Pengalaman Overnight Di Teluk Batik Yang Membawa Padah #Vol.2

#Dhia
Assalammualaikum readers. Masih ingat lagi akan kisah yang aku ceritakan tentang tragedi overnight aku di Teluk Batik? Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah pengalaman aku. Banyak review yang aku baca dari readers semua. Terima kasih sekali lagi.
Oh ye terima kasih juga kepada admin kerana memperbaiki tajuk asal aku, (yang aku nak letak adalah ‘Overnight’ je sebenarnya), tak ada idea malam tu.

Jadi vol.2 ni bukan lah aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi selepas itu, tragedi malam tu berakhir di situ, dengan Una yang lenyap entah ke mana sampai sekarang. Tetapi, apa yang aku nak rungkaikan malam ini, adalah apa yang sebenarnya terjadi pada malam kami bertujuh overnight di Teluk Batik tu.

Terpulang jika ada yang mahu percaya atau tidak, tetapi kisah ini lah masih kekal dalam ingatan kami bertujuh sehingga sekarang. Sekali lagi, tiada sambungan, sebabnya aku pun reader fiksyenshasha, aku faham betapa terseksanya jiwa baca cerita sambung-sambung ni. Ibarat tengok cerita hindustan, baru nak keluar part lagu sedap, baru nak feeling-feeling kajol, Pap! elektrik kat rumah terpadam. Yes, i feel you.

Jadinya begini…..
Tak aku sangka hari yang admin post kisah aku tu, kawan-kawan lama aku merupakan antara readers fiskyen shasha jugak. Aku tak sure la diorang baca direct dari page ke atau sebab orang lain share. Jadi mereka dapat rasakan yang aku menceritakan kisah kami kepada umum. Asalnya, aku memang tak mahu mereka tahu yang aku menulis tentang mereka, kerana aku tak nak mereka mengimbau tragedi lama tu, tetapi nak buat macam mana, mereka lebih peka dari yang aku sangka.

Malam yang kisah aku dipaparkan tu, kawan-kawan lama aku, si Maria dan Acap ada whatsapp aku. Bertanyakan jika aku betul memang ada menulis kisah kami, aku terpaksa mengaku. Acap masih berhubung dengan Johan dan Ray. Manakala aku dan Maria masih lagi kawan baik sampai sekarang. Didapati rupanya Acap dan Maria ada membaca penulisan aku. Dan Acap turut menyuruh Johan dan Ray baca jugak. Jadi malam tu, kami buat whatsapp group untuk kami berlima membuka balik tragedi overnight kami.

Sepuluh minit bertanya khabar dalam group, Fizi telah dijemput masuk dalam group oleh Ray. Fizi terpinga-pinga dengan apa yang diperbualkan. Makanya kami paksa Fizi baca penulisan aku. Jadi bermulalah satu persatu perkara yang berlaku pada malam tu yang masing-masing tak ketahui sesama sendiri. Atas alasan, tidak mahu kawan-kawan kelam kabut dan panik malam tu. Bijak jugak kawan-kawan aku ni.

#1
Mereka tanya betul ke aku nampak benda putih berterbangan masa kami semua berlari ke kereta tu dan betul ke aku nampak benda berikat tengah melompat masa keluar dari kawasan parking teluk batik tu. Ya. aku mengaku kepada mereka. Aku tak mahu ceritakan kerana situasi masa tu masih kelam kabut, masing-masing tengah berdoa dalam hati supaya tak berlaku apa-apa. Jadi aku pilih untuk taknak mengeruhkan keadaan.

#2
Ada readers yang komen, “mesti ade cakap apa-apa atau tegur apa-apa ni”. Benar. Kami mengaku. Dalam group whatsapp kami, Johan dan Ray mengaku ada terlanjur kata pada malam tu. Masa mereka berempat nak pergi ke kereta sebab nak ambil botol air tu, mereka ada menyakat Maria. Aku tanya, apa yang mereka usik. Mereka kata mereka ada takutkan Maria.

