Assalamu’alaikum…
Hai, apa khabar semua?, bertemu lagi kita menerusi kisah pengalaman kaki cai nombor ekor part II.
Setelah aku membaca setiap komen di posting yang sebelumnya, bermacam pandangan dan pendapat yang dilontarkan terhadap perbuatan syirik ini. Namun, sekali lagi aku tegaskan di sini! kisah ini adalah pengalaman yang dilalui oleh rakan-rakan aku sepanjang mereka menjalankan ritual dan memburu hantu untuk mendapatkan nombor ekor yang mereka percayai mampu memberikan mereka kekayaan dalam sekelaip mata.
Baiklah, aku taknak membebel panjang, aku teruskan perkongsian pengalaman yang seterusnya. Kisah ini berlaku di sebuah busut tua yang berada di tengah-tengah ladang kelapa sawit milik seorang lelaki berbangsa cina.
…………………………………………………
“zaki, kau ada dengar tak baru-baru ni orang cerita tentang busut puaka di ladang mister lim?.” Macam biasa, azmi, zaki dan borhan akan lepak bersama menjelang hari sabtu, ahad, rabu dan selasa jika ada special draw. tujuannya tetap sama iaitu sama-sama mahu cai nombor yang terbaik untuk dibeli pada keesoakan harinya.
“busut puaka? Takda pula tapi aku ada dengar ah chong dapat first price baru-baru ni.” balas zaki.
“ha, betullah tu. dia buat nombor kat busut tu. katanya takda minta darah bagai tapi penunggu busut tu minta apa saja barang antic dan buah-buahan yang kembar.” Sampuk borhan. Nampaknya, borhan lebih tahu tentang busut tersebut. Yelah, borhankan pandai cakap cina dan kawan-kawan dia pun ramai berbangsa cina.
“hmmm, eloklah tu. amacam? Nak try? Ada bran?.” Soal azmi lagi. kalau ikutkan azmi, dia on saja. Memang takreti serik bebudak ni.
“boleh, no hal. Aku on je.” Balas borhan sambil matanya masih tertumpu pada sehelai kertas yang tercatat beberapa carta ramalan. Kalau kaki-kaki cai underdog memang takkan faham apa yang tertulis di kertas tersebut.
“tapi, mana kita nak cari barang antic? Lepastu nak cari buah-buahan berkembar pulak. Lecehlah, takda tempat lain ke?.” zaki pula bersuara, seakan dia tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh dua orang rakannya itu.
Dipendekkan cerita, akhirnya ketiga-tiga orang rakan tesebut bersetuju untuk ke busut pada malam itu juga. Barangan antic dan buah berkembar pun berjaya mereka temui. Kalau dah memang kaki cai sejati, lautan api pun agaknya mereka sanggup renangi jika itu satu-satunya cara yang boleh memberikan mereka nombor ekor.
…………………………………………
“rezeki kitalah babe.. mak aku pergi pasar tadi beli timun sekilo pastu tetiba je ada dua batang timun ni bercantum. Macam kembar siam gitu.” Borhan kelihatan happy sangat. Waktu ni, mereka dalam perjalanan menuju ke busut puaka tersebut.
“tulah, rezeki… aku pun, tiba-tiba teringat pada barang pusaka arwah nenek aku. puas aku geledah store dapatlah benda ni.” sambung azmi sambil menunjukkan setrika kepala ayam. Kata diorang, barang tu sangat antic. Aku pun takpernah tahu tentang setrika tesebut.
Borhan Cuma diam, fokus pada pemanduannya. Selain mereka bertiga, turut serta bersama mereka ketika itu adalah ranjit. Apa yang diberitahu kepada aku, ranjitlah yang pandai menyeru puaka atau pununggu busut tersebut. Kata diorang lagi, ranjit juga yang akan berkomunikasi penuh dengan puaka sewaktu ritual berlangsung.
…………………………………………..
“okay geng, kita sudah sampai. Kita kena mulakan sekarang.” ujar ranjit yang telah bersedia untuk memulakan upacara menyeru puaka busut tua itu. jam ketika itu lebih kurang pukul satu pagi. Azmi, zaki dan borhan tidak besuara, sekadar membuat isyarat tanda mereka telah bersedia.
“ingat! Kalau saya pensan u orang jangan lari sebab saya sedang berkomunikasi dengan itu puaka.” pesan ranjit. Mereka bertiga sekali lagi mengangguk tanda faham.
“satu lagi, kalau antara korang salah sorang kena sampuk, pun jangan lari juga. Sebab itu puaka mungkin suka sama kamu.” Pesanan ranjit yang terakhir sebelum dia mula membaca mantera dan jampi serapah.
