PENDERITAANKU!

#NHHY
Hai my fellow readers ! Alhamdulillah kita bersua lagi. Aku NHHY yang sebelum ini pernah menghantar dua cerita , namun pihak FS hanya publishkan cerita ku yang kedua bertajuk NGERI. Apapun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada page FS dan uols guys atas feedback yang telah dikongsikan. Untuk cerita pertama aku yang sebelum ini bertajuk *Balik Kampung Member*, di dalam cerita ni aku ada menjanjikan yang aku akan membuat sambungan lagi dua episode. Memandangkan FS tidak publishkan ataupun mungkin tidak memenuhi kiteria maka aku akan menceritakannya disini . Semoga cerita ini memenuhi kriteria FS dan boleh dikongsikan kepada pihak ramai.

Okay let’s start begin, pada akhir tahun 2013 aku telah menamatkan Pra-U ku di tingkatan Enam. Selang beberapa hari setelah tamat peperiksaan STPM, aku bersama beberapa rakan ku merancang untuk mencari pengalaman dengan bekerja, tidak kisahlah apa jenis pekerjaan sekalipun asalkan boleh kami bersama untuk mencari pengalaman di alam pekerjaan sekaligus boleh lah kami mencari belanja kami sendiri. Rakanku yang ku panggil Era memberitahu kami bahawa ada jawatan kosong di Supermarket Unaco di mana ia memerlukan pekerja. Keesokkan harinya aku dengan Era pergi ke Unaco untuk bertanyakan tentang iklan jawatan kosong yang dipaparkan, aku hanya pergi berdua dengan Era memandangkan rakan ku yang lain sudah berubah fikiran, malu katanya !

Sebelum aku memasuki Pra-U di tingkatan Enam, aku ada mengenali seorang lelaki di mana kami kenal dan mula rapat tapi tidak begitu panjang perkenalan kami bila ada rakannya si Mamat memberitahu ku bahawa si lelaki ini tadi ada niat yang tidak baik terhadapku. Maka terputuslah hubungan kami tanpa aku ingin mendengar apapun penjelasannya. Si Mamat ni adalah juga kadang-kadang menghantar inbox dengan ku seperti ingin bertanyakan khabar dan hari makin hari dia semakin menunjukkan sikapnya yang suka akan diriku. Ada-kalanya dia akan mempamerkan sifat marah dan barannya bila aku tidak membalas pesanan mesej darinya. Apalah penting sangat dia tu sampaikan aku perlu membalas setiap pesanan mesej yang dia kirimkan. Tak penting pun .

Memandangkan aku dan Era telah diterima bekerja di Supermarket tersebut, maka bermulalah harian kami dengan turun balik kerja , kami diberi tempat menginapan (hostel) yang terletak diatas kedai sahaja. Nak dijadikan cerita setelah beberapa hari aku berkerja sebagai promoter, aku terserempak dengan kawan kepada si Mamat ni .

“Ehh kerja sini ke ? berapa lama dah ? tinggal mana sekarang ?”, kawan si Mamat.

“Ha ahh kerja sini , baru je . “ aku.

Aku yakin dan pasti dia akan mengkhabarkan berita yang dia terserempak dengan aku ni dekat si Mamat. Sure! apa yang aku fikirkan tepat belaka , sebab keesokan harinya aku nampak si kawan Mamat ni lagi tapi kali ini dia bersama Mamat sendiri. Dari jauh lagi sudah kelihatan senyuman biawak si Mamat ni, aku menggeletar babe! Tak tahulah kenapa aku rasa tak selamat dengan dia ni, sebelum ni adalah jugak 2 3 kali kami keluar bersama tapi bukan berdua, memang tak lah aku nak keluar berdua dengan dia ni sebab dia ni guys lebih sangat psychonya. Sumpah seram nak rapat ! Sampaikan pernah dia bagitahu aku nak kahwin dengan aku sebab dia ada tunjuk gambar aku dekat mak dia , perkkk!

