Pengalaman Ayah – Pocong bukan Puchong

Kejadian ini berlaku pada tahun 1993, kami menetap di Kuala Lumpur. Setiap kali raya kami akan balik kampung di Johor iaitu kampung sebelah emak memandangkan kedua ibu bapa ayah telah meninggal dunia.

Biasanya kami balik sehari sebelum raya dan balik semula ke Kuala Lumpur pada hari raya ketiga. Bila tiba hari nak balik ke Kuala Lumpur, aku dah mula rasa sedih dan kalau boleh aku nak tangguh-tangguhkan. Akhirnya kami bertolak agak lewat petang dan sudah pasti kami akan menempuh perjalanan malam.

Kereta Proton Saga ayah membelah jalan kampung, felda dan memasuki lebuhraya dari Ayer Hitam. Sewaktu memasuki jalan di kawasan Kluang hari sudah pun gelap, jalan raya agak lengang pada masa itu sekali sekala je ada kenderaan lain. Kiri kanan ladang kelapa sawit. Kami ditemani radio kereta ayah yang memutarkan lagu-lagu raya serta celoteh DJ radio yang agak skema. Apa yang aku ingat pada masa itu, ayah brek mengejut untuk mengelak sesuatu dan kereta kami terbabas di bahu jalan memasuki semak. Semua dalam kereta tu jadi panik. Mujurlah kereta kami masih dalam keadaan baik dan enjin masih hidup. Ayah memandang ke arah jalan sambil memastikan pintu kereta telah dikunci. Bila emak tanya ayah, dia hanya suruh kami tutup mata dan baca ayat Qursi. Kami ikut je arahan ayah. Ayah cuba mengundurkan kereta yang mungkin tersangkut sedikit entah kali keberapa mengaum enjin baru berjaya.

Raya keempat sepatutnya ayah masuk kerja tapi ayah lajak cuti lagi sehari. Tak sihat kata beliau. Tiba-tiba ayah tanya kepada emak, sama ada nampak apa yang ayah nampak sewaktu kejadian kereta terbabas. Aku dan emak memang tak perasan apa-apa yang aneh sebab kami terlelap. Lalu ayah ceritakan yang dia hampir-hampir nak terlanggar pocong-pocong tengah baring kat jalan. Bukan satu tapi dua pocong baring tengah jalan. Masa cubaan mengundur kereta tu ayah cakap salah satu pocong tu ekspress dah berdiri kat depan bonet kereta, satu lagi dah ada kat pintu sebelah emak.

Sedang ayah berusaha, doa dan bertawakal, alih-alih pocong-pocong tu lesap gitu je. Yang tinggal bau kemenyan bercampur kapur barus. Aku dan emak memang ada bau juga tapi diam jelah dari kena tengking. Macam mana boleh meresap masuk dalam kereta yang berhawa dingin, aku pun tak tahu. Lepas tu barulah kereta kami berjaya memasuki semula jalan raya. Ayah suruh kami tutup mata dan terus tidur je sepanjang jalan. Jangan tanya apa-apa katanya. Kami tak berhenti pun kat mana-mana. Lapar pun tahan jelah. Aku ada juga tanya ayah macam mana muka pocong tu. Ayah cakap macam muka orang m**i lah. Ayah aku pergi jumpa orang kampung dia kat Kajang, kira pengamal perubatan tradisonal. Pakcik tu cakap ayah terkena badi mayat. Mayat siapa agaknya.

Ayah aku dulu sewaktu hayatnya sebelum berpencen dia berkhidmat dengan DBKL. Ayah aku ni ada masanya garang dan ada masanya dia akan melawak. Pengalaman mistik dia pun boleh tahanlah, banyak dia simpan dari cerita kat orang. Kadang-kadang dia kena bertugas tengah malam hingga ke pagi. Walaupun kat area bandaraya Kuala Lumpur ada juga mistiknya. Pernah satu malam tu dia sembang dengan mambang. Mambang tu sapa dia yang tengah jalan kaki dari tempat parking kereta nak balik rumah. Ayah aku pun tak fikirlah yang buruk-buruk sebab dia cakap mamat tu macam biasa-biasa nampak kat area situ. Nampak muka bermasalah nak luahkan sesuatu. Sembang pasal life kat ibu kota sampailah ayah aku rasa nk minta diri balik rumah. Rupa-rupanya mambang tu mangsa b***h diri terjun flat dari tingkat 15. Dekat-dekat area rumah aku yang berlaku malam tu juga. Susah ayah aku sendiri nak percaya. Sebabnya mangsa b***h diri area pukul 9. Ayah aku sembang pukul 1 pagi. Kau fikir siapa?

Aku duduk rumah flat je dulu yang tingginya berpuluh tingkat. Kalau takat dengar orang terjun bangunan tu dah biasa dengar. Kepala pecah otak berterabur. Aku pernah nampak orang terjun masa duk tengah main tingting dengan jiran tetangga kat area depan lif. Almaklumlah rumah flat. Aku perasan. Mula-mula aku ingat orang buang sampah ke bawah. Tapi ada orang duk teriak, aku apa lagi berdesup ke koridor tengok apa cerita. Sekujur tubuh terlingkup kat rumput dengan kepala terkehel. Orang yang jerit tu kira saksi depan mata, mungkin dia trauma seumur hidup. Lepas dari tu mak aku tak bagi aku termasuk sedara mara yang datang duduk bersidai depan koridor tu. Takut jadi kenangan pahit pulak. Tak lama lepas tu ayah beli rumah teres dan berpindah. Legalah sikit.

Sampai sini jelah dulu cerita aku. Kalau Team FS siarkan aku ucapkan terima kasih. Aku sekadar suka-suka je cerita pengalaman dulu kala. Masa tu netizen tak pandai lagi komen tahap celupar, Islamik tahap ustaz @ ustazah. Zaman sekarang Komen-komen netizen pun dah tahap seram macam hantu. Terimas pembaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nadrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.5]

44 thoughts on “Pengalaman Ayah – Pocong bukan Puchong”

  1. 1st- kes bercakap ngn org yg da m**i. Omg.. Seram…

    2nd-kes b***h diri kt flat. Omg.. Lagi seram…

    Seram wooo…

    Reply
  2. ‘Zaman sekarang Komen-komen netizen pun dah tahap seram macam hantu.’
    Setujuuu… Hehehe tapi takde la semua macam tu.. btw bestt 🌟🌟🌟

    Reply
  3. Fuhh!! Bckap dgn mambang tu seram..
    Pocong tgh jln tu pon seram.. Nmpk kt laki aku si gula² tu jenuh dgr dia mencarut.. Bnda yg paling dia takut.

    Reply
  4. Best..seram oii bab pocong tu..ko x rasa pape ke tgk mayat yg terjun bangunan tu?
    kuat semangat betul ko ni..huhuhu..sila la hantar cerita seram lain..aku bg 8/10..kipidap writer..

    *serius aku setuju..zaman skrg komen mmg lg seram dr hantu..komen tanpa pikir psl hati & perasaan org lain..huhuhu

    Reply
  5. ko tak rasa ape2 ke masa nampak org b***h diri tu? scary kot. Sampai otak berterabur bagai. Phobia derrrr…. Kira kuat semangat jgk la ek ko ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.