seram-42

Pengalaman Seram Keluargaku

Assalammualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih admin kalau siarkan cerita saya ni  Aku ada beberapa kisah yang nak diceritakan sebab dari kecik aku memang boleh nampak benda-benda halus ni. Harap korang tak bosan la dengan cerita aku ni.

1) Kisahnya bermula masa aku kecik dalam darjah 1. Rumah aku rumah kampung ye. Masa tu ayah aku tak de sebab die keluar. Yang tinggal aku, mak aku dengan akak aku no 2. Mak ngan akak aku tengah tengok tv dan aku pulak tengah mandi. Dulu masa kecik suka mandi malam2..hehe. Dulu rumah aku bilik air dia dekat dinding macam ada lubang segi empat tapi ayah aku ada letak jaring la. Aku pon tak tau nape ayah aku buat bilik air macam tu. Untuk pengudaraan kot..hahaha. Ok, masa tengah mandi tu aku menghadap kat lubang tu (lubang tu kat atas dekat dengan bumbung) aku nampak macam orang pakai baju putih muka hitam pakai kopiah. Sebijik macam gambar orang dalam frame gambar tu. Yang peliknya macam mana die boleh berdiri sedangkan lubang tu tinggi. Aku pulak pegi tenung orang tu sambil cepat2 habiskan mandi. Lepastu aku cepat2 keluar panggil mak aku cakap ade orang dalam bilik air. Mak ngan akak aku pon pegi la tengok tapi tak orang tu dah tak de. Esoknya mak aku adela jumpa dengan orang yang pandai pasal hal2 ni dan memang betul apa yang aku nampak tu ‘benda’ tu. Sebab kawasan rumah aku tu kawasan hutan dan memang tempat dia.

2) Masa ni aku dah besar sikit maybe darjah 5 atau 6. Lepas subuh memang tak pernah tidur balik. Pukul 7 macam dah terang sikit ayah aku memang suka bukak pintu, kadang2 aku yang tolong bukak. Setiap kali aku bukak pintu aku mesti akan nampak kelibat budak berlari. Tapi masa tu aku tak pikir apa pon mungkin ingat perasaan aku je kot dan tak de pulak rasa takut.

3) Masa ni pukul 8 malam. Kejadian2 yang berlaku memang awal lagi ye bukan tengah2 malam macam kisah orang lain tu..hehe. aku ngan akak aku tengah tengok tv, ayah aku tak de dan mak aku pulak tengah menjahit. Ok, aku cerita serba ringkas. Kawasan rumah aku ada 4 biji rumah dan semua rumah tu sedara mara ayah aku dan jauh sikit dari rumah jiran2 lain. Rumah aku rumah yang pertama dan depan sikit nak masuk lorong rumah aku tu ade jalan tar nak keluar ke jalan besar. Masa kejadian tu ada la 2 biji motor budak2 remaja lalu pastu gelak2. Masa dorang gelak tu tetiba kitorang dengar bunyi ‘benda’ tu mengilai kuat gila. Mustahil bagi sorang manusia yang boleh mengilai kuat pastu panjang. Lepas bunyi mengilai tu kitorang dengar bunyi burung gagak. Mak aku pulak ingat budak2 motor tu yang mengilai sebab dia boleh cakap “kena betul2 karang baru tau”. Aku ngan akak aku cam tercengang campur seram. Akak aku pulak boleh bukak tingkap nak tengok ape benda tu nasib baik tak de muncul benda tu. Esoknya, kecoh 1 kampung yang mana rumah yang jauh dari rumah kitorang pon boleh dengar bunyi mengilai tu.

4) Yang ni pulak masa aku tingkatan 2. Mak ayah aku kerja. Akak2 aku sume sekolah dan memandangkan aku sekolah petang, pagi aku kat rumah tolong jaga adik aku masa tu umur dia setaun ke dua tahun kot. Kejadian ni pulak berlaku masa pukul 10 pagi. Mesti korang pelik kan. Aku ngan adik aku duduk kat luar rumah kat garaj moto. Kitorang duduk atas basikal menghadap bilik aku. Masa tu tingkap bilik terbukak pastu aku nampak benda putih berbungkus macam pocong melintas depan aku dari kanan ke kiri. Dia macam sekali imbas je tapi aku boleh nampak dengan jelas. Aku apa lagi amik adik aku terus lari rumah mak cik aku kat sebelah tunggu sampai mak aku balik kerja. Hahaha.

 

5) Kisah ni pulak kisah mak aku. Masa ni tandas kitorang kat luar (tapi sekarang dah kat dalam rumah). Masa ni pukul 8-9 malam ye. Masa mak aku tengah melepaskan hajat tetiba benda tu muncul depan mak aku. Rambut panjang bertaring baju putih. Mungkin cik lang atau cik pon kot. Mak aku buat2 rilek dan cakap kat dia “kalo niat ko baik ko pergi dari sini. Jangan kacau aku”. Pastu terus benda tu bla…haha. Mak aku pon cepat2 basuh apa yang patut masuk dalam rumah. dah masuk rumah mak aku nak pegi buang sampah, bukak je pintu dapur benda tu elok je tercegat depan pintu..hahaha. Mak aku cepat2 tutup pintu tak jadi nak buang sampah.

6) Ok yang ni last. Masa kejadian ni berlaku mak aku dalam pantang baru lepas bersalinkan adik aku yang no 5. Waktu subuh macam tu aku nampak ayah aku kelam kabut keluar rumah bising2. Aku ingat ayah aku bergaduh dengan mak aku. Tak lama lepas tu ayah aku datang dengan ambulans. Rupa-rupanya mak aku tumpah darah. Lepas mak aku dah keluar hospital, mak aku cerita malam tu mak aku mimpi makan kerang pastu tetiba mak aku tumpah darah yang sangat banyak. Mak aku cerita masa ayah aku angkat mak aku atas katil bergerak tu mak aku dengar dan rasa macam ramai yang tolong angkat. Dia dengar orang cakap “tolong..tolong angkat” sebab masa tu mak aku macam separuh sedar padahal masa tu ayah aku sorang je yang angkat mak aku. Masa mak aku kat hospital ktorang 1 family terpaksa tumpang rumah mak cik aku sebab ayah aku panggil orang nak bersihkan dan pagarkan rumah tu.

Aku rasa dah panjang sangat aku cerita. Banyak lagi sebenarnya yang jadi sebab kawasan rumah aku tu memang hutan dan orang cakap memang laluan bunian. Waktu senja dengar orang bagi salam la tapi bila tengok tak ada orang pon. Banyak kali jugak aku kena tindih masa tidur walaupon masa tu bulan puasa. Dengar macam kain terseret atas bumbung la dan macam2 lagi benda2 seram ni kalau nak cerita. Sekarang kawasan rumah aku dah banyak perumahan so benda2 ni pon dah tak ada.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

  1. Kalo membesar dok kampung cmtu la,mmg bnyk jmpe antu..sebut je jenis ape sume ade,tp bile dh besar pnjg dh x heran dh sbb dh bese dngar..kn?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *