Assalamu’alaikum…
Hai, apa khabar semua?? Terima kasih admin jika masih sudi untuk siarkan perkongsian aku yang seterusnya.
Kepada pembaca, terima kasih juga sebab takjemu untuk baca hasil penulisan aku di sini. bertemu lagi kita pada kali ini menerusi kisah yang keempat. Baiklah, tanpa buang masa, korang layan kisah seterusnya ini.
…………………………….
KISAH KEEMPAT: (SERU ROH ORANG MATI KEMALANGAN.)
Pada suatu petang, satu kemalangan maut telah berlaku di sebatang jalan yang letaknya tidak jauh daripada rumah azmi, zaki dan borhan. Mereka bertiga memang berkawan rapat sejak di bangku sekolah lagi. tapi, atas sebab-sebab tertentu, aku takboleh nak dedahkan daripada mana asal mereka dan di mana kini mereka tinggal. Jadi, ingat ya, jangan tanya aku mereka berasl daripada mana sebab aku takkan jawab.
Bedasarkan apa yang dikisahkan kepada aku, kemalangan maut tersebut melibatkan motor dan kereta. Penunggang motor mati di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala manakala pemandu dan penumpang kereta Cuma mengalami luka-luka kecil. Dipendekkan cerita, kaki cai nombor sejati ni pun terfikir untuk jadikan tempat berlakunya kemalangan maut itu sebagai tempat mereka membuat nombor ekor.
“malam ni, kita try jalan tempat orang tua mati petang tadi. korang okay tak?” zaki memberi cadangan.
“okay okay. Aku takkisah tapi kalau borhan ada tempat lagi baik, better kita pergi sana.” Balas azmi sambil membelek-belek kertas yang tercatat keputusan semalam.
“aku takda tempat barulah, kita try jelah jalan tu. lagipun, masih segar darah orang tua tu. untung-untung dia bagi tegak.” Balas borhan pula. Masing-masing sedang belek kertas yang sama.
“ciss! Miss pulak. Memang takboleh pakailah nombor yang diberi oleh orang gila tu.” jerit zaki kegeraman. Korang bayangkan, mereka kalau jumpa orang gila tepi jalan pun mereka tanya orang tu apa nombor akan keluar. Pastu, diorang bagilah seringgit dua pada orang gila tu. buat beli air katanya.
…………
“dah pukul sepuluh malam ni. korang jadi ke tak nak buat nombor malam ni?.” soal azmi, lagipun malam tu malam jumaat. Mungkin azmi terasa gerun.
“eh, mestilah jadi, malam jumaat ni. malam baik. kita ajak wak joko sekali. Mamat seberang tu handal gak bab seru menyeru ni.” jawab borhan.
“okay, cun gak tu. aku memang malas dan takda kekuatan untuk menyeru malam ni. kita ajak wak joko mesti dia nak.” Balas zaki.
……………………..
Aku pendekan cerita ey, sebab kalau nak cerita part diorang ajak wak joko tu nanti jadi semakin panjang pulak. Takut korang pulak yang bosan membacanya. Sebab, dialognya biasa-biasa saja. Setelah mereka berbincang berempat, masing-masing setuju dan sepakat pukul tiga pagi baru mulakan ritual. Mereka bimbang kalau sewaktu melakukan ritual tersebut aka nada orang lihat jika buat terlalu awal.
Sebelum aku teruskan, aku perkenalkan watak tambahan dalam kisah kali ini. Namanya wak joko dan berusia dalam lingkungan tiga puluhan. Berasal daripada Indonesia dan agamanya aku takpasti. Kalau taksilap dia bukan seorang muslim. Wak joko ni bukan nama sebenar. sorry lah, nama sebenar keempat-empat orang ni aku memang takboleh nak beritahu.
………………………………..
Masa yang dinanti telahpun tiba. Jam menunjukkan pukul dua setengah pagi. Azmi, zaki, borhan dan wak joko pun bergegas ke tempat yang disasarkan. Mereka berempat menaiki kereta pada ketika itu. antara barangan yang mereka bawa besama adalah limau nipis, lilin, dan beberapa perkakas lain. Kali ni tiada darah, tiada barangan antic dan sebagainya. Cuma benda-benda asas saja.
Ritual pada malam tesebut akan dijalankan oleh wak joko. Nampaknya, sekali lagi azmi, zaki dan borhan Cuma jadi penonton dan mereka akan terlibat sama dalam ritual tersebut jika hantu yang mereka seru itu menuntut sesuatu atau bertindak diluar jangkaan.
………………………………
Perjalanan menuju ke jalan berkenaan daripada rumah wak joko lebih kurang mengambil masa lima belas minit. Jadi, taklama lepastu mereka pun sampailah ke tempat yang di tuju. Setibanya di sana, menurut apa yang dikatakan oleh zaki dan azmi kesan darah orang tua yang mati itu masih jelas kelihatan. Mungkin waktu itu, tiada orang yang tolong siramkan atau bersihkan darah tesebut.
