Pengalaman Mamat: Pak Guard Sekolah

#Mamat Pak Jaga

Assalamualaikum sahabat!

Haaa saya perkenalkan diri dulu. Nama aku Mohammad. Panggil je mamat. Aku bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Syarikat aku bekhidmat ini mengambil tender di kawasan beberapa kilang dan beberapa sekolah. Jadi semua kawasan tender yg diambil syarikat, aku pernah rasai duduk di postnya. Dan semuanya mempunyai kisah tersendiri. Siapa kata keje pak guard ni senang? Ye gaisss di siang hari kami bersenang tapi dimalam hari pula kami menderita *nangis jap. Nak tahu apa yg menderita tu haaa maju lu sini selami kisah aku ini…

Bulan: Januari 2017
Masa: 7:45 petang
Tempat: Sebuah sekolah di area melaka

Yesss! Hari pertama berkerja setelah beberapa bulan tanam anggur. Sebelum pukul 8 aku sampai di kawasan perkarangan sekolah. Maklumlah start shif pukul 8 malam. Aku akan bertugas di post kawasan persekolahan bagi menjalani latihan kerana baru start kerja. Hari ni partner aku adalah Pak Man. Ternyata Pak Man sudah sampai di tempat bekerja sebelum aku. Maklumlah Pak Man ni bekas tentera, jadi disiplinnya tinggi. Tapi penakut huhuhu. Okay awal waktu bekerja semuanya lancar. Hingga waktu untuk clocking jam 12 tgh malam. Disini bermula segalanya.

“Mamat kau pergi la clocking, aku malas mahu bangun. Dapat jugak kau kenal-kenal orang sekeliling nanti.” Kata Pak Man. What the F orang tua ni? Baru beberapa kali ajar clocking, lepastu aku disuruh clocking seorang diri. Tapi siapa orang-orang sekeliling yg dia maksudkan. Sumpah aku blur hanat masatu. Takpe aku redha je dgn kata-kata Pak Man. Aku menuju ke kawasan clocking pertama. Semuanya berjalan lancar sehinggalah ke kawasan clocking yg terakhir, di area kawasan tempat pembuangan sampah sekolah, kire belakang sekolah lahtu. Belakang sekolah tempat aku bekerja ni ada satu kuil. Selepas kuil baru ada hutan tebal. Meriah malamni kuil tu. Ramai orang.. Lampu semua terang benderang. Mungkin ada sembahyang kot. Selesai clocking aku menuju ke post kawalan. Aku menceritakan pada Pak Man tentang meriahnya kuil kt belakang tu. Pak man tertawa terbahak-bahak. “Kau dah kenapa orang tua?”. Bisikku dalam hati. “Kau nk tahu tak mamat, kuil tu da lama orang tak pakai. Memang da takde aktiviti disitu. Yang ada cuma orang yg datang membersihkan saja. Itupun disiang harinya”. Kata pakman. Bicara Pak Man itu mengusik hatiku. “Yeke pakman? Jangan mainkan saya la pakman. Da memang dgn mata kepala saya nampak orang ramai situ”. Soalku yg masih tak puas hati. Pak Man tergelak. “Kalau engkau tak percaya, silakan kebelakang tgk semula kuil tu”. Jawab Pak Man. Aku pergi semula ke area tempat pembuangan sampah sekolah tu. Ternyata yg ada cuma kuil yg gelap dan kosong.. Ye kosong.. Kejilakaan apakah ini. Baru hari pertama aku diuji sebegini gaisss. Nak nangis pon ada. Time tgh syok terkejut dan terkedu kt situ, tibe-tibe ku rasa ada yg mencuit bahuku.

Rupenya Pak Man yg mencuitku. Dia senyum lantas berlalu pergi. Aku diam kerana hatiku berdebar, jantung mcm nk pecah sbb sapaan yg mengejutkan dari dia. Tapi kemana orang tua tu pergi? Aku balik ke post kawalan. Tengok-tengok Pak man ada disitu. “Amacam ada ke idok orang kt kuil tu?”. Soal Pak Man. “Eh Pak Man bertanya pulak tadi bkn Pak Man dtg kt saya ke cuit bahu saya?” Aku menyoalnya kembali. Pak Man diam memandangku dgn serius. “Aku disini dari td sepanjang waktu. Takde keluar kemana mana.” jawab Pak Man. Aku diam seribu bahasa bila memikirkan.. Siapa yg bersama ku tadi? Adakah itu hantu cina dari kuil yg menyamar sebagai Pak Man?
Haha pertama kali kn dengar hantu cina yg putih melepak menyamar sebagai hantu melayu berupa Pak Man yg tak berapa hensem tu.

Okay la gaisss sampai disini saja aku bercerita. Banyak lagi pengalaman aku dan mcm-mcm aku pernah jumpa. Paling kaw aku dikejar lelaki india takde kepala semasa bertugas di sebuah kilang. Korang nak dgr kisahnya? Jadi tunggu huhuhuhu.

Mamat

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

16 thoughts on “Pengalaman Mamat: Pak Guard Sekolah”

  1. Kuil ke tokong?kalau orang cina sembahyang kat tokong..kalau orang india sembahyang kat kuil..kalau hantu cina yang cuit bahu kau, maknanya tokong la tu kot..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.