Pengalaman di Kem Oya Batu 10 Sibu Sarawak

Terima kasih kepada fiksyen shasha kerana postkan cerita seram saya. So para pembaca blog ini seperti yang di janjikan saya akan cerita pengalaman paranormal saya sepanjang hidup saya.

Semasa berumur 6 tahun ayah saya bertukar ke Sibu Sarawak. Maklum pegawai tentera. So kami pun berpindah. Tiba di Sibu, Ayah ditempatkan di Batalion ke 2 Rejiment Renjer Di Raja di Kem Oya. Masuk la kami ke rumah baru. Rumah kelamin pegawai ini merupakan tinggalan British. Rumah panjang yang mepunyai 4 bilik, 3 bilik air dan ruang laman yang besar. Kalu kita tengok rumah tu dari jauh mmg takut.

Laman umah kelamin nie mmg besar jarak antara satu rumah ke satu rumah jauh dalam 200m mcm tu la lebih kurang. Nak bercerita pasal kisah seram dlm kem nie mmg banyak sangat. Tapi hanya yang saya lalui.

Pada tahun 1990 saya merupakan seorang murid tahun 1 di sekolah rendah kem oya dan adik saya berusia 4 tahun. Masa zaman itu banyak ayah saya banyak pergi operasi di Sarawak. So satu hari kami tinggal bertiga di rumah.

Macam biasa la rutin kehidupan semua orang pagi pergi sekolah. Ibu saya mengajar di sekolah menengah di sebelah kem oya. Manakala adik saya tinggal bersama seorang pengasuh yang juga isteri kepada rsm 2 renjer masa tu(kalu x silap). So balik sekolah ibu dah ada kat umah sbb kami balik waktu sama naik landrover.

Adik pun ada di rumah. So balik sekolah saya mandi la oleh kerana tak tahan sangat nak memerut saya pergi ke bilik air tengah. Selama ini bilik air tengah tu memang jarang di gunakan. Keadaan bilik air yg kena turun tangga memang seram. Saya pun dah tak tahan pergi la membuang. Sepanjang tempoh dalam bilik air saya terlihat tangan bayi berada di tingkap paling atas bilik air itu saya terus berlari mendapatkan ibu tanpa membasuh. Ibu pun turun dan melihat dia kata tidak ada apa-apa. Saya pun malas nak berkata2.

Pada hati itu jugak saya kena pergi mengaji di rumah salah seorang underrank. Naik basikal, biasanya sebelum mahgrib saya akan sampai umah. Tapi kali ini sebabkan leka bermain saya sampai betul-betul nak mahgrib kat umah. Adik dan ibu ada kat tangga rumah dan ruang bakoni pintu depan umah.

Sampai sahaja saya dan adik saya bermain lagi . Selepas azan mahgrib saya tak masuk lagi. Secara tiba-tiba adik saya menunjukkan ke arah pokok jambu tua yang telah ditebang di depan rumah. Katanya ada nenek sembahyang. Saya pun berpusing melihat benda yang sama. Kami menjerit memanggil ibu.

Secara pantas tanpa berkata apa ibu membawa kami masuk ke dalam bilik senyap. Ibu membaca berberapa ayat suci Alquran. Pintu bilik ibu diketuk dengan kuat dan tingkap kayu bilik ibu pun di ketuk. Ibu membuka pintu bilik dan membawa kami ke ruang tamu dan menelifon ustaz yang berada di wisma perwira untuk datang ke rumah.

Dalam masa 30 minit kami di ganggu bilik air tengah itu tiba2 bercahaya dengan kuat. Ustaz tiba memberi salam. Apabila ustaz masuk ke rumah adik saya terlihat sesuatu di belakang ustaz dan terus pengsan. Ustaz membaca berapa ayat suci dan mempagari umah kami. Ibu bertanya ustaz kenapa kami di ganggu ustaz pun menjawab dan ini jawapan yang saya tak akan lupa buat selama-lamanya ada orang bunian nak kan along. Sejak dari balik mengaji benda itu ikut saya sampai ke rumah. Sejak dari peristiwa itu saya di larang naik basikal or jalan kaki ke tempat mengaji.

Cerita kedua saya adalah masa malam kami berada di umah pegawai memerintah. Ibu saya dijemput ke umah aunty nie isteri kepada memerintah selepas bakat. Kami pun pergi satu family. Petang itu macam biasa la anak askar pantang nampak benda bole main jadi kan mainan. Kami mandi di sebuah tali air dekat umah aunty nie .

