#Mamat pak jaga
Assalamualaikum sahabat sekalian. Apa khabar? Harapnya sihat belakalah semuanya. Baiklah di entry kali ini aku akan menceritakan pengalaman seorang sahabat aku yg mahu berkongsi cerita dgn kalian semua. Aku bagi nama dia Raden (bukan nama sebenar) dalam entry kali ini. Apa yg berlaku pada Raden? Baiklah mari sama sama kita layan…
Aku disini sebagai Raden.
Aku bekerja di sebuah syarikat di ibu kota tanah air. Kerjaku sebagai seorang officer menjadikan hampir seluruh waktu harian ku berada di tempat kerja. Yelah kerja bawah orang memang perit sikit. Seksa weh. Pada malamtu aku terpaksa bekerja hingga ke tengah malam kerana esoknya ada meeting penting.Terdapat beberapa urusan yg perlu diselesaikan malamtu jugak. Overnight la kira malamtu. Aku terangkan keadaan ofis aku dulu. Ofis aku adalah bangunan kedai. Terletak ditingkat 2. Tiada lif untuk turun naik dan hanya ada satu tangga untuk laluan. Ofisku sedikit besar.
Malamtu aku ditemani Syah dan Umaira, rakan sepejabat aku. Kami bertungkus lumus malamtu memyiapkan tugasan. Tepat jam 10 malam, perutku terasa lapar. Berbunyi weh haha. Kriuk kriuk bunyinya. Aku ke pantry untuk masak mee segera. Sedang leka memasak, air di singki terbuka sendiri. Aku tak syak apa-apa masatu. Aku fikir Syah yg saja kenekan aku. ” Woi syah ko jangan nak memain ea? Aku tumbok ko satgi kang. ” Jeritku. Sekali lagi air di singki terbuka sendiri. Aku pelik. Aku tutup airnya dan perhatikan paip tu. Haha macam dah takde kerja kan? Tapi perasan tahu tu membuak di dada. Korang nak tahu apa jadi? Paip tu terbukak sendiri gaisss. Aku? Apa lagi, terus bertukar jadi pelari pecut 100m.
Sampai di ruangan kerja Syah dan Umaira ada di meja. Mereka duduk rapat berdua. Tak pernah aku tengok mereka rapat macamana boleh rapat sampai macamtu. ” Woi dah takde keje lain ea?! Masa kerja pun kau nk berasmara! ” Sedikit tegas disitu. Yelah kalau korang nak tahu aku bukan jenis yg berpakwe makwe ni. Masih suci okay haha. Tapi diorang macam tak endahkan aku. Aku blah jela dari situ. Atleast aku dah tegur kan? Yg lebihnya biar diorang yg tanggung. Sedang asyik menaip di komputer usang, aku terdengar suara manja Umaira. Sepertinya sedang berkata sesuatu pada Syah. ” You tunjuk dulu. ” suara Umaira. ” You la tunjuk. Cepatlah. ” Balas Syah. Aku yg dah naik meluat dan geram terus bangun. Kalini biar aku tegur dgn tangan aku pulak. Lantak ah apa jadi. Sekali aku bangun takde orang..
Tercengang kt situ nasib baik fon aku berbunyi memecahkan lamunanku. Lantas ku angkat dan nama yg tertera adalah nama bos aku. ” Hello Raden. Kerja yg saya suruh siapkan semua dah selesai? Jangan tak selesaikan esok kita ada meeting penting. Saya cuma ingatkan. Saya nak datang ofis tapi sibuk hal kenduri cukur jambul di rumah saya malamni. Syah dengan Umaira ada sekali ni. Nanti saya suruh mereka tapaukan lauk kenduri hantar pejabat kejap lagi. ” Tuttt tuttt talian dimatikan. Disaat itu juga jantungku terasa tutt tutt seperti mahu putus nyawa. Kalau Syah dgn Umaira berada di rumah bos. Siapa yg berada disini dgnku sejak dari tadi?
Aku mengambil keputusan untuk pulang dan membiarkan kerja kerja aku terbengkalai. Weh ada hantu weh. Takkan kau nak stay tempat kerja kau buat kerja dan abaikan hantu tu kan? Tak tenang punya. Saat mahu membuka pintu ke tangga. Pintu tak boleh bukak. Stuck time tu. Bapak perit nak bukak dia. Aku tendang semua tetap stuck. Tiba-tiba.. ” You tunjuk you punya dulu. ” jelas kedengaran suara Umaira di meja belakang. ” Ha ha haaaa” bunyi ketawa. Yg ketawa ni sebijik bunyi ketawa Syah. Aku tak toleh belakang. Aku cangkung kat situ duduk menangis baca surah. Takut gila masatu. Sampai aku tertidur.
” Woi bangunnn! ” Syah mengejutkan ku dari tidurku. Aku punya terkejut yg ingatkan dia hantu sampai aku tertumbuk muka si Syah ni. Sian dia haha sorry ye Syah. Syah datang bersama Umaira bawak makanan tapau dari kenduri. Diorang teman aku buat keje lepastu. Yg pelik takde pulak hantu yg kacau time diorang ada. Atau diorang ni sebenarnya hantu?
So amacam gaiss pengalaman sahabat aku? Seram bukan? Hehe aku akan kongsikan lagi pengalaman kenalan atau saudara ku pada entry yg lain. See you gaiss! Assalamualaikum!
Mamat
Hahhaahaa beraninya tumbuk hantu ππ
mcm pernah ade je cerita ni…
Iyeee keee…..?
cerita lama nie…
Ni kesinambungan dari citer yg dulu….dulu punya story laen sikit….aku pon penah baca….tp x igt tajuk ape
Lama x baca kisah mamat
Allahuakbar..part paip air ngn pintu stuck tu sies seram..hahha..kalo jd kt aq sendiri x tau lah mcm mana. Btw cuba ko amalkan manzil, atau hizib bahr, hizib imam nawawi atau masturat..inshaAllah.. blh lah membantu utk protect diri kan..mmg menjadi.yg penting yakin, usaha dan tawakkal jelah..haha
Allah..kalo jd kt aw sendiri x taul ah
u tunjuk u punya dulu…pergh rugi ko cuba2 nak tegur..kalau x bole tgk hantu buat free show
We all have that one friend that have a ghost stories that they get from that friend of friend of their friend of their friendβs brother of his friend.
Alamak comel laa haha
Memula yakin nak tegur pakai tangan pastu last2 cangkung menangis tepi pintu πππ
Bosan….. Mcm takde idea. Dah blambak cerita mcm ni dipasaran. Kononnya ditemani kawan, rupanya kawan sebenar berada ditmpt lain. Takkan dari siang, kawan tu tak sound?! Nasib baik dlm cerita ni, takde kwn yg β6th senseββ¦ Super cliche lah jd nya…