Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pembaca FS. Terima kasih admin menyiarkan cerita dari Gentala Merah. Berdasarkan komen,saya dapati ramai yang tidak sukakan cerita bersambung. Saya memohon maaf. Kekangan masa dan cerita yang panjang adalah sebab cerita ini terbahagi kepada dua bahagian. Apa pun terima kasih dan selamat membaca.
Sudah empat hari puan Mahani meninggal dunia. Malah empat hari jugalah Salmah berulang alik ke kubur mamanya. Dia akan membacakan yasin di kubur mamanya dan setiap kali itu jugalah air matanya gugur. “Salmah mari kita balik nak.. Yang dah pergi biarlah pergi, kita yang hidup mesti teruskan hidup.. Cik Ida tak sampai hati tengok kamu macam ni. Kamu mesti redha. Insya-Allah mama kamu tenang disana..” pujuk Makcik Ida. Makcik ida merupakan kawan baik puan Mahani sejak dari kecil. “Salmah..hari dah hampir maghrib ni” sekali lagi Mak cik Ida memujuk Salmah. Salmah akur..
Malam itu, Salmah tidak berselera untuk menjamah mi goreng yang dimasak oleh jiran-jiran. Malam ini adalah malam keempat tahlil diadakan di rumah arwah dan akan berterusan sehingga malam ketujuh. Salmah terpaksa meminta tolong Makcik Ida dan suaminya Pakcik Roslan untuk menguruskan segala-galanya kerana dia tidak mempunyai saudara yang lain. Pak Usu dan Mak usunya juga sudah pulang ke kampung kerana ada urusan. Ustaz Farhan, anak lelaki Mak cik Ida sedikit sebanyak membantu setiap urusan dan tidaklah Pakcik Roslan ditinggalkan bersendirian memandangkan Makcik Ida bermalam di rumah arwah Puan Mahani untuk menemani Salmah buat sementara waktu.
Memandangkan imam Salleh tidak dapat menghadiri tahlil malam ini, Farhan menggantikan tempatnya untuk mengetuai Tahlil. Salmah hanya mendiamkan diri seperti bisu. Jika ditanya dia hanya mengangguk dan menggeleng sahaja. Dirinya banyak termenung. Sejak empat hari, sedikit makanan pun tidak disentuh bertahan hanya dengan mimum. Hal ini menyebabkan makcik Ida bertambah risau dan dia terpaksa meminta bantuan Farhan untuk melembutkan hati Salmah. Selepas tetamu beransur pulang, Farhan membacakan beberapa ayat untuk air penawar hati.
“Assalamualaikum..” salam Farhan hanya dibalas pandangan kosong oleh Salmah yang sedang termenung. Matanya masih merah selepas menangis. “Saudari Salmah, sudah lah tu. Yang pergi takkan kembali. Janganlah saudari menyeksa diri. Apa yang kita perlu buat sekarang ialah berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat. Kita yang sihat ni mesti meneruskan kehidupan” nasihat Farhan. “Tapi kalau saya tak suruh mama saya datang ke rumah saya, semua ni takkkan jadi ustaz.. Takkan terjadi.” Balas Salmah.” Dan kalau saya tak…” salmah tertunduk lalu terdiam. Hampir sahaja dia bercerita pasal bagas. Tetapi kalau dia menceritakan semuanya adakah orang akan percaya kepadanya? “Ajal maut ketentuan Allah Cik Salmah.. Dia menjadikan sesuatu ada hikmahnya. Adalah normal manusia akan berasa sedih bila orang tersayang meninggalkan dirinya. Namun kita mesti terima qada dan qadar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih begini.. sudah beberapa hari cik Salmah tidak makan..makanlah sikit semua orang sekeliling risau..” pujuk Farhan seraya menghulurkan segelas air. Salmah akur. Salmah, makan sikit ye? Cik Ida teman. Salmah hanya mengangguk. Makcik Ida lega. Dia memimpin Salmah ke dapur……..
