Pengalaman Hidup (Bhg. 3)

Assalamualaikum… buat peminat setia FS, Alhamdulillah aku dapat menyiapkan penulisan aku yang ketiga ini. Sebenarnya kerja di sekolah, waktu hujung tahun macam ni agak banyak, semua nak disiapkan. Masa terluang yang berbaki sedikit ni aku luangkan untuk mengatur jari menaip, agar keresahan hati berkurangan. Aku perlu luahkan semua, sampai bila aku nak pendam semua ni, aku berharap sesiapa yang mengalami gangguan seperti aku terus kuat meneruskan hidup, aku yakin dan percaya sesiapa yang membaca coretan aku ni ada yang senasib seperti aku. Perasaan tu sama waktu aku baca cerita arwah ‘riz’ dulu, sebelum terlupa aku mengakui kesilapan tersilap tulis nama ‘hafiz’ padahal orangnya adalah saudara riz. Tentang hal tu, aku bagai nak tergelak bila baca balik macam mana nama aku boleh tertukar padahal semua cerita dia aku baca, dan dari cerita dia lah aku kuat nak taip apa yang terbuku dekat hati aku pada ruangan FS.


Aku akan sambung kisah aku waktu berada di pulau pinang, rumah saudara yang aku gelarkan ‘wan yong’, aku perasan wan yong tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan, apabila dia bertanya kenapa badan aku makin susut, aku cuma mengatakan yang aku penat mengajar sebab berpraktikal. Aku nampak riak tak puas hati dengan jawapan aku di mukanya.
Maklumlah wan yong ni dah anggap aku macam anak dia sendiri memandangkan dia tak ada anak perempuan. Sangkaan aku benar, apabila aku masuk tidur, aku dengar ketukan pintu wan yong meminta izin untuk menemani aku tidur. Bagai pucuk dicita ulam mendatang aku mestilah setuju. wan yong membuka mulut bertanya dengan aku, adakah aku diganggu? Terkejut aku mendengar soalan dari wan yong namun aku tak berdaya untuk menipu aku mengiakan. Wan yong tersenyum, dia kata dia tahu dari guru pembimbing aku, aku diam. Tiba-tiba terkedu tak tahu nak cakap apa waktu tu.

Wan yong memandang ke mata aku, dia kata aku perlu lawan semua tu jangan takut dan gentar, dekatkan diri pada sang pencipta. Pesan wan yong jika kita takut maka makhluk itu akan terus suka menyakat kita, bukankah kaum itu sudah berjanji untuk menyesatkan umat nabi adam. Aku bagai dapat satu kekuatan waktu tu, aku cuba untuk bercerita tapi kudrat aku, aku cuma mampu bercerita peristiwa aku di rumah tempat aku berpraktikal saja. Aku perlu menjaga aib keluarga aku, tak kan aku nak cerita tentang hubungan mak dan ayah aku pada orang lain. Aku perlu mengkaji sendiri dari mana datangnya semua benda mistik dalam hidup aku.

Setelah aku menceritakan kepada Wan yong, dia terus bercerita tentang peristiwa seram yang dia dan pak long alami, dia beritahu aku dulu dia juga pernah diganggu, waktu tu dia baru saja berkahwin dan pak long ditukarkan ke negeri belah utara. Mereka tinggal di rumah bekas rumah orang india, waktu tu wan yong tak tahu yang orang india tu berpindah sebab rumah tu berhantu. Malam pertama diorang duduk di situ, bunyi riuh rendah orang membaling batu, tak cukup dengan tu bunyi orang ketawa. Tapi mereka kuatkan semangat panggil ustaz, terus bertahan duduk di situ sampai satu saat ‘benda’ tu dah serik nak menganggu, dan tak sampai setahun pak long telah membeli rumah dan mereka berpindah. Tapak rumah tu sekarang telah didirikan sebuah bangunan pejabat kata wan yong. Aku termotivasi mendengar kisah wan yong waktu tu. Aku nasihat pada hati aku agar tak perlu terlalu gentar dengan apa yang berlaku. Tapi tu cuma nasihat, getar dalam hati hanya aku yang tahu, susah nak ubah dan nak suruh hati jadi berani sebab bila ‘dia’ datang tu semua benda jadi tak kena.

