Salam peminat FS. Ni kali keempat aku mencuba nasib di FS untuk berkongsi kisah seram aku dengan makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar ini. Dua kisah aku tidak approve dan satu telah siar. Mungkin ada sebab admin tak approve cerita aku. Tidak mengapa. Mungkin my writing will get better in time. Sebelum ni, FS dah siar kisah mengenai pengalaman seram aku semasa di UK. Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman seram ketika kami menetap di Ipoh.
Ketika ini aku masih di sekolah rendah, darjah 5 atau darjah 6. Aku sendiri ingat-ingat lupa. Kami menetap di sebuah kawasan perumahan di sekitar Gunung Rapat. Sebagai budak, memang sudah kebiasaan untuk aku dan rakan merayap bermain di luar rumah. Tapi aktiviti kegemaran kami adalah berjalan di lorong belakang deretan rumah teres. Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tak tau kenapa kami ada hobi yang pelik tu. Kekadang hingga lepas azan maghrib baru terkial-kial berlari balik rumah sebab takut kena marah dengan parent.
Di kawasan perumahan kami, terdapat urban legend tentang sebuah rumah yang dikatakan berhantu. Kami tak tahu rumah mana yang dikatakan berhantu itu sebab terdapat banyak juga rumah yang kosong tidak berpenghuni ketika itu. Walaupun ketika itu deria keenam aku agak sensitive, aku sendiri tidak dapat mengesan sesuatu yang pelik ketika kami berjalan di lorong-lorong belakang rumah di sekitar kawasan perumahan itu. Semuanya kelihatan biasa sahaja. Hinggalah satu hari….
Petang itu, seperti biasa, aku, adik aku dan seorang kawan yang aku namakan Yati (bukan nama sebenar) berjalan di lorong belakang rumah kami. Tidak pergi jauh pun sebab hari pun dah makin lewat. Lorong ini membariskan kira-kira dua puluh buah rumah kalau tak silap aku dan merupakan lorong terpanjang di kawasan perumahan ini. Jenuh juga nak berjalan. Sambil berjalan, kami bersembang. Sembang budak-budak yang aku sendiri tak ingat dah tentang apa sekarang ni. Ketika di pertengahan lorong dan di belakang sebuah rumah kosong, (berselang dengan rumah kami yang hanya beberapa buah rumah ke depan sahaja), aku merasa tidak sedap hati. Bulu roma aku dah berdiri tapi aku tak melihat apa-apa yang aneh.
Manakala adik dan Yati seolah tidak merasa apa-apa yang pelik. Namun ketika sampai di belakang sebuah rumah kosong itu, aku merasa disapa oleh angin yang teramat sejuk. Bila aku tanya mereka berdua tentang angin yang tiba-tiba bertukar sejuk, mereka menyatakan angin biasa sahaja seperti tadi. Tak sejuk langsung. Sudah. Datang mana pula angin sejuk ni??? Pada masa yang sama aku rasa terpanggil untuk melihat ke arah rumah kosong itu. Jelas di mata aku susuk lembaga putih sedang berdiri ditingkap bilik belakang rumah tersebut. Aku tak dapat melihat rupanya. Mungkin itu lebih baik sebab dengan melihat susuk tubuhnya sahaja aku dah berlari meninggalkan adik dan Yati yang terpinga-pinga melihat aku berlari balik ke rumah.
Bila dah selamat sampai di belakang rumah sendiri, baru aku jerit suruh mereka segera balik tanpa memberitahu yang kami diperhatikan ketika itu. Nasib baik ‘dia’ tidak mengikut. Namun aku mengandaikan yang itu tidak bermakna ‘dia’ berdiam diri sahaja di rumah kosong itu kerana aku merasa perasaan seram dan diperhatikan itu datang sekali sekala terutamanya pada waktu maghrib. Tambahan pula bilik tidur aku terletak di belakang sekali. Bermakna jarak antara bilik aku dan bilik rumah kosong itu hanyalah berselang beberapa unit rumah sahaja. Dengan perangai buruk aku yang suka mandi ketika maghrib maka tidak hairanlah jika ada yang meneman ketika mandi sampai kekadang tu aku mandi macam tak mandi dan berlari keluar dengan air menitik atas lantai sebab terlampau takut. Keadaan itu berlanjutan hinggalah kami sekeluarga berpindah ke UK. Mengadu pada parent aku? Memang dibasuh lagi ada la sebab suka balik lewat dan mandi ketika maghrib. Pasrah je la.