Sebulan telah berlalu dan Salmah langsung tidak pulang ke rumahnya di Kuala lumpur. Dia mengambil cuti panjang. Berkenaan ‘pendampingnya’ salmah dapat merasakan kehadiran bagas di sampingnya tetapi berbeza dari sebelumnya. Makhluk itu tidak muncul. Sesungguhnya Salmah sudah penat dengan semuanya. Dia berserah pada takdir. Lama Salmah memerhatikan segenap ruang dalam rumah..Setelah arwah papanya meninggal, mamanya tinggal seorang diri memandangkan Salmah bekerja di Kuala Lumpur dan sudah membeli rumah di sana. Namun dari Melaka ke KL, tidaklah jauh mana. Jika ada masa lapang, Puan Mahani akan kerumah Salmah dan begitu jugalah sebaliknya. Rumah mamanya ini dirasakan sungguh tenang lagi-lagi apabila banyak kenangan mereka sekeluarga di dalam rumah itu. Namun terasa sepi. Sepi kerana kedua orang tuanya sudah tiada. Salmah tidak mungkin meninggalkan rumah itu begitu sahaja. Rumah dimana dia membesar dan penuh dengan kenangan manis.
Hari ini, digagahi juga langkahnya untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi mengambil barang-barang penting dirumahnya kerana dia memutuskan untuk tinggal di rumah arwah mamanya. Setelah selesai mengemas pakaian ke dalam beg, Salmah mencapai kotak kayu di dalam almarinya. Matanya dipejam rapat-rapat. Salmah menarik nafas dalam-dalam. Kotak inilah punca segala-galanya. Satu persatu peristiwa mula bermain di fikirannya. Salmah mengeluh berat. Kotak itu dibawa ke belakang rumah. Dimasukkan ke dalam bekas besi lalu dinyalakan api. Kotak itu terbakar serta merta. Dia harap selepas itu berakhirlah kisah itu di situ.
Tengah hari Ahad Salmah bertolak ke kampung. Hajatnya untuk bertemu pak usu dan mak usu tidak boleh ditangguhkan lagi.
Cekodok pisang dan air kopi di atas meja tidak diusik. ” Pak Usu, mak usu saya datang sini sebenarnya ada hal nak cakap.” Salmah memulakan bicara. Pak usu dan isterinya menanti butir bicara Salmah yang seterusnya. “Sebenarnya saya nak tanya pasal keris….” belum sempat Salmah menhabiskan kata-kata, pak usu mengangkat tangan ” Aku tahu apa kamu nak tanya. Aku tak menafikan yang nyang kesuma ada mempelajari banyak ilmu terlarang dan banyak benda berdampingan dengannya. Mungkin sebab itu dia susah nak m**i.Ada juga yang perlu diwariskan setelah ketiadaannya. Sebenarnya keris pusaka itu adalah dari keturunan pertama kamu beratus tahun dahulu sejak kedatangan orang jawa ke tanah melayu. Jika kamu bertanyakan kenapa kamu yang mewarisinya bukan aku dan arwah papa kamu kerana kami anak kepada nyang, jawapannya benda itu hanya akan bertuankan seorang wanita. Untuk pengetahuan kamu, benda tu dah jaga keluarga kita dari nenek moyang lagi ” … Suasana sepi sejenak. Salmah terdiam. Dari jawa? Patutlah setiap kali dia bersama bagas mereka bercakap dalam bahasa yang agak pelik. Dia juga memanggil bagas kangmas yang bermaksud kanda dalam bahasa jawa.