Mana dia dapat tu di FB katanya, selepas tu aku delete semua gambar aku dalam FB tu kecuali gambar aku dengan member aku ramai-ramai, nak delete karang ada yang kecil hati ! semenjak tu aku rasa aku patut jauhkan diri dari dia, bila aku cerita kat mama aku pun dia cakap jangan berani dah nak dekat dengan orang macam tu , dia boleh buat apa sahaja untuk dia dapatkan apa yang dia nak. Maka terjadilah lost contact antara aku dengan dia , aku block dia dari segala laman yang ada sehinggalah pada hari ni dia jumpa aku balik dekat tempat aku kerja. Menggeletar lutut aku babe! Manakan tidak mamat psycho muncul balik.

Pada hari seterusnya, aku turun kerja macam biasa dan all staff diarahkan untuk menyimpan telefon bimbit kami di drawer yang disediakan, so no call no texting no game and no selfie while working! Bila tiba masa untuk rehat kami akan mendapatkan kembali telefon bimbit kami, masa ni lah aku dapati ada 56 missed calls dan 2 messages dari number yang aku tak save so ertinya no yang aku tak kenal, messageny yang berbunyi “jawablah kol, imissyouuu” and “ are you busy dear ? Sokay! I’ll call you back”. Seram ! missyouu missyouu pulak dah, entah siapala gerangannya.

Jam menunjukkan pukul 10 malam, masa ni kami semua dah mempersiapkan diri nak balik dah. Masa on the way nak balik ke hostel ni , number yang call aku siang tadi call me back dan kali ini aku angkat.
“hai, dah balik kerja ? kenapa jalan jauh dari yang lain? Penat sangat ke sampai nak jalan laju” si pembuat panggilan.

Bapak ah! Siapa ni ?????? macam mana dia tahu aku jalan depan dari rakanku yang lain ??

“ehh siapa ni ? kenapa call banyak kali and how you know where I am ?” aku.

“ala lek ah, jangan marah lak tak manis lah. Okayokay aku akn bagitahu aku sapa dengan syarat kau mesti keluar dengan aku , but promise me just us ! no others ! “ si pembuat panggilan.

Bila dia tekankan “just us” tu aku dah boleh agak dah siapa, so aku ambik tindakan dengan end up call and terus off handfone aku. Aku tenang untuk seketika, dah siap mandi apa semua ni aku pergilah cerita dekat si Era ni yang si mamat psycho ni ganggu aku balik sebab sebelum ni aku memang ada cerita dekat si Era ni, but guys ! dia bagitahu aku yang si mamat ni jumpa dia masa aku tengah break lunch hour and minta number aku dari si Era ni, katanya dia tu saudara aku, mama aku kirim barang katanya ! Ya Allah ! patut lah dia ada number aku. Matilanak~

Aku membuat keputusan untuk tukar number handfone aku memandangkan number tu pun masih baru lagi, hanya family aku and staff sini je kot yang tahu number tu so tidak menyukarkan aku untuk memberitahu mereka tentang pertukaran number baru ku ini. Ku ingatkan sudah tenang selamanya setelah ku tukar number, boleh pula aku lupa yang si mamat ni tak cacat ada kaki boleh datang kat tempat aku kerja, apa ke benggongnya aku tak terfikir semua tu. Mengelabah punya pasal !
Nak dijadikan cerita hari ni aku offday, so im just wanna lay in my bed sampai ke malam ! bila dah malam ni perut pun lapar, so aku turunlah ke tingkat bawah dengan niat nak beli burger sebab depan supermarket ni ada satu store burger, orang kampung area situ jugak yang jual.

