Pengalaman Misteri Kolej Zaba

Sebelum ni aku bukanlah tak percaya cerita- cerita mistik ni. tapi sebab aku belum pernah mengalaminya sendiri. aku mula mengalami benda benda mistik ni selepas aku kenal dengan seorang orang Ind**esia.

dia kata dia pasang pendamping kat aku. smpai semua benda yang aku buat apa aku pakai semua dia boleh tahu. Tapi aku tak tau la apa yang dia cakap tu betul ke tak.sampai sekarang aku tak tahu kesahihannya. huhu. lepas dia kena tangkap dan dihantar pulang ke negara dia( permit tamat tempoh) dan aku pun da sambung belajar di U*M, aku mula mengalami kejadian mistik di kolej aku tu. (tak tau la ada kena mengena ke tak dengan orang indo tu atau kolej aku ni memang berhantu..hahaha).Kali ini aku nak bercerita kisah aku sepanjang 4 tahun di kolej zaba. Jeng..jeng..
Tahun pertama aku di kolej tu, aku ditempatkan di Blok A tingkat 1. Yang pasti bilik aku tu sebelah laluan keluar. Roomate aku selalu takde kat bilik sebab dia tido kat kolej kawan dia. Boleh kira dengan jari berapa kali dia tido kat bilik aku tu. Kadang-kadang dia akan balik ambil barang lepas tu keluar semula. Kadang-kadang pukul tiga empat pagi baru dia balik.

Oleh sebab itu, bilik aku selalu jadi tempat untuk study group. Alkisahnya pada satu hari kawan-kawan aku nak datang untuk bincang pasal asignment. Aku ingat lagi masa tu tengah azan maghrib. Disebabkan aku tengah “cuti” aku pun buat la asignment tu dulu dalam keadaan aku duduk atas lantai dan laptop aku atas katil. Masa tu aku dengar pintu bilik aku dibuka, aku ingat roomate aku datang nak ambil barang dia jela.tapi aku pelik la sebab takde pula bunyi bising lepas dia da masuk.aku pun buat tak tau je sambil siapkan asignment aku tu.

Tiba tiba aku rasa meremang macam ada orang berdiri kat belakang aku. Aku berhenti buat kerja dan aku kaku untuk beberapa minit sampai la laptop aku m**i sendiri sendiri(plug lupa pasang pulak). Dan melalui ekor mata aku dapat lihat “orang” itu tadi ada kat sebelah aku dalam keadaan muka dia sebelah muka aku. tapi aku tak nampak jelas muka dia.

Aku memberanikan diri aku untuk melihat pada skrin laptop yang telah gelap tu. Aku nampak muka dia sangat hodoh. (Tapi sebab masa tu aku da takut sangat aku tak leh ingat muka lembaga tu.) Aku terus tekup muka aku atas katil dan baca ayat-ayat suci yang aku ingat sehinggalah kawan aku datang ketuk bilik aku. Masa tu terus buka pintu dan peluk kawan aku tu sambil nangis.tapi sampai sekarang aku tak pernah cerita kat kawan aku pasal kejadian itu.huhu.
Tahun seterusnya aku dan roomate aku kena pindah blok yang sama tapi aras 0 dibilik no 7. Menurut senior, bilik tu da 3 tahun kosong. Tapi aku malas nak tanya kenapa. Sebab roomate aku kan selalu takde. Nanti aku takot pulak duduk sorang2. Huhu. Aras aku tu dekat dengan bukit belakang, so orang lua bebas untuk keluar masuk. Dan da ada banyak kes lelaki ceroboh masuk untuk mengendap. Kadang-kadang keluar bilik je tiba-tiba bab* ada depan mata. Kelam kabut masuk bilik. Hehe. Disebabkan itu, aku takpernah buka tingkap bilik aku tu.

 

Takot masa tertido ada orang ceroboh masuk bilik aku naya la. Dan bilik tu kalau malam tutup lampu memang gelap gelita. Satu hape pun tak nampak. Dan aku kalau tido memang selalu tutup lampu. Nak dijadikan cerita, setiap kali malam jumaat masa aku tido mesti almari aku tu bergegar dengan kuat. Dan setiap kali benda tu berlaku, aku akan buka lampu,ambil kayu dan buka pintu bilik sebab masa tu aku cuma fikir ada tikus je. Dan aku pun duduk atas katil tarik laci almari dan bersedia nak pukul tikus tu. Tapi selalu hampa.

Sebab takde apa apa pun. Hmm. Dan kejadian tu selalu berlaku pada jam tiga pagi. Masa tu semua orang da tido. Sunyi je aras aku tu. Huhu. Sampai la satu malam aku da tertido dari kol 9 sebab penat sangat. Masa tu tido berkemban je. Kol 3 pagi macam tu roomate aku tergopoh gapah balik bilik ambik barang-barang dia terus keluar balik. Aku yang da tido m**i ni pun boleh terkejut.

 

Lepas dia keluar tu aku pun tido balik. Baru je nak terlena, tiba- tiba aku rasa ada orang pegang kaki aku. Aku ingat tikus da naik katil. Aku pun tendang benda tu. Malas nak buka lampu sebab penat sangat. Dan kali kedua kaki aku kena pegang. Kali ni aku memang rasa tangan orang. Aku fikir roomate aku lupa kunci pintu bilik dan ada orang lua ceroboh bilik aku. Benda tu pegang kaki aku dan perlahan-perlahan naik sampi pangkal peha dan aku terus kena TINDIH!!! Aku meronta-ronta nak lepaskan diri sebab benda tu besar dan aku da sesak nafas.

Macam-macam ayat aku baca dengan mata tertutup. (Memang mata aku tak boleh buka langsung dan aku tau aku bukan mimpi). Dan masa tu aku rasa ada satu kekuatan lain dan aku boleh tolak benda tu jatuh dari katil. Aku dengar dengan telinga aku bunyi macam orang jatuh. Aku terus bangun dari katil dan buka lampu. dan takde apa-apa pun atas lantai!!!!! Dan aku pun terus sambung tido..sebab kalau minta tolong konfirm la takde orang nak tolong kan..masing-masing da lena dibuai mimpi indah.hahaha.
Tahun ke3 takde apa yang jadi sebab roomate baru aku rajin ngaji. Hehe. Tahun ke4 aku pindah ke blok yang pernah ada kes budak b***h diri.

Aku minta bilik single di tingkat 4. Masa tahun 4 ni aku selalu balik malam.kadang pukul 2 3 pagi baru balik bilik. Keluar lepak dengan member. Yelaa. Dok bilik sorang2 cakap dengan dinding je.huhu. sampai la satu hari tu aku rasa macam ada benda lain dok menumpang dalam bilik tu. Sebab nya setiap kali masuk bilik mesti aku rasa ada orang tengah berdiri kat tepi pintu bilik. Masa aku tido mesti aku rasa ada benda diri tepi katil tengok aku tido. Kadang-kadang tu masa tido aku rasa tepi katil aku mendap macam ada orang duduk.

 

Tapi aku buat tak tau je. Sampai la satu hari tu, kawan aku tumpang tido bilik aku. Aku bentang toto je kat bawah dan aku tido atas katil. Yela. Da katil single kan. Mana muat dua orang budak debab. Hehe. Dan malam tu aku tido nyenyak sekali. Tapi kawan aku tak tido lagi sebab dia tengah bergayut dengan pakwe dia. Dan malam tu macam- macam bunyi dia dengar. Bunyi guli la bunyi orang seret kerusi la. Pagi tu terus dia bagitau aku dia nak tido bilik kawan dia pulak. ( Padahal dia kata nak tumpang 3hari) . Petang tu kami buat asignment sama-sama. Dan dia bagitahu aku yang dia tak boleh tido sebab dia kena ganggu.

 

Lepas je kawan aku tegur, malam tu aku da kena ganggu. Hampir setiap malam aku akan bermimpi aku menyusukan bayi. Dan bila aku sedar, benda tu seperti benar-benar berlaku sebab aku akan rasa breast aku sangat sakit macam baru lepas menyusukan. Dan ada satu malam time tido aku rasa benda tu berdiri di tepi katil aku. Aku tersedar tapi aku masih berlakon macam tengah tido lagi.

Dan aku membuka mata aku sedikit dan masa tu berderau d***h aku. Sebab benda tu betul-betul depan muka aku. Aku boleh nampak jelas sebab bilik aku tu takde langsir so waktu malam bilik tu terang kerana dilimpahi cahaya bulan walaupun da tutup lampu. Kikiki. Aku terkejut dan hampir menjerit. Dan benda tu terus berada di hujung katil aku (belah kepala) dan dia tengok aku dari kedudukan kepala aku. Tapi memang muka dia dekat sangat dengan muka aku. Aku da mula terfikir nak lari keluar bilik. Tapi kalau lari pun mana ada orang bangun time macam ni.

So aku pasrah kan lah diri aku malam tu. Macam-macam ayat aku baca. Bila aku baca ayat suci, benda tu berdengus tepi telinga aku. Tak lama lepas tu, dia berdiri semula di hujung katil belah kepala aku, dan dia tekan kepala aku kuat-kuat seperti mengurut. Tapi tak best langsung.

Sakit gila. Terus aku tak boleh tido. Dan malam tu aku menangis. Bukan sebab kena ganggu. Tapi sebab esok pagi-pagi kol 6 aku da keluar pergi praktikal. Dala aku tengah stress praktikal. Stress dengan tesis lagi. Nasib baik la aku boleh menghabiskan pengajian aku walaupun tak cemerlang. So junior-junior akak, satu je pesan akak. “Jaga-jaga..ada yang memerhati” .. hhahahha

– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

12 thoughts on “Pengalaman Misteri Kolej Zaba”

  1. Awat x merajinkan diri mengaji gak mcm rumate yg sorg tu,kan dh terbukti benda tu x kacau bile bilik tu DIISI dan ade PENGISIAN…

    Reply
  2. Sepatutnya bila dah tau yg bilik okay bila ada yg rajin mengaji, amalkn lah.. sy sendiri pernah ada pengalaman sihir & gangguan dan sampai tahap rasa diri mcm dah nak gila. tapi lepas tu dtg kesedaran yg xkn selamanya berharap diubat org je tp diri sendiri lalai. Lepastu sy mula x tinggal solat, solat awal waktu, baca al-quran tiap hari & play audio al-quran tiap kali ada dlm rumah. gangguan tu makin kurang, saya makin sihat. Cuma bila period, ada lah kena kacau sikit2.. yg penting, amalan tu jgn abaikan sebab tu semua boleh jd pendinding kita, InshaAllah..

    Reply
  3. aku harap ni kolej zaba kat upm bukan ukm. kalau ukm, tumpo dik, bilik no.7 tu blik aku skrg. tapi klau ye la tu bilik aku, alhamdulillah laa aku dah duduk bilik tu 5 sem, takde pape.

    Reply
    • mmg UKM pon….Za’ba UKM mmg pames sal bnda2 ni….kes b***h diri/terjatuh mmg jadi kat sana taun 2009…

      Batch 2007-2010

      Reply
  4. kalau baca cerita..bukit, kes b***h diri, akak yakin ni UKM punya zaaba. (UM, UPM dan UPSI pun ada kolej zaaba).

    Akak adalah batch pertama menghuni kolej tu. dulu kolej tu kitorang panggil kolej al-kausar sebab belum tukar hakmilikan kepada ukm lagi masa tu. Masa tu kebanyakan yang huni situ adalah mereka2 yang di’buang’ kolej sebab tak mengundi calon-calon pilihan uni (ade hakak kesah?). So banyaklah budak FPI dan FUU yang jadi penghuni. konon-konon nak bagi kami terseksa sebab kolej jauh, naik bukit, bayar mahal dari kolej lain. Tapi tetap takde hal laa.

    The best part is, surau kami masa tu sentiasa penuh masa solat fardu. Akak pun kadang-kadang lepak surau siapkan assignment dan terus solat Jemaah. Pengurus kolej masa tu lepasan uia. Pandai bahasa arab. Dan pun buat macam-macam aktiviti nak tarik orang imarahkan surau masa tu.

    Lepas je tukar management kepada UKM..maka bermulalah episode pelbagai aneka hiburan diperkenalkan. nama al-kausar pun dah takde lagi. selalunya org2 yang terawal masuk kolej baru yang kena gangguan kan? tapi Alhamdulillah…tahun ke 2, 3 dan ke 4 kat situ, aman damai sejahtera. Kawan-kawan akak pun majority cakap tenang dan damai. cuma masa batch akak, ada few cases bunian naik teksi dan drop kat kolej tu. bunian berjubah berserban. Dan ada seorang ustaz yang bijak pandai dalam hal ehwal mistik pun cakap, tak jauh dari situ ada perkampungan bunian yang baik-baik.

    Lepas akak grad in 2007, dengar macam-macam cerita. kes b***h diri je ada 2 kali yang masuk paper. yang pasti bila jengah semula alkausar /zaaba baru-baru ni..akak rasa sedih. ketenangan yang akak rasa dulu dah takde. 🙁

    Reply
    • Saya di zaba(al kausar) sekarang..in shaa Allah apabila kita banyak mengaji zikir dgr bacaan quran..tdk ada apa2 yg berlaku..gangguan kecil tu biasa la..adat di hostel..huhu

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.