Menurut pak usunya lagi, pada zaman dahulu seorang wanita cantik rupawan bernama Ajeng Dewi digilai oleh ramai lelaki. Ajeng dewi selalu diganggu dan dicemburui ramai orang dan ramai yang berdendam dengan dirinya. Untuk memastikan keselamatannya, Ajeng Dewi bertemu dengan Panglima Hitam iaitu seorang dukun terkenal. Dia meminta sesuatu yang boleh menjadi belaannya untuk menjaga keselamatan dan pastinya dia mahukan satu pendamping yang ampuh untuk melawan musuh-musuh. Syarat yang diberikan oleh Panglima hitam adalah sangat mudah iaitu carikan seorang anak jantan tampan untuk dijadikan korban. Ajeng Dewi telah berkenan kepada Sabardi, anak didik silat Panglima hitam yang sememangnya tampan berbadan kekar lalu dia mengenakan ilmu pengasih dan lelaki itu cinta m**i pada Ajeng Dewi. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya kepada Ajeng Dewi. Dengan ilmu sihir yang tinggi tidak tertanding, Panglima hitam menghabiskan nyawa Sabardi di atas kerelaan Sabardi sendiri lalu disatukan bersama Syaitan diberi nama Bagas dan dan diabdikan pada sebilah keris . Sejak dari itu jugalah keris itu memakan banyak korban terhunus ke perut sesiapa sahaja yang cuba bermusuh dengan Ajeng Dewi. Bagas adalah antara makhluk belaannya yang paling tangkas membuat kerja dan paling kuat. Bila disatukan dengan d***h jantan sabardi, keampuhannya semakin sempurna dan Wajah tampan Sabardi itu adalah topeng kepada rupa sebenar bagas yang buruk. Namun Ajeng Dewi langsung tidak gentar dengan rupa paras sebenar bagas malah disayanginya dan tidak pernah membiarkan bagas ‘kelaparan’..Ajeng Dewi menjadi seorang wanita berkuasa dengan adanya bagas dan bagas bersumpah akan menjaga setiap d***h keturunan Ajeng dewi…………………………..
Pak usu bangun lalu berdiri di jendela kayu. Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut mukanya. Mak usu hanya memerhati . “Pak usu, mak usu betul ke semua ni? Saya yakin arwah papa dan mama saya tak tahu apa-apa pasal benda ni. Kalau pak usu dan mak usu tahu dari awal yang puaka tu akan diserahkan kepada saya kenapa pak usu dan mak usu tak halang Nyang? Saya menyesal. Puaka tak guna tu menyusahkan hidup saya menyesatkan saya. Saya taknak bela benda tu ” Salmah bersuara agak tinggi. “Tapi kamu dah terima benda tu Salmah. Ia dah jadi milik kamu! Walau apa yang terjadi sekali pun kamu sepatutnya menjaga dia dengan baik!” Bentak pak usu. “Saya terima sebab saya tak ada pilihan pak usu! Saya terpaksa” Salmah terkedu. Perlu dijaga dengan baik? Di mana kewarasan pak usu dan mak usu nya. Seolah-olah perkara itu biasa. Jika dia tahu, tidak mungkin dia sudi untuk menjaga makhluk terkutuk itu. ” Pak usu…kenapa tak bawa nyang berubat? kenapa tak buang benda tu sebelum dia meninggal? Pak usu dengan mak usu kan memang tinggal sebumbung dengan nyang. Setahun nyang sakit dan kalau dah tahu nyang ada membela kenapa tak tolong pisahkan mereka supaya nyang tidak terseksa? Sebagai anak sepatutnya Pak usu menjalankan tanggungjawab pak usu. Benda ini semua terpesong dari agama Syirik dan …..” ” diam kamu salmah! Jangan kamu persoalkan hal ini lagi. Kamu tak faham. Kamu dan arwah papa kamu sama saja. Arwah papa kamu dari dulu lagi tak pernah percayakan benda-benda ini. Dipandangnya remeh seolah-olah kami yang ada ‘pengawal’ ni ketinggalan zaman. Patutlah kamu tak tahu apa-apa. Salmah, kenapa pulak kamu nak buang? Benda tu penting untuk kamu. Biarlah benda tu jaga kamu , melindungi kamu,,barulah kita berkuasa orang pun tunduk dengan kita” bersungguh-sungguh pak usu bercakap. “Astaghfirullahalazim..” Salmah terkelu. Dia kecewa. Sangkaannya yang pak usu dan mak usu akan membantunya untuk menjauhkan benda tu ternyata meleset. Pak usu dan mak usu juga percaya pada khurafat . Salmah makin tidak keruan. Duduknya terasa tidak tenang gelisah. Rumah itu terasa berbahang. Sedih, marah,kecewa, bingung bersatu menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirkan.
