Nama saya Sen dari Sarawak. Saya hendak berkongsi pengalaman saya semasa masih bertugas membuat lawatan ke sekolah-sekolah di luar bandar. Buat pengetahuan pembaca, apa yang saya ceritakan di sini bukan rekaan.
Maaf kerana saya tidak boleh beritahu apa kerja sebenar saya. Cukup pembaca tahu yang saya bekerja makan gaji dengan kerajaan. Jadi, ada program tertentu yang sememangnya melibatkan sekolah- sekolah luar bandar. Dan saya sering pergi bermalam bersama-sama kumpulan saya dalam jangka masa 2 hingga 5 hari.
Saya banyak mengalami kejadian yang seram semasa pergi bermalam bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Salah satu yang saya tidak boleh lupa adalah yang melibatkan junior saya yang bernama Ri. Lucunya, itulah pengalaman kali pertama Ri pergi bermalam di sekolah.
Si Ri kena ganggu pada hari pertama. Salah dia juga sebab tidur berbaring agak jauh dari rakan- rakan yang lain (kami semua tidur dengan tilam sahaja) sedangkan saya sudah ingatkan dia untuk tidak berada terlalu jauh dari kumpulan semasa tidur. Tempat kami menumpang tidur pada masa itu ialah bangunan pra sekolah yang baru. Sebelumnya, kami selalu bermalam di bilik RMT dan tidak pernah mengalami apa- apa masalah.
Dipendekkan cerita, semasa semua orang sedang nyenyak tidur dan berdengkur, Ri susah nak melelapkan mata. Sehingga pada suatu ketika dia terasa bantalnya asyik menginsut dari kepalanya. Mula-mula Ri ingat tilamnya licin tetapi apabila bantalnya bergerak seperti ditarik orang, dia sudah tahu ada sesuatu tidak kena. Dia pun dengan keras kepalanya memegang bantalnya dengan kuat dan enggan membuka matanya. Dia buat-buat bodoh dan mengalih badannya. Semasa mengalih badannya, Ri sempat membuka sedikit matanya melihat di sisi. Memang nampak rambut berjurai di tepinya. Jadi dia nekad buat-buat bodoh sahaja.
Pagi, dia tanya sama ada saya percaya atau tidak dengan momok. Sama ada saya berani atau tidak. Saya terus- terang beritahu yang saya berani sangat pun tidak, takut sangat pun tidak kerana sudah biasa dengan fenomena ‘tindihan’ di rumah lama saya dahulu. Lepas dengar saya cakap macam itu, Ri beritahu saya tentang gangguan tersebut.
Yang buat saya bengang, hari kedua itu saya pula yang diganggu. Kalau orang putih, mesti mereka cakap ‘sleeping paralysis’. Kepala otak mereka… tindihan biasanya berlaku bila kita tidur terlentang. Saya tidak pernah ada masalah tindahan sepanjang saya tidur mengiring. Disebabkan itulah saya berasa sangat bengang apabila berasa sesuatu bersandar di belakang saya pada malam tersebut.
“Macam tak ada orang lain kau nak kacau. Boringnya aku…kau nak sangat, tunggulah kau situ,” lebih kurang seperti itu saya berbisik kepada benda tersebut. Lepas itu, saya menyanyi sebuah lagu doa yang selalu digunakan semasa bersembahyang (khas untuk Kristian). Hanya menyanyi di dalam hati dan benda itu perlahan- lahan mengalihkan dirinya dari belakang saya. Hah, ambik kau! Siapa suruh suka hati dia nak menyakat orang? Ingat best sangat ke buli orang?
Buat pembaca semua, saya tidak dapat melihat mahkluk halus tetapi sangat sensitif jika sesebuah tempat itu keras. Dan disebabkan sering mengalami mimpi seram semasa zaman remaja, saya juga salah seorang yang mampu melakukan ‘lucid dream’. Ahem… kalau praktis betul- betul korang boleh mimpi sesiapa sahaja termasuk Chris Evans si Captain Amerika tu. Tetapi tidak semestinya akan sentiasa berjaya…sebab benda ni melibatkan fotogenik memori, bukan seru sukma orang. Itu ‘black magic’, tak mainlah.
Sekian sahaja cerita saya kali ini.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Bangga sangat ke dapat buat lucd dream tu..kalo aku xnak mimpi yang macam tu..
Bukan bangga, dik. Lega…itu salah satu cara orang yang sering ‘diganggu’ dalam tidur untuk bangunkan diri sendiri. Kalian yang tidak mempunyai masalah sebegini tidak akan faham situasi kami. Tiada apa yang hendak dibanggakan, dik.
saya faham sangat sebab saya pun selalu mimpi seram and boleh buat lucid dream
Try jugak nak lucid dream tapi tak menjadi
lucid dream keren tapi juga bahaya 🙂 penasaran juga sama lucid dream nih tapi takut akan resiko yg terjadi
first time dgr lucid dream… jap nk google.
sedang mencari MILF.eyes2.ehe