Untuk makluman semua, pengalaman ini bukanlah pengalaman pertama aku dengan makhluk unseen ini. Sudah banyak kali namun tidak pernah aku merasa takut sebegini hingga aku anggap makhluk yang memerhatikan itu memang bersifat negatif. Kerana pada kebiasaannya, jika ‘dia’ jenis tidak mengganggu atau berniat jahat, aku tetap merasa kehadirannya namun tidak ada rasa takut. Hanya rasa tidak selesa sahaja. Namun kali ini aura negatifnya terlampau kuat, hingga aku merasa takut dan menggigil satu badan. Orang utara kata ‘ketaq kepala lutut’. Disebabkan gangguan itu, aku cuba mencari apakah cerita sebenar di sebalik rumah kosong itu. Jangan pelik. Orang lain mungkin lari, tapi sifat ingin tahu aku lebih tinggi daripada rasa takut. Aku paksa mak untuk cuba korek cerita daripada jiran-jiran yang sememangnya ramah. Daripada cerita mereka, dapat aku simpulkan bahawa sememangnya rumah kosong itu ada kisah tersendiri.
Menurut jiran-jiran yang lebih lama menetap di kawasan perumahan itu, rumah itu dulu disewa oleh sepasang suami isteri bersama bayi mereka yang baru berumur beberapa bulan. Disebabkan mereka ini gemar balik kampung ketika hujung minggu atau cuti umum, jadi tidak hairanlah jika jiran-jiran tidak melihat kelibat mereka sepanjang beberapa hari. Namun jika mereka akan tiada di rumah untuk tempoh jangka yang lama, biasanya mereka akan meminta jiran untuk mengutip surat atau apa-apa risalah yang dilonggokkan di peti surat mereka kerana bimbang akan menarik perhatian pencuri yang akan dapat tahu rumah tersebut sedang tiada penghuninya. Suatu ketika, jiran-jiran mula pelik kerana surat-surat mula berlonggok di dalam peti surat padahal pasangan ini tidak menitip sebarang pesanan kepada jiran seperti biasanya walaupun kereta pasangan ini masih tiada di tempat parkir rumah mereka.
Tambahan pula, terdapat bau yang busuk daripada rumah pasangan tersebut. Jiran-jiran sepakat memecah masuk rumah dan terlihat mayat pasangan ini dan bayi mereka mula mereput. Hasil siasatan polis mendapati pasangan ini mungkin menjadi mangsa rompak dan b***h. Semenjak itu, rumah tersebut seakan ‘panas’ dan penyewa hanya mampu bertahan sebulan dua sahaja sebelum berpindah keluar. Jiran aku bercerita pernah ada satu kes di mana terdapat pasangan suami isteri muda bersama bayi mereka menyewa rumah itu selepas kes kematian pasangan tadi. Mereka maklum ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu apabila bayi mereka sering gelak seperti diagah sesuatu. Namun mereka cuba bertahan hinggalah satu hari mereka melihat bayi mereka terapung di udara. Terus mereka bertindak keluar dari rumah itu serta merta.
Beberapa tahun yang lepas, aku berkunjung kembali ke kawasan perumahan tersebut. Ketika lalu di depan rumah kosong itu, aku dapat rasa aura negatifnya telah hilang dan rumah itu kelihatan lebih berseri. Mungkin ‘masalah’ yang ada telah diatasi oleh pemilik rumah. Wallahuallam..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Rumah kosong mcm tu elok dijadikan tempat mengaji Quran…biar larik semua aura negatif disitu…takpun sewa pada keluarga yg kuat agama..kuat zikir…kuat mengaji hari2…….kalau disewakan pada yg biasa2 aje mmg larikk malam la jawabnya….
Sikit2 deria enam..sikit2 deria enam… mcm takde modal lain… bangang!!
ko tu lg bangang!!
darjah 6 boleh korek crita hntu ehh. gud job
#cumel
cerita best…..truskan mengarang…
ya allah…dasyatnya cerita u kena rompak…moga dipermudahkan urusan