Pengalaman Mamat:Pocong di bank

#Mamat pak jaga

Assalamualaikum semua! Apa khabar dan apa macam? Baru ada masa untuk menulis di fiksyen shasha. Kekangan masa gaiss kerana kerja. Korang mesti tertunggu cerita dari aku kan? Haha okay harini abang payung satu cerita pengalaman abang menjaga sebuah bank di Bukit Baru Melaka. Okay let’s start the story.

Tempat: Sebuah Bank di Bukit Baru Melaka
Masa: 7.45 petang

Jam menunjukkan tepat jam 7.45 petang. Aku masih tercongok menanti-nanti pintu bank dibuka. Di bank ini, hanya hujung minggu sahaja akan diletakkan seorang pengawal keselamatan pada sebelah malam. Jadi pada hari itu, aku sebagai standby harus menggantikan rakan yg tidak dapat hadir bekerja pada malam itu. Setelah staff selesai dengan kerja, mereka pun beransur pulang. Kini aku dibenarkan masuk ke bank. Hanya aku dan manager bank sahaja pada ketika itu. Dia perempuan berbangsa cina. Dia menyerahkan kunci bank kepada aku. Lepas je dia gerak aku terus kunci pintu bank. Kini aku bersendirian di bank dan boleh tidur sepuas hati! Yahooo! Aku merebahkan kepala di lantai surau beralaskan sejadah. Tutup pintu, bukak aircond dan tutup lampu fuhh heaven. Hanya menunggu masa untuk pulang pada pagi esok.

Sedang asyik melayan internet tetiba, “Dammmmmm! ” Satu hempasan kuat di pintu surau. terloncat aku weh. Terkejut dia jangan cakap lah. Rasa macam nak tercabut jantung dan bulu yg ada pada tubuh badan. ” Siapa tu?! ” tanyaku dengan nada yg sedikit tegas. ” Ini manager la mamat. Keluar la sini. ” suara yg kedengaran dari luar pintu. ” Tukk tukk tukk. ” Dia ketuk lagi. Aku memang la nak bukak weh, tapi macamana dia masuk ke bank sedangkan aku dah kunci bank. Kalau dia ada kunci dan masuk pun mesti sensor akan kesan dia lalu pintu tu dan alarm akan berbunyi. Tapi ni takde weh. Sensor tak menunjukkan ada sebarang pergerakan di pintu masuk. Dan dia takde berbual pun dengan aku tadi tapi macamana dia tahu nama aku?! Aku kalut dah masatu. Dalam fikiranku ni mesti ada hantu nak buat naya dekat aku. Perlahan lahan aku letakkan telinga di pintu untuk dengar keadaan di luar surau. ” Hahaha. Blaa blaaa blaaaa. ” Macamtulah bunyi dia. Macam meriah seolah olah bank dibuka. Suara orang berbual jelas gila kedengaran. Pelik. Takkan la makhluk halus pun buat transaksi bank jugak.

Aku tak tunggu lama terus keluar dari surau berlari ke ruang utama bank. Sambil berlari sambil memeluk kitab suci Al-Quran. Untuk mempertahankan diri. Aku duduk di tepi pintu kaca pintu masuk bank. Baru la lega sikit nampak kereta dan orang lalu lalang di luar. Sedang asyik melihat keadaan di luar tibe-tibe berbunyi suara perempuan. Siapa perempuan tu gaiss? Ye suara perempuan yg menyebut nombor bila giliran kita untuk ke kaunter bank tu. ” Satu kosong kosong satu, kaunter satu. ” Cuak bakhang aku masatu. Aku perati kaunter satu tu. Kosong je takde apa masatu. Tak semena mena kerusi di kaunter tu bergerak seolah ada yg menariknya. ” Satu kosong kosong dua, kaunter 6.” suara di tu berbunyi lagi. kaunter 6 ni kaunter untuk bukak akaun so mejanya berada di tepi pintu masuk untuk kebelakang. So aku toleh la ke meja kaunter 6 tu. Ada pocong gais! Elok je dia duduk kat kerusi tu muka termenung pandang meja. Muka dia? Hitam habis just mata dia je nampak. Sebab mata dia putih tanpa anak mata. Aku punya takut sampai aku ternyayi lagu nasyid. ” Dipondok kecil dipantai ombak. ” sambil menutup mata. Korang yg nk judge aku korang faham tak kalau da takut dgn cuak tu kita memang susah nk berfikir sikit.