Akhirnya cuti telah tamat, kali ni zul menawarkan diri untuk mengambil aku di pulau pinang memandangkan dia duduk di taiping, dan aku di nibong tebal. Cikgu syah pun sama dia ada mengajak aku menaiki kereta dia tetapi memandangkan aku dah berjanji dengan zul aku menolak permintaan cikgu syah dengan baik. Zul memang baik orangnya, semua benda dia nak tolong aku tapi adakah baik dia terhadap aku ni ada makna?? Persoalan tu kerap menganggu aku. Semasa sampai di rumah sewa, seperti yang dijangka zul ambil hadiah di dalam bonet kereta dia, korang tekalah apa hadiah zul kali ni. Zul menghadiahkan aku tabung doraemon dengan sejambak bunga ros merah plastik. Zul memberitahu dia memang suka bagi aku hadiah sebagai kenang-kenangan. Aku antara dua nak ambil ataupun menolak, aku sebenarnya masih takut apabila teringatkan anak patung doraemon yang dia hadiahkan kepada aku dulu pernah bergerak dan menoleh ke arah aku.

Tetapi untuk menjaga hati aku menerima dengan ucapan terima kasih, semasa aku membuka pintu aku melihat anak patung hadiah dari zul berada di ruang tamu rumah. Dia duduk elok di atas kerusi, aku berfikiran positif mungkin tuan rumah aku ni balik kot waktu aku pulang ke kampung dan anak dia yang bermain dengan patung aku tu. Aku bagai terdengar bisikan halus kat telinga aku waktu tu. Lantas aku teringat pesan wan yong jangan ‘takut’ beranikan diri, tak tahu kenapa aku tak berani nak alihkan patung doraemon tu ke bilik. Aku biarkan saja di atas kerusi, aku yakin kalau korang pun akan buat benda sama betul tak?? Sedang aku mengemas baju ke dalam almari, aku terdengar bunyi kereta dekat luar, Alhamdulillah Ati dah sampai. Memang aku tak nak bercerita dekat Ati tentang apa yang berlaku dekat aku sepanjang cuti hari tu, Sebab Ati pernah berkata gangguan yang dia alami berkurang setelah tidur dengan aku.
“Wehhh… ko kata ko tak nak balik? Itulah jual mahal, aku ajak balik ko beria tak nak, asal ko balik jugak? Benda tu kacau ko ke?” Soal Ati, dia duduk di sebelah aku menanti jawapan dari aku.
Aku hanya tersenyum dan menidakkan soalan dari dia, lepas pada tu ati pergi ke bilik dia untuk kemaskan baju.

Malam tu aku hanya menanti, adakah aku akan diganggu seperti malam sebelum balik, tapi ternyata tiada gangguan yang berlaku sebelum aku tidur. Walaubagaimanapun, aku tetap terbangun pada pukul 3 pagi, dan aku tahu ada sesuatu di sebalik tingkap. Kali ni aku memakai petua wan yong jangan terlalu takut. Lantas kaki ku menuju ke arah tingkap rumah dan aku menjerit agak sesuatu tu tidak menganggu aku, kerana aku tidak menganggu dia. Tak sangka lepas dari kejadian hari tu aku dapat tidur lena, gangguan yang aku alami pun tidaklah seteruk yang pernah aku alami, cuma aku terdengar bunyi guli, bunyi kanak-kanak ketawa, tapi aku anggap benda tu normal, dan aku tak fikir sangat tentang tu. Tapi untuk pengetahuan semua patung doraemon tu sebenarnya cikgu kat sekolah tu tak alihkan pun, dia pulang ke sabak bernam sepanjang cuti tu, Ati lagi lah dia dari awal memang pulang ke kampung. Aku tak nak fikir tentang tu lama-lama, patung terus aku bungkus letak dalam plastik hitam.


