PENGALAMAN DI RUMAH

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan pendengar setia Fiksyen Shasha. Nama aku Yin ( bukan nama sebenar ) dan aku tinggal di selatan tanah air iaitu di Kluang, Johor. Aku adalah seorang yang gemar membaca dan mendengar kisah seram. Namun aku bukanlah seorang yang sangat berani HAHAHAHA. Aku hanya suka cerita seram untuk mengisi waktu lapang aku sahaja. Disebabkan aku tidak terlampau banyak kerja sejak 2 ke 3 hari ni, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca cerita seram di Fiksyen Shasha di office. Jadi, aku rasa aku pun teringin nak cerita beberapa pengalaman seram dan mistik yang pernah aku alami selamani. Aku tak tahu sama ada cerita aku ni seram ataupun tidak kepada korang tapi apa yang aku alami bagi agak seram jugalah memandangkan aku ni seorang nak penakut.

Kisah pertama yang aku alami ialah sewaktu aku di tingkatan 5. Sebelum tu aku nak bagitau korang dulu kedudukan rumah aku, rumah aku ni rumah teres 2 tingkat. Bahagian bawah ada satu bilik dan bahagian atas ada dua bilik. Bilik ibu bapa aku dibahagian atas sebelah hadapan manakala bilik aku di bahagian belakang. Belakang rumah aku ni ada kebun sawit Cina. So pemandangan di bilik aku hanya nampak pokok kelapa sawit sahaja.

Nak dijadikan cerita suatu hari tu aku nak tukar kedudukan katil di bilik aku yang sebelum ni berada di tepi tingkap. Aku letakkan katil aku menghadap ke tingkap bilik aku, maknanya kepala aku betul-betul akan pandang ke tingkap bilik apabila aku baring di katil. Then, waktu malam tu aku tidur je macam biasa, tetiba aku terjaga sebab terdengar bunyi loceng yang sangat kuat dekat bahagian tangga. Aku pun waktu tu pusingkan badan untuk bangun dari baring dan tetiba badan aku rasa seperti kena hempap yang amat kuat. Semakin kuat aku nak pusingkan badan aku semakin kuat bunyi loceng tu berbunyi.

Dalam aku struggle nak pusingkan badan tetiba tombol pintu bilik aku berbunyi seakan ada orang nak buka pintu dari arah luar tapi aku memang kunci pintu bilik. Dan waktu tu jugalah aku rasa macam ada tangan yang cengkam pinggang aku. Waktu tu aku takut yang teramat ea sampaikan aku nak baca ayat-ayat lazim pon mulut aku soalah-olah terkunci. Korang bayangkan aku rasa banyak benda dalam satu masa.

Tak lama lepas tu tetiba benda tu semua hilang sekelip mata dan badan aku pon tetiba rasa ringan, aku pegang leher dan belakang badan rasa peluh yang amat banyak padahal kejadian tu berlaku macam dalam 5-6 minit je. Aku terus pusingkan badan aku dalam keadaan terlentang dan tengok adik aku tidur lena macam takde apa-apa berlaku. Sedang aku berfikir apa yang terjadi tadi tiba-tiba badan aku dipijak-pijak dengan oleh sesuatu. Aku tak nampak apa-apa waktu tu memandangkan aku suka tidur dalam keadaan yang gelap tanpa sebarang cahaya. Benda tu pijak badan aku dengan kuat sampai aku sukar bernafas seakan-akan nak aku m**i. Tangan aku terkapai-kapai kejut adik aku meminta tolong tapi adik aku lena sahaja tidur. Aku cuba untuk membaca ayat-ayat yang aku tahu tapi mulut aku seakan terkunci. Aku tak berapa ingat apa terjadi lepastu.

Cuma keesokkan harinya aku bertanya kepada emak aku dia dengar atau tidak apa yang aku dengar malam tadi. Namun emak aku kata dia tak dengar apa-apa pon. Aku bercerita kepada emak dan ayah aku apa yang terjadi malam tadi. Tapi aku tak mengharap apa-apa pon sebab aku tahu ayah aku tidak percaya benda-benda ini.

Kisah yang kedua pula juga berlaku di dalam bilik aku. Kisah nya pada malam itu aku terjaga dari tidur sebab aku rasa seperti ada yang geletek kaki aku. Apabila aku angkat muka aku untuk melihat tetiba kepala aku ditolak semula dan badan aku dihempap dengan sesuatu yang berbulu. aku dapat dengar benda yang menghempap aku tu seperti merengus dengan sangat kuat dan aku juga meraskan benda seperti bernafas tetapi aku tidak tahu sama sekali apa makhluk itu. Aku cuma berdiam diri walaupun hati aku dah takut sangat waktu tu kerana apabila hendak membaca ayat-ayat lazim mesti mulut aku seakan terkunci.

Keesokkan malam nya pula terjadi hal yang sama, tetapi aku tidak dihempap cuma aku nampak ada bayangan hitam di atas aku yang berkepala botak dan berbadan sasa. Dia cuma gelak sinis sahaja kepada aku. Kerap kali juga benda-benda macam ni terjadi tapi aku tak mampu buat apa-apa kerana badan aku tiba-tiba kaku dan mulut aku pon tak mampu nak bergerak.

Kisah yang ketiga pula terjadi semasa bulan puasa tapi aku tak ingat tahun bila. Masa tu aku tidur di ruang tamu kerana aku teman emak aku jahit baju pelanggannya dia bilik bawah. Kami adik beradik semua masa tu tidur kat bawah ayah pula tiada kerana kerja malam tu. Sedang enak dibuai mimpi tetiba aku terdengar bunyi seperti orang nak bukak pintu dari bilik atas. Sedangkan masa tu tiada sesiapa kat atas pon. Yang peliknya aku tengok dekat bilik jahit emak, emak seperti tiada apa-apa berlaku dan jahit baju seperti biasa. Sudahnya aku cuma buat taktahu apa yang berlaku dan sambung tidur terus.

Itu sahaja lah kisah aku taktahu lah seram atau tidak bagi korang. Tapi yang aku pelik kenapa cuma aku je yang selalu kena kacau dan ahli keluarga yang lain takde. Mungkin ada yang berminat dengan aku, aku pon tak tahu hahahaha. Tapi sekarang alhamdulillah sekarang tiada yang menggangu aku lagi. Dan aku pon taknak jumpa benda-benda ni lagi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 3.7]
YIN

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.