Pengalaman Hantu Seumur Hidup

Hai, nama aku Linda (nama samaran). Ni pertama kali aku hantar cerita kat page akak Shasha ni. Semua yang akan korang baca ni adalah kejadian yang berlaku pada diri aku sendiri, dari kecik sampai la umur 27 tahun ni. Sekali lagi ditegaskan bahawa cerita-cerita ini semuanya benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka.

Pra-sekolah (Where it all began)
Aku mula masuk pra-sekolah ketika umur aku 5 tahun. Masa tu macam budak-budak kecik lain aku ada perangai sejenis yang takkan risau segala mak nenek consequences upon semua benda yang dibuat. So bila da start pra sekolah ni ada ramai la member-member nak stok ajak main sama bila petang-petang kan. Nak jadi ke hal, satu petang tu aku ajak alin, zura dengan yot main buaian kat taman mainan dekat dengan rumah aku. Jenis dekat yang kalau mak kau terpekik jerit suruh balik tak sempat nak baling penyapu pun kau sempat pecut balik. Ha, paham tak? Dekat tapi takdelah dekat sangat tu maknanya.

Balik ke cerita petang tu, aku dok tunggu punya tunggu, budak 3 ekor tu batang idung pun tak nampak. Sampai nak ke senja aku tunggu tapi tak jugak muncul-muncul. Aku ni pulak kalau mak aku tak jerit panggil balik memang tak la aku nak balik. Masa tunggu buda-budak tu aku dah menyumpah diorang siap menyesal tak ajak budak-budak yang selain diorang main sekali petang tu. Mak aku pulak petang tu dia belum panggil aku balik macam biasa waktu tu. Aku ingat lagi suasana petang tu. Langit dah oren angin sayup-sayup. Aku masih duduk kat buaian tu main buai sorang-sorang sambil plan carutan apa yang aku nk bagi kat alin zura dengan yot bila aku jumpa diorang esoknya sebab mungkir janji.

Tiba-tiba aku terpandang kat hujung taman tu, jarak dalam 200 meter dari buaian yang aku duduk tu, ada sorang kakak pakai kebaya nyonya warna merah, rambut dia lepas panjang sampai p******g, menyeringai pandang aku sambil lambai-lambai suruh datang kat dia. Muka dia lawa kulit kuning langsat rambut pun lebat hitam so aku tak syak apa-apa lah. Mula-mula tu aku ingat kakak tu kak Ayu anak Pak Akob jiran yang duduk kat kawasan perumahan tu jugak. Kak Ayu tu memang femes kat situ sebab lawa pastu suka pakai lipstick merah Mak Ngah. Pastu bila tengok betul-betul rupanya bukan.

Masa aku nak turun dari buaian tu nak pergi kat kakak tu, mak aku jerit dari depan rumah suruh balik sambil membebel bebel. Eh, dia yang lambat panggil balik aku pulak yang dibebelkan hahaha. Bila ku dengar mak aku panggil tu aku jerit kat kakak tu, “Mak dah suruh balik la kak, akak datang rumahlah!” sambil pecut balik sebab ada ura-ura mak aku masuk dalam balik nak ambik penyapu lidi nak sebat aku. Haa kau, nampak tak celoparnya mulut aku tu. Sampai sekarang bila teringat rasa nak cabai mulut aku sendiri sebab cakap macam tu.

Seperti yang korang boleh agak, keceloparan aku tu memanglah membawa padah. Petang tu sampai rumah aku terus mandi dan makan malam. Lepas makan tu aku dah start rasa sejuk-sejuk start dari hujung kaki. Aku mengadu kat mak, “Mak, orang sejuklah” tapi mak aku buat tak tahu je sampai hati mak hahahah. Tak lama lepas tu masa tengah tengok berita jam 8 masa tu aku start menggigil gigil. Aku rasa sejuk sangat sampai menggeletar satu badan, aku cakap lagi kat mak aku sejuk sangat. Mak aku tengok aku pastu dia ambik selimut dia balut aku pastu dia peluk aku. Sweet kan? Masa ni dia tak syak apa-apa lagi sampai la satu masa bila aku menangis mendayu dayu. Masa ni aku dah tak ingat apa jadi. Last yang aku ingat mak aku balut pastu peluk aku. Ni aku cerita apa yang jadi kat aku berdasarkan cerita daripada kakak aku.

