Pengalaman seram di UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca FS sekalian. Buat pertama kalinya aku terbuka hati menulis kisah seram/misteri untuk dihantar ke FS ( sebab dah boring gila duduk rumah time MCO ni). Kisah ni berlaku kat ahli keluarga /sahabat aku tapi aku olah sikit bagi lagi cantik jalan cerita.

Kisah 1 – Dikelilingi Puteri
Kisah ini berlaku kat kakak aku masa dia study kat UITM dulu. UITM mana rasanya tak payah la gitau kan. Kakak aku Sem 2 time ni. Petang tu, lepas habis kelas kakak aku terus balik ke bilik asrama dia. Masa sampai bilik tu, roommate kakak aku semua masih belum balik. Masa ni kakak aku nak bagi hilang penat pun baring la jap sebelum mandi kan. Oh ya, dorang ni sebilik semua pakat angkat tilam tido kat lantai ramai2. Lagi sejuk dan senang nk tido katanya,haha..

Jadi masa tu kakak aku ni konon just nak baring2 rehat badan, last2 terlelap. Lupa nak gtau, position tilam dorang ni, kaki menghadap ke meja study dan tingkap. So pintu atas area kepala la kan. Masa kakak aku terlelap ni Asar. Orang tua2 cakap waktu Asar ni jangan tido sebab kira masa-masa aktif ‘diorang’, lagi pula waktu tidur masa ini tak baik. Then kakak aku cerita, walaupun masa tu dia terlelap, dia macam masih boleh nampak, kira mamai2 camtu la. Tengah2 dia terlelap/mamai2 dia nampak langsir tingkap bilik terbuka perlahan macam kena tiup angin. Makin lama makin besar bukaan langsir tu dan dia nampak 2 lelaki persis pengawal istana zaman dulu tu, yang bawak tombak lembing segala tu. Then diikuti ngan 2 perempuan berpakaian ala2 dayang istana.

Di belakang dayang2 ni ada seorang perempuan cantik sangat kakak aku cakap, yang mana dia syak puteri dorang ni. Belakang puteri ni ada 2 lagi dayang. Maksudnya dalam 7 orang la total kan. Ok masa ni kakak aku memang tak rasa takut ka apa, dia hanya seakan tergamam dan dia hanya rasa mcm mamai2 jak kn. Then dorang ni start jalan keliling kakak aku ni mcm bertawaf, tapi dia tak sure brpa kali. Kakak aku cakap dia betul2 dpt rasa tilam tu dipijak dan cium bau harum semerbak. Lepas dah dorg puas jalan mengelilingi kakak aku tu, dorang pun blah dari situ ikut urutan sama, pengawal dulu di depan. Lepas jak dayang paling last keluar, langsir terus tutup dan kakak aku terus dapatt bangun (duduk). Dia ckap memang tak rasa takut, just macam tak percaya sebab betul2 rasa mcm real. Pastu kakak aku terus pegi mandi dan habis ja mndi dah ada roommate dia blk. Oh lupa gtau, bilik dorg ni kat tingkat 2 ya.

Kisah 2 – Nasib tak tegur
Ni kakak aku Sem 3. Bilik lain, roommate yang sama. Kakak aku ni stay sebilik dengn kakak senior, dah rapat so dorg ni kawtim dengan management nak bilik sama2. Ok masa ni sama juga kakak aku baru balik dari kelas, sebearya kelas dia kena cancel. Jadi terus la balik bilik, masa ni masih pagi tau. Sebelum tu, hari tu hari Isnin, roommate kakak aku 2 org (local sana) selalu balik rumah masa hujung minggu. Jadi kakak aku stay dengn sorang lagi roommate (Kak Epi) yang sama-sama di perantauan macam kakak aku.

Ok, jadi kakak aku balik la bilik kan. Sampai2 dekat bilik, kakak aku hairan pintu tak berkunci. Sebab masa dia pergi kelas tdi, Kak Epi awal dh jalan dulu. Roommate dia yang 2 org lg, Kak Aina n Kak Tika yng local sana tu, memang kalau hari Isnin dorg direct ke kelas, habis kelas baru balik bilik. Jadi, kakak aku slow2 buka pintu dan dia tengok Kak Aina membelakangkan dia duduk dekt meja study. Kakak aku just suspect jak Kak Aina sebab rambut panjang sampai pinggang. Tapi masa tu kakak aku sakit perut nak melepas, jadi dia malas nak betegur sapa dulu. Masa tu sebenarnya kakak aku macam pelik sikit, pertama sebab Kak Aina ni straight jak duduk tgk depan kat meja study. Kedua bau perfume Kak Aina ni lain dari yang selalu dia pakai. Baju kakak aku tak perasan masa tu ‘Kak Aina’ pakai baju apa. Lepastu kakak aku buat la tak tau terus pegi toilet nak melepaskan hajat besar.

