Pengalaman Hiking Di Bukit Broga

Assalamulaikum kepada semua pembaca FS, pertama aku ingin meminta maaf jika penulisan aku ni banyak kesalahan dan tak seram. Baru-baru ini kita mendapat berita bahawa ada seorang budak lelaki sesat di bukit broga, dan hari ini 28 Jan 2017 mangsa selamat dijumpai di puncak bukit broga, sukarelawan memberi tahu bahawa ketika beliau menjumpai mangsa kelihatan sedang berlegar-legar di sekitar puncak bukit broga dan kelihatan buntu mencari jalan keluar, korang bayangkan takkan selama seminggu hilang ( ke lebih tak pasti, sila betulkan kalau salah), asyik pusing2 je?

Macam mana makan and minum dia? Kena pulak sekarang musim hujan macam mana dia survived selama seminggu kat kawasan puncak broga tu? Aku yang kalau ter skip lunch pun dah meraung guling2 lapar ni kan pula seminggu, hahaha. Pada mulanya aku tak risau sangat pasal berita budak hilang dikawasan broga ni, sebab trend sekarang bebudak hipsturrr banyak yang nak try hiking outdoor ni, maklumlah boleh update kat instagram/twitter dan segala lagi lah, aku ingatkan dia tipu mak pak dia cakap pergi hiking padahal nak pergi tidur rumah awek seminggu, hahahah.

Okey aku nak cerita seram pengalaman aku sendiri ketika nak hiking ke bukit broga ni, waktu kejadian ini seingat aku pada tahun 2013, aku drive seorang dari Kuala Lumpur ke Bukit Broga, dan tiba pada waktu 6.30AM, bila sampai je tempat parking broga tu keadan kt situ gelap sangat walaupun dah bukak lampu kereta, lepas bayar duit parking RM2 kta uncle yang jaga kawasan tu aku rasa dia tokey ladang kelapa sawit tu kot (siapa yang pernah pergi Bukit Broga akan tahu parking dalam ladang kelapa sawit ni), dah la parking dekat depan-depan tu penuh terpaksa lah aku parking jauh sikit dari tempat pondok tokey yang mintak duit masuk RM2 tu.

Lepas je aku parking, tengok gelap gelita, time tu lepas parking biasa lah tengah terhegeh2 nak bersiap, pakai kasut, cari air Gatorade, roti, dan cekelat Snekers yang aku baru beli kat petronas sewaktu singgah sembahyang subuh. Waktu aku tengah berkemas tu tiba-tiba aku dengar ada orang macam ada org bersuitt2 (macam mat rempit nak mengusha minah kilang kt bustop tu) hahahah, aku apa lagi lah teperanjat jantan aku waktu tu, siapa pulak yang suittt2 ni dalam gelap-gelap ni.

Aku tengok kiri kanan memang takda orang pun, bila aku perhati bunyi tu betul-betul aku dapat rasakan bunyi tu datang dari pokok kelapa sawit depan kereta aku ni, aku pun apa lagi lepaskan lah bonet kereta myvi 1.5 se keluaran tahun 2011 dengan deras nya (Dummmm! bunyi macam tu lahh kuat nya) siapa pakai kereta myvi tahu lah macam mana pergi bunyi nya, boleh roboh bonet tu tau kalau buat hari-hari, Hahaha. Waktu pendakian takde la rasa apa-apa lagi sebab ramai orang, ramainya macam ada jamuan raya je kt atas tu tak pun macam kt petronas bila esoknya najib umumkan minyak naik 20sen, dia punya sesak sampai nak jalan pun kena tunggu giliran, Hahahaha.

8.20AM
Sampai di puncak yang terkahir yang ada signboard tertulis Puncak Broga yang penuh dengan conteng tertulis Suffi and Raihan was here, haram jadah bebudak ni suka merosakan harta benda awam. Okey la sampai je puncak aku pun berehat la, minum air, makan roti sambil baring melihat pemandangan dari puncak broga tak lupa juga upplod sikit gambar kt instagram, nampak sikit yang aku ni ada aktiviti takde la orang ingat aku mereput je cuti hujung minggu macam ni, kat sini dah nampak dah niat tak betul kenapa aku pergi hiking. Hahahah.