” Tak apalah pak usu, mak usu saya minta diri dulu” salmah bingkas bangun. “Eh salmah kamu taknak bermalam disini ke? Dah lewat malam ni..” Tanya mak usu terpinga-pinga. “Lain kali sahajalah” suara salmah mengendur.. Sebaik sahaja menuruni tangga, Salmah duduk menyarungkan kasut dan dia hampir terjelopok ke tanah terkejut seekor harimau putih di bawah rumah papan itu. Hampir pitam dibuatnya. Mahu menjerit tetapi seperti tertelan suara sendiri. “Jangan takut dia tak kacau orang… dia penjaga keselamatan di rumah ini. dia belaan aku..” pak usu bersuara separuh tergelak melihat salmah yang ketakutan. Salmah cepat-cepat bangun dan melangkah ke kereta dan ternyata langkahnya sumbang….. sungguh dia tidak percaya orang zaman sekarang masih ada lagi yang bergantung pada syaitan untuk sesuatu kepentingan dan paling menyedihkan jauh tersesat dari ajaran agama. Dia kecewa ahli keluarganya sendiri tergolong dalam golongan itu. Kereta dipandu laju meninggalkan kampung dan di dalam hatinya berdoa semoga perjalanannya selamat. Perasaan takutnya dibuang jauh. CD bacaan Al-Quran dipasang sepanjang perjalanan.
“Bangun! Bangun!” Satu suara garau terngiang-ngiang. Salmah membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Hidungnya terus menangkap bau wangi. Syair indah berlagu sungguh merdu. Kelihatan Bagas sedang mencerlung ke arahnya dan di sebelah bagas ada seorang wanita cantik bersanggul berbibir merah merekah, berkulit gebu seputih kapas. Salmah terpegun kerana belum pernah dia melihat wanita secantik itu. “Ajeng dewi” secara spontan Salmah menyebut nama itu. Wanita itu melirik senyum kepada Salmah. Hanya Allah yang tahu perasaan Salmah menerima panahan pandangan dan senyuman itu. Sungguh seram. Kemudian bagas menderam dan lidahnya terjelir-jelir. Kaki Salmah ditarik sehingga dia jatuh dari katil. Tubuhnya terasa sakit. Salmah menjerit meminta tolong tetapi suaranya seolah-olah tenggelam. Kerana tubuhnya yang lemah, Salmah tidak dapat bangun tetapi terpaksa merangkak menuju ke pintu bilik untuk keluar namun tangan bagas semakin memanjang dan kukunya mencengkam kaki salmah menghalang salmah lari. Rasanya seperti satu paku tajam menembusi kulitnya. Salmah gagahkan juga untuk terus bangkit dan berlari namun dia terpaksa bergelut dengan bagas. Akibatnya banyak cakaran kuku bagas menggores kulit Salmah. D***h merah mula mengalir dengan rasa pedih yang tidak tertahan. Bagas mencekik Salmah dengan kukunya yang kehitaman dan kotor. Muka Salmah terasa kembang nafasnya semakin tersekat kerana cekikan bagas. Tubuhnya terasa ringan dan dia seolah-olah terapung ke atas diangkat oleh bagas. Kudratnya mana mungkin dapat melawan makhluk yang tingginya rapat ke siling itu. Tiba-tiba azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Serta merta Salmah terlepas dari cengkaman bagas. “Bukk” bunyi yang sungguh kuat. Salmah jatuh tersungkur ke lantai. Terasa tubuhnya begitu sakit seperti mahu patah tulang-tulang yang ada. Bagas lesap sekelip mata meninggalkan bau hangus terbakar.. Dalam kepayahan dan air mata membasahi pipi, Salmah cuba sedaya upaya untuk meninggalkan tempat itu. Dia perlu mendapatkan sesorang untuk membantunya. Ustaz farhan, ya dialah orangnya. Dengan siapa lagi dia nak minta pertolongan jika bukan keluarga Makcik Ida…………….