Setelah lima minit berlalu, ranjit mula menepuk-nepuk busut tersebut sambil mulutnya masih terkumat-kamit membbaca sesuatu. Sesekali, kedengaran ranjit seakan mendengus. Aku takpandailah nak buat bunyinya macam mana. Mereka ada lakonkan semula adigan tu tapi aku taktau nak gambrkan macam mana.
Menurut zaki, suasana ketika itu sangat sunyi tapi yang peliknya di tengah-tengah ladang tersebut langsung takdengar bunyi unggas ke cengkerik kea pa ke. sunyi je, bunyi pokok-pokok bergoyang ditiup angin adalah. Lepastu, diorang ada dengar bunyi macam anjing menyalak tapi suaranya halus sangat dan kedengaran sangat jauh daripada situ.
Ranjit masih seperti tadi, dia menepuk-nepuk busut itu dengan lebih kuat lagi. kini, apa yang dibacanya semakin jelas kedengaran, Cuma mereka memang takfaham bahasa apa yang digunakan oleh ranjit itu. lupa nak beritahu, barangan antic dan buah kembar tu mereka dah letak atas busut tersebut. Azmi juga beritahu, setrika kepala ayam itu ada ruangan tempat masukkan arang supaya seterika tu jadi panas. Senang cer, seterika tu berfungsi tidak menggunakan kuasa eletrik.
Kata azmi lagi, dalam ruangan yang biasanya dimasukkan arang itu mereka difahamkan ranjit telah memasukkan sesuatu cecair tetapi bukan darah sebab warnanya hitam pekat. Sedang ranjit menepuk-nepuk, angin b bertiup kencang serta merta. Ironinya, barang-barang atas busut tu langsung takbergoyang sedangkan barangan lain semuanya bergoyang ditiup angin tersebut.
……………………………………………..
Ranjit pensan tiba-tiba, dalam hati mereka misi berjaya. Namun, mereka bertiga ketika itu saling bepandangan sesame sendiri sebab di atas busut tua tersebut kelihatan seperti ada sesuatu sedang berdiri dan memerhatikan mereka. Serentak dengan itu, borhan pula disampuk. Dia tiba-tiba duduk menyangkung tanpa bercakap apa-apa.
“weh borhan, kau apahal ni? kau jangan buat pasallah waktu waktu macam ni?.” tegas zaki, dia pada mulanya anggap borhan saja menyakat.
“siapa buat pasal? Aku ke korang? Heee heee heee.” Balas borhan dengan suara sedikit garau. Kata azmi, kadang-kadang suara borhan bertukar menjadi suara perempuan dan kadang-kadang suara lelaki yang sangat garau.
“okay okay… maafkan kami. Kau nak apa sebenarnya? Kami datang nak minta nombor. Bagilah kami nombor?.” Balas azmi pula. Dia menyedari borhan tidak begurau tetapi borhan telah dirasuk oleh puaka di tempat tesebut.
“aku nak nyawa… aku nak nyawa… heee heee heee. Aku nak nyawaa…..” balas borhan AKA makhluk yang telah merasuk borhan.
“takboleh! Kami takboleh bagi kau nyawa. Kau minta benda lain, kami akan bagi.” Balas azmi lagi. lupa nak bagitau, azmi ni berketurunan banjar, kalau taksilap banjar laut kot apa yang diberitahu dulu. Jadi dia mahir jugalah dengan ilmu-ilmu pelik.
“aku mahu kawan kau.. aku mahu borhan. Aku suka di.” Jawab hantu itu. azmi buntu, zaki pula berdiplomasi dengan puaka tersebut.
…………………………………………………….
Setelah beberapa ketika, keadaan menjadi kembali tenang. borhan kembali terseedar tetapi ranjit masih pensan. Mereka kehairanan dan mereka cuba untuk mengejutkan ranjitt tapi usaha mereka gagal. Ranjit tetap pensan dan sesuatu yang tidak terduga pun berlaku.
Sedang mereka berbincang untuk memikirkan apakah yang mesti mereka lakukan ketika itu, rannjit tiba-tiba sedar daripada pensan tapi keadaannya sangat pelik. Muka pucat, terdapat beberapa kesan cakaran yang sangat jelas sebab ada kesan darah pada tangan ranjit. Ranjit juga tidak bersuara.
“hey ranjit, u apahal? Okay tak? Apa nombor dia bagi?” tegur azmi yang tidak sabar ingin tahu. Ranjip tetap diamkan diri, Cuma mukanya berubah menjadi semakin seram. Kesan cakaran di tangan tadi kini terlihat sangat jelas pada dahi rannjit..
“ranjit, u jangan main-mainlah. Kita sudah lewat ni. kalau semua dah selesai, kami mahu balik sekarang.” ujar zaki pula, dia seakan merasakan sesuatu tetapi mulutnya takmampu untuk meluakan apa yang dirasanya itu.