Dah setel balik bilik, dia tengok Kak Aina dah takda dekt bilik. Jadi dia beranggapan Kak Aina pegi kelas. Kakak aku rehat la sebelum pegi kelas petang nanti. Lepas balik dari kelas, kakak aku terserempak dengan Kak Aina ni. Baru kakak aku tegur dia, ‘ Wah kak, beli perfume baru ke? Wangi gila kakak pagi tai dekat bilik, nak tegur tak sempat, emergency nak lepas hajat besar. Hahaha ‘ Dan Kak Aina ni blur dia jawab, ‘ Eh perfume baru mana? Perfume lama jak dan pagi tadi manada kakak balik bilik. ‘ Lepastu kakak aku dengan Kak Aina sama2 terdiam. Dua2 dh faham apa yang berlaku. Pastu dorang balik bilik dan cerita dekat roommate 2 orang lagi. Semua ketakutan mlam tu tapi syukur Alhamdullilah tiada gangguan selama dorg dekat bilik tu. Dan kakak aku bersyukur sangat, dia tak tegur ‘Kak Aina’  masa tu. Mana tau kalau dia tegur, ‘Kak Aina’ toleh, boleh demam kakak aku. Hahaha.

Kisah 3 – Orang sebelah & budak
Ok kali ni kisah abang aku pulak. Still UITM tapi dekat cawangan lain dari  kakak aku. Ok abang aku masih budak baru lagi masa ni, Sem 1. Dia kena 2 kali gangguan sepanjang dia dekat UITM dan dua2 jadi time Sem 1 ni. Kira abang aku ni diberi salam pengenalan la, hehe.

Ok kisah pertama abang aku kena masa baru sebulan pengajian start. Time ni malam dalam jam 9 camtu. Abang aku stay dekt bilik sorg2, sebab roommate dia yang lain pegi bilik2 member dorg yang lain. Masa tu abg aku tengah baring sambil layan movie kat laptop, tiba-tiba dia dengar bunyi ketukan di bilik. Abang aku tanya siapa, ‘orang sebelah’ suara di luar bilik tu jawab. Abang aku teriak la cakap masuk la pintu tak kunci pun. Masih jugak orang sebelah tu ketuk. Abang aku dh malas dengar, terus la bukak pintu, manatau ada hal budak bilik sebelah anak mintak tolong.

Sebaik jak abang aku buka pintu, dia tergamam bila nampak ‘lelaki’ yang betul2 hanya ada sebelah bahagian badan jak, dari kepala ke kaki. ‘Orang sebelah’ tu sempat memberikan senyuman mengerikan sebelum hilang dari pandangan mata. Sejurus jak ‘orang sebelah’ tu hilang, abang aku terus berlari keluar dari bilik sambil berteriak ketakutan. Nasib juga ada jiran bilik berdekatan yang membuka pintu bilik. Dorang ni la yang keluar bertanya dan menenangkan abg aku. Abang aku dh tak dapat nak bercerita dulu time tu. Esoknya abang aku demam 2 hari.

Kisah kedua abang aku pulak, masih di bilik yang sama tapi masa ni masa study week. Ok macam kisah sebelum ni jugak abang aku ni stay sorang2 study di bilik. Sebab dia cakap dia memang tak dapat nak study ramai2, tak fokus katanya. Jadi, roommate dia yang lain semua study kat bilik member lain. Masa ni pun baru dalam jam 9 lebih cmtu. Jadi abang aku ni study la kan.

Lepastu, biasa la kan kadang2 kalau kita ada blur/blank kita akan berfikir sambil termenung kan. Abang aku ni sambil tengah termenung berfikir, dia merenung kosong la tingkap tepi meja study dia ni. Memang tingkap tu berbuka untuk bagi udara segar masuk la kan. Tengah abang aku khayal berfikir sambil tengok tingkap tu, tiba-tiba cak! Kepala ‘seorang budak’ bermain cak-cak dengan abang aku. Kira macam main sorok2 gitu, tapi sekali jak. Abang aku terjatuh dari kerusi akibat terkejut.

Terus abang aku bangun beranikan diri, tutup tingkap dan langsir. Abang aku cakap memang tak dapat fikir positif dah masa tu. Takkan ada budak nak main2 kat luar tingkap tu, lebih-lebih bilik abang aku di tingkat 3. Dan satu lagi anak siapa yang nk main malam-malam camni.,anak warden? Abang aku mengucap panjang bagi semangat yang hilang sebab terkejut tadi masuk balik, baru dia sambung study lagi. Perghh kalau aku memang dah tak la study sorg2. Konfom kemas buku pergi bilik kawan, hahaha.

Aku rasa sampai sini jak la dulu. Kisah lain nanti la aku cerita lagi klau ada kesempatan dan kerajinan, hahaha. Sekarang nk layan movie dlu. Terima kasih dan maaf klau korang kurang faham dengan penulisan aku ni atau rasa kurang seram.

-MIJ

Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
MIJ

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.