Setelah menceritakan semuanya kepada keluarga makcik Ida, Salmah menangis semahunya. Hanya ustaz Farhan dan pakcik Roslan yang kelihatan tenang manakala makcik ida agak terkejut dan ketakutan. Manakan tidak, meremang bulu tengkuk dibuatnya. Dia mula membayangkan yang bukan-bukan. “Bersabarlah Cik Salmah. Saya akan berusaha membantu semampu saya. Insya-Allah. Selebihnya kita serahkan kepada Allah Swt. Dalam hal ini, kita memerlukan seorang yang sungguh dalam ilmunya seperti imam Salleh. Saya akan cuba mendapatkan bantuan beliau. Kerana saya dapat merasakan benda yang mengganggu cik Salmah ni bukan sembarangan. Janganlah cik Salmah risau. Allah tidak akan memberi ujian di luar kemampuan hambanya dan semua masalah Insya-Allah ada penyelesaiannya..” tenang sahaja Ustaz Farhan bersuara. “Ustaz.. saya takut. Saya dah berdosa ustaz. semua ni balasan kepada saya. Saya takut Allah tak ampunkan saya. Adakah saya termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah? ” salmah tunduk. ” Subhanallah. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun sifatnya Maha Pemgampun asalkan kita ikhlas, bersungguh-sungguh memohon keampunanNYA. Semua manusia berbuat dosa Cik Salmah.. Jangan pernah berhenti berdoa meminta keampunan kepada Allah SWT. Kita semua sama sahaja seorang hamba sama ada cik salmah, saya mahupun orang lain dan pada DIA lah tempat kita meminta.” Farhan tersenyum. Salmah hanya mendiamkan diri.. ” Kita perlu ke rumah dimana tempat Cik salmah menyimpan keris itu” salmah mengangkat muka. “Saya dah bakar ustaz tetapi kenapa benda tu masih mengganggu saya? “Salmah bingung. “Sesungguhnya syaitan, iblis mahupun jin tidak akan menyerah dengan mudah. Mereka yang dilaknat Allah SWT ini telah berjanji akan mengganggu dan menyesatkan anak adam sehingga ke akhirnya” …………………………………
Solat hajat dilakukan secara berjemaah untuk memohon pertolongan dari Allah SWT supaya diermudahkan segala urusan…….
Keadaan rumah Salmah begitu suram seperti sudah tidak berpenghuni bertahun lamanya. Salmah mengajak Imam Salleh, Ustaz Farhan, Pakcik Roslan dan Makcik Ida masuk namun ditegah oleh Imam Salleh. “Ada benda kat dalam rumah kamu” ujar imam Salleh.Imam Salleh menadah tangan berdoa dan membaca beberapa surah manakala yang lain turut mengaminkan doa. “Keluar !” Laung Imam Salleh. Entah kepada siapa. Pintu rumah terbuka sendiri. Kelihatan sesusuk tubuh berbalam-balam keluar dari rumah yang gelap. Susuk tubuh itu jelas berpakaian silat dengan keris tersisip kemas dipinggangnya. Wajahnya keruh seperti sedang menahan api kemarahan dan dalam hanya beberapa saat dia menghilang.
Salmah merasakan sesuatu merempuh badannya dan dia tersentak. Tiba-tiba Salmah meraung dan matanya merah . Imam Salleh membaca ayat kursi dengan lantang. ” jangan kau baca ayat itu lagi!!! Aku benci!!” marah Salmah. Sah, bagas kini di dalam badan gadis itu. Dia kerasukan. suara Salmah jauh lebih garau seperti suara lelaki .”Siapa kau dan dari mana asal usul mu? ” pertanyaan Imam Salleh hanya dibalas dengan ketawa Salmah. “Aku pendamping kepada Salmah yang paling ampuh. Jangan kau bermimpi dapat mengalahkan aku! tak gentarkah kau dengan kekuatanku?? Aku yang paling berkuasa!!” Salmah yang kerasukan bersuara dengan bongkak. “Sesungguhnya aku hanya takut kepada tuhanku iaitu Allah SWT dan tidak ada yang lebih berkuasa selain DIA. Kau hanya makhluk yang diciptakan dengan api manakala kami manusia adalah diciptakan dengan tanah sebaik-baik kejadian” ujar Imam Salleh. Ustaz Farhan pula kelihatan tidak berhenti membacakan ayat-ayat suci Al Quran.