Tempoh aku praktikal akhirnya tamat, sebelum aku pulang ke kampung aku merancang untuk pergi ke rumah kak long di bangi, memang aku baik dengan kak long. Anak-anak kak long pun aku dah sayang lebih macam anak buah aku sendiri. Cikgu syah menghantar aku di stesen bas, dari sana aku bergerak ke KL, dari KL aku menaiki train ke UKM. Sampai saja di rumah kak long, aku tahu apa yang kak long ingin ceritakan pada aku, tak sempat aku letak beg, kak long terus peluk aku dan mengatakan dia rindu aku, aku pun memang rindukan kak long kami berdua sepupu malah sepupu yang akrab sebab kami memang berjiran dari kecil. Kak long meluahkan apa yang terbuku di hatinya, dia meluahkan kekesalan atas perbuatan mak dia terhadap mak aku, adik dan suaminya. Waktu tu aku terbayang wajah mak usu, entah kenapa aku tak boleh terima kata-kata kak long, sebab mak usu memang baik. Wajah mak usu pun cantik, secantik datin norjuma. Walaupun sudah mempunyai cucu tapi wajah mak usu memang cantik dan mak usu pun bertudung labuh. Kak long mengatakan dia pun tak sangka emaknya macam tu, dia sedih sebab mempunyai emak yang macam tu.

Aku duduk umah kak long 3 hari, sepanjang tempoh 3 hari tu, aku disogokkan cerita yang buruk tentang mak usu, kak long cerita yang mak usu cuba bunuh mereka sekeluarga dengan memasukkan paku pada tayar kereta mereka semasa mereka pulang ke kampung. Malah setelah perbuatan jahat di ketahui abang long, mak usu semakin kuatkan ilmunya untuk membunuh abang long dan kak long. Sebenarnya aku susah nak terima benda tu bulat-bulat sebab naluri aku memang menolak, tetapi apabila mengenangkan hubungan mak dengan mak usu selalu bergaduh aku seakan menerima kata-kata kak long. Kak long waraq orangnya tak kan sanggup menipu benda yang bukan-bukan. Semasa aku ingin menaiki bas pulang ke kampung kak long menghadiahkan aku sepotong surah ruqyah, dia meminta aku mengamalkan surah tu, agar sihir-sihir jahat yang menghantui hilang dan takut untuk mendekati aku.

Perjalanan 8 jam dalam bas sudah cukup membuatkan aku kepenatan, aku sampai ke rumah pada jam 5.30 pagi lebih kurang. Aku tahu emak memang solat subuh di masjid berdekatan, laju aku berjalan ke arah masjid. Aku lihat kereta emak ada di perkarangan masjid, Alhamdulillah aku dah sampai ke kampung. Kali ni aku pulang dengan seribu harapan, aku nak bawa emak pergi berubat di satu tempat di kuala berang Terengganu, kata kawan aku tempat tu ada sorang ustaz yang boleh ubatkan penyakit misteri. Aku tunggu emak di tepi kereta memandangkan aku Allah bagi cuti. Selesai solat aku nampak emak menuju ke arah aku, ya Allah, Rindunya! Tangan emak aku salami, pipi emak aku ciumi dia lah ibu yang paling aku sayang di dunia ini.