“Weh Ya. (singkatan untuk Maria). Ade benda la sebelah kau tu. Heeee tak de kepala. Lari cepat Ya…” Asalnya tak ada apa pun, tapi sengaja untuk usik Maria. Ditambah dengan Ray..

“Ya. Benda tu suka kat kau Ya. Abes la.. Lepas ni dia ikut kau balik” Maria marah-marahkan Johan dan Ray kerana bercakap yang bukan-bukan.

#3
Ya, Fizi ada menegur ‘benda’ tu masa mereka nampak di bawah tiang lampu.
“Korang! pebende tu? tengok tu…” Silapnya disitu, ‘benda’ tu memang tengah tenung Fizi. Orang kata, kalau nampak ‘benda’ tu, jangan ditegur, nanti benda tu nak ikut kita. Silap besar kau Fizi..

#4
Ini datang dari Acap. Acap kata, sebenarnya dari kami sedang lepak gelak-gelak dan berbual sambil duduk bawah tiang lampu lagi Acap dah berasakan sesuatu. Silap kami sebab terlalu bersuka sangat malam tu sampai tak hirau keadaan sekeliling. Ingat tak aku cakap yang kami main truth or dare malam tu. ada yang kena berdiri sambil menari dalam bulatan. Kata Acap, masa Ray kena menari tu, ada benda sedang duduk bersembunyi belakang Una. Tapi tak ada sesiapa yang nampak selain Acap. Rupanya seperti bayang hitam dengan kepala sahaja dengan mata kemerah-merahan.

#5
Perjalanan balik dari Lumut ke rumah kami, aku ceritakan kepada mereka yang aku nampak sesuatu sedang duduk di sebelah Maria di seat belakang. Dan mereka kata mereka nampak ada batu besar sedang menumpang di atas kereta kami. Maria kata, pada masa tu, bau busuk yang amat di dalam kereta, masing-masing bau sebenarnya, tapi tak nak menegur sebab memang dah tahu benda tu ada dengan mereka. Bau busuk yang mengalahkan bau bangkai, sampah dan najis yang kuat dalam kereta sampai Johan terpaksa bukak tingkap kereta walaupun masing-masing risau sebenarnya. Takut ada benda lain yang masuk dalam kereta.

#6
Ada yang kata, kenapa kami tak baca surah atau doa apa-apa. Ada. sesampai kami di Mamak Taman Maju, kami duduk minuk sekejap dan kemudian kami buat keputusan untuk balik ke rumah sewa. Sebelum masuk kereta, kami baca ayat Qursi. tetapi tak tahulah, mungkin benda tu dah siap sedia menunggu dalam kereta. Semasa Fizi kerasukan malam tu pun, ada antara kami yang terkumat kamit baca doa dalam hati walaupun dalam keadaan berterabur. Tetapi seakan benda tu semakin menjadi-jadi.

#7
Sampai sahaja di rumah kami, masih ingat tak aku kata Fizi suruh kami keliling pokok mangga rumah kami 3 kali? Nak tahu apa yang Ray nampak sebenarnya malam tu? Kata Ray ‘benda’ tu menyerupai nenek tua yang bongkok dengan rupa yang hodoh tengah join kami keliling pokok mangga tu, benda tu berdiri belakang Una. Dia berpaut pada Una. Sebab tu budak-budak lelaki sanggup nak temankan kami malam tu. Cuma aku dan Maria je yang tak sedar apa yang berlaku.

#8
Situasi Fizi dirasuk, Fizi kata sebelum benda tu mula masuk ke dalam badan dia, dia rasakan ada satu haba yang panas tengah melekap di belakang tengkuknya. Bila dia pegang tengkuknya, dia terpegang tangan seseorang. tangan yang berketul berbiji-biji. Aku tak nak tanya lebih-lebih part ni kat Fizi, sebab masa aku sembang dengan dia orang dalam group whatsapp ni pun dah pukul 2 pagi. Seram tu masih terasa sampai hari ni.

