Assalam & Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca setia FS.. Lama dah rase tak share pengalaman-pengalaman seram kat sini. Last tak silap saya share kisah “Diganggu Langsuir” atau “Kedai Makan Misteri” rasenye. Saya pun tak ingat dah. Haha. Ok. Kali ni saya nak share kisah misteri yang saya dan suami kena masa kami nak balik kampung di pantai timur iaitu Terengganu.
Kami suami isteri biasanya kalau nak balik kampung, suka nak gerak time tengah malam. Kengkonon atas alasan sejuk dan kenderaan tak banyak atas jalan. Mase tu masih berdua lagi. Jadi tak heran sangat kalau nak gerak time malam. Sekarang semenjak Allah swt bagi rezeki anak, kami lebih suka gerak siang hari kalau nak berjalan jauh.
Jadi, lepas Isyak, suami dah siap simpan barang dalam kereta dan dah selesai cek suis rumah dah bertutup dan sebagainya, kami pun mulakanlah perjalanan. Kami ambil jalan Gerik untuk balik ke Terengganu. Time tu saya yang drive. Kisahnya bermula bila kami dah start lalu Tasik Banding. Lepas lalu Tasik Banding, suami syorkan aircond kereta dioffkan dan buka tingkap. Konon boleh le nak jimat minyak sikit. Maklumlah jalannya memanjat bukitkan. Campur suami nak merokok sekali (time tu suami masih perokok tegar. Sekarang alhamdulillah dah berjaya berhenti smoking).
Dalam 5 minit lepas suami habiskan sebatang rokok, tiba-tiba terbau wangi. Tapi saya tak cakap apa-apa dan hanya tunggu reaksi suami. Dalam seminit dua bau wangi tu pun hilang. Suami diam je jadi saya andaikan mungkin saya sorang je yang terbau. Tak lama lepas tu, bau wangi tu datang semula dan kali ni saya perasan suami ada pandang-pandang pada saya tapi masih belum cakap apa-apa. Saya pandang suami dan buat macam takde apa-apa dan teruskan memandu macam biasa. Kemudian lepas seminit dua bau wangi tu pun hilang. Masa ni saya dah rase pelik sikit sebab suasana dia macam sunyi je.
Biasa kalau malam kat hutan akan ade bunyi unggas dan lain-lain walaupun mase tu kite tengah naik kereta. Tapi time jadi ni suasana dia lain. Macam tak dengar bunyi unggas-unggas tu semua. Senyap je. Tak tahu nak explain camne. Tak lama kemudian bau tu datang semula dan mase suami pandang pada saya semula, saya terus letakkan tangan pada mulut supaya suami tak cakap apa-apa. Saya terus naikkan tingkap belah suami dan belah saya dan hidupkan aircond. Tak sampai seminit bau tu pun hilang.
Dah agak lepas dalam 10 minit kami diam dan masa tu pun kami dah selamat turun dari puncak titiwangsa, baru kami mula bercakap. Suami tanya saya ade bau ke benda wangi dan saya cakap ada. Kata suami kali pertama bau tu datang, dia macam tak pasti sebab katenye saya diam je. Kali kedua tu dia pandang-pandang saya sebab nak tengok sama ada saya ada bau ke tidak. Mase ni suami kate dia fikir mungkin bau wangi bunga yang ada dalam hutan yang kami lalu tu. Tapi bila kali ketiga bau, dia dah ada rasa macam sikit seram sebab terfikir takkan bau bunga kejap-kejap macam tu. Syukur jugak sebab suami tak tegur sebab kan orang-orang tua pesan kalau ade bau-bau macam tu jangan tegur. Tambah orang-orang tua kate kalau bau wangi tu tandanye ‘bende’ tu jauh. Kalau bau busuk ‘benda’ tu dekat.