…………………………………………………
Keadaan masih sunyi, ranjit tetap diamkan diri. Azmi, zaki dan borhan tekad untuk pulang. Bagi mereka, misi pada malam ni sekali lagi gagal. Mereka taksangup dah kalau diuji dengan lebih teruk lagi. baru saja mereka bangun daripada tempat duduk masing-masing dan mahu melangkah kea rah kereta, lidah ranjit terjelir sendiri. Sangat panjang dan lidahnya terhayun ke atas dan ke bawah seperti mahu menangkap sesuatu.
Pada mulanya, ranjit tidak begerak tetapi lidahnya saja yang beraksi. Namun, taklama lepastu, ranjit mula begerak dengan keadaan lidahnya masih terhayun-hayun. Kaki azmi, zaki dan borhan pula seakan terkunci dan melekat di tanah. Mereka takboleh begerak. Ranjit pula begerak kea rah mereka bertiga. Korang bayangkanlah sendiri!
Puas mereka bertiga cuba untuk lari tetapi mereka tetap takberdaya. Kaki mereka seperti melekat pada tanah, malah mulut mereka juga seakan terkunci untuk berkata-kata. Namun, pergerakkan ranjit sangat perlahan sebab dia mengesot, kata zaki waktu itu barulah dia ingat ALLAH dan dengan seluruh kudrat yang ada dia cuba menjerit sekuat hati menyebut “ALLAHU AQBAR!.”
Dia cuba sebut sekuat hati, setelah beberpaa kali percubaan barulah mulutnya berjaya melafazkan kalimah tersebut. Serentak dengan itu rannjit terlihat seperti kembali pensan. Tapi, kaki mereka masih seperti melekat, zaki gagahkan diri untuk membaca ayatulqursi walaupun bacaannya tergagap-gagap dia cuba habiskan juga pembacaannya dan kaki merreka pun kembali seperti sediakala..
…………………………..
Sesudah itu, mereka tekad untuk segera pulang, pantas mereka masuk ke dalam kereta dan tinggalkan ranjit keseorangan. Mereka merancang untuk adukan perkara ni kepada rakan-rakan mereka yang lain dan sekaligus mengharapkan rakan-rakan mereka itu pergi menyelamatkan ranjit. Namun, setelah mereka berjaya keluar daripada ladang tersebut.
Satu SMS masuk ke telefon azmi, terpapar nama ranjit sebagai penghantar mesej, korang agak-agak apa isi kandungan mesej tu?. mesti ramai yang fikir ranjit akan tanya, korang kat mana? Aku tunggu lama taksampai-ssampai?. Takpun, mesej yang berbunyi kenapa korang tinggalkan aku? haha salah.. semua salah.
SMS tersebut memaklumkan ranjit telibat dalam satu kemalangan dan disahkan maut di tempat kejadian. Kau rasa???
Jumpa lagi nanti di bahagian seterusnya.. maaf kalau kisah agak panjang. Satu lagi, semua ni kisah benar dan dialami oleh tiga orang rakan aku tu. aku Cuma menceritakan semula.
#robotNaz
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Allahu Akbar…lah bukan Q. Den anggap mu typo lah ya.
MasyaaAllah…
Klu kaki ekor ape pon sanggup yer…
Betollah benda tu kate die nk nyawa jd galang gantinye…
Nyawa ranjit jd habuan…
Tapi…
Sayang wei seterika antik tu…
Dlu umh makcik akk ade…
Sllu gak buat main…
Penah gak merase tgk die iron baju gune iron tu…
Buat dr tembaga, berat…
Tp org dlu2 rajin melawo…
Gigih gak nk menggosok…
Zmn skrg iron dh sng tggl petik suis pon org dok carik gak baju patern lycra xyah gsk…
Hakakler tu…hahahahaha…
kak nak pinjam iron tu boleh dak….nak g ngangkung hahaha
Aku nak part 3 ni sbg part penghabisan bro…kasi habis terus please…ermmm…part 2 ni quite OK tp aku lebih prefer part 1…kih kih kih.
Part 1 ke part 2 ke same jugak scary..
haa..idris ko siap. aku nak foward kat kau stori nih. hahaha
Alahai habiskan terus la lepastu doranf buat apa lepas dpt tau ranjit maut, ranjit maut kat mana, and macam mana dorang selamatkan diri, masa balik naik kereta kena kacau jugak ke
Cerita kegemaranku..hahahahahhaha please sambung la byk2 sikit..ak suke baca genre kaki cai ni..seram komedi..kalo ade citer dari geng2 korg pon masuk je sekali..ak tetap tggu tau ???
Best
hahahaha tak serik lak tue…