Aku start menangis mendayu dayu sambil hayun-hayun badan macam orang berzikir tu. Mak aku dah rasa lain macam. Masa ni kakak aku kat dapur, bila dia dengar aku menangis dia masuk ruang tamu. Dia cakap bila dia dia jejak kaki je dalam ruang tamu tu, bulu roma semua naik meremang sampai dia sendiri rasa nak menangis. Masa aku menangis tu dalam 5 minit mak aku cuba panggil-panggil nama aku sambil suruh kakak aku baca ayat-ayat Kursi. Abah aku pulak tak balik lagi dari masjid masa tu, biasa dia tunggu Isyak kat masjid lepas Isyak baru balik rumah sebab dia pembantu imam kat kariah situ. Lepas Aku menangis tu tiba-tiba aku bangun pelan-pelan sambil goyang-goyang kepala dan start menari tarian klasik melayu sambil humming macam lagu zaman dulu-dulu. Masa ni mak aku dah perambat kakak aku tu pi panggil abah aku kat masjid.

Tak lama lepas tu, (masjid pun tak jauh dari rumah aku dalam sepelangkung, eh sepelaung je) abah aku sampai rumah dengan Pak Mus. Pak Mus ni orang kariah masjid jugak dan dia tau sikit-sikit nak ubatkan orang. Masa ni aku dah tak berjoget-joget dah, aku duduk bersimpuh sambil gelak-gelak kecil. Puaka betul. Bukan jenis aku la nk gelak-gelak kecil ni. Pak Mus datang dia bagi salam pastu masuk rumah dia duduk depan aku. Abah aku duduk sebelah aku. Diorang start baca-baca ayat ruqyah sampai satu tahap tu aku menjerit jerit tapi aku masih duduk, mata terbeliak pandang siling rumah. Pak Mus mintak kain batik lepas pastu dia baca-baca lagi dia usap kain tu kat badan aku tiga kali, lepas tu aku terus baring pejam mata,tido. Rumah aku ni rumah kat end lot, so ada pintu keluar kat bahagian ruang tamu rumah.

Pak Mus bukak pintu tu dia campak kain tu keluar. Elok je kain tu keluar melayang layang walaupun masa tu takda angin langsung, hinggap kat pokok rambutan belah luar pagar seberang jalan tepi rumah tu. Masa ni semua dok pakat tengok kat pintu kecuali aku la aku terbongkang lagi masa tu tertido. Lepas elok dia hinggap tu kain tu tiba-tiba jatuh ke tanah, maka tersergamlah akak yang aku jumpa petang tu, Cuma dia dah tukar uniform kaler putih lusuh, rambut serabut tak nampak muka akak aku cerita. Lepas tu dia hilang macam tu je. Takde mengilai ngilai macam selalu kalau dia buat entrance tu. Kakak aku cerita mak aku nak pengsan masa ni hahahah. Pak Mus cakap aku keteguran. Kitorang sampai sekarang tak berani nak dekat dengan pokok rambutan ni. Pokok tu pun tak pernah berbuah dari dulu sampai sekarang pasai pa tak tau. Malam tu aku tido nyenyak gila sampai esoknya, bangun pagi nak pegi sekolah buat bodo macam takda benda jadi.

Demikianlah cerita aku masa aku tadika yang memberi kesan kepada hidup aku sampai harini. Sebabnya, sejak tu aku selalu kena kacau dan boleh rasa kehadiran puak-puak ni. Kau hingat seronok? Next cerita aku kena ganggu masa kat asrama pulak.

Tingkatan 1
Masa sekolah rendah takda pengalaman seram tapi banyak kali rasa-rasa meremang bila duduk sorang kat rumah. Cuma, ada sekali tu aku tengah lepak tengok tv sorang-sorang kat rumah. Sambil pikiran aku menerawang buku lima aku pi ketuk-ketuk dinding yang aku landing sebelah tu. Dinding tu sebenarnya papan plywood tu je, abah aku buat partition nak pisahkan ruang tamu dengan stor kecik buat simpan barang. 3 saat lepas aku ketuk tu ada bunyi ketukan 3 kali kat dinding yang sama, tapi dari dalam stor tu macam reply aku punya ketuk tadi. Kau rase? Aku terus cabut pi rumah jiran sampai family aku balik.