Saya pun cakap kat suami, mane rope bau bunga hutan sebab kira kereta bergerak dengan laju jugak time tu. Tambah yang jadi peliknye kami takde terserempak dengan sebiji lori pun mase bau-bauan tu datang. Kalau sesiapa yang rajin lalu jalan tu ,memang akan tau yang macam mana pun mesti akan terjumpa sekurang-kurangnya dengan sebiji lori dalam perjalanan mendaki dan turun puncak titiwangsa tu. Maklumlah, laluan utama pemandu-pemandu lori. Jadi tu yang saya tak nak cakap apa-apa mase terbau tu. Lepas tu perjalanan kami berjalan dengan lancar sampailah kami masuk highway LPT2. Time ni tol-tol tu belum dibuka.
Dekat highway time ni boleh tahan banyak le jugak kenderaan yang lalu lalang walaupun dah lewat malam. Almaklumlah masih free dan jarak nak sampai ke destinasi yang sebelum ni jauh pun dah jadi dekat. Jadi saya pun teruskan perjalanan macam biasa. Tekan jugak le minyak tapi masih ikut had laju 110km/j. Haha. Acah-acah ikut undang-undang. Bila nak sampai ke hentian rehat Perasing yang masuk jauh ke dalam tu, saya dah perasan yang tiba-tiba lampu kereta saya jadi macam kurang cerah sampaikan line jalan tak nampak. Tapi saya maintain jugak bawak macam biasa sebab saya tengok lori depan saya dalam 500m ok je. Kan highway tu jenis lurus. Jadi kalau kau ada 1km kat depan pun boleh nampak lampu belakang kereta kau.
Tiba-tiba bila dah lepas betul-betul simpang nak masuk ke hentian Perasing tu (saya duduk dilorong kanan), ade banyak kon yang petak-petak besar di depan kami. Memang terkejut beruk saya. Terus tangan saya balas stereng kereta ke kiri tanpa tekan brek. Tapi di depan kami di lorong kiri tu pun ade kon petak-petak tu jugak. MasyaAllah. Bayangkan macam mana paniknye. Tangan suami dah pegang stereng kereta dan tangan kiri saya cepat-cepat tarik handbrake. (Tak berapa mahir nak terangkan macam mana handle situasi kelam kabut ni. Jadi harap korang boleh faham ye). Terhentam jugak le satu dua kon. Debar jantung tak payah cakap lah. Boleh terbalik kereta ikutkan sebab kami naik 4wd masa tu. Terkedu kami berdua dalam 2 minit lepas kereta berhenti. Lepas tu suami terus turun untuk tengok kereta .Saya risau jugak takut ade yang nak aniaya ke apeke. Jadi lepas suami turun dari kereta memang saya terus lock kereta tapi mata memerhati mana suami pergi..
Sementara suami cek kereta diluar, saya jadi pelik macam mana kon-kon tu boleh ade di dua-dua lorong tu sebab jelas depan mata saya,l ori yang saya kata 500m depan kami tu jalan elok je. Lori tu duduk di lorong kiri mase tu. Ni masalahnya di lorong kanan ade kon dan depan sikit dalam 2 ke 3 langkah di lorong kiri pun ade kon. Kalau ade yang nak pedajai, takkan cepat sangat depa nak susun kon tu sebab beratkan. Tambah ade air dalam kon tu. Mungkin untuk elak kon-kon tu dari terbalik atau terbang bila ade kenderaan laju lalu dekat situ.
Dalam 20 minit, suami pun masuk dalam kereta. Katenye cover atas tayar depan belah driver patah. Lampu depan dan spotlight belah driver pun pecah. Kate suami lagi dia tak puas hati jadi dia pegi dekat kon-kon yang dilorong kanan tu nak tengok kut-kut jalan tu berlubang ke ape tapi katenye takde ape-ape pun. Jalan di dua-dua lorong takde sebarang masalah. Kon-kon di lorong kiri dah clear sebab kami dah rempuh. Ade jugak 1 motor dinaiki 2 orang lelaki yang berada di seberang jalan tengok pada kami. Tapi kami pun pandang sahaja dari dalam kereta.