Semenjak aku kerja di sini maka aku adalah kenal sorang dua dari penduduk sini, hari makin hari kami bolehlah dikatakan rapat sebab dah boleh begurau senda, rapat lah tu kan. Aku mengambil keputusan untuk rileks sekejap kat bawah ni dengan diaorang yang dah dari tadi melepak dekat store ni sementara tunggu rakanku yang lain tamat waktu bekerja. Rileks punya rileks gurau punya gurau aku teringat aku tinggalkan fon aku dekat atas , nak naik tingkat 5 memang tak lah! Tak penting pun so aku abaikan. Tengah aku syok layan cerita member-member burger ni, lalu lah satu kereta Myvi hitam dan berhenti betul-betul depan kami, ingatkan customer tapi tak keluar-keluar pulak cuma orangnya nampak macam tengah call someone berkali-kali but tidak dijawab.

“Streeeetttt~” tingkap cermin kereta ni turun and korang tahu guys sapa dia ? MAMAT PSYCHO tu !! dia bagi jari tengah dia and tengking aku “ BETINA ! AKU KOL TAK JAWAB ! RUPANYA KAU SINI DENGAN JANTAN LAIN !! SIAPA DIA ?!” dan dia bertindak keluar dari kereta terus datang kepada salah seorang dari member tadi lalu terus menarik baju budak tersebut dengan bertanyakan “KAU SIAPA ?! APA HUBUNGAN KAU DENGAN DIA ?! KAU TAHU DIA SIAPA ?!”

Pada mulanya member-member burger ni ingatkan mamat ni abang aku dan mengambil keputusan untuk tidak mahu masuk campur, meminta maaf dan menyuruh aku ikut mamat ni balik. Mamat ni tarik baju aku diseretnya aku masuk kereta, ditolaknya aku masuk kedalam kereta dari pintu sebelah pemandu, aku bingkas bangun dan bertindak untuk keluar melalui pintu dari sebelah penumpang. Tidak mampu aku bayangkan apa nasib yang menimpa aku pada malam itu jika aku tidak keluar dari kereta tersebut, selepas aku berjaya membuka pintu sebelah penumpang, namun hanya separuh badan ku yang sempat keluar di mana dia sempat menarik kakiku , keadaanku masa ini adalah dalam keadaan yang kepala and tangan ke jalan raya dengan pintu kereta terbuka dan kaki serta separuh lagi badan ku masih di dalam kereta.

Pada masa yang sama mamat ni cuba mengundurkan keretanya, maka terseretlah tanganku ke jalan raya. Namun aku sempat beteriak supaya member burger aku ni selamatkan aku, “Selamatkan aku ! dia bukan abang aku ! aku tak kenal dia !!” maka berlarilah meraka ni dapatkan aku, masa ni lah mamat ni bertindak untuk menggerakkan sahaja keretanya namun member burger aku ni bak pelari pecut mendapatkan aku dan akhirnya kereta si mamat ni berjaya dihentikan. Mamat ni tak la pandu dengan laju sebab dia tahu lagi keadaan aku yang separuh keluar dari kereta ni , kalau dia laju alamat mampus la aku malam tu !

Mamat ni keluar dari kereta untuk bertemu dengan dak-dak burger ni, adik perempuan kepada si penjual burger ni dapatkan aku, bantu aku untuk bangun dan memapah ku untuk ketepi jalan raya. Hanya Allah yang tahu situasi ku saat ini , dengan baju ku koyak dengan tapak tangan ku luka dan belakang ku sakit dan berbekas lebam akibat terkena gear and handbrake kereta masa dia tolak aku masuk ke dalam kereta tadi. Mujurlah pada masa ni ayah kepada si penjual burger tiba kena pada masanya dan dialah yang cuba mengawal dan meleraikan keadaan. Bila ditanya-tanya kepada mamat itu apakah yang sedang berlaku, mamat tu boleh jawab guys yang aku ni bakal isteri dia ! kepala timun dia bakal isteri ! dia siapapun aku tak kenal, setakat ku kenal namanya sahaja. Pakcik ni panggil aku untuk dengar penjelasan dari mulut ku sendiri, aku bagitahu la aku kenal dia camtu je, just kenal dia kawan kepada kawan aku and tak pernnah rapat sampai bercinta sekalipun. Damn ! dia boleh melutut guys dan cakap mama aku yang bagi pesanan suruh dia jaga and tengok-tengokkan aku. Apa benda seh ! dia babitkan mama aku pulak , dia siapa pun mama aku tak kenal ni kan nak bagi pesanan suruh jaga aku . See? Betapa psychonya mamat ni,tak keseram dibuatnya ?

