Pengalaman Anak Perawat vol 2

Bismillah. Terima kasih admin menyiarkan pengalaman kedua aku selepas pengalaman pertama aku. Kejadian kali ni berlaku semasa aku darjah 4. Kami sekeluarga kecuali abang aku pulang ke kampung sebab ada sepupu aku yang berkahwin. Kebetulan masa ketiadaan kami tu, jiran depan rumah aku pun meninggal. Petang tu abang aku mandi macam biasa dalam tengah mandi tu ada orang ketuk pintu bilik air dia dengan sangat kuat.

“hentak ! hentak ! hentak !”. Abang aku bukak tapi tak da orang, jadi dia sambung mandi. Pintu dihentak lg, bunyi sangat kuat macam orang guna penukul ketuk pintu bilik air. Mana aku tau ? Sebab benda sama pernah jadi dekat aku jugak. Benda tu memang tak suka kami mandi petang nak ke senja macam tu. Dia cukup marah. Berbalik cerita tadi. Abang aku ni memang berani, jadi dia kata kat benda tu, “aku ni tak pernah takut dengan kau, kalau kau nak cabar aku, kalau kau nak tengok aku sapa mai tunjukkan diri kau.” Lepas abang aku cakap macam tu benda tu terus tak kacau dah.

Lepas mandi -solat lepas tu lepak. Start jam 8 malam bawak ke 1 pagi baru dia balik rumah. Masa dia nak naik tangga rumah kami (rumah flat) ada sorang mamat naik tapi berlari muka pucat gila. Macam baru jumpa hantu. Abang aku tegur dia pun dia buat tak nampak. Disebabkan abang aku malas nak ambil pusing sangat, dia terus jalan menuju pintu rumah. Sampai je rumah masa dia nak switch on TV secara manual (tekan button kat TV tu) tak guna remote dia nampak dari ekor mata macam ada perempuan bertenggek kat para rumah aku. Jadi dia tolehkan muka.

YES! Ada cik Ponti tengah bertenggek sambil pandang abang aku, rambut dia panjang mengurai baju dia kotor, muka dia hodoh sebelah lebam dan bertaring. Dah nampak benda tu pun abang aku still rilek dan teruskan tengok tv dia saja la nak tengok berapa lama benda tu nak duduk situ, dari 1 pagi bawak ke 3 pagi benda tu still bertenggek tak lari mana. Mata dia tajam pandang abang aku. Tapi benda tu tak buat apa pun. Abang aku memang berani, dia punya berani tu sampai pernah dia kejar pocong sebab mulanya dia ingatkan orang nak buat prank. Tapi pocong tu lari dan bergolek hilang. Berani sungguh sampai hantu pun takut. Dalam 3.30 pagi macam tu abang aku tutup TV lepas tu dia masuk bilik.

Masa dia baru nak lelap tu ‘benda’ tu ketuk tingkap bilik abang aku. Bilik abang aku ni bilik depan, maksudnya bilik dia tu memang tempat lalu lalang orang. Dia malas nak layan sebab dia rasa mungkin orang lalu ni saja nak kacau. Sekali lagi benda tu ketuk sambil kata, “kumm” seolah beri salam. Dia ketuk lagi (bunyi dia macam kau ketuk cermin rumah kau guna kuku) ‘tak’, ‘tak’, ‘tak’, “kum, din oh din” dia panggil pulak nama abang aku.

“Kau jangan nak kacau aku eh, kalau kau nak tengok apa aku boleh buat dekat kau. Sini datang. S**L punya setan!”, jerkah abang aku, lepas tu keluar dari bilik terus ambil sembahyang dan solat isyak. Dalam hati dia terdetik, “patutlah kau kacau, aku lupa nak sembahyang isya’ rupanya”. Habis solat dia azankan rumah kami. Baru dia boleh tidur dengan aman.

Pagi tu dia pergi rumah mamat yang dia jumpa kat tangga semalam ,

“bang, asal saya tegur abang smalam abang buat tak tau je?”.

“Semalam aku tengah main gitar kat branda rumah, lepas tu aku nampak ada perempuan kat bumbung dia terjun dari bumbung, m**i m**i aku ingatkan ada orang b***h diri sebab masa perempuan tu jatuh memang bunyi gedebak! Aku ni konon nak jadi hero turun lah bawah, niat nak selamatkan perempuan tu. Sekali bila sampai bawah takda apa apa. Kesan jatuh pun takda, perempuan pun takda”.

meghah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

8 thoughts on “Pengalaman Anak Perawat vol 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.