Sampai nak mahgrib kami balik. Secara tiba-tiba anak sulung aunty ternampak sesuatu masa jalan balik dan dia berlari kami pun ikut lari. Pusing jer kepala saya menoleh kami lari dari apa, rupa-rupanya pocong. Sampai di rumah aunty kami tak bercakap apa2. Kami semua makan malam dan tidak bercakap sepatah apa pun sbb takut kena marah. Dalam keadaan yang takut itu la secara tiba anak aunty yang sulung ini meracau nak keluar umah.

Adoi masa dia bukak pintu nak keluar kami nampak pocong ada depan umah apa lagi nasib baik masa tu memang ustazah kagat ada kat umah aunty dia pun membaca ayat suci secara tiba2 bau hanyir keluar dr depan umah. Anak aunty duduk bersila dan menangis. Ustazah pun memanggil batman( org suruhan pegawai) mengangkat anak aunty. Seminggu selepas itu anak aunty nie jumpa saya keadaan dia x macam dulu periang. Dia pergi berubat dengan ustaz selama sebulan untum pulihkan semangat.

Cerita yang terakhir di alami oleh ayah saya semasa dia menjadi pegawai bertugas batalion. Ayah saya ini kena duty la masa tahun baru cina. Mcm biasa la dia siap dengan pakaian tentara masa itu utk pergi ke pejabat pegawai bertugas. Semasa dia dalam perjalanan untuk melawat umah salah seorang underrank yang kena tembak semasa operasi. Dia terlihat sesuatu di padang kawad. Mmg ayah saya nie pantang tgk benda yg masuk padang kawad lepas tu jalan macam apa entah. Ayah menyuruh pemandu nya berhenti secara tiba2 pemandu ayah saya memecut laju dia kata dia nampak hantu jepun. Ayah saya senyap tak terkata.

Kedudukkan kem oya nie pada masa itu jauh di pendalaman dan di kelilingi hutan so memamg banyak la mahluk halus kat kawasan nie

Nanti saya akan cerita kan tentang peristiwa semasa saya di dalam kolej tentera laut dan peristiwa semasa pengambaran realiti show.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]
Penyu.changcut

9 thoughts on “Pengalaman di Kem Oya Batu 10 Sibu Sarawak”

  1. minta penulis ini untuk betul kan beberapa frasa English yg tak betul. Untuk anggota yang bukan pegawai sepatutnya disebut “other rank” bukan “under rank”

    Reply
  2. Dulu saya pun pernag tinggal kat kem ni, dari tahun 2000-2009. Block G5, tingkat 1 pintu 3. rindu sangat dkt kem ni… memang kem ni agak seram suasana dia.. dulu blok saya tu hutan betul betul dekat belakang blok tu.. dah lah tandas kat bhgian blakang luar rumah, memang taklah nak kluar malam2 kencing kat situ. btw good story..

    Reply
  3. Hai, sya pernah dduk dan berkerja di bandar dekat dgn kem Oya ni. Memang betul dlm thn2 80 an dan awal 90 an kem Oya ni memang agak terpencil. Di hadapan kem ini ada satu selekoh tajam yg selalu menyebabkan kemalangan.

    Reply
  4. rasanya penulis ni di lokasi dan masa yg sama dgn sy gak ni. sy berpindah dari kem majidee (JB) tahun 1989 ke kem oya sibu. ayah pun unit 2renjer gak mase tu. 1990 saya tadika. darjah 1 1991 sekolah kt sekolah yg penulis ceritakan ni sekolah dalam kem kn? sk batu 15 kem oya kn name skolah tu? banyak kes histeria mase ni kt skolah tu.

    Reply
  5. Sy pernah tinggal kem oya juga 80an. Unit arwah ayah sy 1 Renjer. Rasanya kami pindah Majidee anda pindah Kem Oya rasanya. Kem Oya 80an mmg sunyi.. Sbb terpencil hutan pula.. Rumah kami dlu umah papan 4 pintu.. Bila malam mmg sunyi sikit so bg Maghrib mmg smua dlm rumah selalunya.. Kem Oya ni byk moment yg best.. Teringat Pagi2 nk pgi sekolah menapak dptla tgk embun. Skrg susah hehe.. Moment seram tu ada juga. Bila raya seronok ronda 1 Kem beraya sama2.. kalau lah dpt diundurkan masa.. Rindu membesar di sana

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Light
Dark