9.15AM
Aku pun dah bersiap2 nak ke Gunung Tokwan pulak, jarak dari puncak Broga ke Gunung Tokwan dalam 6.5KM je kot. Okeylah waktu untuk bergerak, untuk ke Gunung Tokwan ni kena lalu kat belakang batu besar belakang puncak broga ni, jalan masuk dia nampak dah dikelilingi hutan, so masuk je dalam anda akan disaji dengan pemandangan pokok besar (yang macam pokok cik ponti bergayut tu) pokok tu kita tahu dah ada sesi pemujaaan yang telah dilakukan sebab banyak kain-kain merah dan kuning (bukan penyokong bola Selangor ye) dan kertas-kertas warna kuning tulisan mantra cina tergantung penuh kat pokok tu aku syak kaki nombor ekor selalu ngankung kt sini la, siap ada makanan dan buah oren bagai kt pokok tu.

10.5AM
Waktu ni aku dah start rasa pelik sikit, sebab aku perasan yang aku dah lalu jalan yang sama sebanyak 3 kali. Mula2 aku syak perasaan aku je, tapi aku pasti yang aku dah lalu jalan sama, tiba-tiba aku teringat yang aku ni dari tadi berjalan dekat kawasan di sorang-sorang, takde pun hiker lain yang lalu, tapi aku sedapkan hati mungkin dorang malas kot nak lanjak lagi lepas sampai puncak broga. Aku pun teruskan berjalan. Semasa berjalan tu aku dapat rasakan suasana yang sangat sunyi, dan aku berjalan dalam keadaan takde jiwa, takde makna (ibarat kita rasa diri kita hidup sorang2 je dalam dunia macam cerita desolasi arahan shamsul yusof).

Aku pun berhenti rehat kejap minum air dan baca doa al-fatihah dan ayat kursi. Lepas baca aku rasa jiwa aku macam okey sikit bersemangat nak hiking. Sewaktu berjalan tu barulah aku jumpa orang dalam hutan ni, 4orang Chinese student dari UNITAR, dorang jalan perlahan sebab ada amoi sorang tu sakit kaki dan dorang nak patah balik, aku sempat la borak sikit tu yang tahu dorang ni student, aku mintak laluan untuk aku p****g dorang sebab lembab sangat jalan. Hahaha

10.35AM
Aku sampai puncak Gunung Tok Wan, waktu tu aku baru je sampai dan ada budak sekolah 2 orang nak turun dah, adoyy sorang-sorang lagi aku kat sini getus hati aku berkata!

10.45AM
Aku dah ready nak turun dari puncak Gunung Tokwan. Jalan punya jalan , turun punya turun, dengan kaki sakit sebab trek laluan curam kena la jalan turun bukit guna jari kaki depan, sakit tau! ( kasut trail aku sampai rosak gara-gara hiking ni)

11.00AM
Segalanya bermula di sini (kesian korang part seram mula kat sini, yang atas aku tulis tu sekadar bunga2 je hahahah). Aku merasakan perjalanan aku ni takde hujungnya, sebab aku berjalan tak sampai-sampai dengan bekalan air, roti dan cokelat pun tak ada sebab aku dah habiskan waktu kat puncak Gunung Tokwan ni. Ahhhhhh menyumpah aku dalam hati kenapa lah aku ni tamak sangat tak reti nak simpan buat bekalan untuk balik sikit, haahaha.

11.30AM
Aku masih lagi berjalan tanpa hala tuju. Waktu tu aku sorang-sorang jugak. Orang lain aku tak nampak sekeliling, aku sedapkan hati aku lagi, sebab tak ramai yang nak lanjut hiking ke Gunung Tokwan.

11.45AM
Sampai tahap ni aku dah start mental, sebab aku jalan tak sampai2, penat dia Allah sahaja yang tahu. Sejujurnya seumur hidup aku tak pernah rasa penat sebegini rupa walapun pun aku ni dah biasa dengan panjat gunung, berlari 10KM/21KM/42KM, gunung G7 yang jauh lagi extreme pun aku dah panjat, (sumpah bukan niat aku nak riak ye) tapi kali ni dia punya penat tak boleh aku nak ungkap kan dengan kata-kata. Aku tak pernah merasa penat yang macam ni.