“Jika begitu, buktikan kekuatanmu wahai manusia! Ayuh kita berlawan ha ha ha ha” Kini tangan Salmah memegang hulu keris yang kelihatan sudah lama dan separuh berkarat tetapi jika menembusi kulit manusia mampu menamatkan riwayat. Salmah membuka bunga silat. Imam Salleh mentafsirkan itu gerak tari silat zaman dahulu. Dalam hal ini Imam Salleh meminta bantuan Farhan untuk membantunya. ” Tapi Imam, saya tak tahu gerakan silat makhluk ini datang dari mana dan saya langsung tidak tahu bersilat” Ujar Farhan teragak-agak. “Pergilah Farhan. Insya-Allah kamu boleh. Yakinlah kepada Allah. Saya ada untuk membantu kamu. Jatuhkan dia dan kunci pergerakannya. Saya mahukan ibu jari kakinya untuk membuang saka tu. Sentiasalah berzikir kerana zikir yang ikhlas boleh melemahkannya.” Nasihat imam Salleh. ” tetapi dia bersenjata ” ujar Farhan yang masih lagi tidak yakin dengan dirinya. “Cuba elak. Yakin dengan Allah SWT” Farhan akhirnya mengangguk.
Farhan membacakan surah tiga kul dan berdoa agar semuanya dipermudahkan. “Apa lagi yang ditunggu wahai manusia!!” Salmah membuka kekudanya. Farhan mula berzikir di dalam hati. Bagas yang menumpang dalam badan Salmah tidak tahan mendengar zikir Farhan terus menyerang dahulu tetapi Farhan menepis dengan tangan kanannya. Farhan menendang kaki Salmah untuk menjatuhkannya namun kaki Salmah lebih pantas menyauk kakinya menyebabkan Farhan terjelopok ke lantai. Farhan cuba bangkit dan dalam keadaan belum bersedia sekali lagi dia tersungkur akibat dari tendangan Salmah. Salmah hanya menghamburkan tawa. Sungguh kuat kudrat gadis ini seperti sepuluh orang yang sedang berlawan. Kini Farhan menyerang Salmah secara membuta tuli dan setiap tendangannya mampu ditepis oleh Salmah. Satu tendangan di perut Farhan membuatkan farhan terduduk. Terasa senak. terbatuk-batuk dirinya yang terhuyung-hayang cuba berdiri. ” ayuh bangkit anak jantan!! Masakan kau kalah dengan seorang wanita ! ” sinis benar kata-kata itu kedengaran di telinga Farhan. dia bangun untuk menyerang Salmah tetapi tangannya dipulas Salmah. “Ha Ha Ha sekarang masihkah kau mahu menidakkan keampuhanku?” Pekik Salmah. “Aku takkan menyerah kepada kau ! Aku berserah kepada Allah! Sesungguhnya DIA lah yang berkuasa ke atas langit dan bumi. ALLAHUAKHBAR!!!” Jerit Farhan. Salmah melepaskan pulasan tangannya dan dia menekup telinga. Ternyata laungan Farhan telah membuatkan bagas di dalam diri Salmah lemah. Farhan mengambil peluang tersebut menendang Salmah dan salmah tersungkur.
Maafkan aku Salmah ! Jika bukan makhkuk terkutuk itu yang menguasai kau mana mungkin aku menyakiti seorang wanita…..
Pakcik Roslan dan Makcik Ida tergamam. Belum pernah mereka melihat kejadian seperti ini. Paling merisaukan adalah Pertarungan Farhan dan Salmah. Entah apalah nasib mereka lagi-lagi Salmah yang hanya seorang gadis bertukar menjadi seorang pahlawan. Jika dia tersedar nanti tentu terseksa jasadnya. Pakcik roslan menggeleng. Sepanjang menyaksikan hal itu mereka laki bini tidak putus membaca surah-surah lazim dan berzikir memanjatkan doa kepada yang Maha Esa agar melindungi mereka semua. Mereka menguatkan semangat walaupun sebenarnya lutut mereka berlaga terasa longlai kerana ketakutan.