Emak ada kuliah agama dan kelas tajwid, jadi aku duduk di rumah dengan ayah. Aku termenung melihat bilik ayah yang sangat bersepah. Ayah seorang yang kuat merokok jadi bumbung biliknya penuh dengan kesan-kesan hitam, bilik ayah sangat suram. Emak pernah beritahu dulu dia pernah nak kemaskan bilik ayah, tapi akhirnya mak yang kena marah dengan ayah sebab pandai-pandai kemaskan bilik ayah. Aku pergi ke bilik emak, dengan niat nak kemas apa-apa yang patut kat bilik emak. aku menyusun buku-buku agama emak dan aku mengambil satu buku usang, semasa aku membelek helain buku tu aku terjumpa sesuatu yang pelik. Aku jumpa gambar pasport emak dan ayah tapi kedua gambar dilekatkan saling memandang dan di tengah gambar tu ade benda busuk yang amat. Aku terus membaling gambar tu. Lantas aku berlari keluar dari bilik emak. Pulang dari kuliah agama aku menunjukkan gambar yang aku jumpa tadi, emak lantas merampas dari tangan aku dan masuk ke bilik, jiwa aku penuh dengan teka teki apa makna di sebalik gambar tu? Adakah emak tahu tentang gambar tu?

Tak cukup dengan itu, semasa emak sedang mengikuti kelas agama dan solat berjemaah di masjid, waktu tu aku tinggal seorang, ayah pun aku tak tahu dia kemana. Aku ternampak adik tiri aku di belakang rumah aku, sedang memegang cangkul dan plastik. Adik tiri ni aku gelarkan dia adi, dia merupakan anak mak muda aku dengan suami terdahulu. Aku pelik apa yang dia buat di belakang rumah aku? Memanglah tanah di belakang rumah aku luas hampir setengah ekar, tapi tak ada pokok ubi kayu untuk dicangkul. Tak ada pula aku nampak lubuk emas untuk digali, terus aku jerit buat apa kat belakang? Mungkin terkejut dengan suara aku dia terus berlari tanpa sempat aku halang. Aku jadi musykil, rumah mak muda dengan rumah aku jauhnya dalam 13 kilometer, sanggup adi datang ke rumah ni dengan cangkul? Untuk apa semua ni?.

Baiklah kawan-kawan FS, aku harap korang boleh tunggu sambungan ‘pengalaman hidup’ yang seterusnya. InsyaAllah jika diberi kesempatan aku akan teruskan penceritaan yang lebih mendalam. Termasuk lah perubatan terhadap emak aku. Aku harap korang doakan emak aku boleh sembuh tau, terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sha90
rate (3.42 / 12)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

21 Comments on "Pengalaman Hidup (Bhg. 3)"

avatar
aida putri
rate :
     

Maafkanlah sy tapi sy pening sikit dengan watak2 dalam story awaa ni

Si Gemuk Pendek
rate :
     

.

Delustar

AKu parking jek dulu…

Bebulu halus

X yh komen klu blom bcer

delustar

jeles lak kooooooooooo

kranberizstore
rate :
     

Cepatlaaa sambung , gabung skali crta ke 4 & ke 5 ye .. minta sgt ..
Best crta ni

CikSyer
rate :
     

.

Delustar
rate :
     

*

ceritaNasa

ko nak bagi satu bintang ke tiga bintang?

armyy
rate :
     

Er kenapa aku susah nak relate dengan cerita sebelum ni?

delustar

bukan ko sorang yg mengalaminye…

ceritaNasa

ye aku pun sama… mungkin kita sehati sejiwa

Schva
rate :
     

BESTTT

Balqis Shah
rate :
     

kalau bleh panjangkan la ckit storynye..br je nk feel udah abes…

Melorq

habiskan semua carita sekali gus boleh tak?
panjang pun panjang lah,
i rela.

Melorq

waduuhhh… ada pulak section komen dari fb.
seb baik i tak komen kat situ. kekekee

Manchego
rate :
     

.

Singkong & Keju
rate :
     

Baca setori ni kenapa mendatangkan pening terhadap diri tok?

5/10

delustar

sama tok..

Singkong & Keju

kenapa bole sama eh?.. adakah kita berjodoh?

nasikin_arani
rate :
     

cerita da smpai klimak lpas tu bersambung.. atleast bg la turun sikit dulu

wpDiscuz