Pengalaman Semasa Belajar di Politeknik

Hi Assalamualaikum,

Nama aku V, aku akan ceritakan pengalaman yang berlaku semasa aku belajar di sebuah Politeknik. Politeknik aku ni dekat hujung utara.

Kebakaran dan Histeria

Malam kejadian semuanya biasa sahaja seperti malam malam sebelumnya. Tepat pada jam 1 pagi , tiba tiba loceng kebakaran berbunyi. Kami ingatkan latihan kebakaran biasa, rupa-rupanya berlaku kebakaran di bahagian bilik pantri Blok 5 pada aras 1 di kolej perempuan. Kami berkumpul di padang kawad untuk pastikan tiada penghuni asrama yang terperangkap.

Setelah selesai proses padam api kami balik bilik seperti biasa. Keesokan harinya pada waktu malam tepat jam 1.15, blok aku pula terbakar. Yang peliknya, lokasi tempat yang terbakar itu adalah sama di bilik pantri juga. Jadi macam ada sesuatu yang tak kena. Malam kejadian blok aku terbakar haritu, memang kecoh sebabnya blok aku ada budak OKU pekak dan bisu tinggal di situ, jadi mereka tak dengar sampai kami terpaksa pecahkan tingkap bilik mereka untuk bawa mereka keluar.

Seperti biasa, kami berkumpul di padang kawad. Asrama perempuan terdiri daripada 5 blok. Jadi kami akan terbahagi kepada dua bahagian semasa berkumpul. Blok B1 dan B2 berkumpul di padang, B3 (blok aku), B4 dan B5 di padang kawad sebelah kebun kelapa sawit.

Jam menunjukkan pukul 1.50 pagi, kami masih belum boleh balik ke bilik kerana bomba dan polis masih menyiasat kejadian yang berlaku. Tepat jam 2 pagi, tiba tiba berlaku histeria secara beramai ramai pada dua dua belah bahagian tempat pelajar perempuan berkumpul. Lebih 20 orang pelajar yang berada di padang kawad histeria secara beramai ramai. Ada pelajar yang mengilai seperti pontianak, ada yang menangis, ada yang terjerit jerit dan yang paling ekstrem ada yang berlari ke dalam hutan kelapa sawit. Nasib baiklah sempat dikejar oleh pelajar lelaki.

Keadaan menjadi semakin huru hara, kami semua diarahkan untuk balik ke bilik dan tenangkan diri. Bagi pelajar histeria pula dibawa ke surau bawah blok aku. Aku naik ke blok, lampu semua terpadam disebabkan blackout. Jadi kami balik kebilik dalam keadaan gelap. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhati. Alhamdullilah aku tidak diberikan peluang untuk melihat makhluk itu. Aku balik bilik seperti biasa, Semasa dibilik aku masih mendengar jeritan suara pelajar yang histeria. Tetapi aku buat taktahu sahaja. Tepat jam 4.30 pagi, semua pelajar yang histeria telah dirawat.

Keesokan harinya, berlaku pula gas bocor di blok B4.Asrama berasap dengan sangat tebal. Nasib baiklah ramai sudah balik kerana sudah masuk minggu study week. Kami beranggapan pelakunya mestilah terdiri daripada pelajar disitu. Tetapi sampai sekarang masih belum terjawab siapa pelakunya.

Bunyi Keyboard

Untuk pengetahuan semua, aku tidak mempunyai roommate kerana lebih selesa tinggal sendiri. Jadi setiap malam aku tidur seorang dan berbekalkan lampu meja. Posisi katil aku adalah bertentangan dengan tingkap. Dan meja berada di sebelah tingkap. Katil aku betul betul rapat dengan meja sebab senang nak letak barang kan. Politeknik aku ni terkenal dengan Cik ponti. Katanya Cik ponti ni ada je berlegar legar dia kawasan sini. Jadi malam tu aku tertengok status whatsapp kawan aku yang terakam sosok cik ponti duduk di atas pondok telefon. Jadi malam tu aku dah takut dan tak boleh tidur, Aku cuma tidur tidur ayam sahaja.

Jam menunjukkan 2 pagi, malam itu aku tidur berselubung dengan selimut sebab takut kan dahla sorang sorang. Tiba tiba aku terdengar bunyi seperti orang menaip keyboard betul betul di meja tempat aku letak laptop. Tapi aku teringat yang aku dah tutup laptop aku. Laptop aku bukan berada diposisi yang terbuka. Jadi macam mana keyboard boleh berbunyi. Bunyi tu kuat seperti menghentak hentak keyboard. Bunyi keyboard berlarutan dalam tempoh 10 minit tanpa henti.

Tiba tiba bunyi keyboard hilang. Aku masih tak berani keluar dari selimut. Tak sempat beberapa minit bunyi keyboard hilang, aku dengar bunyi suara garau berdengus betul betul tepi tingkap luar bilik aku. Tapi yang peliknya, bilik aku aras 5, aras paling atas sekali. Jadi takkanla suara itu orang pula. Bunyi dengusan dia kuat sangat seolah olah seperti suara lelaki yang sedang marah. Beberapa minit kemudian, suara itu pun hilang. Aku sedar dah siang mungkin terlalu takut sehingga tak sedar bila waktunya aku tidur.

Masih ada banyak lagi cerita seram di tempat aku belajar ini, Nanti bila bila aku akan cerita lagi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 38 Average: 3.9]
V

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.