In the end, aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja , bahaya kalau aku masih terus bekerja disitu memandangkan mamat tu tahu dimana aku berada. Kejadian malam tu berakhir dengan airmata meroyan mamat tu, pakcik tu minta dia balik dan jangan buat onar kat tempat orang dan bertenang dahulu sebelum membuat perbincangan yang seterusnya. Ohya, kan aku cakap aku dah tukar number ? and how dia boleh cakap aku tak angkat call dia kan? So camni, sebelum kejadian, siang tu dia datang kedai lagi tapi kali ni dia jumpa staff yang lain, bukan si Era. Dia gunakan taktik yang sama untuk mendapatkan number aku sebab katanya dia call number lama aku dah tak boleh dan dia disuruh ayahku untuk hantar duit belanja . uish GILA ! .

Ku ingatkan bila ku dah berhenti kerja ni amanlah duniaku , tapi tanggapan ku silap! Benarlah kata mama ku yang “orang seperti dia akan buat apa sahaja untuk memenuhi kehendaknya”. Seminggu selepas aku berhenti kerja, aku mulai mengalami mimpi yang pelik-pelik dimana aku bermimpi kepala ku dibelit ular berkepala naga,aku jatuh dari tingkat bangunan yang tinggi dan kepala ku terhempap kelantai dan macam-macam lagi. Aku juga sering mengalami sakit di bahagian sulit (antara bawah perut) ku yang amatlah sakit! Serta package sakit kepala yang tidak mampu aku jelaskan rasa sakitnya , rasa dihimpit dinding ke diding. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan tika itu. Bila dibawa berjumpa doktor, dia hanya memberitahu aku ada migraine dan hormone ku tidak teratur so aku mengalami kremm bawah perut sebab menstruation la katanya. Melihatkan keadaan ku yang semakin pucat lemah dan surut tubuh badan ku, maka ayah mencadangkan untuk aku cuba inisiatif berubat secara islam, rawatan islam.

Dipendekkan cerita, pada hari yang dijanjikan maka ustaz pun tiba di rumah kami, ustaz meminta ku berbaring di atas sejadah dan dia meletakkan tangannya di atas perutku yang sudah dilapik dengan alas kain yang lain.

“masyaAllah “ ustaz.
“kenapa ustaz ? ada apa yang tak kena ke ? “ ayah.
“Aku mohon izin untuk menyentuh anakmu sebab ada sesuatu yang tidak elok dalam badan anakmu ini yang harus aku hapuskan dengan izin Allah, Allahuakbar” ustaz.

Setelah dibacanya (ustaz) potongan-potongan ayat lalu dia menampar belakangku, lalu muntahlah aku dengan memuntahkan d***h dan ada serpihan halus sepertinya serpihan kaca. Sakitnya masyaAllah usah ditafsirkan! Kaca kot , muntah angin pun perit apatah lagi muntah kaca. Magine guys! Ustaz meminta ayahku untuk ke belakang rumah dimana ada pokok betik dibelakang rumahku dan menyuruh ayah untuk mencabut pokok betik yang rendang tersebut dengan cara apapun asalkan pokok itu tercabut dari akarnya, maka terkontang katinglah ayahku berusaha untuk mencabut pokok betik tersebut , sekejap dikorek sekejap dicangkul dan ada kalanya penat akan ditendangnya pokok betik itu , rasanya dengan tendangannya lah pokok itu tumbang dan tercabut beserta akar-akarnya.

