otak aku dok bayang z ni kapel ngn azman..dem..hahah..puiii
Haaa….rumah 2…..sy da pnh smpi……..☺☺☺
Aku pon terpikir bnda yg sama..x psl2 otak aku dok bayang z ni kapel ngn azman..dem..hahah..puiii
siapa ckp diorang x boleh sentuh kite?! diorang ni bangsa jin… dzaman nabi pun ada kisah jin bunuh pemuda arab…
kebanyakkan comment kat sini majoriti fikir apa yang aku fikirkan jugak..hahahaha binawee tol =P