Pendamping Sahabat 4 Akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih buat admin up cerita aku dan komen² positif dari semua pembaca Fiksyen Shasha. Cerita kalini aku jadikan yang terakhir untuk Sahabat 4. Panjang sikit ya. First, aku nak mita tolong jangan cakap macam tokwan aku tu syirik okay. Sebab bukan dia yang minta ada pedamping. Nak tau baca dulu cerita ni. Jangan malas nanti salah tafsir. Sekarang aku nak intro watak dulu ya.

Part 1: https://fiksyenshasha.com/pendamping-sahabat-4/
Part2: https://fiksyenshasha.com/pedamping-sahabat-4-ular/

Pak Ndak iaitu adik arwah tokwan aku. Pak Ngah Saad, kawan mak aku masa kecil, dia kenal arwah tokwan aku, ada kebun getah bersebelahan kebun mak aku. Cik Ma, kawan mak aku jugak dan kebun getah dia berdepan dengan kebun getah mak aku.

So cerita ni mula dari sini. Suatu hari mak aku ni sudah tak ada pokok getah untuk nak menoreh. Jadi dia ajak aku pergi jumpa Pak Ndak aku bagi nak menoreh pokok getah dalam tanah arwah ayah dia. Pendekkan cerita dapat izin. Tanah tu 10 ekar. Dibahagi ke semua anak² arwah. Mak aku dapat 1 ekar setengah. Dah dapat izin, mak aku selalu la ajak aku teman dia p kebun getah ni. Untuk menebas semak. Setiap hari pergi.

Selepas seminggu ikut mak aku, sebab kebun dah cerah, aku buat sebuah pelenggar tempat untuk duduk dan rehat. Kadang tu aku hidupkan api untuk halau nyamuk. Mak aku selalu jugak duduk di situ sambil mengasah pisau menoreh. Kejadian pelik mula dari sini. Suatu pagi tu Pak Ngah Saad ada tanya mak aku “mai awal pagi pon tak sudah lagi ka menoreh?” Mak aku pon pelik. “Kami baru sampai tadi.” Haa sudah, dia balas balik, “laa, aku nampak awal pagi tadi anak kau tu bakar daun kayu, api bukan main terang sampai kebun aku.” Mak aku pon tengok aku, aku tengok dia. Sambil fikir Pak Ngah Saad ni mamai ka apa, kami baru ja sampai. Mak aku tak berani nak datang awal sebab kawasan tu jauh dari jalan. Atas bukit sikit. Tiga hari kemudian, lagi sekali Pak Ngah Saad tanya, “kenapa petang kelmarin mai kebun sorang? Tengok duduk atas pelenggar tu asah pisau tak pandang kiri kanan. Aku panggil pon buat tak peduli.” Mak aku masa ni tak tahu nak jawab apa. Sebab mak aku mana ada datang kebun waktu petang. Dia diam ja sambil senyum..lepas tu gelak sambil balas “laa, yaka”. M**i akal mak aku nak cakap. Lepas tu hari berikut tu, Cik Ma pulak tegur mak aku, ” berani Kak Nab mai menoreh awal pagi, nampak lampu suluh terang pulak tu.” Mak aku garu kepala nak jawab. Sebab selalu mak aku jam 7 baru pergi balik jam 10 pagi. Tak pernah awal dari tu.

Nak jadikan cerita, berlaku kes kecurian sekerap (korang google la cari apa benda ni), semua kebun kena kecuali kebun mak aku. Pagi tu kami ke kebun, kecoh pasal kecurian tu. Tapi yang mak aku selamat. Sampai sautu hari terjumpa Mat. Budak yang suka tahan burung di dalam kebun kawasan berdekatan kebun mak aku. Dia tanya mak aku menoreh di mana sebab tak pernah nampak sebelum ni. Mak aku bagi tau la tempat sekian sekian. Lepas tu muka dia pucat. Tanya mak aku tak jumpa apa² ka? Mak aku cakap tak da. Dia balas kalau tak ada tak apa. Tapi hati² sebab sepanjang dia menahan burung, selalu saja dia ternampak ada ular besar sangat dalam kawasan kebun mak aku tu. Pernah sekali siap kejar dia lagi. Habis semua sangkar burung pun dia tinggal. Mak aku masa ni fikir positif lagi. Tak anggap apa².