Aku terus berjalan, tiba-tiba aku terdegar seperti ada suara mendengus bukan manusia tetapi macam bunyi harimau mendegus, sumpah aku terkejut meremang segala bulu-bulu aku, berderau d***h naik ke kepala beb, bunyi dengusan tu kuat gila dan telah membuatkan air mata jantan aku mengalir keluar, huhuhu. Aku apa lagi berlari tak cukup tanah lah sambil kesat air mata aku yang tiba-tiba tadi keluar (bukan menangis tapi tah tetiba keluar sebab takut sangat kalau korang pernah alami).

1.30PM
Aku sampai semula kat pokok besar yang cik ponti suka bergayut tu, Alhamdulillah akhirnya sampai jugak nak tapi bila aku nak keluar je dari pintu Gunung Tokwan tu aku telah dikepung oleh asap hitam, macam ada benda taknak bagi aku keluar. Keadaan sekeliling aku terbakar, kelihatan api di kiri-kanan aku, pokok-pokok dan semak samun semua terbakar panas gila aku rasa macam nak lemas dah aku jerit kuat-kuat Allahukabar sambil lari keluar. Aku selamat sampai semula kat puncak broga dekat batu besar tu. Aku dah letih sangat cuaca panas gila dekat puncak tu, sampai terbaring aku tak larat lagi dah nak berjalan aku pandang belakang memang Gunung Tokwan tu terbakar sikit. Aku baring selama 15minit sebab terlalu letih.

1.45PM
Aku dah tak tahan penat, aku nekad nak turun balik ke kereta, aku nak balik aku nak minum air, aku haus dan lapar sangat. Aku ingatkan duagaan aku ni dah berakhir namun tidak. Waktu aku bangun dari power nap tu tiba-tiba angin kuat gila macam ada taufan kat kawasan puncak bukit broga ni, aku rasa macam nak tercabut kepala aku bila angin tu lalu. Cuaca panas terik tapi angin kuat gila bunyi pokok bila kena tiup angin amatlah menakutkan, sumpah bunyi angin tu berdesing dan menakutkan.

Aku berlari mencari jalan untuk turun dari puncak broga ni, tapi aku tak jumpa jalan, sumpah aku tak nampak laluan keluar dari sini. Hampir 15minit jugak aku pusing2 dekat puncak ni mencari jalan keluar, aku buntu aku menangis sambil melutut dan baca surah Al-fatihah , ayat Kursi, 3 Kul, aku berdoa sambil menangis, “ya Allah kau bantu lah aku supaya aku jumpa jalan keluar dari sini” (waktu aku menulis ni pun tak pasal2 air mata jantan aku tetiba keluar). Alhamdulillah angin kuat tu pun tiba-tiba hilang, aku bangun dan terpampang jelas depan mata aku ni laluan jalan turun dari tadi aku pusing-pusing tak nampak pulak, aku berjalan sambil kesat air mata.

2.15PM
Aku sampai di kaki bukit aunty penjual air ni pun dah nak tutup gerai, aku tanpa berlengah terus je kaut air miniral 3 botol dengan kedua tangan aku ni, aku minum macam 5hari tak jumpa air, aku minum ahhhhhhhhhh lega nyaaaa, padahal aku belum bayar lagi dekat aunty tu punya la nikmat minum air yang belum bayar ni, hahaha. Aunty tu pun buat muka pelik ye la aku tiba-tiba terus curi air, dia pun pelik ingatkan orang semua dah turun. Aku bagi tahu dia saya sorang je dekat puncak tadi, dan saya orang terkahir yang turun. Aku tak cerita pun dekat aunty tu apa yang terjadi dekat aku ni, entah aku rasa seperti mulut aku dikunci, perasaan nak bercerita tu ada tetapi aku takut tak tahu kenapa, selepas aku bayar RM3 kat aunty tu aku pun berjalan menghala ke parking, aku tengok kereta aku je yang tinggal kt kawasan tu.

2.30PM
Aku terus keluar dari parking bukit broga tu dan aku berenti di petronas semenyih untuk beli air dan makanan sebab aku haus dan lapar sesangat. Aku sempat tanya baiyaa kerja petronas tu aku tanya dia hari ni hari apa, dia cakap hari ahad, ahhhhh lega hati aku nasib baik hari yang sama, buatnya aku kena sorok seminggu dekat puncak broga maka seminggu lah aku tak pergi kerja apa aku nak jawab dengan boss aku woi! Hahahah. Aku bersyukur dapat jugak akhirnya berjaya keluar dari sini, aku nekad gila yang aku tidak akan hiking dekat Bukit Broga yang berhantu ni lagi sehingga sekarang tahun 2017 aku tak jejak pun sana. Hahahaha.