Bukak je mata dia ada situ lagi. Aku yg takut ni dari tadi jela tutup mata berharap bila bukak mata nate tu takde dah. Tapi ada je kat situ adoi. Tapi lantak ah asal kau kat situ tak gerak mana mana jadi takdelah aku risau sangat, betul tak? Tapi ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis rupanya gerimis mengundang ha ha ha haaa. Bukak mata toleh kiri aku dia berdiri tegak kat sebelah aku. Aku punya terloncat terkejut sampai kepala terhantuk bucu dinding bank. Luka kepala aku. menangis aku bukak pintu bank nak keluar. Tapi taktahu kenapa time time macamtulah pintu tak boleh bukak. Time lain elok je. Pening kepala nak fikirkan bende tu. Aku punya serabut nak bukak pintu toleh kt pocong tu, dia perati je aku bukak pintu bank tu. Aku tahu dalam hati pocong tu mesti gelakkan aku. Yelah syaitan ni memang suka bila manusia ketakukan.

Selesai je bukak pintu bank aku terus start motor blah balik rumah. Demam bai esoknya. Dan kene marah teruk sebab tinggalkan post dan biarkan bank tak berkunci. Tapi betul bahaya tindakan aku biar bank tak berkunci. Pape jadi aku yg kene. Tapi takpe gaiss. Pocong yu dah duduk depan jadi security guard ganti aku malamtu haha. Kalau ada perompak masuk aku rasa dia keluar balik tu. Okay gaiss itu saja entry aku pada kali ini. Terima kasih pada yg sudi menunggu cerita dariku. Korang rasa patut ke aku aktif menulis balik pengalaman aku?

Mamat

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

28 thoughts on “Pengalaman Mamat:Pocong di bank”

    • Hahaha mat! Serius! Betul ke citer nko ni mat? Tang suara pompuan sebut nombor Tu da seram. Tang pocong Tu dah jadi lawak. Ada tokok tambah ni kottt. Tapi pape pun best jugak.hahah share lagi mat!

      Reply
  1. Boleh relate part nyanyi lagu nasyid tu.. Sebab bila takut, nak sedapkan hati sendiri, memang terkeluaq ja apa2 pn.. Kalau saya, rasanya keluaq lagu rap kot.. Share lagi, I loikkkee

    Reply
  2. Klau aku jdik ko mamat…aku duk depan pintu cermin..tgok luar jek…jgn duk tgok dlm bank …biar lah org nmpk kat luar tu… Klau cop giler pun giler lah….
    Pelik aku mana dtg pocong ni boleh duk dlm bank….ada pembela kot dlm staf situ…hahaha

    Reply
  3. Aku memang 100% tak setuju kalo ko stakat cuma nak tulis citer semua tentang pngalaman engko!!!!! Memang aku bantah idup2 sebab sekadar tulis je kn??

    TAPI,,,,,

    Kalau ko tulis AnD PUBLISH citer kat FS,yg tu aku 1000% paling setuju..

    peace yo!!!!

    Reply
  4. pocong muka itam jin yang dibela .
    mungkin bos bank tu simpan kat situ untuk keselamatan.
    tu pasal lah dia ambik security hujung miggu je sebab pocong tu cuti.
    hari lain x perlu security pocong dah jaga.
    bijak bijak
    save money.

    Reply
  5. part yg pocong tu jadi lawak.. hadoiii.. pengalaman aq pula masa tengah solat.. elok dia landing mcm org tgh solat jenazah tu tapi mata dia terbuka tenung kau mcm pesalah..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.