Imam Salleh , Pakcik Roslan dan mak cik Ida bergegas mendapatkan Salmah. “Lepaskan aku!!!” Jerit Salmah. Imam Salleh segera memegang ibu jari salmah. Dibacanya surah tiga kul dan ayat kursi. ” sakit !! Panas!! Lepaskan aku orang tua tak guna!! ” jerit Salmah yang meronta-ronta. Imam Salleh tidak mempedulikan Salmah. Dia membacakan ayat-ayat Al-Quran. “Aku nak tanya kau, kau nak keluar tak dari tubuh gadis ini? ” tanya Imam Salleh. “Tidakkkk!! Dia milik aku!!!” Jerit Salmah dengan mata yang memerah. “Dia bukan milik kau. Dia manusia dan kau adalah iblis. Kembalilah kau kepada tempat asalmu.” Imam Salleh meneruskan bacaan diikuti oleh ustaz farhan. Bagas di dalam badan Salmah semakin panas dan lemah. Imam Salleh menguatkan hati. Dia tahu tubuh gadis itu sedang terseksa tetapi makhluk yang merasuk itu perlu dikeluarkan. Dia berselawat serta terus melafazkan surah-surah lazim. “Sakit!!!!” Pekik Salmah yang dan rontaannya semakin kuat. “Berhenti!!! baiklah aku akan keluar!!” Bagas di dalam tubuh Salmah itu mengalah. ” Dengan nama ALLAH yang maha berkuasa, aku berlindung daripada syaitan yang direjam” “Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang” Imam Salleh membaca ayat kursi dengan lantang “keluar kau dari tubuh manusia ini!!” Imam salleh berkeras. ” ALLAHUAKHBAR!!!” Tubuh Salmah tersentak kuat sebelum terkulai layu.
“Ha Ha Ha …” bagas ketawa mengejek dan dia menjelma dalam rupa seorang lelaki tidak ubah seperti pendekar. Dia sekejap di depan, di belakang, di kiri dan di kanan Imam Salleh. Ini bermakna bagas turut mempunyai ilmu ghaib. Imam Salleh memanjatkan doa kepada Allah SWT. Ternyata lawannya ini bukan calang-calang. Ustaz Farhan mengeluarkan keris dari beg yang dibawa bersama lalu diserahkan kepada Imam Salleh. “Ayuh!! Pertarungan belum berakhir wahai manusia bodoh! “ujar bagas dengan muka yang bengis. “Ya Allah. Sesungguhnya aku hanya hambamu yang lemah. Hanya padaMU aku meminta dan hanya KAU lah yang dapat membantu diriku. Imam Salleh menutup mata dan melalui mata yang tertutup dia dapat melihat bagas melalui mata hatinya. “Mahukah aku memberi tawaran pada kau bagas? ” Imam Salleh cuba berkomunikasi secara batin dengan bagas. “Ha Ha Ha apakah tawaran kau orang tua tak guna? ” ” Bertaubat. Kembali kepada Allah” tawar Imam Salleh. “Semudah itu? Tahukah kau aku sudah hidup beratus tahun dan selama itu juga aku menyesatkan anak cucu adam. Mereka mengagungkan dan menyembah aku. Aku tidak akan kalah kepada kau! Aku paling ampuh ! ” ujar bagas dengan bongkak. “Aku tahu aku tidak sehebat kau. Tetapi aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”. Imam Salleh cuba menikam Bagas tetapi jin itu sempat mengelak dan terkumat kamit membaca mantera. Imam Salleh berdoa kepada Allah supaya dia dapat mematahkan sihir yang cuba digunakan bagas. Kelihatan Imam Salleh sedang bertarung dengan sesuatu yang tidak nampak dilihat dengan mata kasar. Dengan menggunakan gerak hati, Imam Salleh menyerang bagas “Allahuakhbar!!!” Kini perut bagas berlubang. “Sial kau orang tua! ” marah bagas yang kini kesakitan. Kemudian keris bagas dibalingkan dan keris itu berpecah menjadi banyak bilah menuju ke arah Imam Salleh. Namun dengan ayat suci yang dibacakan Imam Salleh dapat mematahkan serangan bagas. Serta merta cahaya putih muncul dari tangan Imam Salleh lalu ditolak keris tadi dan keris itu kembali menjadi satu dan menyebakan serangan bagas berbalik kepada dirinya sendiri. Bagas tersungkur. “Kurang ajar kau orang tua!!!”
Pakcik Roslan dan makcik Ida yang menyaksikan aksi itu berasa takjub. “Macam mana semua tu berlaku” Soal Pakcik Roslan kagum. “KUN FA YA KUN” Jawab Ustaz Farhan.. Masya-Allah Maha Suci Allah. Ucap Mak Cik Ida memuji kebesaran Allah. Belum pernah kejadian seperti ini dilihatnya.
