Pengalaman seram

Assalamulaikum,salam 1malaysia, nama aku liya. Hati aku tiba2 terdetik nak kongsikan pengalaman seram yang berlaku pada diri aku sendiri,aku tgok banyak yang kongsi pengalaman seram d fs ni,jadi aku pn akan menceritakan pengalaman aku jugak.

Pertama sekali,aku minta maaf andai cerita yang aku karangkan ni korang tidak faham nanti. Aku selalu follow cerita2 yang disiarkan di fiksyen shasha banyak cerita2 seram yang boleh menaikkan bulu roma aku contohnya dr penulis carlitorocker(cerita awak mmg terbaik seram lah bro)hihi

Cerita aku berlaku pada tahun 2007 kalau tak silap. Pengalaman ni turut dirasakan oleh kakak saudara(kakak feroza). Aku masa ni,dgn kakak feroza. Masa ni kakak feroza baru habis pantang ank kedua. Aku bermalam dirumah kakak feroza,masa tu suami kak feroza tiada dirumah. Kawasan rumah didiami kak feroza ni agak angker sedikit(siang2 pun ada gangguan)

Tengah hari tu,lepas makan tengah hari,kami berborak2 di ruang tamu. Sedang berborak2 tu,tiba-tiba ada bunyi pingan mangkuk jatuh di dapur,aku terkejut lalu “bunyi apa dekat dapur tu kak?” kak feroza cakap mungkin tikus. Tak lama lepas tu,sekali lagi bunyi pingan mangkuk jatuh aku tersentak lagi “kakak bnyi apa tu?takkan tikus kot”masa ni aku dah mula takut2. “liya g lah tenguk apa yang jatuh tadi tu”lalu aku pun bangun pergi ke dapur.

Alangkah terkejut nya aku,pinggan yang aku elok2 letak dalam singki ada dekat lantai?aku ambil letak balik dalam singki. Masa ni jantung aku dah berdegup2 laju. Kat ruang tamu aku bagitau dekat kak feroza”kak pinggan dalam singki pandai pulak terbang jatuh ke lantai seram dibuatnya” tak sampai berapa saat aku memberitahu kak feroza pasal pinggan tu tiba2 bunyi pinggan jatuh lagi sekali. Masa ni aku terus tarik tangan kakak feroza untuk teman aku tenguk lagi sekali.

Masa ni aku tak tahu nak cakap apa dah,pinggan tadi yang aku letak dalam singki ada dekat lantai lagi,jatuh dalam posisi yang sama. Masa ni kak feroza terus ambik pinggan cuci terus ,pergi ruang tamu ambil anak2 terus ajak naik atas.

Masa naik anak tangga,aku terdengar ada bunyi tapak kaki turut mengekori aku dan kak feroza. Semakin cepat kami naik,semakin cepat bunyik kaki mengekori. Aku masa ni memang rasa nak menangis nak terkencing pun ada mana tak nya siang2 pun ada hantu jugak ker?

Kak feroza pun mulakan bicara”sebenanya liya rumah ni keras sikit,tuan rumah punya rumah ni muka pun seram tau haha” aku pun ikut sekali ketawa”xelok cakap macam tu kak haha”
Sedang bual2 ketawa tiba2 anak kak feroza menangis semahunya2,mungkin nak susu atau pampers basah. Kak feroza pun bagi susu,salinkan pampers masih juga ank dia menangis semahunya. Tiba2 aku terdengar bunyi cakaran di bilik mandi kak feroza,dselang selikan dengan bunyi cicak . Semakin rancak bunyi cakaran seolah2 benda tu tengah marah.

Aku ingatkan hanya aku seorang saja mendengar bnyik cakaran tadi,rupa2nya kakak feroza turut sekali dengar. Aku lihat kak feroza terkumat kamit membaca ayat2 suci sambil peluk erat anaknya. Ank sulung kak feroza tiba2 nangis juga sambi menunjuk ke arah bilik mandik “atu atu atu(hantu)” ank sulung kak feroza baru berusia 3tahun.

Aku masa ni memang dah menangis dah,kak feroza masih membaca ayat2 suci dan alhamdulillah bunyi tadi sudah tiada. Tanpa sedar kami pun tertidur mungkin takut sangat sampai tertidur2 dibuatnya haha. Aku terbangun melihat jam sudah nak masuk waktu senja,aku kejutkan kak feroza tak elok tidur waktu nak dekat senja.

Pada pukul 8malam,aku dan kak feroza pun turun bawah,dengan ank2 kak feroza cakap dia nak masak untuk makan malam,jadi aku menjaga ank2 kak feroza sementara tggu kak feroza siap bermasak. Setelah selesai bermasak,kak feroza mintak tlg aku untuk mandi kan ank sulung nya dekat tgkat atas. Aku cakap aku tak nak bgi mandi anak dia dekat bilik mandi dlm bilik tadi. Jadi aku guna kan bilik mandi lain untuk mandikan anak kakak .

Masa aku tengah mandikan anak kak feroza,tiba2 jer dia nangis “akut akut ada atu atu(takut takut ada hantu) aku memberanikan diri aku cakap kat dia “abang tengok apa? kat mana benda tu?bagitau auntie” semakin galak pulak dia nangis dia siap tunjuk”kat lakang anti,atu kat lakang anti urok uke akut akut xnk andi nak g mama(kat belakang auntie,hantu dekat belakang auntie muka buruk takut takut xnak mandi nak g mama) aku terus kecut perut,angkat anak kak feroza bawak lari turun bawah,sekali ada bunyi tapak kaki ikut berlari dekat anak tangga.

Masa ni suami kak feroza baru balik,kak feroza pun ada keberanian lah nak cerita semua pasal kejadian2 dalam rumah. Kak feroza cakap belakang rumah ada satu pokok mangga ,pokok tu kalau kta lalu jer automatik bulu roma akan naik seolah2 ada orang duk perhatikan kita. Selain tu jugak bunyi cakaran tu selalu sangat dengar,kadang2 ada bunyi ketuk pintu rumah bagi salam. Ada kala nampak jelmaan dluar rumah. Kadang2 ada juga dengar tapak kaki turun naik tangga. Bunyi suara budak2 bermain dan banyak lagi.

Aku boleh gak dikategorikan penakut sangat2,keesokkan hari nya aku balik kerumah aku tak nak dah tidur sana lagi sebab takut sangat2 haha. Lepas tu kak feroza pun pindah dari rumah tu,mungkin tak tahan kena kacau kot.

Mungkin pengalaman aku,tak seseram cerita2 penulis lain,aku cuma nak kongsikan pengalaman sebnar aku lalui walaupun tak pernah bersua muka dengan benda tu. Setakat ni dulu cerita aku,kalau aku rajin nak menulis lagi aku akan kongsi lagi. Assalamulaikum
*bnyak kali dah hantar tapi belum publish2 lagi hihi

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

3 thoughts on “Pengalaman seram”

  1. keesokkan hari nya aku balik kerumah aku tak nak dah tidur sana lagi sebab takut sangat2 haha.

    Mcm selfish jer

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.