Lepas dapat result UPSR (Alhamdulillah aku dapat 5A, aku campak basikal aku balik dari sekolah nak bagitau mak aku tapi kena herdik sebab tak parking basikal elok-elok hahahaha tapi lepas tu dia nangis-nangis peluk aku) aku dapat satu offer masuk SBP yang high ranking kat Malaysia ni (tak payah la aku cerita negeri mana kang korang boleh teka pulak ha). Aku pun pergilah register dengan bangganya. Sekolah ni pulak tapak dia yang sebelum ni dekat kubur, depan entrance kubur Kristian, sebelah tu kubur Islam tapi sekarang dah pindah kat belah Bandar dan aku tak tau pulak mcm mana ghupe sekolah tu sekarang. Aku rase ade yang dah boleh agak sekolah mana ni adeh.

Moving on. Aku start kena usik sejak first day register. Sejak first day aku langsung tak boleh tido malam. Ketakutan. Tapi aku diamkan je sebab tak nak menyusahkan orang (yela family aku hantar jauh-jauh takkan aku sesuka nak balik, baru beberapa hari kot). Malam first aku tido dalam dorm rasa panas nak m**i. Berpeluh peluh aku dalam gelap sampai ke pagi (lights off pukul 11). Tak dapat aku nak gambarkan even dalam perkataan perasaan seram tu macam mana bila keadaan gelap dan sunyi sepi. Sepanjang malam rasa diperhatikan . Macam tu la keadaan aku sampai beberapa ketika. Siang aku terpaksa tahan mengantuk sampai aku curi-curi tido dalam kelas in between cikgu keluar and masuk kalau tak tahan.

Masa ni aku rasa masa yang paling teruk sepanjang hidup aku, rehat tak cukup dengan aktiviti sepanjang hari, badan letih, ketakutan, pelajaran aku merosot teruk. Start bulan ketiga aku decide aku taknak dah belajar kat situ. Aku call mak aku hari-hari cakap nak balik. Aku bagi alasan homesick. Aku taknak cerita sebab aku sendiri tak tau apa benda yang buat sampai aku ketakutan macam tu. Lepas tu aku sorang pulak tu yang kena macam tu, budak lain okay je. Nak cerita macam mana? Mula-mula mak aku pujuk, tiap kali aku call tu la dia pujuk suruh stay. Lama-lama aku call aku nangis-nangis suruh mak dengan abah aku ambik aku nak balik rumah, taknak sekolah kat situ. Jarang aku nak nangis weh.

Bila aku dah start melalak akhirnya mak aku pun setuju nak pindahkan aku, tapi aku kena tunggu weekend tu baru mak dengan abah aku boleh ambik aku. So aku kena endure lagi beberapa hari untuk weekend sampai. Masa ni aku dah lega sangat tapi perasaan takut tu masih ada untuk hari-hari terakhir tu. Macam ‘dia’ tau aku nak blah dari situ, baik punya timing dia tunjuk diri ‘dia’. Malam akhir aku kat sekolah tu, macam biasa lights off pukul 11. Aku baring dok terkebil kebil dalam gelap. Aku dok push-push member aku sebelah katil ajak borak (aku tak pernah cerita apa-apa yang aku rasa kat sorang pun member-member aku, risau diorang samada takut macam aku atau pun ejek aku penakut, korang nilailah sendiri). Kitorang pun sembang-sembang la sebab malam tu last aku tido sebelah dia, dia tanya la aku pindah sekolah mana nanti, etc. Member depan katil dok ‘Shhh’ ‘Shhh’ suruh kitorang diam sebab dia nak tido, bising dia kata (kitorang sembang bisik-bisik je pun, mangkuk betul) pastu kitorang terdiam. Bila aku toleh tengok dia dah ternganga tido (mangkuk no. 2). Geram la aku janji nak teman sembang sampai pagi. Dahla aku sorang-sorang kena harung lagi malam tu.

Entah macam mana tak lama lepas tu, aku terlelap. Lepas berapa lama aku start sekolah kat situ, malam tu tiba-tiba pulak aku terlelap. Rekod baru weh. Tapi tak lama. Tak lama lepas aku terlelap tu aku terjaga balik aku agak dalam pukul 3 lebih- 4 pagi camtu. Bila aku bukak je mata aku mengiring ke kiri. Katil aku paling hujung beberapa meter dari pintu. Dalam samar-samar curahan lampu koridor tu aku nampak benda putih berbungkus panjang gila (bukan ketinggian manusia) dekat sebelah pintu, menghadap aku. Aku pejam balik mata cepat-cepat, nak kalih badan tapi kaku. Peluh merembes rembes keluar habis basah bantal aku tak tau la basah dek peluh ke air mata.