Bagas yang sudah lemah cuba menerkam Imam Salleh. “Laungkan Azan Farhan” suruh Imam Salleh. Dia membacakan ayat – ayat Al Quran dan kerisnya diambil dari sarung dan sebaik sahaja Farhan melaungkan Azan , “ALLAHUAKHBAR!!! kembalilah kau kepada tempat asalmu!!!” dengan kalimah itu, keris Imam Salleh menusuk tepat ke tengkuk bagas. Meleleh d***h hitam pekat yang keluar. Bagas bertukar dari rupa seorang yang tampan kepada muka yang buruk. Tubuhnya sedikit demi sedikit dijilat api dan raungan dari suaranya yang menggelupur itu sangat menyeramkan. Keris bagas berubah menjadi kehitam. Keris tersebut berasap lalu menjadi debu..semua hilang sekelip mata meninggalkan bau hangus…..
“Alhamdulillah Maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikkan.” Ucap Imam Salleh sebelum sujud syukur. Serta merta Salmah tersedar dan badannya sakit. Dia mengalami muntah d***h. Kesan dari sihir yang sebati di dalam dalam dirinya. Dia seolah-olah tersedar dari mimpi dan Kini dia berpijak pada bumi yang nyata. Salmah mengucapkan terima kasih kepada semua dan berpelukan dengan makcik Ida. Tangisan mereka bersatu dalam kesepian. Makcik Ida sudah mengganggap Salmah seperti anaknya sendiri. Pakcik Roslan kelihatan menggosok matanya yang agak merah melihat situasi itu. Suasana bertukar menjadi sedih. Terima Kasih Allah. Mereka semua bersyukur dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh Imam Salleh…… Berakhirlah semuanya. Salmah berdoa di dalam hati semoga dia dapat meneruskan hidup secara normal dan mendapat Keredhaan Yang Maha Pencipta iaitu ALLAH SWT.
Best. Teruskan dgn cerita sbgini. π
Terima kasih π
hi admin FS.
aku nak bagi maklum balas dan komplen tentang pembaharuan pada website FS ni.
ini adalah berkenaan dengan warna tulisan yg digunakan dalam FS.
warna hitam yg digunakan adalah BUKAN ‘totally black’.
sila guna warna yg sepatutnya
Orang lain baca ok jer, hang jer poyo mintak kaler itam bagai, baca ja lah, xyah banyak songel, lagi mau komplen.. mcm hanatt..
FuhΒ³….π
mana tempat search?nk cari semula cerita ni dari bahagian 1..
GOOGLE JE… BOLEH DPT
best..tapi kan kalo cerita ade sambungan dekat mana nak cr die nyer sambungan yer…
Tetiba mata masuk habuk pulak…sob..sob..
Best sgt citer ni..moga jgn ada lg hmba Allah bersekutu dgn pndmpig.. Bahaya…
Terima kasih Mama Didie. π
nii kisah benar ke? mcm cerita dlm novel je… hihihihi… BTW cite ni best sgt… [thumbs up]
Terima kasih
Sorry penulis tumpang ruang komen..
Admin oii new update ni boleh tak tolong letak balik button untuk next and previous story? aku tak suka la kena balik ke homepage utk click next story..
yang nie setuju..jadi tak best lak…
Best ππ»ππ». Nanti sambunglah cerita pasal pak usu & mak usu yea cik penulis.
Terima kasih Nissa. Jika berkesempatan Insya-Allah saya akan menulis lagi π
Best 10/10.. Please sambung cite lain pula.. π
Terima kasih Anis
Best citer ni..nk kene cari cerita part 1 punya..fiksyen ke kisah benar?
Terima kasih π
Cita best…tahniah..
Terima kasih π
Bahagian 1..ada link ya x…
Nak link pendamping bahagian 1
BEST GILER.DARI ARITU TGU SMBUNGAN NIE.. AKHIRNYE ADE JUGAK .. NAK TNYA ..NI CERITA BENAR KE ATAU REKAAN YEE ??
Hai Gentala dah habis episode dua nii ada lanjutan lg tak,nak tau cite pasal salmah ngan pak usu mak usu and harimau putih die tuu,ok se you againπππ
Wah