Assalamualaikum pembaca dan peminat setia FS. Aku Sha dan aku pernah berkongsi kisah seram di pejabat. Kali ni aku nak share pengalaman seram aku ketika menuntut di Institut Kemahiran Mara atau singkatanya ialah IKM. Aku merupakan batch 1st intake sesi tahun 2011/2012. IKM mana tu biarlah rahsia tapi aku akan bagi hint sikit pasal IKM ni. First, IKM aku belajar ni tak banyak student perempuan kalau ada pun tak sampai 20 orang dari junior sampailah ke senior. Kedua, bangunan IKM ni berdekatan dengan masjid, padang, taman perumahan dan kedai. Ketiga, bangunan IKM tempat aku belajar ni kira bangunan lama tapi still terjaga. Okay, cukup sampai disitu. Mana yang tahu IKM mana tahu tu tahu lah. Okay, kat sini aku nak bercerita apa yang terjadi dekat aku sepanjang berada di sini.
Kisah 1 :
Kejadian ni berlaku ketika aku berada di semester 1. Jadi masa tu memang pihak IKM dah sediakan asrama untuk student. Aku duduk di tingkat bawah sekali. Ada dalam 4 ke 5 bilik macam tu. Jadi kat bilik aku ni boleh muat 8 orang, dalam bilik tu ada 4 katil double decker. Aku dapat katil atas memandangkan masa tu aku masuk agak lambat sebab aku baru habis PLKN. Kira lepas seminggu orentasi barulah aku masuk. 3 bulan pertama semuanya berjalan dengan lancar sampai satu hari malam tu aku tidur macam biasa. Tapi dalam pukul 1 pagi aku akan terjaga dan akan ditindih. Perkara ni berlarutan sampailah 3 minggu macam tu. kemuncaknya pada satu malam masa aku kena tindih dan kebetulan kepala aku menghadap tingkap. Di balik langsir tu aku ternampak bayang bayang seorang lelaki di luar tingkap. Tapi kepala dia bukan menghadap aku tapi menghadap sisi kiri atau kanan aku pun dah lupa. Benda tu pegun dan tak bergerak seinci pun sampai la aku tertidur semula. Lepas dari kejadian tu, kejadian ditindih tu makin berkurang.
Kisah 2 :
Kejadian ni terjadi masa aku di semester 2. Malam tu aku tidur macam biasa tapi malam tu lain sangat sebab aku rasa panas sangat. Jdi masa tu dalam pukul 4 pagi entah kenapa masa tu aku pun berani sangat gatal pergi bangun keluar dari bilik nak cari air sebab dahaga sangat dengan panasnya lagi. Aku pun pergi la kat water dispenser yang terletak di koridor. Dekat depan water dispenser tu ada ampaian dan kira situ kawasan open sebab bole sidai baju, boleh kata nampak luar tapi gelaplah cuma ada sikit pengcahayaan dari lampu tempat ampaian tu. Masa aku tengah sibuk isi air tu, mata aku ni meliar la tengok kiri kanan semua. Tiba tiba aku melihat seperti kain putih melintas agak laju di hadapan tempat ampaian tu. Aku dari nak minum air pun terus tak jadi nak minum. Aku pun tanpa berfikir panjang terus patah balik pergi bilik dan sambung tidur semula.
Kisah 3 :
Ni kejadian paling aku takleh lupa sampai bila bila. Kejadian ni berlaku pada hari jumaat. Sebab apa aku ingat hari jumaat, sebab masa tu waktu rehat dari pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 3 petang. Sebab time ni student lelaki pegi solat jumaat. Jadi aku balik asrama sebab blok kelas dengan asrama dekat je. Jalan kaki tak sampai 5 minit sampai dah. Macam biasalah lepas makan dalam pukul 1 petang camtu aku nak tidur. Yelah ada baki 2 jam, jadi masa tu aku gunakan untuk tidur. Btw aku tengah uzur masa tu. Jadi masa tu aku tidur dalam keadaan meniarap dan kepala menghadap dinding. Btw aku dah tidur katil bawah. Haha maklumlah dah jadi senior. Masa tidur tu jugaklah kena tindih tapi lagi ekstrem sebab pinggang aku sakit gila masa tu hanya Allah saja yang tahu. Aku buka mata, dan masatu mata aku menghadap dinding aku nampak ada bayang orang tengah duduk dekat atas pinggang aku. Aku baca Ayatul Kursi. Makin aku baca makin sakit pinggang aku macam kena tekan gitu. Sudahnya, aku terlelap dan dalam pukul 2.30 aku terjaga sebab nak pergi kelas dan aku pergi kelas dengan keadaan lesu. Kejadian tu memang aku takleh lupa sampai ke hari ini.
Itu sahaja dari aku, maafkan aku kalau ada kekurangan dalam kisah aku ni. Assalamualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
IKM kg pandan ke?
cukuplah takat ni je kau menulis.. banyak citer pasal kau je berbanding perkara seram
tajuk lagi seram dari ceritanya
Meniarap n pandang dinding???
Ke tido terlentang? Puas aku cube nk fhm.