assalamu’alaikum…
robotnaz in the house.
Hai, apa khabar semua?. Jumpa lagi kita menerusi kisah kali ini. Hari ni aku ingin berkongsi kepada korang tentang pengalaman kawan aku yang pernah membuat nombor ekor di beberapa tempat seperti kubur cina, rumah kosong, busut lama dan banyak lagi.
Aku beritahu awal-awal, ini bahagian pertama kerana ada banyak kisah yang bakal dikongsikan. Sebelum tu, aku minta maaf jika terdapat ralat pada sesetengah ejaan kerana aku menaip di smartphone atau mungkin jua kerana kecuaian aku dan aku menaip setiap kisah yang dikongsi di sini di tengah-tengah malam.
KISAH PERTAMA. (BUAT NOMBOR EKOR DI KUBUR CINA.)
Azmi, Zaki dan Borhan (BUKAN NAMA SEBENAR) mereka adalah kawan aku sejak di zaman kolej lagi. Mereka bertiga memang kaki tikam nombor ekor. Cakap sajalah di mana tempat yang mereka takpernah pergi, semuanya mereka telah pergi dan cuba menyeru penunggu atau hantu-hantu yang mereka percaya ada di situ untuk meminta nombor ekor.
Pada suatu hari, mereka dikahbarkan oleh seseorang tentang sebuah kubur yang mampu memberikan nombor ekor yang pasti akan keluar direct. Menurut apa yang diceritakan oleh azmi, orang tersebut kata belum pernah sorang pun yang pergi dan pulang tanpa mendapat sebarang hasil.
Perkhabaran tersebut membuatkan azmi, zaki dan borhan tidak senang duduk, setelah mereka berbincang sesame mereka akhirnya ketiga-ketiga orang sepakat untuk ke kubur tersebut.
Kubur itu adalah kubur cina, kubur seorang perempuan muda yang mati sehari sebelum hari perkahwinannya. Punca kematian, takdapat nak dipastikan sebab ada banyak cerita. Ada orang kata dia mati kemalangan, ada juga yang kata mati kena bunuh dan lain-lain lagi.
Azmi, zaki dan borhan ke kubur tersebut pada malam sabtu sebab hari sabtu adalah antara hari-hari yang dinanti oleh kaki tikam nombor ekor. Jadi, mereka fikir setelah membuat atau dapat nombor yang terbaik pada malam tersebut keesoakan harinya bolehlah mereka membeli nombor tersebut. Kata mereka, bohonglah kalau takda rasa takut, gerund an seram sewaktu pergi dan melakukan ritual di tempat tersebut tapi nombor ekor punya pasal, semua perasaan tu mereka letak tepi.
…………………………………………
“babe, sekarang kita dah sampai. Siapa nak mula dulu?.” Azmi bertanya kepada Zaki dan Borhan.
“borhanlahlah! Dia pandai cakap cina. Apa-apa hal senang.” Balas zaki spontan. Cuaca ketika itu sangat sunyi dan sesekali angin malam bertiup menyeramkan lagi suasana.
“eh, engkaulah azmi. Kan apek tu ajar kau dulu. Lagipun, kami ikut kau saja.” Borhan takpuas hati tapi memang azmi pun yang lebih tahu tentang ritual yang bakal mereka lakukan pada malam tu sebab azmi ada belajar dengan sorang apek tua yang katanya sama-sama kaki tikam nombor seperti mereka.
“hmmm, yelah yelah tapi ingat ey pesan apek tua tu! Kalau apa-apa terjadi kita tanggung sama-sama. jangan salah sorang lari dan pentingkan diri sendiri.” Azmi mengulangi pesanan tersebut beberapa kali. Khuwatir juga kalau kalau sesuatu yang tidak terduga berlaku. Biarpun masing-masing berkawan baik dan berpengalaman dalam benda-benda macam ni tapi macam-macam boleh terjadi.
Zaki dan borhan sekadar mengangguk, lantas lilin, buah limau dan beberapa lagi perkakas lain dikeluarkan daripada beg. Lilin dinyalakan, dan Azmi pun membaca mantera yang telah diajar kepadanya.
Setelah beberapa minit berlalu, satu daripada tiga lilin yang dibakar pun terpadam. Menurut apek tua aka sifu mereka, apabila satu lilin terpadam itu bererti hantu di kawasan tersebut sudah mahu mejelmakan diri.
…………………………………….
