Pengalaman Mamat: Makhluk Tak Berkepala

#Mamat Pak Jaga

Assalamualaikum sahabat!

Ini kali kedua aku ceritakan pengalaman aku kat fiksyen shasha ni. Oleh kerana korang nak lagi tahu pengalaman yg pernah aku hadap, baiklah aku kongsikan! Tapi sorry kalau korang tak boleh tidur malam. Hehe..

Tarikh: Febuari 2017
Masa: 7:30 petang
Tempat: Di sebuah kilang area Melaka

Post tetap aku bekerja adalah di sekolah yg aku ceritakan sebelum ini. Tapi malam ni salah seorang rakan kerja aku yg bertugas di sebuah kilang sawit, terpaksa mngambil cuti kecemasan kerana ada kematian ahli keluarganya.. Al Fatihah buat ibunya.. Okay sambung cerita. Aku yg bercuti haritu dihubungi bagi menggantikan tempatnya. Aku terima dengan senyuman hingga ke telinga. Yela orang bujang kan? Takde pape komitmen buat sajalah overtime yg ada. Ini kali pertama aku bertugas disana. Jadi tepat jam 7:30 aku dah terpacak disana. Di post kilang ini, setiap malam akan dikawal oleh 4 orang pengawal keselamatan. Partner aku pada malam itu adalah Zaki, Din dan sabri. So awal tugas semuanya happy. Berborak rancak tak ingat dunia. Setibanya jam 2:00 pagi, kini masanya untuk meronda dan clocking jam.

Baiklah aku terangkan bagaimana kawasan kilang ini dahulu supaya semua faham. Kilang ni terbahagi kepada beberapa checkpoint. Checkpoint pertama di tempat pemprosesan, checkpoint kedua di tempat bahagian pejabat dan yg ketiga adalah di bahagian belakang kilang. Okay gaisssss. Giliran aku dan zaki meronda pada waktu itu. Kami menaiki moto cabuk yamaha sukan yg agak usang. Haha langsung tak pergi ditambah pula dgn kegemukan zaki, adoi macam siput patah kaki hahaha. Kami menuju ke checkpoint pertama di tempat pemprosesan. ” Hang tahu tak tempat kita jaga ni banyak puaka.” Zaki memulakan bicara. ” Eh puaka apanya biasa je aku tengok.” Aku masih bingung dgn apa yg zaki katakan. ” Takpa hang tunggu ja satgi kita jumpalah dengan itu Kumar. ” jawab Zaki. Aku bingung gaisss. Kumar mana pulak ni yg Zaki maksudkan ni. Setahu aku syarikat aku takde pekerja India. Mungkin pekerja kilang sawit ni kot. Sesampainya di checkpoint pertama, dengan pantas aku membuat clocking dan naik ke motor kembali. Gedeganggggggg!!!!! Bunyi kuat dri atas bumbung zink kilang memecah kesunyian malam. Terkejut siot aku masatu. ” apabende tu wehhhh jatuh atas bumbung?!! ” soalku dgn nada suara yg tinggi pada Zaki. ” Hahaha, hang boleh rileks tak brader. Itu Kumar lah tu. Dia nk kenal dgn hang la tu.” Zaki meneruskan gelaknya. Buntu aku memikirkan apa yg cuba Zaki sampaikan. Kenapa Kumar tak tunjukkan diri bersalaman perkenalkan diri macam biasa? Kenapa perlu baling sesuatu pada bumbung? Yg membuatkan aku musykil, berdasarkan bunyi aku rasa ia sesuatu bende yg amat berat menimpa zink tersebut.

Aku meneruskan perjalanan dgn Zaki ke checkpoint kedua iatu dikawasan pejabat. Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri kerana masih terkejut dgn peristiwa tadi. Hanya bunyi moto yamaha sukan menemani kami ketika itu haha. Sesampainya di checkpoint kedua iatu di kawasan pejabat aku turun sekali lagi untuk membuat clocking. Di kawasan pejabat ada satu cermin gelap. Hanya dibawahnya saja ada ruang utk berurusan. Maksud aku kita tak nampak muka dari luar, just tangan sahaja yg akan keluar untuk memberi sesuatu atau menerima sesuatu melalui ruang dibawah. Sedang aku melalui disitu, tibe tibe ada satu ketukan kuat dari cermin dalam. Aku tak pasti siapa kerana aku tak nampak. Cerminnya gelap. ” Eh kau ambil ni letak kt post guard. ” kedengaran suara seorang lelaki dari dalam cermin tu. Slangnya seperti sorang India. Mungkin ini Kumar yg Zaki maksudnya. Hati aku berasa sikit lega kerana ada juga orang disitu saat aku ketakutan haha. Sepasang tangan berkulit gelap mnghulur sepucuk surat dari dalam melalui ruang dibawah. Aku ambil suratnya. ” Terima kasih Encik Kumar. Saya mamat. Saya gantikan Shukri pada malam ni. ” aku bersemangat perkenalkan diri walaupun aku tak nampak orang didalam pejabat. ” Hahaha. Mana kau tahu nama aku Kumar? Mesti itu gemok bagitahu kau nama aku kan? Baiklah mamat nanti kita jumpa dibelakang. ” jawab suara itu. ” Baik encik Kumar saya gerak dulu ya, Zaki menunggu saya. ” bicaraku menamatkan perbualan. Aku terus ke motor. Zaki sedang memetik lighternya bg menyalakan rokok. “Weh zaki, sorry lambat. Tadi aku berbual Encik Kumar kejap. Haha dia ada tu kat pejabat. ” tuturku pada Zaki. ” Ah sudah. Hang naik moto cepat kita blah ke belakang. ” zaki seolah olah mahu cepat beredar dri situ. ” Eh kau dah kenapa Zaki? ” soalku. ” Nanti aku habak kt hang eh mamat. ” jawabnya. Aku hanya diam menurutinya.

