Pengalaman Mamat: Kisah Zaki

#Mamat pak jaga

Assalamualaikum sahabat. Sementara ada masa lapang ni, aku coretkan sedikit tentang pengalaman sahabat aku yg bernama Zaki. Korang masih ingat Zaki lagi? Yg bekerja di kilang sawit tu. Yg sampai hati meninggalkan aku dengan hantu takde kepala tu bersendirian. Bagi korang yg masih tak kenal Zaki. Baca cerita aku mengikut turutan dan korang akan faham.

Aku berkesempatan lepak minum petang bersama Zaki. Waktu tulah chance aku korek cerita sedalam-dalamnya dari dia. Baiklah. aku akan kongsikan pada korang pengalaman si Zaki. Let’s go!

Noted: ” Aku” disini adalah sebagai Zaki.

Tarikh: November 2016
Waktu: 8:00 malam
Tempat: Sebuah kilang sawit area Melaka

Aku sampai di kawasan kilang tersebut tepat pada jam 8 malam. Ini kali pertama aku menjaga kilang. Dulu aku bertugas sebagai pengawal keselamatan di bank. Tapi aku tidak dibenarkan menjaga bank lagi atas sebab masalah disiplin. Atas budi bicara pihak syarikat, aku ditukarkan ke post kawalan kilang kelapa sawit. Pada mulanya aku keberatan nak bekerja disana.

Kerana tempatnya agak terpencil. Tapi aku gagahkan diri juga kerana zaman sekarang susah untuk mendapatkan kerja lain dalam masa singkat. Aku mulakan tugas aku pada malam itu bersama Sabri, Din dan Mael. Pihak kilang memang sediakan motor yamaha sukan di post kawalan bagi memudahkan kerja-kerja clocking. Aku memulakan perjalanan untuk clocking di checkpoint pertama bersama Sabri. Dia bertugas malam ini untuk mengajarku selok belok kilang.

Sampai di checkpoint pertama di kilang, aku terus turun membuat clocking. Tibe-tibe aku terdengar bunyi seperti sesuatu sedang jatuh bergolek. Dalam hati aku kuat mengatakan yg jatuh bergolek tu adalah kelapa sawit. Aku meninjau di dalam kawasan pemprosesan. Allah!! Bukan kelapa sawit tapi kepala orang yg bergolek. Berdarah-d***h. Aku terus berlari entah kemana.

Aku lupa jalan menuju ke tempat Sabri yg sedang menungguku. Melilau aku mencari arah. Yelah keadaan kali pertama di kawasan itu. Jadi aku tak biasa. Kawasan kilang sangat luas dan besar. Sebab itu pihak kilang sediakan motor. Setelah berhempas pulas memerah tenaga berlari, aku kepenatan.

Aku sampai di tepi sebuah tempat bahagian pemprosesan yg lain. ” Zaki. ” suara lelaki memanggil ku. Berdiri bulu roma aku. Toleh kiri kanan depan belakang atas bawah. Tapi tiada orang. Perlahan-lahan aku menapak meninjau didalam tempat pemprosesan. Seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang pengait kepala sawit. Yg mengerikan, kepalanya tiada.

Aku rasa macam nk pengsan masatu. Tapi aku gagahkan diri untuk berlari jugak. Terlintas difikiranku, jika aku pengsan disitu mungkin kepalaku pula yg dicantasnya. Aku terus berlari tanpa menoleh belakang. Segala semak samun aku redah. Suasana seperti berubah. Tak macam kawasan kilang. Cuma ada semak samun dan dipenuhi pokok kelapa sawit. Gelap gelita hanya mengharapkan cahaya dari bulan. Aku berehat tersandar di bawah sebatang pokok. Penat? Jangan disoal. Tersangat lelah. ” You mahu pergi mana lagi? ” kedengaran suara seorang lelaki dari belakang pokok tempat aku istirehat. Aku kenal suara tu. Itu suara lelaki tanpa kepala tadi!

Aku bangun mahu melarikan diri tapi aku tersungkur dek ranting-ranting yg tersangkut di kakiku. Kini, aku terbaring. Lelaki tanpa kepala itu betul betul diatas ku. Dia seolah melihatku yg jatuh terbaring berlantaikan tanah. Pandanganku makin kabur. Makin gelap. Dan gelap… ” Cahaya apa ini? ” Aku membuka mataku.

Cahaya matahari menyedarkan aku dari tidurku. Aku dikelilingi ramai pekerja kilang sawit. Rakan setugasku Sabri pun ada. Ceritanya, dia sudah lama menunggu aku tidak pulang. Jadi dia mencari dengan rakan yg lain tetapi tidak berjumpa hingga di siang hari. Pagi itu seorang pekerja kilang sawit yg kebetulan sedang meninjau keadaan pokok sawit ternampak aku yg sedang terbaring di atas tanah. Dia melaporkan ke post kawalan tentang keberadaan aku menggunakan walkie talkie.

Aku bersyukur aku selamat. Ya, penghujung kawasan pokok kelapa sawit aku ditemukan. Kawasan itu terbiar namun Allah menggerakkan hati pekerja itu untuk meninjau disana pada pagi itu. Jika tidak, ” mungkin aku tak minum petang dengan kau mamat harini. ” senyum zaki. Alhamdulillah.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Mamat

17 thoughts on “Pengalaman Mamat: Kisah Zaki”

      • Mungkin penceritaan zaki kepada mamat tak sedetail yang mamat alami sendiri.
        Kalau mamat yang alami sendiri penceritaannya best sebab lebih detail dan perasaan.

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.