Dalam pada bulu roma meremang badan kaku tu aku baca ayat Kursi, ulang-ulang kali. Bila rasa badan dah ringan sikit aku terus rentap selimut kelubung satu badan dengan kepala sekali kalih belah kanan mengadap member aku. Masa ni aku dok pasang telinga konon nak cek benda tu ada lagi dak sampai lupa nak baca ayat Kursi lagi. Selang 2 minit tu (aku masih kelubung tutup mata) aku rasa tilam aku kat area kaki tenggelam, macam ada orang pijak/duduk. Lepas tu slow-slow rasa dia dok baring kat belakang. Rasa tilam tenggelam pastu panas. Aku dah panik gila masa ni, jantung dup dap dup dap kuat gila aku rasa member sebelah pun boleh dengar kalau dia tak tido m**i kot. Kalau ‘dia’ keluarkan tangan dia peluk aku memang aku arwah dah la sebab jantung meletup. Masa ni aku kuatkan diri aku aku sepak kaki member aku yang tido tu kuat-kuat sambil berdoa janganla ‘dia’ tangkap kaki aku pulak. 3, 4 kali jugak aku sepak kaki dia suruh bangun sebab aku tak berani nak keluarkan suara. Tapi dia tak bergerak sikit pun. Haram jadah.

Lepas usaha sepak kaki aku tu tak berjaya, aku teringat nak sambung balik baca ayat kursi. Aku baca ulang-ulang dalam sejam lebih jugak aku dalam posisi tu, dengan air mata mengalir laju bercampur pulak peluh-peluh meleleh. Sadis. Tak lama tu aku dengar azan Subuh. Lepas tu dorm mates aku pun start kalih kalih badan dah terjaga nak bangun Subuh. Masa ni aku start jenguk pelan-pelan dari bawah selimut tengok belakang aku. Kosong. Tah bila dia pi pun aku tak tau sebab tak rasa pulak masa dia bangun.

Aku cepat-cepat bangun nak siap-siap tunggu mak dengan abah aku datang, tak sanggup dah nak stay situ. Member sebelah katil aku bangun dia tegur, “Weh Lin kenapa tempat tido ko basah ni kau kencing eh? Bantal pun basah kau nangis ke?”. Aku jeling dia dengan mata aku yang bengkak plus merah sebab menangis. Berani dia tanya macam tu lepas abandon aku masa kejadian berlaku? Hampeh.

Mak dengan abah aku sampai awal pagi tu. Mak tanya pasaipa mata merah. Aku cakap sebab nangis sebab sedih tinggal member. Pastu mak dok bantai berleter, “Ha tula dah tau saiyang member nak pi tukaq skolah pasaipa bukan senang nak masuk skolah ni bla bla bla”. Aku buat muka tak reti. Dan aku tak pernah menyesal tukar sekolah. Sampai sekarang aku tak bagitau mak dengan abah cerita sebenar, tapi abah tak pernah tanya. Mungkin dia tau.

Tak, aku tak kencing pun atas tilam tu. Tilam tu basah sebab peluh okay. Tak payah nak tertanya-tanya sangat. Aku rasa dah cukup panjang aku tulis ni. Kalau ada rezeki next time aku sambung masa kat matrik dengan kat Universiti pulak okeh! Roger & Out!

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Pengalaman Hantu Seumur Hidup”

  1. Hang ni kelakar la..
    Part hang ckp boleh arwah sebab jantung meletup tu mmg kelakar.

    Good story, scary gile and kelakar gile.

    Reply
  2. “Selang 2 minit tu (aku masih kelubung tutup mata) aku rasa tilam aku kat area kaki tenggelam, macam ada orang pijak/duduk. Lepas tu slow-slow rasa dia dok baring kat belakang. Rasa tilam tenggelam pastu panas.”
    aku xbleh imagine cmne kau rasa time ni. klau aku pn mau jantung berdegup laju mcm nk mletup.

    Reply
  3. Mak aih! Sampai baring kat sebelah?! Kalau saya tak bole nak imagine lah. Klau sya yg kena pon saya rasa jantung nak meletop oi!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.