Cuaca malam itu semakin buruk seperti mahu ribut. Angin mula mengganas dan langit menunjukkan tanda-tanda hujan. ” Kat belakang ni hang clocking lincah sikit tau. Ingat mesti kene cepat. Siapa pun panggil jangan layan. Terus je ke motor lepastu cabut faham? Lagipun suda mahu hujan ni. ” tutur Zaki. Aku masih tersentak cuba menghadam apa yg Zaki cuba sampaikan. Motor kami tiba di belakang kilang iatu checkpoint ketiga. Hujan renyai mula turun membasahi bumi. Aku segera membuat clocking. Baru sahaja nk melangkah ke motor tibe-tibe. ” Aiyoo Mamat baru sampai sudah mahu cabut ka? ” suara itu datang dari seorang lelaki india yg berdiri terpacak di pintu pagar belakang kilang. Aku hampir saja hilang nyawa kerana sapaan mengejut dia. ” Eh Encik Kumar. Haha buat terkejut saja. Encik buat apa disini? Mari la kita pergi ke post kawalan. Hari suda hujan ni encik. ” ajak ku. ” Baiklah mamat marilah. ” jawab encik Kumar. Sedang berjalan menuju ke motor tetibe sekali lagi. ” Eh mamat kepala ada barang tertinggal lah. ” kata encik Kumar yg berada dibelakangku. “Apa yg tertinggal tu encik Kumar. ” soalku sambil memandang ke belakang. Ya Allah! Seluruh bulu di tubuhku bagai nk tertanggal bila melihat encik Kumar tiada kepala. Ye gaisss hanya badan je. Bapak kalau ingat balik bukan rasa seram je. Takde selere nk makan jugak rasa. Sebab teringat d***h dan urat terkeluar dari leher dia tu aduhmak. Aku terus berlari ke arah motor. Encik Kumar yg takde kepala tu mengejar aku gaisss. Laju dia lari. Namun Zaki yg melihat kejadian itu di sisi side mirror terus memerah minyak motor meninggalkan ku. Celaka kau kawan. Hahaha. Aku berlari sepanjang jalan. Toleh belakang je en Kumar tengah kejar. Dia tak tahu penat ke weh? Haha. Tapi serius aku cakap kalau kau kene kejar bende macamni, kalau kau ada semput pun kau takkan rasa semput sampai bende tu hilang. Aku sampai di post kawalan. Semuanya hanya diam membisu termasuk si Zaki.

” Woi kurang ajar kau Zaki tinggalkan aku.” aku berang dgn si Zaki sbb tinggalkan aku. ” Aku minta maaf weh memang kene lari. Bende tu bahaya. Hampir setiap malam inilah yg kitorang lalui mamat. ” Jawab Zaki. Nampak sugul di wajahnya. Tugas clocking dimalam itu tidak diteruskan kerana hujan lebat. Siapa Encik Kumar itu? Adakah dia pekerja kilang ini suatu ketika dahulu? Semua persoalanku terjawab apabila pegawai kerja di ofis syarikatku mengatakan lelaki india itu m**i akibat satu insiden yg pernah berlaku di kawasan kilang. Lebih mengerikan insiden itu membuat mayatnya, putus kepala! Hehe.

Okay gais sampai disitu saja pengalaman aku kali ni. Kau jangan bimbang. Aku banyak lagi pengalaman yg ingin aku kongsikan pada kalian. Next entry aku akan ceritakan aku menjaga sebuah bank dimalam hari. Kau ingat bank tu takde hantu? Haha kau silap besar boh, siap ada bilik sembahyang lagi tau untuk hantu tu. Nak tahu? Tungguuuuuu…

Mamat

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Mamat

42 thoughts on “Pengalaman Mamat: Makhluk Tak Berkepala”

  1. Kalau tak lari, kumar buat apa agaknya yer?ambik kepala kau letak kat badan dia ke?hahaha..pandai pulak tu dia kejar..takde terlanggar tiang ke, terhantuk dinding ke..

    Reply
  2. Siot tergelak aku weh part kene kejar tu haha. Lawak mamat ni. Best ko bercerita aku siap leh bayangkan situasi tu. Cite yg lain pulak…..

    Reply
  3. Seram gilerr cerita niπŸ˜‚. Tp lawak jg. Kesian member tpksa pecut lari sbb di tinggal kwan. Hang peramah sangatπŸ˜…. Apa2 pun harap akn ada sambungan nya.

    Reply
  4. Tpi kn mamat, aku tertanya2. Brg apa yg kumar tu suruh letak kt post guard.
    Aku rasa kumar tu kesunyian. Dy nak brkawan dgn ko la tu

    Reply
  5. Banyak cerita kau… kau macam bodoh3 gitu kan… lambat hadam laa… partner x habaq clear laa…
    Betul laa… kalau depa bagitau semua… kau x dak laa nak story kat sini…
    Dengan aku sekali terpukau pengkisahannya…
    Thank you… good writing… sebagai guard English pun not bad… setiap tempat kerja kau pun every location well acknowledged and working situation well versed…
    Good worker… and jadi laa penulis…

    Reply
  6. Part siput patah kaki tu rasa nk gelak je πŸ˜‚πŸ˜† tp, bila pikir balik, bile lak siput ade kaki 😌😌

    Reply
  7. Nak tanya sikit, mamat! Kumar takde kepala, bererti takde mulut!! Mcmane dia boleh bcakap?! Mcm tak logik lah cite ko ni… Atau hanya rekaan saja… Misteri Nusantara…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.