#9
Aku tanya, apa sebenarnya yang berlaku semasa Ustaz Arif masuk ke dalam rumah untuk ubatkan Fizi dan Acap sampaikan tunggang terbalik meja makan kat rumah kami malam tu. Cerita Johan dan Ray. Ustaz Arif mulakan dengan bacaan surah sambil memegang kepala Fizi.

Ustaz kata benda yang merasuk Fizi tu adalah ibunya manakala yang merasuk Acap tu adalah anaknya. Semasa bacaan surah, Fizi dan Acap serupa binatang, sekejap mengerekot, sekejap membongkok, sekejap serupa biawak, sekejap kekejangan.

Ada sekali badan Acap berubah, seumpama ada satu bonggolan besar macam unta di belakang badannya. suara tak payah cakap la. Macam-macam bunyi yang aku dengar dari luar. Walaupun tak kuat, tapi cukup seram sampai aku ingat hari ni. Acap cuba nak panjat kerusi meja makan kami, ada kerusi yang dibalingnya. Antara dialog perbualan ustaz dengan benda yang tengah merasuk Fizi…

Ustaz: “siapa kau? kenapa kau datang sini. Aku nak kau balik ke tempat kau sekarang!”
Fizi: “Ha ha ha (benda tu gelak kasar) kau nak suruh aku balik sedangkan mereka ni yang kacau tempat aku!”
Ustaz: “apa yang mereka kacau? aku tak peduli la. aku nak kau balik malam ni lah setan! kau buat budak-budak ni penat!”
Fizi: “aku sukaaaa…. (suara garau) aku sukaaaa HA HA HA!!!!”
Ustaz: “aku kata balik! sebelum aku sembelih kau!”
Fizi: “aku tak nak! rumah aku kena kacau! Aku tak takut dengan kau! Aku nak duduk sini!”
Ustaz Arif menyambung dengan bacaan surah-surah dan memaksa benda tu keluar dari badan Fizi. dan kemudian dia mengeluarkan pulak benda tu dari badan Acap.

#10
Sebelum ustaz Arif balik, Ustaz ada pesan kepada Johan dan Ray. Katanya, banyak benda yang ikut kami balik malam tu, tapi dia tak sempat nak buang semua, sebab dah nak dekat subuh. Kata dia lagi, kalau ada benda tu lagi, datang rujuk berjumpa dengan dia. Hari esoknya, budak-budak lelaki masih rasakan sesuatu, tapi tak berani nak berjumpa dengan Ustaz Arif. takut kena hambur lagi.

#11
Beberapa hari lepas kejadian malam tu, budak-budak lelaki kata susah nak tidur malam, rasa ada benda yang tengah perhatikan mereka, sampai ada yang rasa benda tu tengah tenung dari tingkap bilik tidur masing-masing. Sampaikan hari terakhir nak kemas rumah sebab nak pindah keluar, 5 jam kemas rumah, tak jadi apa. makin dikemas, makin bersepah. Allah.. kesian pulak kat dia orang ni. mujur lah tak jadi kat aku, Maria dan Una.

#12
Sampai ke kisah Una. Aku ceritakan apa yang aku rasakan tentang Una pada hari-hari terakhir dia menyewa dengan kami. Mereka dah boleh agak ada sesuatu yang berlaku pada Una. pada masa ni, Una memang rapat dengan Acap, kata Acap, Una selalu mesej-mesej dia, kadang komen-komen di friendster. (Ooo.. patut la kau sibuk nak teman aku dengan Una pegi toilet malam tu. skandal rupanya!) Acap cerita.