Setelah menanti lebih kurang sepuluh minit, tiba-tiba satu susuk tubuh wanita muncul di hadapan mereka bertiga. Kata azmi, pada mulanya mereka tegamam dengan apa yang sedang mereka lihat, wanita itu agak cantik dan muda serta berpakaian seperti pengantin cina selalu pakai. Namun, rasa seram tetap ada sebab perempuan tu duduk menyangkung di atas kubur.
“ammoi… jangan marah sama kami, kami datang mahu minta nombor. Boleh bagikah amoi?.” Zaki memberanikan diri menyatakan hasrat mereka ke kubur tersebut.
“sayya tala mala… sayya suka kamu olang mali sini hee he heee.” Balas amoi atau hantu tersebut.
“kami datang ada bawa ini makanan, u makanlah amoi.” Azmi pula meneruskan perbualan. mereka telah dipesan, cukup sekali nyatakan hasrat untuk meminta nombor sebab kalau diulang berkali-kali nanti hantu itu marah. Sejauh maana kebenarannya wallahu’alam.
“takmau! Sayya takmau makan. Sayaaaa mau minum.” Hantu itu tiba-tiba marah. Mukanya yang tadi kelihatan cantik perlahan-lahan berubah menjadi pucat dan hodoh. Namun, azmi, zaki dan borhan masih lagi tidak begerak daripada situ.
“okay, ini air tea bunga ada. U minumlah amoi.” Borhan pula mengeluarkan beberapa tin air tea bunga yang telah siap-siap mereka bawa tadi. perancangannya, air itu untuk mereka yang minum tapi hantu tu tiba-tiga pula haus, dia bagi sajalah.
“sayya mau dalah… dalah… dalah… dalah u olang…” kata hantu itu lagi sambil dia mengilai perlahan. Sesekali hantu itu menangis teresak-esak. pakaiannya yang tadi kelihatan kemas dan bersih betukar menjadi lusuh dan dipenuhi kesan darah.
Azmi, zaki dan borhan mula bangun dan berkira-kira untuk menyelamatkan diri sama-sama. waktu itu, mulut mereka seperti terkunci, takboleh berkata apa-apa. Apatah lagi nak baca ayat alquran.
“jangan lali… mana mau lali… lu lali… lu mati….” Pekik hantu itu lagi. Kini hantu perempuan cina itu bukan lagi duduk menyangkung tetapi sudah terapung-apung dan seperti melayang-layang di udara. Mereka seakan mati kutu, nampaknya memang takboleh lari. Mahu ataupun tidak, mereka perlu buat sesuatu agar hantu itu tidak mengamuk dengan lebih teruk lagi.
“u mau berapa banyak darah? Kami bagi tapi tolonglah amboi.. jangan bunuh kami. Kami takmau mati.” Akhirnya, azmi mendapat kekuatan untuk besuara dan sebaik saja mendengar kata-kata azmi, hantu itu pun kembali menyangkung di atas kubur dan seperti menanti apa yang dijanji.
“zaki, borhan, kita terpaksa bagi darah kita sorang sikit. Kalau tak, masak kita malam ni.” ujar zaki lagi. keadaan kembali tenang tapi hujan ulai turun. Angin juga bertiup semakin kuat seakan mahu berlaku ribut.
Kedua-duanya setuju. Pantas azmi mencapai bekas yang berisi lilin tadi dan dikosongkannya. Gunting yang mereka guna untuk memotong plastic makanan yang kononnya hendak dihidangkan kepada hantu itu dijadikan alat untuk melukakan tangan.
Ibu jari tangan kanan mejadi pilihan, azmi melukakan tangannya dan menitislah darah dan darah itu ditadah ke dalam bekas lilin tadi. suara hantu itu semakin galak mengilai, seperti teramat gembira dengan apa yang sedang dilihatnya. Selesai giliran azmi, zaki dan borhan pula mengambil tempat.
Mereka tadah sehingga hamper penuh jugalah bekas tersebut dengan darah. Kalau gunakan cawan, penuh satu cawan milo yang korang akan dapat free jika beli milo dalam tin besar. Setelah penuh, mereka hidangkan bekas tersebut di depan hantu itu. kata mereka, hantu itu tidak minum darah tesebut seperti biasa tetapi dijelirkan lidahnya dari mulut dan menjilat darah tersebut sehingga habis.. bayangkanlah, ddalam posisi hantu itu menyangkung dia boleh jelirkan lidah masuk ke dalam bekas tersebut. Panjang gila lidah dia. Serius Seram!