“azmi, keluarkan dua batang lilin sekarang dan tiga biji limau nipis. Limau itu kau belah dua setiap satu.” Arah zaki. Azmi hanya menurut dan kemudian lilin dan limau yang telah dibelah itu diserahkan kepada wak joko.
Belumpun sempat mereka memulakan ritual, angin yang pada mulanya tenang bertiup agak sedikit kuat. Memang terasalah sejuk malam tu di tambah dengan rasa seram bila terpandangkan kesan darah yang masih jelas kelihatan.
“azmi, aku mulain deh, nanti kalo lambat lambat aku bimbang ada orang nampak.” Ujar wak joko yang taksabar nak mulakan ritual.
“ya, okay. Mulain sekarang.” mendengar persetujuan tesebut. Wak joko terus membaca mantera dan menyalakan sebatang lilin. kemudian, limau yang telah dibelah-belah tadi dipicit agar kelaur air dan di titiskan atas kesan darah yang masih jelas terlihat itu.
Angin yang tadi agak kuat bertiup kembali tenang. suasana ketika itu memang sunyi dan jalan tersebut juga lengang seakan memberi ruang untuk mereka melakukan ritual tanpa tergopoh-gapah.
…………………………………………….
Oooooouuuu ooooooooouu oooooooouuu
Tiba-tiba terdengar bunyi seakan orang menangis. Jelas di pendengaran azmi, zaki dan borhan suara lelaki yang menangis. Taklama kemudian, suara itu semakin kuat apabila semakin banyak titisan air limau nipis itu di titiskan pada kesan darah tersebut. Setelah raungan itu semakin kuat, segera wak joko berkomunikasi dengan benda tersebut.
Kata azmi, wak joko bebicara dalam bahasa jawa atau bahasa yang tidak mereka fahami. Lebih kurang lima minit wak joko seperti bercakap-cakap sendiri, bunyi raungan tersebut pun hilang.
…………………………..
“okay, kita boleh pulang sekarang. ayuh, kemas semua ni cepat dan kita pulang.” Ujar wak joko setelah dia menamatkan ritual. Azmi, zaki dan borhan pun apa lagi, segeralah diorang kemaskan segala perkakasan dan terus masuk ke dalam kereta. Pada malam itu mereka tidak diganggu dan nombor yang mereka minta pun menjadi.
Aku takpula diberitahu tentang kemenangan mereka ketika itu. apa yang diorang cerita, nombor menjadi dan mereka dapat hasil. Tapi, orang-orang macam mereka ni mana tahu erti puas hati. sekali dah dapat, nak lagi dan lagi. maka, mereka mengulangi britual yang sama untuk b beberapa minggu.
Seronok gila mereka waktu tu sebab selalu masyuk. Tapi, setelah dua bulan lebih kurang daripada kejadian tersebut, sorang demi sorang mula diganggu. Takcukup dengan itu, kenderaan yang selalu mereka bawa juga akan menjadi berat apabila melalui jalan tesebut pada waktu malam dan suara orang meraung terus membayangi mereka untuk b beberapa minggu.
Asal malam je mereka diganggu. Bila diganggu je mesti dengar bunyi raungan orang tua tu. okaylah… cukup setakat ni dulu. Aku sambung lagi nanti.
Terasa seram sejuk pula aku dan terlihat seperti ada baying-bayang yang memerhatikan aku ketika aku menaip kisah ini.
Waktu sekarang tepat jam 3.56 a.m. sewaktu aku submit kisah ini.
Jumpa lagi dan jangan segan-segan untuk komen.
PSSS: aku taksempat edit apa-apa. Tulis dan terus submit. Maafkan kalau ada ralat pada sesetengah ejaan.. #RobotNaz
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ada orang tak waras kt kg ak tu, die tak suka bg nombor bila kaki nombor mintak. Orangnya pon sblm jd mcm tu dikatakan baik sgt2. Jd x btul sbb tekanan hidup. Tp 1 hari tu tiba2 je die bg nombor kt bapak ak. Tp sbb bapak ak x main, die tak ingat la nombor tu. Tatau la nombor tu naik ke tak. Hu huu
menjadi pulak ea kali ni
Saya pun tngh baca cerita awk tngh pagi2 buta org duk tido. Xleh tido sbb nyamuk berkeliaran so layan FS jelah. Hehe. Btw, Best!
Ops! Bkn mksdnya saya menyokong benda syirik tu yer! Saya cuma suka cara awk karang cerita dari part 1 sampailah part 4 ni. Klu blh, nasihatkan lah 3 org tu senasihat yg blh. Sbb saya thu, bila seseorang tu dah terlalu taksub sngt dgn benda ni, dah x peduli dah org luar nak kata apa. Masuk telinga kanan, keluar telinga kanan balik. Hrmm…
Best
Teruskan
Dorang ni hisap batu jugak ke? Macam lain macam je dia punya asyik kat judi ni.
macam2 hal org kaki nbo nie kan..