Sampai la aku cerita benda pelik yang berlaku pada aku. Pertama, aku mimpi ada seorang lelaki memakai jubah putih, berserban, berkopiah, berkain pelekat dan bertongkat berdiri di hujung kawasan yang sempadan tanah kebun mak aku dan Pak Ngah Saad. Tapi aku tak syak apa la sebab anggap tu mainan tidur. Kedua, aku dikejar sekumpulan ular hitam, di atas jambatan gantung. Tengah pecut lari dalam mimpi tu aku terjatuh. Ular hitam tu semua dah dekat dengan aku nak patuk aku. Tiba² ja aku ternampak seekor ular kuning besar di bawah jambatan dan aku terdengar suara menyebut dalam otak “ayatul kursi, ayatul kursi.” Secara bawah sedar aku baca ayat kursi dan bila aku terjaga dari tidur mulut aku baru habas menyebut ayat terakhir. Ketiga, aku mimpi aku dan keluarga naik kereta nak pergi jalan², tapi berlaku kemalangan dan kereta tu terjunam ke dalam sungai, sekeliling aku agak samar² cahaya. Kemudian ada asap, seketika muncul seekor harimau berwarna putih, berbelang hitam, tapi di leher ada bulu macam singa dan mata dia biru. Dia datang dekat sebelah kiri aku sambil tenung aku. Lepas tu aku terjaga. Keempat, aku terjatuh dalam sungai tapi tak dalam sebab ada seekor anak harimau yang macam korang selalu tengok melompat ke arah aku. Dia gigit manja kemudian azan subuh berkumandang buat aku terjaga.

Selepas hampir 2 bulan aku alami mimpi tu aku putuskan untuk bagi tahu mak aku bila dia cerita apa yang orang tegur dia pasal apa yang mereka nampak dan tanya benda pelik macam awal mak aku sampai dan banyak lagi. Lepas aku cerita pasal mimpi tu mak aku paling banyak tanya pasal mimpi pertama aku. Pasal lelaki berjubah tu. So aku terangkan ja la yang aku ingat. Lepas tu mak aku diam. Dia macam resah. Beberapa hari kemudian, Pak Ngah Saad jumpa mak aku untuk pulangkan pisau menoreh yang mak aku minta tolong tajamkan. Pak Ngah Saad bagi tahu kejadian yang berlaku masa dia nak letak pisau tu di pelenggar tempat kami selalu duduk sebab dia terlupa nak bagi kat mak aku masa pagi tu. So petang dia masuk la kebun mak aku nak letak pisau tu saja. Tiba² masa dia tunduk nak letakkan pisau terdengar suara berdehem dibelakang, suara tu sangat dia kenal. Suara arwah tokwan. Terkejut dia. Kemudian pemilik suara tu bertanya. “Apa hajat kamu di sini.” Terketar Pak Ngah Saad menjawab, “cu nak letak pisau ni saja. Sebab terlupa nak bagi pagi tadi.” Lepas tu benda tu balas, “esok bagi kat dia, tinggal nanti boleh hilang pulak.” Kamudian Pak Ngah Saad pon angguk kepala sambil kelam kabut nak berlalu pergi. “Tak perlu la gelabah. Aku bukan nak apa²kan kau. Selagi kau tak mengancam keturunan dia. Kami pon tidak akan memberi ancaman.” Tu lah yang Pak Ngah Saad bagi tahu.

Setahun kemudian, mak aku putuskan untuk jual bahagian mak aku. Aku hairan, puas aku tanya kenapa. Lepas beberapa bulan baru mak aku cakap. “Mak rela hilang tanah dari hilang anak.” Aku pun terkejut. Apa yang mak aku maksudkan. Lepas tu baru mak aku bagi tahu, lepas aku cerita pasal mimpi yang aku alami tu, mak aku termimpi, mak aku ada didalam tanah kebun tu, tapi berbeza, cantik ja kawansan dia, tak semak. Ada pokok bunga renek, pelenggar pon dihias cantik dengan bunga. Lepas tu mak aku dihadiri seorang lelaki berjubah putih seperti yang aku bagi tahu bersama seorang wanita berkebaya putih iaitu seperti dalam gambaran cerira kedua aku, seekor harimau yang macam singa dan harimau. Tetapi hanya yang lelaki itu saja yang menghampiri mak aku. “Assalamualaikum, kami ini mempunyai satu hajat. Bolehkah kami memiliki puteri bongsu jagaan kamu? Jikaulau dibenarkan, maka bawa dan tinggalkan dia di sini. Kami akan ambilnya. Ke dunia kami. Sungguh kami sudah jatuh kasih kepadanya. Suaranya, perlakuannya, keistimewaannya, semuanya seperti dia. Dia yang telah lama meninggalkan kami. Kami merindukannya. Dia seorang manusia yang berani berdepan dengan kami. Tapi, jikaulau tidak dibenarkan. Maka kami tidak akan mengganggu. Kami tidak akan merampas dia dari keluarga dan ibunya. Kerana telah kami berjanji dengan dia untuk tidak mengganggu cucu cicitnya. Tapi izinkan kami menjaganya.”

Mak aku lepas tu terjaga dari tidur. Mak aku minta padangan kawan rapatnya yang merujuk ustazah dan ustaz. Mak aku putuskan untuk jual tanah tu sahaja bila ada yang nak beli. Sebab mak aku dah tahu. Tanah tu bertuan. Berpenunggu. Lebih tepat, rumah mereka di situ. Pintu mereka di situ. Baru mak aku tahu, kenapa dia sering ternampak macam² pokok yang hanya muncul sekali sahaja. Seperti pokok cili yang rendang dan lebat sangat buahnya. Mak aku  sempat petik bawa balik sebakul. Esok mak aku nak tunjuk kat aku. Tapi puas cari, tak ada. Sebab itu mak aku jual. Lepas tukami berjumpa Pak Ndak, barulah dia cerita pasal tanah tu. Dia dah tahu tanah itu tempat mereka.

