Pengalaman Dirasuk

Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Yue dan aku berasal dari Pahang. Apa yang aku bakal ceritakan ni adalah dari pengalaman aku sendiri. Mungkin tak seram tapi aku hanya ingin berkongsi. Jom..

Tahun 2011 sewaktu aku di tingkatan 2,sekolah aku mengadakan perkhemahan unit beruniform. Perkhemahan tu diadakan di kawasan sekolah aku je. Apa yang aku ingat, semua pelajar lelaki tidur didalam khemah manakala pelajar perempuan pula sebahagian sahaja yang tidur didalam khemah. Yang lain semua tidur dibilik tayangan. Kalau tak silap aku sebab kekurangan khemah agaknya.

Petang semua berjalan lancar. Yang tidur dalam khemah, kena pasang khemah. Yang tidur di bilik tayangan, kemaskan bilik dan hampar tikar. Biasalah remaja kan, bila ada aktiviti sebegini mulalah semuanya berhuhahuha tak ingat dunia. Ada yang bernyanyi, ada yang bergelak sakan dan ada juga yang bergurau bercampur perempuan lelaki. Faham faham lah ye semua..

Kemuncaknya terjadi selepas kami semua selesai makan malam. Malang nasib aku malam tu, aku demam. Jadi selepas selasai makan, aku terus naik ke bilik tayangan untuk berehat. Kawan kawan aku yang lain semuanya tidur di dalam khemah. Tiba tiba senior aku menjerit kuat. Gempar satu bilik tayangan. Rupanya senior aku kena rasuk. Dia menangis tak berhenti. Aku dah mula rasa seram dan takut.

Aku fikir hanya seorang yang kena rasuk. Rupanya selepas tu makin ramai yang kena. Kelam kabut ustaz nak ubatkan. Ustaz pun ada sorang je. Cikgu cikgu lain sibuk tenangkan pelajar lain. Aku duduk di hujung bilik bersama seorang senior. Tiba tiba aku terasa seperti nak menangis. Lalu aku menangis dan aku sendiri tak faham kenapa aku menangis. Lemah semangat barangkali sebab aku demam. Ustaz datang menyapu air yasin di muka aku dan suruh aku baca apa-apa saja surah al quran. Aku turuti apa yang ustaz suruh dan alhamdulillah aku baik baik saja. Keadaan di bilik tayangan kecoh dengan pelbagai gaya rasukan. Menangis, teriak, ketawa dan meronta-ronta pun ada.  Kesian ku tengok ustaz terpaksa ke hulu ke hilir untk mengubat. Mujur lah ada juga guru-guru yang membantu selepas menenangkan pelajar lain.

Setelah bertungkus  lumus mengubati murid-murid yang kerasukan dan keadaan menjadi terkawal, ustaz pun berpesan kepada semua agar sentiasa membaca surah sekiranya berasa pelik pada diri. Keadaan di bilik tayangan pada malam tu semakin reda dan kami dapat tidur dengan aman.

Keesokannya, kami semua diarahkan pulang ke rumah. Segala aktiviti dibatalkan. Guru-guru risau akan berlaku perkara yang tidak diingi. Semasa menunggu masa untuk pulang, senior yang terkena rasukan semalam mengatakan bahawa, semasa dia dan rakan lain naik ke bilik tayangan, dia ternampak seorang perempuan sedang membuka tudung didalam bilik kaunseling. Mereka sangka itu adalah cikgu. Di dalam fikiran mereka mungkin cikgu tersebut ingin berehat disana. Dari apa yang dilihat, rambut cikgu tersebut sangat panjang. Namun mereka hanya berlalu pergi dan tidak mengesyaki apa apa. Kemudian di dalam bilik tayangan, salah seorang rakannya yang juga terkena rasukan terlihat “gula gula” di tingkap sedangkan bilik tayangan tersebut di tingkat 2. Ada juga kawanku berkata ketika cikgu arahkan semua yang berada di khemah untuk naik ke bilik tayangan, mereka sedang bermain bunga yang dipetik dari pokok di hadapan khemah mereka. Jadi ketika mereka diarahkan naik ke bilik, mereka membuang bunga tersebut keluar. Namun apabila mereka kembali semula ke khemah, bunga yang mereka buang itu ada semula di dalam khemah. Perkara tersebut membuatkan mereka rasa pelik dan takut.

Siang hari tu juga sebelum kami semua pulang, masih ada lagi murid yang kerasukan. Seorang demi seorang. In shaa Allah jika admin siarkan cerita aku ni, aku akan sambung di lain hari kesinambungan dari cerita nii. Apa pula yang terjadi kepada aku selepas itu..

Terima kasih admin dan semua. Assalamualaikum

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Yue

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.