Ustaz mengeluarkan sesuatu bungkusan setelah pokok betik itu tumbang menyembah bumi, apalah salah pokok tersebut, kempunanlah aku nak merasa buah pertama dari pokok betik itu. Bila ustaz membuka bungkusan tersebut, uols tahu apa guys ? Satu bungkusan kecil dari kain putih yang bentuknya seperti anak patung dan bila dibuka lagi bungkusan patung tersebut, terdapat ada gambarku yang bahagian kepala dan bawah perut ku telah ada garisan seperti dihiris benda tajam. Itulah sebab dan puncanya sakit yang ku alami selama beberapa hari. Kata ustaz ini perbuatan manusia yang hatinya sakit lalu bertuankan syaitan untuk membalas sakit hatinya. Niatnya memang ingin aku sakit dan bahagian peranakan ku dihancurkan supaya aku kahwin pun takda zuriat leeeerr, dan kata ustaz lagi kain yang membaluti ini ialah kain kafan mayat. MasyaAllah! Jahatkan ?

Dah boleh agak dah siapa empunya angkaranya ? ya ! si mamat psycho tu lah ! katanya dia terlampau sayang akan diriku dan sempat dia memohon maaf kepadaku atas tindakannya, katanya sekiranya dia tidak dapat memilikiku maka dia tidak mahu ada yang lain akan memilikiku. Apapun maaf apapun caranya , ia mungkin akan ku maafkan tapi tidak dengan melupakan. Tidak akan aku kembali dengan manusia seperti itu , sakit mental barangkali !

So sekarang aku tak tahu dimana keberadaannya, kata orang dia sudah dicekup pihak polis atas kesalahan memiliki benda yang terlarang. Mungkin sebab benda haram ni jugaklah otaknya mereng. Apapun , Alhamdulillah, aku selamat dari segala perbuatannya itupun dengan izin Allahswt. ALLAHUAKBAR!

Okay guys, maaf ceritaku mungkin agak panjang dan maafkan jika gaya pembahasaan ku kurang selesa dengan pembacaan kalian. Sampai kita bersua lagi , Assalammualaikum. #NHHY

NHHY

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

32 thoughts on “PENDERITAANKU!”

  1. , aku ada mengenali seorang lelaki di mana kami kenal dan mula rapat tapi tidak begitu panjang perkenalan kami bila ada rakannya si Mamat memberitahu ku bahawa si lelaki ini tadi ada niat yang tidak baik terhadapku. Maka terputuslah hubungan kami tanpa aku ingin mendengar apapun penjelasannya.
    ??????????????????WTF…..sampai camtu sekali ko putuskan hubungan sebab ada Mamat ni yang ko tak kenal sangat cakap camtu. cetek sekali pemikiran ko. pergh……
    BTW babe = baby. slang omputih sebut kat awek dia. yang ko maksudkan tu beb. ok beb…

    Reply
    • saya just pendekkan cerita, saya takk cerita pun apa yang terjadi sebelum saya putuskan dia , diorang member rapat , sedikit sebanyak saya percaya cakap dia , yang mengalaminya saya . hehe . okay beb . Thankyou ! komen yg membina ??

      Reply
  2. aku dah tau kenapa admin tak approve cite kau diknon oi..
    Cerita lah elok-elok
    Tak perlu nak di Manglish kan
    Cerita Bahasa Melayu penuh pun tak apa
    Jangan over excited diknon..
    Cerita ok..best,,tapi tulah nasihat hakak.

    Reply
  3. thankyou semua , apa yg bahasa omputehh tu dialog antara saya dengan dia , soryy lahh semua . saya akan baiki selepas ni . komen yang membangkit ??