Lagi 2 hari sebelum keluarga Una datang ambil dia, Una ada mesej Acap. Malam tu kami lepak di kedai makan untuk habiskan masa bersama, ingat tak aku cakap aku ade ajak Una untuk makan malam sama-sama, tapi Una tak nak. Dalam masa yang sama, Una ada mesej Acap.

Acap rahsiakan kerana tak mahu pecah rahsia yang Una sedang mesej-mesej dia. Mesej Una, “Cap.. aku nak balik. aku minta maaf tau. aku nak stay lama-lama dekat sini, tapi dia suka kat aku”. Aku sebenarnya tak faham maksud “tapi dia suka kat aku ni”..

Aku tanya Acap, kenapa dia tak tanyakan Una apa maksud Una tu.. kau orang nak tahu Acap mesej apa balik kat Una?

“Hurm.. yeke Una.. aku suka kat kau, tapi sorry aku tak tahu aku ni orang ketiga je. Aku tak tahu ada orang lain yang suka kat kau jugak.” Facepalm disini! Aku rasa benda tu sebenarnya yang suka kat Una, boleh pulak si Acap ingat ada lelaki lain dalam scene ni! Ini kisah seram kau tahu tak Acap! bukan kisah cinta tiga segi kau! Adui lah Acap.

#13
Ada reader yang bertanya, kami tak jumpa Una di konvo ke? Jawapannya tidak. Una tak datang konvo. Seperti yang aku kata sebelum ni, hari terakhir Una di rumah sewa kami adalah hari terakhir kami nampak Una. Segala nombor telefon, friendster, mahupun apa-apa, kami tak dapat trace sampai sekarang.

Hari konvo ramai yang bertanyakan tentang Una, tetapi tak ada siapa pun yang berjaya contact Una. Ada juga reader yang suggest untuk kami rujuk ke pusat pentadbiran uitm untuk dapatkan alamat rumah Una. good point! mungkin kami boleh cuba usaha disitu.

#14
Selepas dari hari Una keluar dari rumah sewa, banyak mesej dan missed calls yang aku tinggalkan kat Una. begitu jugak Maria. Apatah lagi Acap yang sememangnya hari-hari mesej Una tetapi tak ada satu pun yang berbalas.

Una masih tanda tanya pada kami sehingga hari ini. Mungkin ada sesuatu yang berlaku pada Una atau Una dah tak mahu berkawan dengan kami lagi. Maaf Una. Maaf sebab aku ajak kau overnight malam tu. mungkin kau serik dengan kejadian tu. Aku cuma harap kau dalam keadaan baik sekarang dan kawan-kawan kau sedang rindukan kau (kalau kau baca la Una…)

Lepas daripada kejadian tu, kes kami jadi kecoh kerana Ustaz Arif, Puan Masitah dan Puan Rozita melaporkan kepada koordinator kami. Mujur kami tak dipanggil atau tak dikenakan sebarang tindakan. Kes kami jadi isu perbualan hangat di fakulti, tapi ramai yang tak ketahui identiti yang terlibat pada malam itu. Pada kawan-kawan kelas aku yang dah tahu sekarang kenapa Una senyap, ini lah sebenarnya apa yang terjadi malam tu. Kisah sebenar yang kau orang dengar dari mulut ke mulut. Sebab tu aku senyap je masa tengah heboh pasal ni. sebak sebab kehilangan seorang housemate, roomate dan classmate kerana ini.

Jadi ini lah penamatnya tragedi kami. Kami masih keliru dengan Una dan serik dengan silap kami malam tu. ya, memang wajar kami dimarahi Ustaz Arif malam tu. Kami mengaku, memang salah kami sebab melanggar banyak undang-undang angker. Sejujurnya kami d***h muda yang sentiasa mahu mencuba sampai kadang-kadang terlanggar batas yang sepatutnya.