So nasihat aku, kalau nak pergi hiking bawaklah teman, jangan pergi sorang-sorang, kebersihan hutan tu kita kena lah jaga, apa makanan yang kita bawa, sampah-sampah tu juga kena bawa turun, jangan tinggalkan dekat puncak, ingat ye dekat hutan takde DBKL datang nak kutip sampah naik lori macam kat rumah korang ye, akhir kata “Sayangi lah hutan kita”.

Maaf ye kepada pembaca jika cerita ni tak seram tak sampai punchline, aku cuma nak meluahkan je pengalaman aku dekat Bukit Broga ni , terpulang lah nak percaya ke tidak, yang pasti pengalaman aku dekat sini memang aku tak boleh lupa. Sekian.

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

22 thoughts on “Pengalaman Hiking Di Bukit Broga”

  1. Tang ko tanye hari apa tu akak dh cuak je nk tau jwpn baiyaaa tu…
    Tp ble rupenye ko lbh risaukan nk menjwb ngan boss tu, mmg choiiii…
    Hahahahahhaampeh btooolll…

    Reply
  2. kesimpulannya ….segala surah kena ada dlm otak..yg pling penting ayat kursi kena hafal tip top, klu x spi ke sudah x jpa jln kuar…huhu

    Reply
  3. tokwan mmg scary der..haha..pnh ken acah kat situ..naik sorang kena sakat.naik ramai pun kena sakat..nak nitis gak la air mata tp sbb ngenang malu ngan kengkawan.ku tatahn juaaaa jebat!

    Reply
  4. Sebelum nak gi hiking tu amalkan membaca doa ni:
    اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

    A’ udzu bikalimatillahit taamati min kulli syaithaanin wa hammatin wamin kulli ‘ainin laamah

    Artinya : “Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha sempurna daripada syaiton yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan”

    Aku selalu klu gi hiking mesti baca doa ni.
    Alhamdulillah stakat ni blom pernah jdi apa2 perkara buruk atau perkara x diingini.

    Lpstu sambil berjalan tu sambil baca la selawat.
    Subahanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar

    Reply
  5. Salam, saya orang Indonesia, what a great story althought I tried hard to understand the language, haha. Can you share me the information how to get there from KL? I have no idea about the public vehicles in Malaysia, however found this place and story raised up my curious since I love hiking so much (as also other outdoor and bacpacker activities), wish someday I could hike the high plateau of Malaysia tho.

    Reply
  6. Cerita dia ok la seram sikit je. Tapi ysng buat aku rasa annoyed bila “hahaha” dia tu tak kena tempat. Too much “hahaha” kat part cerita yang tak lawak pun. Annoying pulak cerita ni bila aku baca.

    Reply
  7. Gunung tok wan memang banyak benda benda tu.. Bunyi suara harimau tu aku pernah dengar dari awal pendakian hingga puncak.. Time tu berdua je dengan kawan aku.. Second time hiking situ ada nampak jambatan panjang sangat dekat sebelah kiri sebelum sampai dekat pintu gerbang perkampungan bunian tu, yg batu terbelah cantik tu. Pernah dengar Something mengilai and pernah nampak dua ekor burung gergasi terbang dekat gunung tok wan tu..

    Reply
    • Dlu aku pernah naik puncak gunung sorg jew tau. Masa smp kt puncak tu dh maghrib and i mmg planning nk khemah kt situ. Lps jam 9mlm tu aku didatangi oleh 3 orang perempuan bunian. Tapi aku xtakut, aku siap gang bang depa 3 org sampai lunyai. Aku cumshot muka depa tu yg plg best. Rp blowjob dorg mmg tiptop. Sampai telo pun sedut habis. Gila mak oii. Aku nk pergi lg minggu nie. Sapa2 yg nk kongkek pempuan bunian blh tggu aku kt jambatan jam 4 ptg ahad nie. Blh ada geng.

      Reply
  8. Aku rasa ko kena sorok masa turun gunung tok wan tu, sebab ko amik 3 jam nak sampai puncak broga. Aku sejam je, tu pun masa turun tu ada bunyi pelik macam berdesing, aku siap rekod video, memang ada bunyi tu. Dahla sorang2, jadi rasa lambat sampai.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.