    Reply
    • Xde mslh sgt pon bahasa omputeh tu, kdg2 kita borak2 pon ade jer selit2 omputehnye kan…
      Kate suke bacaan yg santai, cmniler santai…
      Tak terikat dgn penggunaan bahasa tertentu, asalkan boleh difahami…
      Omputeh ckp bahasa deme pon idokler rigid sgt, mcm kita gak ade bahasa pasor nye…

      Papepon…
      Mamat tu mmg perlu dikasihani betoi ar, kurang kasih syg…
      Akk bygkan die tolak kt seat pemandu utk ke sebelah sna tu, saket woooo…
      Tingin plak nk sepak anu die mase die dok tolak2 tu…
      Eeeiiii geraaammm jer…!!!

      Reply
      • alhamdulillah . ada jugak yg faham konsep cita kita , pasal omputeh tu pun masa borak , bukan saja saja nk mengenglishkan , yelaakam kita ni mana reti nak speaking gaya omputeh bebeno , bila borak okay je dengan bahasa campur campur gini . maaf semua . tapi kak , Thankyou for support me . ye kak , kita lagi laa geram , dh macam biawak kita merangkak nak ke pintu sebelah , tp dia lagi cepat bertindak .

        Reply
  4. Aku rsa ok je pn. Ok lh tu, at least dia bljar guna bhsa English. X slah pn. Pmikiran korang tu slah. Dunia ni dah moden. Bahasa Melayu ngan English dah sebati. Chill babe. Haha. Btw, I love ur story. Keep it up.

    Reply
  5. Teruk nya psycho tu… Peliklah…klu psycho slalu dngr mengaku dah bercintalah bakal binilah…padahal ruan pnya badan x pernah kata apa²…Na’uzubillahi min zalik. Minta jauhlah jumpa org cenggini. Moga boleh jadi pengajaran buat pencerita dan pembaca semua… Okey je cite ko dik.

    Reply
  6. huhu seram kali jak nemu org camnyaaa. jaga diri ktk klk k. jauhkan diri dr org2 mcmyaa. hehe btw okey jak cerita ktk tok. sikda hal laa malay kaa english kaa. kmk faham jak. haha. semua ktk pun cerita kmk follow. nang besttt!! 🙂

    Reply
    • makasehhh fiqah ? ya kmk siktauk gilak nakpa kenak di aim gilak nak bahasa omputeh ya tek , sikpala . mek okay jak . hehehe . naknama dh biasa kelak becampo-campo gia , waimanya sikk betol upa susun . nak becerita secara jujur pun knk bash ? okay jakk ? kelak mek polah banyakk gikkk cerita ohhh .

      Reply
  7. Cerita best. Patut jadi pengajaran pada semua anak muda. Nak bercinta, berhati hati ya. Semoga kita semua dalam lindungan Ilahi.

    Ni yang dok gegeh pasai English penulis ni awattt? Cerita dia hat lagi penting. Keep it up! You will never improve your English if you are too afraid to use it. heheh

    Reply
    • hahaha , lepasni nak masukkan sekali bahasa cina india lahh . hahaha , nak cerita secara jujur pun salah ? ThankYou for support me ?

      Reply
    • Tak paham org kite. Kena tegur sikit dah melatah. Come on la, kalau dh nk berbahasa inggeris belajar guna proper english. Jgn melatah bila org tegur. Guna bahasa yg baik sebab yg baca pun pelbagai peringkat umur. Gaya penulisan kita pun jd sumber ilmiah pd pembaca FS lebih2 lg. Tp penulis bagus, take it postively. Awk mesti akan lebih maju kalau teruskan sikap camni. Cerita best! Sy enjoy baca cerita awak!

      Reply
  8. Hai babe.. Miss me? Im back! MUAHAHAHA!!
    Takdelah.. Gurau je. Bahan terlarang? Kuat psycho? Emm.. Ni mesti syabu.

    Reply
  9. Assalamualaikum, boleh minta tak contact ustaz tu? saya dari negara seberang..berubat sana sini dah =( nak cerita panjang..tolong ye

    Reply
  10. Xkisahlah bhasa ap pon hg letak janji aq paham baca dah..takut ny jumpa mnusia psycho mcm nie huhu..mintak djauhkan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.