Pengalaman bertugas sebagai polis bantuan disebuah ipt di puncak alam

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan terima kasih kepada fiksyen shasha.. Aku amm dan bekerja sebagai anggota polis bantuan disebuah ipt di puncak alam, Selangor. Pengalaman seram pertama yang terjadi adalah ketika tahun pertama aku bertugas sebagai anggota disana.

Pada suatu malam ketika itu jam 2100 lebih kurang dan aku bekerja shif petang pada hari itu jam 1500 hingga 2300. Pada jam 2100 lebih kurang ketika aku bertugas meronda disekitar kawasan kolej tersebut, waktu itu aku baru bekerja selama seminggu dan belum fasih lagi dengan selok belok blok bangunan fakulti ataupun department yang ada dalam kawasan ipt tersebut, yelah baru bekerja masih baru lagi dan pada malam itu. Aku pergi ke salah satu mesin atm yang berada di dalam kawasan ipt ini yelah bila balik kerja nanti tak perlu nak singgah cucuk duit sebab nak isi minyak kan.

Selepas jer aku selesai cucuk duit dan semasa perjalanan nak balik ke pos dari meisn atm. Dalam fakulti ni ada kedai minuman tealive sebelah dia ada bank atm jugak. Aku ditahan oleh seorang susuk tubuh yang menaiki motorsikal sedang park tepi jalan, waktu aku pandang dia dalam lingkungan sebaya aku laa dalam 20-an dan aku tak fikir pelik la waktu tuuu ni mesti student ni dan aku berhenti yelah aku pakai uniform waktu tu mungkin dia nak minta pertolongan aku so aku tak fikir apa-apa yang mencurigakan la waktu tu kan. Dan selepas aku berhenti betul-betul depan yang aku agak pelajar lelaki tadi ni yang menahan aku tadi, then aku tanya laa “Yer cik kenapa motor rosak ke?” dan budak lelaki tu tadi jawab “Tak bang saya nak ke fakulti perubatan tapi saya tak jumpa sesat pusing jadi kesini balik, boleh follow saya tak? sebab saya tak biasa katanya”.

Aku kan baru seminggu kerja kat sini tak semua tempat aku fasih lagi so aku cakap dekat budak lelaki tadi “Takpe cik boleh follow saya, saya pun baru jer lagi kat sini. Tak silap saya fakulti belah atas sana jum saya bawak cik ke atas kita cari sama-sama”. Waktu tuu aku tak terfikir pun nak inform aku punya incas shif tuu, aku just go jer sepatutnya kena inform. Dekat dalam fakulti memang sangat luas ipt ni so berbalik pada part yang kitaorang naik cari sama-sama fakulti perubatan tuu. Malangnya takde satu signboard pun tulis fakulti perubatan dah puas pusing ni so aku decide waktu tu nak naik lagi atas kut-kut ada lagi tempat belah sana. Dan tiba-tiba aku baru sedar yang tempat kat atas bukit ni tangki air then aku pusing belakang budak lelaki yang follow aku tadi dah hilang dalam 10 saat jer.

Aku pelik lah kan kalau dia patah balik mesti aku akan perasan sebab jalan tuu sempit satu hala jer. Aku berhentikan motorsikal aku dan aku call member aku anggota jugak, dan aku tanya dia pasal fakulti perubatan sebab dia dah keje lama kat sini selok belok kat sini dia lebih tahu. So apa yang mengejutkan member aku cakap fakulti perubatan tak ade dekat kampus puncak alam tapi dekat cawangan sungai buloh. Aku terkesima dan aku mula dah rasa lain macam dengan tempat tu sunyi gelap dekat tangki air paling atas tuu. Ipt ni kawasan berbukit tau yang tahu tahu lah. So aku buat keputusan untuk patah balik kebawah dan balik ke pos kawalan polis bantuan.

Keesokkan harinya baru aku dapat tahu yang tempat aku kena tahan dengan budak lelaki tuu semalam dulu pernah terjadi sesuatu kes kemalangan masa tahun 2011 pernah berlaku eksiden dan sorang pelajar lelaki meninggal di tempat kejadian terbabas masuk dalam longkang dekat tepi laluan jalan kat situ. Dan motorsikal yang pelajar aku jumpa semalam naik pun sama jenis dan warna sepertimana yang diceritakan oleh anggota pb yang dah lama bertugas di ipt ni. Aku terkejut sebab macam tak percaya sebab kejadian ni terjadi pada aku. Waallahu’aklam..

So aku sampai harini aku masih terbayang-bayang budak lelaki tuu sewaktu aku melalui kawasan yang sama untuk pengetahuan aku masih bertugas lagi di ipt ni.  Dan ada lagi pengalaman aku yang lain jika diberi peluang oleh fisyen shasha inshaallah aku akan share pengalaman seram aku sepanjang bertugas kat sini.  Assalamualaikum w.b.t

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Amm Ashrey

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 140 Average: 4.5]

7 thoughts on “Pengalaman bertugas sebagai polis bantuan disebuah ipt di puncak alam”

  1. saya first intake student kat sna.fakulti sains dan kesihatan.intake 2010.waktu tu org kata tempat jin bertendang.mmg seram klu waktu mlm.ada ja kes student kena histeria.kalau boleh sambung lagi cerita mistik kat sana.bukit cerakah pon glamour jgk time tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.