Tak tunggu lama kami pun sambung semula perjalanan. Tapi memang jadi tanda tanya macam mana kon-kon tu boleh ade dalam kedudukan begitu. Sebab suami pun kate dia pun nampak lori tu jalan macam biasa dan tak nampak pun macam ada tanda-tanda kon mase lori tu lalu di depan hentian Perasing tu. Kalau nak pedajai cari duit, takde pulak lori tarik muncul secara tiba-tiba. Ade jugak terpikir kut lori tu tak wujud kut saje je muncul depan kami sebelum kejadian tapi sebelum kami nak keluar exit Bukit Besi, ternyata lori tu wujud sebab elok je kami p****g lori tu. Haha. Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung halaman pada jam hampir jam 3 pagi.
Dah cerah esoknye jenuh jugak bersoal jawab dengan sedara mara. Mak sedara adalah bagitau yang cousin baru baik dari demam. Kes kena dekat LPT2 tu jugaklah. Cousin ni nak naik highway LPT2 tu. Dia naik ikut exit Kuala Dungun. Elok sampai kat tol tu, katenye ade orang perempuan(toll gate girl) mintak duit tol. Jadi disebabkan dia mase ni baru first time nak try LPT2 tu dan tak tahu yang highway tu masih percuma dan tempat nak bayar tol tu masih belum siap lagi, dia pun bayar je la. Bila sampai tempat keje dia pun cerita kat kawan-kawan yang dia kene bayar tol sekian-sekian. Kawan-kawan dia bagitahu la yang merepek apa sebab tol pun tak siap lagi.
Mula-mula dia tak percaya sebab ingat kawan-kawan dia nak sakat tapi mase balik dia tengok memang betul tol tempat dia bayar duit tu masih tak siap lagi. Tak macam mase dia tengok pagi tu. Dia pun ape lagi. Terus pecut balik rumah dan macam biasa. Demam terkejut 2,3 hari jugak. Saya tanye pada cousin tu, duit yang dia bayar tu ade lagi tak kat situ? Katenye tak sempat langsung nak tengok sebab rase seram dan takut melebihi akal waras. Hadoii. Tu lah antara pengalaman yang pernah dilalui sape-sape yang lalu kat LPT2 tu. Cuma persoalan tentang kenapa lampu kereta saya jadi suram dan macam mana kon tu ade disitu masih menjadi tanda tanya sampailah saat saya menaip kisah ni.
Hope korang enjoy la bace kisah ni ye. Harap maaf jugak andai ade part yang korang tak faham. Cuma nak bagi pesanan,seeloknye sentiasa pasang cd mengaji atau cd ayat-ayat mat’thurat( maaf andai salah ejaan) bila nak berjalan jauh. InsyaAllah boleh elak dari kejadiaan seram yang tak diingini. InsyaAllah jugak andai ada rezeki lagi, nanti saya sharekan kisah-kisah seram sepanjang rumah saya jadi pondok polis dulu ye.
Assalamu’alaikum & cau cin cin.
-yaya-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Hashtag #siganu …
Uiissshhh…
Seb bek tgh kelajuan normal kan…
Dibuatnye tgh layan speed mau kemalangan maut tu weeeiii…
Main kasoorrr btol benda alah ni…
Alhamdulillah cume kerosakan kecil tanpa kecederaan…
Best cite anda..saya bgi 5 bintang !
cite best but!!!!!!
ko kata dari perak lalu grik .
sampai lpt pulak lalu perasing rnr kena main ngan hantu lori .
cam mana lak ko boleh exit bukit besi dan p****g lori.
sedang lpt2 akan lalu ajil, bukit besi seterusnya perasing.
tapi ko cita dah turun bukit besi dah p****g lori tu tetiba lak ko eksident kat perasing.
”Ade jugak terpikir kut lori tu tak wujud kut saje je muncul depan kami sebelum kejadian tapi sebelum kami nak keluar exit Bukit Besi, ternyata lori tu wujud sebab elok je kami p****g lori tu. Haha.”
lori tu hantu ke ko yang hantu. ni ???
terfikir benda yang sama dan baru nak tanya penulis.
Haha….. cuba menulis lg..