Kepada Johan, Ray, Fizi, Acap dan Maria… thank you sebab cari aku balik. Ini semua iktibar kepada kita supaya tak terlampau suka sampai melanggar batas. aku tahu kau orang dah matang sekarang (sebab ada yang dah jadi bapak orang), dan Acap, aku tahu kau masih rindukan Una…

p/s: aku jawab soalan-soalan readers.
-Ya betul la tekaan anda dari mana kampus kami tu. Sengaja aku tak nak tulis, sebab aku tahu ramai yang akan teka dengan betul.

– Ya. Kami sewa kereta kat tempat yang famous tu. Haha

– Minggu sewaktu kejadian, kami dah habis assessment, dah habis hantar final project, cuma menghabiskan baki-baki hari terakhir kami di fakulti. Org kata hari cleaning la, kemas-kemas studio, kemas-kemas barang, jadi banyak masa yang tinggal.

-Kami tak tahu setiap satu makhluk yang mendatang pada kami malam tu, aku pun bukan lah expert, tapi dari segi apa yang aku cerita, readers boleh agak kan..

– ya, kami degil dan belajar dari silap. Orang muda mana yang tak pernah merasa muda kan. Hihi disebabkan muda, banyak benda yang kami tak tahu nak buat. Contoh, macam mana tak nak kasi benda tu ikut balik dan sebagainya.

– aku tahu ramai yang tahu betapa angkernya teluk batik tu, kami masa tu dalam keadaan tak ada facebook, tak banyak benda viral, tak amik pusing sangat pasal tempat-tempat keras ni, apa yang kami tahu nak enjoy je. Haa enjoy la sampai hilang kawan macam ni. Padan muka.

-betullah kata orang, laut adalah tempat buangan. Sekali dapat, segala macam pakej kau akan bawak balik.

– ada yang tanya, nama dah diolah, tak nak kawan-kawan tahu, tapi macam mana nak jumpa balik. See. Mereka dah contact aku balik, cumanya tak sangka banyak perkara yang dirahsiakan malam tu. Seperti jangkaan aku, lambat laun kawan-kawan aku akan tahu jugak yang aku menulis pasal diorang. Tak sampai 1 malam, diorang dah bertubi whatsapp aku.

-dan ya, aku baca setiap satu komen readers sebab aku mengharapkan ada la Una komen.. (masih mengharap)

Wassalam…

Dhia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

22 thoughts on “Pengalaman Overnight Di Teluk Batik Yang Membawa Padah #Vol.2”

  1. Allah dah warning dalam alQuran, tapi hangpa tak nak ikut, tu sbb jin/setan tu ikut hang balik nak temankan hangpa semua.

    “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf:36)

    Reply
  2. una tgh merajuk lagi tu..kene p crik..yg ustz arif kate ade saki baki tu, dorg p berubat tk? ke biakan je ekh…

    Reply
  3. Suka hntu tu dpt umh bru xyah duk kat laut lgi. Kesian la plak kat student2 yg bru masuk sure ada kena kacau.

    Reply
  4. harap sangat ada sambungan pasal korang ni. means aku harap una akan contact korang. barula happy ending untuk aku. korang dah reunite ni kira happy ending gak ah. takpe lepas ni kita ambil iktibar jangan buat benda yg sama. ikhtilat kena jaga.

    Reply
  5. Aku baru je lepas balik bercuti dari teluk batik dengan kawan2 aku. Tapi alhamdulillah takde ape2 yang berlaku. Harap Una dalam keadan baik .

    Reply
  6. Kalo sesiapa yg pernah dok OBS mesti tau keangkeran Teluk Batik tu…mn yg dh tau mmg sorry lah takkan dok saner mlm2…kata org2 tempatan kt situ…tempat tu tempat pembuangan segala benda yg x elok…kome jgn sesekali kalo jumpa tepi pantai nampai botol kaca tertutup pi ambik…takut dlm tu ada benda yg x elok…apa pon anggaplah itu suatu pengajaran…x kena kita x serik…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.