Namun, malang buat mereeka sebab hantu itu jilat darah itu sangat pantas. Sekejap saja dah habis dan hantu itu minta lagi. hmmm, dia nak lagi, lagi dan lagi. kali kedua mereka bagi lagi tapi sampai ke kali yang ketika, mereka tekad untuk cabut lari.
Ketika mereka hendak menyelematkan diri, hantu tersebut kembali terbang dan seakan bermain kejar-kejar dengan mereka. Tapi, mereka takkira. Mereka tetap tekad untuk lari masuk ke dalam kereta yang mereka pakir tidak jauh daripada kubur tersebut. Sedang mereka berusaha menyelamatkan diri, tiba-tiba sebuah kereta muncul dan berhenti di kawasan perkuburan tersebut. Nampak gayanya seperti orang-orang yang berada di dalam kereta itu, kaki cai nombor juga.
………………………………………
Hantu yang tadi terbang ke sana ke sini tetap terus menganggu mereka, tetap juga mengilai dengan kuat. Namun, salah seorang daripada empat orang yang ada di dalam kereta yang baru tiba tadi, keluar daripada keretanya. Kelihatan dia membaca sesuatu dan melemparkan segenggam tanah kea rah hantu tersebut., Hantu itu rebah, dia kembali menagis teresak-esak.
Melihat apa yang berlaku itu seperti satu peluang mengelamatkan diri, segera mereka bertiga lari masuk ke dalam kereta. Namun, tindakan mereka dihalang oleh orang yang membaling tanah tadi, mereka diarahkan untuk turun semula.
…………………………….
“keluar! Korang keluar sekarang!.” jerit orang itu manakala hantu tadi lesap entah hilang ke mana. Azmi, zaki dan borhan hanya menurut permintaan orang yang tidak mereka kenali itu.
“tanggalkan pakaian korang sekarang! balik pakai spender je.” Arah lelaki itu lagi. pada mulanya, mereka agak berat hati untuk berbuat demikian tetapi setelah didesak dan dijelaskan sebabnya barulah mereka akur. Mahu ataupun tidak, kena buat jugak. Redha sajalah.
Setelah itu, pakaian mereka dibakar dan sempat juga mereka dimarahi oleh geng kaki cai itu. kata otai-otai tersebut, kalau dia dah rasa darah kita sekali memang dia hendak lagi. lain kali, kalau dia minta darah, pastikan siap-siap bawa darah ayam ke, darah lembu ke. pastu, campak je kat dia dan terus cabut lari. Kalau tidak, nyawa salah sorang daripada korang akan menjadi korban.
Kata otai-otai itu lagi, mereka bernasib baik sebab kebetulan otai-otai itu memang hendak ke kubur tersebut. Hendak bikin nombor juga tapi bila dengar hantu tu minta darah. Mereka pun batalkan niat. Jadi, otai-otai tersebut Cuma jalankan misi menyelamatkan diorang sajalah.
Sekan, tamat kisah pertama. Jumpa lagi dalam kisah pengalaman kaki cai nombor ekor di bahagian seterusnya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mak aiii…khurafat. Minta bantuan syaitan. Harap pas ni kaki cai bertaubat.
Hehehehe besttttt mmg layan..lain dari yg lain..bosan plak asyik hantu melayu je..kali ni perkongsian dari hantu cina plak..hahhahaa mmg best la citer ko..ak bukan menyokong tp cerita ni lain dari yg lain…thumbs upp!!! Kaki cai ni msti byk cerita nya kann..sambung la weyyy
Maleh nk komen pepanjang bab main nombor tu salah, memuja tu lagila bertambah salahnye kaaannn…
Tp part tadah darah smpi secawan tu mmg xleh blaaahhhh…
Bkn sng wei nk kuor darah byk cmtu…
Itu bkn melukakan jari tp tahap potong jari woooo…
Gilooorrrr arrrr…
hahahahha baru nak minta no apa boleh naik …nak gak den tikam kak hahahha
Haah.. sya pn terkedu baca.. smpi secawan penuh! Ada cwn kedua lak tu…
Weh sambungan part 2. Kalau boleh jgn wat citer2 sambung bro…next time kasi habis terus…aku tergelak je baca citer kau ni…kih kih kih.
CarlitoRocker…favourite writer..hahaha
Gila bagi darah
Sanggup
Best citer ko
Teruskan
ape gile le buat koje tak paedah..
nasib dpt lepas kan diri kalo idok tumpo..
Ni nongkrong la ni…
hapah harun pon xdapek!! nombor pon kelaut hahahaha…