Sebenarnya, arwah tokwan boleh berhubung dengan mereka bila tokwan mulakan kerja membersih tanah di kawasan tersebut. Dia sering diuji dengan bermacam cara oleh mereka. Tapi dia tidak mengalah. Tidak menyerah. Dia teruskan kerja membersihkan tanah itu. Sampai satu tahap, tokwan cakap “aku cuma nak bersihkan tampat ni, sebab ini akan jadi tanah aku. Kalau tempat ini ada berkait dengan tempat yang lain. Aku minta maaf sebab menceroboh. Aku tak tahu dan aku tak berniat jahat.” Lepas tu gangguan tu reda sedikit demi sedikit. Tapi setiap kali dia balik, ada bau bunga kemboja. Lama² pak ndak mula nampak macam tokwan tengah bercakap dengan seseorang tapi dia tak nampak. Setelah berulang kali, pak ndak mula risau jadi dia tanya abang dia bercakap dengan siapa. Tokwan cuma cakap dengan kawan dia ja. So, dari cerita pak ndak aku agak mereka adalah bunian/ jin yang berkawan degan arwah saja dan bagi aku mereka tidak bahaya sebab sampai hari ni, aku tidak ada terima apa² gangguan atau lawatan dari mereka kecuali aku dalam keadaan yang sangat bahaya. Seperti aku dilemaskan dalam sungai di dalam mimpi sehingga aku tidak dapat bernafas. Masa itu aku akan nampak lelaki berjubah itu dan mendengar satu suara menyebut “ayatul kursi, ayatul kursi.” Kemudian aku akan baca dan tersedar dari mimpi dengan berpeluh peluh. Tapi ni dah lama aku tak alami benda macam tu sejak aku amalkan ambil wuduk dan baca ayat kursi sebelum tidur. Dan aku harap tidak akan berulang lagi.

So, sekian terima kasih. Jumpa lagi dalam cerita lain. Maaf kalau tidak berapa menarik dan panjang sikit. Harap korang enjoy.

Melly

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

38 thoughts on “Pendamping Sahabat 4 Akhir”

  1. bunian ni memang selalunya tertarik dengan insan yang ada budi pekerti elok,sopan gitu dan menepati janji….
    berdasarkan apa yang saya baca kat sini dan sebelum2 ni

    Reply
    • yupss.. selalunya bunian/jin ni mudah tertarik dengan insan sebegitu. tapi sayang.. dua dunia yang tak boleh bersatu…. tapi kalau ada jenis yg degil ni bila kita tolak cara baik dia tak boleh terima. sebaliknya kita yang sakit. satu libasan selendang dia pun da cukup buat kita meraung sakit. wallahualam…

      Reply
  2. Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

    “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Aku percaya Syed ni keturunan baik baik. Lihat komen saudara hari ini, kepercayaanku diragut.

    Reply
  3. Akak tertarik ngn ceta adik pasal kebun..kebun akak pun sama ramai yang bercerita da ular besar dengan harimau jadiaan..niat nk buat rumah kat ctu ramai y larang kata kat ctu keras ramai dah orang yang jumpa..da y kata kalo menoreh lam kebun tu rasa seram.wallahualam.

    Reply
  4. X faham kenape nak fitnah, Admin tolong block ye. Dulu saat brrmula FS ni saya salah seorang antara 50org yg mula2 hantar crita kat sini. Tak ade org yg suka fitnah Sgt mcm ni. Sekrg menjadi jadi. Kenape sanggup kene cerca ye? Memang kerja?

    Reply
    • Hambar… dorg lg kelakar dr u. Apa salah depa? Mmg btl lh org sabah mmg pemalas pengotor, nk makan gaji buta memanjang. Mmg aku pun anti org sabah gak.

      Reply
  5. makin mengarut komen2 kat FS ni skrg. rasanya lebih baik kalau admin disable je terus komen. biar semua tak dpt komen. nak block, filter pun they will always come back somehow. mengganggu pembacaan bila ada komen2 lucah, maki hamun, racist dan lain2.

    Reply
  6. admin rasanya yg comment benda benda lucah racist dan kurang adab mcm ni dah boleh block kot email dia dari comment web ni. tak pun buat je fs ni perlu register. email yang mencarut ni ban kan je dari masul web ni. kesian readers yg lain kena hina siap ngan negeri skali. cam bodo do si syed ni.

    Reply
  7. Anak buah sy pun ada yg menjaganya..walaupun tidak diminta tp mmg dia seorang yg kuat beramal dan buat ibadah…lelaki tua yg selalu bgi ayat2 utk diamalkan bila bedpan dgn kesusahan..org tua tu jgk akan mrh2 dia kalau tlewat bgun subuh..hnya dia je yg nmpk org tua itu..mak dia sndiri xnmpk

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.